Thursday, December 2, 2010

Alassssan.... Malassssan

Macamanalah saya nak konsisten update blog. Susah betul bila ade penyakit malas ni. Sampai anak da komplen da, siap updatekan blog ibu die lagi.LOL.

Kadang-kadang menjeles tengok blog-blog orang yang mengupdate je sokmo, cam Puan Dayu, Puan Sharena, Puan Faizah. (sorila ye, memang mak-mak je yang saya senarai kat sini, dah geng dengan mak-mak kan.) Pastu dapat komen bertalu-talu..HAHAHA. Jeles tgk orang, tapi sendiri takde effort. Ape da..

Okayla, mehla tanam azam bulan Disember nak update hari-hari. Padahal takdela bizi memanjang sangat pun kat opis ni, boleh aje nak mengupdate, tapi kan saya dah kate penyakit M tu bermaharajalela. Salah satu sebab macam tak best nak update blog kat opis kadang-kadang student datang ke jengah tempat duduk ni tgk tgh buat pe tu? Nampak macam bizi je menaip-menaip.Aah, bizi> bizi update blog rupenya..HAHAHA...Tak bestla, takde privacy n sumtimes idea tengah mencurah-curah tiba-tiba hilang bila dah kene kacau. Nak update kat rumah pulak.Herm...macam susah sikitla kan, bila laptop satu, berokband satu, yang nak guna sampai 3 orang. Tak boleh nak buat ape da...Lgipun kat rumah adalah masa nak bergolek-golek dengan anak, dahla hampir 9jam mengadap Pc, kat rumah pun nak mengadap Pc jugak? Sian tengok anak main sorang-sorang, tergolek-golek, pandang sana pandang sini. Kosong.

"Ibu...ibu...what are u doing ibu? Tak nak main dengan Husna ke?"

Bila tengok mata anak, terus tinggalkan laptop n join anak main. Terasa terbersalah pulak.

Kejap lagi dah nak tidokan anak? Anak tido, ibu joinla sekali. Bila dah dapat lelap, alamatnya segala-gala kerja adalah delay. Bangun awal-awal pagi barulah terkedek-kedak nak solat Isyak, nak basuh botol susu, alang-alang dah pagi tu buat bubur anak siap-siap.

Sekarang ni macam rilex sikit tak payah nak terkocoh-kocoh pagi-pagi nak siapkan anak, sebab adik saya aka makde Husna ade kat rumah. Tak payah dah nak hantar g rumah Bs, saya bagi Bs Husna rehat sebulan.

versi Makde


versi Ibu

Versi mane lagi best??
KAHKAHKAH

(Venue sama: RnR Machap, masa and hari lain-lain)

Okay semula.

Versi Makcik Jiha

Versi Ibu.
Mane lagi best??LOL lagi.

Okay, mestilah versi ibu paling best. Ni lah 2 orang makcik-makcik Husna yang saya hire jadik nanny Husna sekarang dan yang suke rebut-rebut laptop nak main FB.(thanks dayu). Ada kat rumah I sekarang, sorang cuti sem Uitm, sorang cuti sekolah. Makcik Jiha ni baru je dapat flying colour masa UPSR haritu, so bagi can jalan-jalan kat Jb, beriya-iya tak mau balik rumah sebab boring dok rumah. Okay, bagi can..bagi can. Best jugak ade diorang ni kat rumah, ringan jugak beban kerja rumah.Hihi..Sila amik kesempatan ye. Suruh diorg basuh botol, suruh tengokkan Husna. Yes! Yes!. Ibu suka Husna..Yeay! Tengahari tak yah dah sibuk-sibuk nak beli makanan, balik rumahla, da siap masak da. Suka lagi. Yeay!

Bila diorang jaga Husna kat rumah ni, bolehla tau Husna tengah buat ape, nak minum susu ke tak, nangis ke tak, makan bubur banyak ke tak. Saya boleh pantau dengan senang. Kalau kat rumah Bs takkan nak tanya banyak-banyak. Ye tak? Kang muak pulak orang.

**Baru dapat ym from my sis, she said: " anak ko da start da". Nak mgamukla tu. Hahaha... sabar nak, ibu balik tengahari kang, update laju-laju cepat!

Semalam my sis capture video dia mengamuk, Mak ai!! dasyat betul..Husna ni kalo menangis memang bergempitala seluruh rumah, takdenye nak nangis sikit-sikit. Kalau gelak pun macam tu jugak. Nasib baik seimbang.

Dahla, penat pulak menaip ni. Babai...

Nah pic versi ibu yang best..(Bagi ibu best)
Pic ni baru balik dari Wedding kawan kat Muar, berhenti kat RnR Machap.


abes kene edit..LOL

4 comments:

  1. syoknye husna xyah g umah bs,
    ley lepak2 kat umah sdiri je dikelilingi org2 trsyg..
    hehe

    ReplyDelete
  2. bam-bamnya Husna...rase nk geget je peha demok dia tue...huhuh...

    pasnie nk paksa habi amek gambo Ibu & Naurah byk2 camnie..jeles da nie..huhuh..

    ReplyDelete
  3. lebih percaya kalau family sendiri y jaga kn..;)

    ReplyDelete
  4. husna tersenyum lebar dalam semua gambar
    dia seronok kena angkat2 gitu
    pandai senyum lak tu
    isskkk geram
    kena ada pose mcm ni gak
    ok save dlm folder
    nanti suh photog amik...

    fashya,
    kita ni selalu update sekali kat opis
    time pagi2 tak pun ptg
    pastu kat umah sekali tgh2 malam, pastu auto publish esok pagi
    tu yang kadang2 smpai 2,3 entry sehari..
    tapi takpe, jgn paksa diri
    nanti entry tak berkualiti

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ