Friday, December 31, 2010

Bye bye 2010....i'll Miss u...:(


Bye bye 2010


Hai Hai 2011



Saya dah mula dengar bunyi mercun kat sini. Semangat betul masing-masing nak sambut tahun 2011 ye. Saya sambut dekat rumah sajelah. Memang tiap-tiap tahun pun macamni. Tak pernah sambut-sambut pun. Setakat join orang tengok bunga api adelah. Itu pun dari jauh je.


Apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2010 ni?


Perubahan terbesar yang saya alami dalam tahun ini ialah of courselah, menjadi seorang ibu. Ditambah lagi dengan isteri yang PJJ dengan suami. Oklah, tak perlu cerita yang inikan. Sepanjang perjalanan tahun ni semenjak kelahiran Husna, dah banyak jugak saya bercerita hal ni.

Azam?

Tak taula, tapi yang pasti akan berlaku satu penghijrahan yang besar dalam hidup saya nanti. Nantikan ape perubahan itu...Hihi...SUPRISE!!!

Sebenarnya ku gigih jugak nak update blog untuk kali terakhir pada tahun ni, tak tau nak cerita ape sebenarnya. Ku harap, tahun baru 2011, akan menjadi tahun yang lebih bermakna buat saya dan semua. Amin......



0 actions:

Post a Comment

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ