Thursday, October 1, 2009

Masalah-masalah di Awal Kehamilan

Apakah masalah-masalah biasa yang berlaku ketika kehamilan? Kenapa ia berlaku? Bagaimana pula untuk mengatasinya atau mengurangkannya?

Masalah-masalah biasa yang berlaku ketika kehamilan ialah:

Mabuk hamil *(+Ve)

  • {mosimage}Selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau 13. Kadangkala berlarutan melepasi minggu ke 13.
  • Mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah semasa hamil.
  • Tidak seperti loya yang dikaitkan dengan sesuatu penyakit, loya mengandung meningkat apabila perut kosong. Untuk mengelakkan keadaan ini,
    • makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit.
    • Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur.
    • Elakkan dari makanan yang berlemak dan berempah.
    • Pastikan pengaliran udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.

Sembelit *(+Ve)

  • Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu perlahan melalui sistem penghadaman disebabkan oleh kesan progestron, iaitu sejenis hormon yang meningkat ketika hamil. Progestron akan mengendurkan otot usus. Oleh yang demikian ia memperlahankan pergerakan bahan makanan.
  • Minumlah lebih banyak air dan tambahkan lebih banyak serat dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian.
  • Anda perlu elak dari mengambil julap semasa hamil.

Pedih hulu hati{mosimage} *(+Ve)

  • Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.
  • Ubat antasid boleh membantu melegakan pedih hulu hati ini. Ingat bahawa anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini.

Sakit Belakang *(+Ve)

  • Berat badan bayi dalam kandungan menyebabkan perubahan kepada pusat graviti. Keadaan belakang akan diburukkan lagi jika anda mempunyai postur yang tidak baik.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang:
  • Pakai kasut tumit yang rendah.
  • Ampukan belakang anda apabila duduk.
  • Tidur di atas tilam yang keras.
  • Berjumpa doktor anda jika sakit belakang menjadi semakin teruk.

Buasir

  • Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk semasa hamil dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin berdarah semasa hamil.
  • Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir tersebut.
  • Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan ubat untuk buasir.

Tidak dapat tidur (insomnia) *(+Ve)

  • Kesukaran untuk tidur di waktu malam disebabkan oleh naik turunnya emosi mengandung.
  • Elakkan dari makan terlalu banyak sebelum tidur. Cuba tidur dalam kedudukan yang lebih selesa.
  • Jika perlu, elak dari mengambil ubat penenang atau ubat tidur semasa mengandung. Ubat penenang dan pil tidur ini boleh membahayakan anak dalam kandungan. Dapatkan nasihat doktor jika anda benar-benar memerlukannya ketika anda sedang mengandung.

Gatal-gatal

  • Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut.
  • Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam.

Sembab/bengkak di kaki dan buku lali

  • Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan lazimnya tidak diperlukan.
  • Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar. Jika sembab menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.

Vena varikos

  • Vena varikos selalunya terjadi di kaki. Di kalangan sesetengah wanita ia berlaku di bibir faraj.
  • Elakkan dari berdiri terlalu lama
  • Gunakan stoking untuk melegakan keadaan.
  • Kekejangan kaki
  • Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan kalsium
  • Biasanya dirawat dengan tablet kalsium.

Serangan pengsan

  • Selalunya berlaku dalam minggu ke 28 yang pertama dan seringkali disebabkan postur. Pembesaran rahim menekan saluran aorta dan vena cava yang merupakan saluran darah besar terletak di belakang rahim. Pengurangan pengaliran darah balik ke jantung akan berlaku jika anda bangun secara tiba-tiba.
  • Tukar postur anda secara perlahan-lahan untuk mengelak dari masalah ini.

Kerap membuang air kecil *(+Ve)

  • Ini kerapkali berlaku di awal kehamilan disebabkan pembesaran rahim yang memberi tekanan ke atas pundi kencing.
  • Keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
  • Terasa sakit, kerap membuang air kecil dan bangun pada waktu malam lebih dari sekali mungkin merupakan tanda jangkitan saluran kencing yang sangat biasa semasa mengandung.

Peningkatan lelehan dari faraj

  • Ini disebabkan oleh peningkatan rembesan yang dihasilkan oleh pangkal rahim.
  • Terasa kebas dan berdenyut-denyut di jari-jari?
  • Ini boleh diatasi melalui fisioterapi dan senaman
Sumber: Jagaan Semasa Mengandung, Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM, infosihat.gov.my

5 comments:

  1. skrg sedang mengalami sindrom kerap mengunjungi toilet
    rasa mahu bwak toilet tu pindah ke sebelah bilik
    oohhh..tido malam pun terasa sgt tidak nenyak
    asyik kuar masuk toilet je

    ReplyDelete
  2. samelah kite dayu....tp nasib baik toilet umah n opis dekat....sabarla...semua ini nikmat..:)

    ReplyDelete
  3. hi..sy pulak skrg mengalami masalah pedih ulu hati dan sakit belakang. ari2 mintak en suami picit tp sakit jugak. mengunjungi toilet pulak adalah perkara biasa skrg. sembelit pun masa especially masa raya. smpi dekat 5 ari xbuang. sgt sengsara.

    tpi, ape pun sy tetap rasa bahagia sbb baby ari2 respon baik. suka gerak2, pusing sana cni. nak ajak mummy die sembang. wee! we're mummy to be.

    ReplyDelete
  4. akak baru terasa pre-morning sickness..sangat pening kepala...huhu...baby, baik2 dalam perut eh..

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ