Friday, October 7, 2011

NFM adalah Nur Fashya Musa

Assalamualaikum.
Salam Jumaat semua.

Alhamdulillah, masih hidup dimuka bumi ni. Hari ni saya rasa macam nak menulis sikitla tentang nama. Ada apa dengan nama aku ni?

Pinjam nama suami, 
sebab nama sendiri tak pernah jumpa dan selamanya tak akan jumpe melainkan ditempah.

Okay, ada apa dengan nama kita? Dalam senarai tanggungjawab ibu bapa terhadapnya anaknya sedari dari si lelaki memilih bakal ibu kepada anak-anaknya nanti, salah satu tanggungjawab ibu bapa adalah memberi nama yang baik dan penuh makna pada anaknya.

Itulah hak-hak anak-anak ke atas bapa-bapa. Bapa hendaklah memberi nama yang baik kerana Rasulullah ada bersabda : 
                              (إنكم يوم القيامة تدعون بأسمائكم،وأسماء آبائكم،فأحسنوا أسماءكم)[3]
Maksud: Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu. 
Nama yang buruk yang menjadi ejekkan pada orang lain perlu dielakkan. Nama sebenarnya memberi kesan pada jiwa anak-anak itu sendiri. Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya : Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik. Di dalam hadith disebut, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan menyucikan Allah . 

Arwah ibu pernah cerita dulu, dia nak bagi nama saya Nur Syuhada, yang bermaksud cahaya orang-orang yang shahid. Senang nak cari makna tu kan. Tapi ntah macamana, masa ayah nak daftarkan nama saya, dia mendaftarkan nama NUR FASHYA BINTI MUSA pada surat beranak. Ibu agak nama tu mesti gabungan nama ayah n ex-gf ayah. Hahaha. Ntahlah, wallualam, saya pun tak tahu menahu. Maka, ibu dengan redha menerimanya. Dah itu yang termaktub dalam Luth Mahfuz itulah nama yang akan saya bawak di dunia dan akhirat nanti.

Masa sekolah-sekolah dulu, ramai jugak cikgu n kawan-kawan yang mula-mula kenal terbelit lidah nak menyebut nama saya ni. Cemane sebutan bila dah ada hurup H, Y dalam satu nama ni. Ade yang sebut fasiha, fashua, fas-hia. Macam-macam sebutannya. Sebutan yang betul biasa je macam sebutan FASYA @ FASHA. But now, sejak ada Fasha Sandha ni, dah dikaitkan pulak nama saya dengan nama artis tu. Bila saya bagitau nama saya. Ade je yang cakap, "Oooooooooo, ni fasha sandha ni kan...' Erm, yelah-yelah!Whatever! : /

Apa maksud FASHYA ni?

Sejujurnya, saya tak berapa pasti apa maksud nama saya ni. Pernah terjumpa dalam buku maksudnya Tersiar, ade jugak jumpa maksudnya Hatiku. Wallaualam. Saya tak tahu.

Pernah jugak orang menegur, maksud nama saya ni tak elok dan tak baik. Lagi sedih! Andai dari bayi saya pandai bercakap dan boleh memilih nama sendiri, saya akan pilih nama yang elok-elok saja. Siapa tak mahu kan? Dan saya tahu maksud nama yang tak baik tu ada dalam ayat Al-Quran ini:



“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat  itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]


Fahsya' bermaksud keji.

Thats why, saya sangat-sangat-sangat amik berat tentang ejaan nama saya kalau orang lain yang tulis. Saya tak kesah orang nak eja nama saya Fasya @ Fasha.. Tapi bukan FAHSYA. Sebab dah bawak maksud yang lain. Dan setiap kali doa ini dibaca, saya jadik ntah! Tak tahu ape ntah perasaan ni. Nama yang hampir serupa disebut dalam doa, tapi membawa makna yang tak baik. Sedih T_T.

Bila dah ada pengalaman macam ni, bila dah jadik emak, saya nak pilih nama anak yang sedap, dan mudah untuk mendapat maknanya. Supaya takdela anak tu sedih-sedih nanti. Ops! Ini tak bermaksud saya menyalahkan ayah yang telah bagi nama Nur Fashya pada saya tau. I love this name actually. Sapa tak suka nama dia? Angkat keybod cepat!

Begitula alkisahnya.......

So, nama Khalisya Husna yang saya pilih tu sebenarnya nak bagi nama Ayatul Husna. Tapi at last tukar jadik Khalisya = Suci, Murni. Husna = Baik, Cantik. Wallahualam.

10 comments:

  1. nama aku pun tak de maksud sangat. pueh cari entah apa-apa yang terkeluar. tapi mak aku kata sebab masa zaman dia dulu ada cerita pelakon tu nama azura wataknya sangat baik-baik gitu. aku rasa mak-mak ni terpengaruh dengan cerita tu jadi banyak nama azura d persekitaran ni. eh ni bukan cerita azura jamal abdillah citer lain..

    eh banyak pulak aku bebel di sini. kem salam kat husna. :)

    ReplyDelete
  2. Nanti nama anak letak maksud yang senang jumpa tau.

    ReplyDelete
  3. nama mncerminkan personaliti anak tu.
    hehehe =)

    ReplyDelete
  4. Husna=baik, cantik
    i like husna

    shya, kadanga2 yana salah eja gak nama shya..ooowh mintak maaf..dh jd lain pulak maksudnya ek

    ReplyDelete
  5. Nama kite pun takde maksud..huhu..tapi tak kesah la kan..dah takdir..tak boleh nak salahkan sape2..janji kite ni yang jadi manusia yang berakhlak manusia tak lupa tuhan..daripada nama baik penuh makna tapi akhlak tak menggambarkan nama yang dibawa pun..

    peace! ;)

    ReplyDelete
  6. Fashya,klu Ada tersalah tulis dulu2 & akandatang,mintak maaf awal2 ye..kadg2 dh ingtkn pun still x alert jugak..dah tuo..
    Nm akak pun xde maksud,cari la dlm Internet canggih mn pun xde..selalu akak sedapkan hati,ade maksud ni,Internet yg x canggih...haha...klu ade link2 bkaitan nm ni,post la ye..ape2 pun good idea & content....

    ReplyDelete
  7. Betul la kan.. Fashya.. kita serupa...
    Puas juga mencari erti nama sendiri.. xjuga terjumpa...hukhukhuk..

    ReplyDelete
  8. Kita masa memula jumpa Fashya dalam dunia blog dulu, sebut nama Fashya macam gini; FASH-YA.

    Hehehe.

    ReplyDelete
  9. good info kak..tp fasya pn pernah jmp maksud nama kita ni as tersiar n hatiku..tp suka je ngn nama kita ni kan..unik gitu..hehe..

    ReplyDelete
  10. sy suka nama awk. sedap, unik dan up to date. advance lah ayh awk dulu hehehe.

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ