Tuesday, October 27, 2009

seriously, kalo bleh malam2 saya nak bawak katil masuk bilik air....


Produktiviti buah pinggang semasa mengandung mmg sangat efektif....sampai rase nak tido dalam bilik air saje....melalui pembacaan saya ape punca ibu hamil kerap ke tandas ialah:

Masalah Air Kencing

Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita
kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing.

Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan ini disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu sebelum lapan bulan.


Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekan pundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil.

Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.


info dari sini.

baru saya tau..kenape setiap kali saya pegi buat check up nurse@ doctor mesti suruh saya kencing dulu untuk buat test air kencing....penting jugak air kencing ni ye....dari air kencing juga boleh cek sama ada wanita itu mengandung @ x.....

1 comment:

  1. saye pon ade simptom camne..huhu..bilik air pulak jaduh cket dr bilik..malam2 jalan sambil mamai2..uhuks

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ