Wednesday, March 30, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Ayah, adik Husna dan dot..dot..dot..
Tapi sekarang saya memang tgh tengok muka anak tgh tido. Syahdu je. Time nilah rasa macam-macam rasa timbul bila tengok muka anak. Kalau tak percaya, cube try.
Hari ni berjaya pulak tak tido lepas susu dan tidurkan Husna, kalau tak time ni saya selamat dah berlayar ntah kemana. Tadi masa nak tidurkan Husna saya sempat mesej kedua ayah saya, ayah kandung dengan ayah mertua. Ce teka sapa balas dulu. Ce teka, ce teka.......10 saat.
Teet... 10saat berlalu...
Dah teka?
Sapa-sapa yang teka ayah kandung, dia salah! Ayah mertua ai yang balas dulu. Alahai Pak Musa tengah merajuk ah dengan ai skang, my bad sebab dah lama tak call/mesej. Susah gak nak pujuk tu. Terukkan saya. Sebenarnya ada sikit salah faham dulu, n saya fikir dia still marah, so saya takut ah nak call mesej dia. Tapi saya tak buat salah tau! Takde pun sakitkan hati dia, cume ade sikit salah faham. Ai ni punye pesen, hati macam tikus, sensitip. Bile org marah saya takut nak tegur. Saya rapat dengan ayah, tapi bila jadik salah faham camni saya takut wo, orang tua cepat sensitif, saya pulak tak reti nak pujuk. Takpe, bagi masa.
Dengan ayah mertua pun lagi lah saya jarang mesej, call jauh sekali. Fuh! Tapi tdi dia balas mesej, kegirangan sikit hatiku. Lalalala~~
*mil baru pas call guna fil punya no hp, kuang, kuang, kuang. Fil tak save my number ah! Mil tanya ni sapa. Hahaha. Kantoi ah, fil takde no ai. Nampak sangatkan ai jarang mesej/call dia. Hehehe. Tapi elok je dia balas tadi macam kenal. Hahaha. *
Kadang-kadangkan, saya fikir saya bukan anak yang baik tau. Teruk saya ni, tak pandai langsung nak amik hati orang tua. Seriusly, saya rasa saya teruk. Alahai Husna, ibu awak ni.... T_T
Ala, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni. dah sampai lautan pasifik pulak. Takpelah, malam ni saya bawak anda merambang. Entri carcamerba.
Khamis lepas, saya sangat down dengan production susu, satu hari boleh dapat 8-9oz. Cukup-cukup untuk bekalan hari esok. Stok langsung takde, mau tak meroyan. Macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ntah macam mana boleh terfikir, pregnant ke aku? Fyi, saya belum period, tapi ada kes tak period tapi pregnant. Maka, masa lunch hour, bawaklah diri seorang diri ke Jusco dah redah Watsons, untuk mencari pregnancy test kit. Beli yg murah je. Sebelum pegi solat saya buat test dulu. Before that, saya rilex, takde berdebar-debar just tenang. Set dalam hati dalam minda, kalau pregnant saya redha. Terima seadanya. Saya nak ade rasa excited untuk terima anak kedua sebab saya anak kedua, jarak umur dgn abg setahun je. Rapat. So macam kecik hatilah kalau ibu ayah tak excited macam excited dapat anak pertama. Tak taula kenapa saya kecik ati. Saya macam terbayang-bayang cemane perasaan ibu ayah masa ibu mengandung saya dulu. Tak excited ke dah ada nyawa dalam rahim untuk kali kedua. Rapat benar kehadiran saya untuk kali kedua. Okay, perasaan sendiri!
Yelah, saya faham ketidaksediaan menerima anak kedua sebab si sulung masih kecik. Tapi sekiranya Allah memberi rezeki cepat pasti redha kan? Anak tu, sapa tak sayang. Pertama, kedua, ketiga semua sama, semua sayang, semua kasih, semua cinta. Cume si sulung adalah pengalaman pertama, pasti teruja lebih. Untung si sulung kan? Hihi.... Sebab tu wujud sindrom anak kedua kot? Maybe sebab ni.
Korang berdebar-debar tak nak tau keputusan preg. test tu? Poyo tak aku nak soh orang berdebar-debar. Cet!
Keputusan dia Negative lah. Tiada janin dalam rahim ku lagi. Pelik, ada rasa kuciwa sikit masa tgk keputusan -ve. Maybe sebab dah set kat minda, kalau pregnat aku redha. Boleh bagi Husna geng. Huahuahua. Pastu pasti lebih meroyan jaga anak sorang-sorang sambil mabuk-mabuk dan perut makin lama makin memboyot. Anda-anda lah jadik mangsa kemeroyananku. Hehe. Jangan marah tau korang. Saya sayang korang gila-gila. Gila-gila punya sayang.
Okay, tu je ceritaku untuk malam ni. Babai. *tersekat je pemandangan tulis entri dalam tepon* oh! Broadband :p
Sunday, March 27, 2011
Jepun ke Johor :)
Jb. Dan tak sangka, planning tukar ke malam sebab nak jumpa Nadia. Hahaha. Ok, aku excited bercerita.
Dari Jepun ke Johor!
Serius tak sangka. At first dari jauh saya nampak si cute Hajiq didukung oleh ayah dia. Dalam hati cakap macam familiar lah baby n ayah baby ni. pastu carik mak dia. Hahaha, konfirm betul! Saya kejar Nadia n cuit dia, Nadia macam terpinga. Lepas dah cam, baru dia sebut my name. Kami bersalam mesra mcm dah lama kenal. Fuh! Lega beb orang kenal, hahaha. Kalau tak ai malulah. Seronok, seronok dapat jumpa. Tapi tak dapatla berborak lama. Excited bukan main. Tak caya tengok ajelah kitorg sengih dlm pic tu. Dan seperti biasa anak adalah ke laut.Haha... Pic pertama husna, usha belon upin ipin,hajiq usha mkanan. Yummy-yummy. Pic kedua baru okey. Hajiq cute, malu-malu, suka tgk kening dia, macam kene celak. Husna seperti biasa, mesra alam, pepandai je sentuh tgn Hajiq. Hahaha, anak dara sape lah ni. :p
Sebelum ni dok usha je blog Nadia, cerita kehidupan kat Jepun, tgk gelagat Hajiq kat dalam video/pic, makan sushi, melancong sana, melancong sini. Seronok je rasa dan akhirnya kat tapak pesta konvo kite jumpe ye Nadia.. Nasib baik sempat balik before tsunami kan.
Nadia, nti later-later kite jumpe lagi tau. Sampai keharini ku gembira jumpa sorang lagi mummy blogger.
Nanti fashya bagi contact no ye.... :)
Thursday, March 24, 2011
Contest Photo Anakku Ceria
Ditag oleh Puan Kayrul untuk join contest: Baiklah, menurut perintah, walaupun tak pernah ade luck untuk join contest, ku gagahi jua untuk memeriahkan contest tuan tanah ni Puan Hanin.
Saya pertaruhkan pic ni lah,
1 tahun 2bulan
Ibu: Roslina Yusop
Ayah: Ahmad Fadzli Saidon
Wednesday, March 23, 2011
Hutang #1
Actually saya sangat kekangan waktu nak berblogwalking, nak update blog sepenuh jiwa, nak tinggalkan jejak kat blog-blog yang saya singgah sekarang ni, maybe dalam masa sebulan ni. Sebab sekarang kitorang suma tengah disurvey lah, everyday kena isi borang kau buat apa hari ni, apa kerja kau buat hari ni, semua kena rekod, berapa lama kau buat kerja. Ada overtime ke tak, tapi kalau tengah takde keje tu atau tengah tgu result analisis keluar saya belek jugak Fb n Blog. Time tu bolehla berlayar internet kejap. Kira halal lah kan, tapi takdelah pulak saya nak tulis kat borang tu 'Blogwalking' pulek :P
Okay, hutang pertama, saya dapat award dari Miss Tatie:
Saya tak kenal Miss Tatie, dan tak pernah jejak blog Miss Tatie, (bugdet glemer, blergh!) tapi terkejut bila disapa di ruang komen. Saya bagi kamu award. Yeay! Terima kasih Miss Tatie. Nak big Hug tak? Nah BIG HUG satu dari Ibu Husna. >--------------^_^----------------< Si blogger cabuk, bak kata Nurul, blog cap ayam je, boleh dapat award. Sebab-sebab dapat award ni, ni miss tatie yang tulis eh dalam blog dia:
Ops! Cantik n kemas ke? Rasanya macam serabut sebab berdouble-double aje entri nya. Tuan tanah still tak dapat jalan penyelesaian masalah ni. Help!Help!award ini diberikan kepada mereka kerana :- blog mereka kemas- blog mereka sedap mata memandang-blog mereka mudah difahami- blog mereka bersih dari segala kontroversi- blog mereka cantik
Apa pun, Thanks Miss Tatie Comel. Dengan ini saya ingin jugak memberi award ini pada semua blogger momma yang lain. Sapa-sapa yang rasa dia momma dan mempunyai anak yang cumel-cumel, sila lah ambik tau kerana kamu sememangnya gojes. Sumpah gojes. Ambik award ni tau.
Hutang ke dua. Hutang contest. Alamak, yang ni kene buat dalam entri lain. Tak boleh ke buat sekali arung nih?
Tuesday, March 22, 2011
Review:Jalan-Jalan Penang
Saya bukan orang Penang nak review tempat-tempat menarik kat Penang ni. Cuma penah pergi jalan-jalan Penang je. First time pegi, habes sakan berjalan. Pic-pic ni suma masa zaman anak dara. Tapi dekat-dekat nak kawen jugaklah ni (perlu ke mention eh! hehe)
Seminggu dekat Penang tujuan asal bukan sebab nak berjalan, cuma saya pegi teman member buat research kat USM. Tapi sebab atas sebab-sebab tertentu, research dia tak menjadi kat sana, terpaksa dibatalkan. Tapi tak boleh balik lagi ke Johor sebab tiket flight dah bookin awal-awal untuk seminggu kat Penang, so masa yang ada tu kitorang sakan ah jalan-jalan. Sewa satu kereta kancil semput, kitorg pun redah aje Penang tanpa ada map. Sekadar guna signboard aje.
Okay, antara tempat yang best bagi saya kat Penang yang harus dilawati:
Pemandangan dari atas Bukit Bendera.
Boleh amik pic dgn cik ular sawa putih ni ye kalau berani. :)
Jambatan Pulau Pinang. Saya yang first time pegi Penang ni macam jakun sikit lalu kat atas jambatan PP ni.
Jakun jugak dengan sawah bendang. On da way nak ke Kolej Matrix Pulau Pinang lalu kawasan bendang, saya stop kejap nak tgk padi. Teruja okey~
Georgetown. Itu adalah Komtar.
Tak sure tempat ni ape, tapi macam temple jugaklah.
BATU FERINGGI
Kaisya dgn ibu boleh naik kuda tepi pantai yeh
Sementara ayah boleh naik parachute...huhu
QueensBAy Mall
Naik feri...
Entri ni harap-harap la dapat membantu Puan ann ye.. Simple je. Banyak gambar n nak cepat. hihi. Nak balik dah.
Saya pun harap dapat pegi Penang lagi dengan Husna n hubby. Aminnnn...