Monday, March 26, 2012

Mami & Baby Expo 2012

Kali ke-dua Mami & Baby Expo diadakan di Johor Bahru. Orang Johor yang susah sangat nak jumpa expo-expo macam ni harusla susah nak lepaskan peluang tengok apa yang menarik kat sana kan. Bila dah kali kedua diadakan, aku pun pegi sampai dua hari berturut-turut. Jumaat dan Sabtu. Over kau. Jumaat aku amik half day sebab kalau pegi sabtu dan ahad, confirm kena bawak Husna sekali. Kalau tak bawak dia, bolehla shopping sepuas hati. Aku pegi dengan Kak Nani n Kasih........

...............Dan jumpa mereka si sana. Aishah dengan Yanti.
3 orang ibu yang bakal beranak dua dan seorang ibu yang sudah beranak 2. Yeay!

Barang yang dijual bolehla...ada yang murah, ada jugak yang tak mampu aku beli. Aku biasalah, pegi sini borong botol susu MAM, anak dara tu nak botol MAM je, anak no2 nanti awal-awal nak train botol susu murah je. Harap-harap dia tak refuse macam Husna dulu. Ish, kalau diingat-ingat balik moment tu, rasa nak nangis je.Betapa susahnya Husna nak terima minum guna botol susu. Lagi, beli diapers dan baju sikit-sikit. Sikit-sikit kau cakap, sampai kena sound dengan incik suami jangan beli baju anak banyak-banyak. Pelik betul instinct en.suami terhadap isterinya. Baru je lepas selesai bayar baju anak-anak (ewah, sudah anak-anak) dia pun call. Tanya pegi mana, buat apa. Pastu pesan, sudah-sudahla tu beli baju anak. ERK! Saya tak bagitau pun saya nak pegi baby expo ni, macamana dia boleh tau? Huh! Itulah instinct ye puan-puan. Ni suami kalau bace ni, ampun ye B, saya TERbeli baju anak-anak lagi. Theeehihi.... :p

Hari kedua, konon-konon nak berehat-rehat je kat rumah, tak mau keluar rumah dah. Kalau keluar rumah, maknanya duit pun bakal keluar jugaklah kan. Sebab dah banyak jugak duit keluar kat expo baby ni. Tapi bila dapat sms dari member ofis, yang diorang nak pegi melawat baby Kak Liha, 
ofismate kitorang yang baru lahir, aku pun taknak lah lepaskan peluang nak jumpa newborn Kak Liha. Nak ikutla jugak, tapi......sebelum tu diorang nak pegi expo baby dulu. Ala....kalau boleh, taknak bawak Husna pegi expo ni, tak larat aku nak kawal dia nanti. Kang buatnya dia nak berdukung aje, tak ke naya tu. Maka, nak tak nak, aku pun bawakla Cik Husna pegi sana sekali lagi...


Wah, wah, nampak macam sopan je. Tapi....

Khusyuk baca apa tu?

Baca ape?

Menjerit-jerit takut dengan maskot nih.

Memang betul pun, ligat bukan main Husna kat sana, semua tempat dia nak terjah. Last-last aku surrenderlah, tunggu member kat luar je. Tapi sempat lagi grab diaper satu pek lagi. Lepas tu kena la aku usung diaper sebelah tangan, dukung Husna sebelah tangan. Dia tak mau jalan dah. Konon-konon dah ngantuk nak tidur. Nak pitam dah rasanya.

Sampai rumah Kak Liha, dia sambung melasak lagi. Nak balik rumah baru dia lelap tak sedar diri dalam kereta. Dari pagi sampai ke petang berjalan, jangan mimpila dia nak tidur. Itu jela cerita wiken kami berdua beranak. Hari ahad ayah datang kita lepak rumah je. Badan dah penat.

Sekian cerita merapu. Terima kasih.

6 comments:

  1. Memang kan...rambang mata tengok baju budak yg murah2.semua nak beli rasanya.heheee

    ReplyDelete
  2. lasak betol husna yer fashya?huhuhu

    sakan soping

    ReplyDelete
    Replies
    1. lasak, dalam kereta lagila...
      sakan tak sakan jugakla, sampai kene sound dengan suami..kehkehkeh

      Delete
    2. td ade butng komen, tgh taip hilang..uwaa xreti nk carik..komen kt cni jelah
      ok la tu shya ade gak kt jb, kt kontan langsung la xdop...kihkihkih..
      rasenya mak2 ni semua sam suka beli baju anak..den pun klo kuar ngn hubby xdop chances la nk bli baju anak..kene cantas awal2..

      Delete
  3. amboiiii sakan soping yer. time gini lah ada peluang nk memborong kan. lgpun nanti makin memboyot dh xlarat nk jejalan bersoping dah.

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ