Tuesday, March 13, 2012

Burung Kakak Tua Saya


Ini burung kakak tua saya. Sejak dia dah pandai mengikut apa saja yang kita cakap ni, seronok rasanya ajar dia macam-macam perkataan. Semalam, lepas je aku abis solat Maghrib, Husna sibuk suruh masukkan dia dalam buaian, tapi bukan nak tidur pun, sementara nak habiskan zikir dan doa, dia pun nyanyi-nyanyi sorang diri sambil berbuai dalam buaian. Gelak jugak dengar dia nyanyi. Ntah lagu ape ntah dia.

Lepas tu, terus ajar dia nyanyi lagu Burung Kakak Tua Version budak baru pandai bercakap. Eh, aku ada mention tak Husna dah duduk dengan saya semula sejak 2 minggu yang lepas.Takkan?  Nak mention apenya, blog terbengkalai hampir 2minggu dah, cerita London Part 2-3 dah makin basi dah kot kalau nak cerita. Sejak balik dari Uk tempohari memang takde masa nak update blog.

Just nak cerita jela, macamana Husna masa nampak ibu dia dekat airport aritu. Berangan setibanya dekat airport dah nampak kelibat Husna dan ayah dia kat balai ketibaan. Lepas tu berpelukan sakan. Rindulah katakan. Tapi ni berangan je tau. Hakikatnya, aku kena tunggu lagi setengah jam nak jumpa Husna n ayah dia sebab diorang lambat sampai. Husna nampak je ibu dia, nak tau ape reaksi dia?

Reaksi Husna: Masam mencuka, muka sedih, terus menangis sambil peluk erat  macam rindu sangat-sangat dah rasanya. Bila tengok je dia macam tu, aku ape lagi, terus la nangis berjemaah sekali dengan dia. Tapi dapat cover la sebab pakai spek hitam. Setengah jam lepas tu, barulah dia okay, nak gelak, nak ketawa dengan ibu dia. Acah-acah dia ibu nak balik, terus muka dia masam mencuka, sambil cakap 'ikut'. Ala, sian betul anak aku ni. Flight balik Jb sepatutnya pukul 5 petang hari yang sama aku sampai KL terpaksa burn macam tu je sebab kesian nak tinggalkan dia lagi, maka aku pun amikla cuti lagi 2 hari nak spend time dengan Husna dan ayah Husna. Malam Selasa balik Jb naik bas, nak tinggalkan dia, dia nampak tak tentu arah sangat.

Dipendekkan cerita, wiken yang sama hubby datang dengan Husna ke Jb sebab nak attend wedding sepupu kat Senai, aku pun pujuk-pujuk Mokhtar supaya Husna terus tinggal dengan aku je, sampai lah harini. Tak sanggup weh, jauh-jauh dengan anak. Sunyi. Jauh dengan ayah dia takpe lagi, boleh handle lagi, dengan anak....____________ (Isi tempat kosong). TATA...

14 comments:

  1. kasihnya ibu bawa ke syurga..hehe, ternangis pulak baca entri fashya..susah senang, better anak ngan kita kot..walau tahu ayah dia pun jaga dgn baik, tp bab perasaan tu, mmg susah nak handle..nak2 ngan budak umur cam husna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, setuju dengan iza, biar susah senang anak dgn kita kan... Husna,kalo ayah dia xde, die rilex je...dah biasa kot

      Delete
  2. kalo anak takde repan mata mcm tak keruan kan? x boleh lama2, kejap je kalo g keje gini xpe. tp balik msti nk jumpa anak. kalo xde msti rasa kosong aje.

    itu sayang kita pd anak. tp sayang Allah pd kita hama-Nya berganda drp tu. dapat bayangkan tak? insaf =S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insaf ena.... Sayang Allah, lagi berlipat kali ganda... SubhanaAllah.

      Delete
  3. I know your feeling.. Berjauhan dengan suami takde masalah lagi. Dengan anak, Ya Allah terasa dirobek2 hati neh ha. Heheheh

    Takpe sya, awak kuatkan semangat ye? Kalau penat jaga husna, tangguh dulu buat keje rumah. Yang penting husna di sisi awak, dan awak jaga baby baik2. Jaga kesihatan tu. Okay? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak xde tak keruan dibuatnya, balik rumah dia xde. Sunyi sangat. Okay, Kesihatn pun kena jaga jugak... :)Thanks reen

      Delete
  4. fashya, carilah kerje dekat sikit, banyak bukak jawatan koson sekarang ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keje ape zura? Aku apply gak kat LGM. 2 je aku jumpe..huhu

      Delete
  5. bertabahlah ibu. mmg parah kalau rindu dgn anak, rasa rindu mcm tak tertanggung kan. take care ok.

    ReplyDelete
  6. sedap suara ibu, hehehe

    eh ibu dh tido atas katel la skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA....aah, dah tidur atas katil sebab pregant xlarat nak tidur bawah..susah nak bangun.huhu

      Delete
  7. Sedih plak part kat airport tu..setuju200%..jauh dr husband ok lg boleh sms/call/email/video call..tp jauh dgn anak,memang tak keruan hidup..ape2 pun biarla anak ada dpn mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Biar anak depan mata... suami jauh xpe lagi..hihi

      Delete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ