Assalamualaikum. Macam jarang jugak saya bagi salam kan kat setiap entri sebelum ni. Not good, not good. Mendoakan salam sejahtera pada orang lain adalah sunat kan? Korang pulak kena lah jawap sebab tak jawap dosa. Wajib tu jawap salam orang kan. Hurm... Arini sebenarnya saya tak berapa nak sihat sangat. Selsema dan sakit tekak. Time nilah nak mintak jasa korang mendoakan selamat sejahtera kan. Hihi.. Husna pun tak sihat sejak 2 hari lepas. Kesian betul tengok anak tak lena tidur semalam sebab tak selesa nak tidur akibat selsema/demam.
Balik dari rumah pengasuh semalam, dia mula melepak je. Masuk tidur pukul 6.30 petang, awal sangat dari biasa. Tapi disebabkan tak selesa,bangun jugakla meragam. Pukul 2-3 pagi baru dapat tidur lena. Ya Allah, sangat mencabar okay. Disebabkan aku taknak dikategorikan dikalangan 1.5 juta rakyat Malaysia yang sakit mental sebab stress tak dapat tidur dan kebuluran yang amat. Ingat Allah cepat-cepat bila rase macam dah hilang sabar tu. Kesian kat anak oi! Dia sakit tu. Sambil duduk, sambil peluk, sambil lumur air asam jawa atas kepala, sambil berzikir, sambil berdoa, tidur jugak akhirnya. Brapa banyak sambil dah kan? Tapi sepanjang-panjang malam dia tidur melintang atas badan saya ni ha. Sakit pinggang tak usah cakaplah. Sakit sangat-sangat tampung berat badan Husna yang kurus tu. Okay, kat sini saya nampak hikmahnya kenapa berat Husna 8++kg je. Kalau lebih dari tu, aku rasa terus cramp pinggang takleh bangun pagi tadi.
Plan pagi tadi memang nak MC jugaklah, dahla bangun lambat n buat subuh gajah pulak! Tapi Allah izinkan saya masuk ofis harini. Syukur. Ingatkan bangun pagi tadi Husna terus melepak akibat kurang tidur tapi sangkaan saya meleset-leset terus bila nampak dia bangun happy-happy dan main-main. terusla bawak dia mandi dan bersiap ke ofis walaupun lambat masuk setengah jam. Hujan kan pagi tadi. Alasan masuk lambatla tu......
Parenting is life long journey. Selagi hidup, selagi tu kite belajar. Dulu, masa saya anak dara, bila tengok mak sedara, pak sedara, ayah ibu didik anak masing-masing, Saya tapis satu-satu apa yang diorang buat kat anak. Dalam hati, nanti anak aku taknaklah buat camni, taknak la buat camtu. Nanti nak buat camni lah, nak ikut diorang buat camtu. Macam senang bukan? Bukan semudah dengan mulut nak buat itu ini. Selagi takde anak, selagi tu kita tak tau nak handle. Sekarang bila dah ade anak kenapa tak ikut apa yang dirancang masa anak dara dulu. Bukan mudah kan?
Anak yang gembira, mempunyai minda yang cerdas
Saya admit, saya garang kot dengan anak. Garang time dia buat onar dan garang time dah hilang sabar. Time lain saya tidak garang. Eh, garang ke tegas eh. Hihi. Suami? Erm, dia lebih cool dari saya. Tak pernah lagi dengar dia marah Husna. Mungkin dia jarang dengan Husna, that why dia tak naik angin bila Husna buat onar. Tapi tak tahu lah, kalau dia memang betul-betul cool. Sebab kami tak pernah hidup sebumbung dan dia langsung tak pernah menjaga Husna secara sepenuhnya. Sejak Husna baby lagi, ntah brapa puluh kali dia nyatakan hasrat nak jaga Husna pulak. Tapi mati-mati saya tak bagi. Sejak Husna dilahirkan, sejak saya bergelar ibu tak pernah 1 malam pun dia tiada disisi saya. Dahla mencari malam-malam, mencari ape? Mencari nan satu tu lah. Buah hati dia. Hahaha. Sekarang dah pandai, lepas dah siap breastfeed, dia cakap, 'dah-dah' sambil tutup buah hati dia dengan baju. Okay, tak payah cerita yang ini.
Ibu saya cool okay :p
Kalau anak buat macamni nak marah ke tak?
Okay, time ni memang saya tak marah.
Biarkan dia dengan aktiviti membedak handbag ibu.
Doakan anak setiap hari. Ibu hari-hari doakan anak. Doakan yang baik-baik belaka. Terima kasih pada Yana, yang tak jemu-jemu bagi link hal keibubapaan untuk dikongsi bersama. Banyak benda yang kita kene belajar sebenarnya. Meh nak quote sikit ayat dari entri tu, maybe geng UB dah bace kan artikel ni.
- Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.
Kalau kita seboleh-bolehnya nak siapkan kerja rumah kan, lepas dah siap semua baru best nak beri perhatian sepenuh pada anak. Kalau tak siap, tak tenteram rase tengok dapur, rumah, bilik bersepah. Maybe lepas ni kene ubah sikit persepsi yang ini. Anak lebih utama dari segala kerja. Lagipun tinggalkan sebentar saja, pujuk kejap, bila dia dah okay, teruskan kerja tu. :) Mudah-mudahan.
- Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak anda dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.
Yang ini memang saya buat, untung jugak kot tak payah nak tergesa-gesa masak sebab saya tak perlu nak masak untuk sorang. Beli saje mudah. Kalau tak, tak payah makan terus, lepas tu tengah-tengah malam merana kebuluran. Lepas amik Husna dari pengasuh, memang saya akan spend time dengan dia sampai dia tidur. Nak mandi pun saya angkut sekali masuk bilik air. Dalam bilik air, kita sambung main air pulak.
- Ajarkan anak dengan perkataan ‘tunggu sebentar boleh’ sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.
Yang ini depend pada mood Husna, kalau dia boleh tunggu sebentar, dia akan stay saja, tak pun dia membontot tanpa keluarkan sebarang suara. Tapi kalau tak boleh tunggu sebentar, gerak sikit, melalaklah dia. Selalu jugak buat cara nak terbang ke dapur, tak pun buat lompat-lompat katak, supaya nampak dia terhibur sikitla kot dengan gelagat kita. Supaya dia ingat kita nak main dengan dia, bukan nak tinggalkan dia. Pandai je aku ajar orang. Ceh!
- Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.
Point ini, saya menyesal bila baca sebab kadang tangan laju nak cubit, jentik
Taknak lah buat anak hati keras. T___________T. Nyesal. Nyesal.
The rest boleh bace dekat link atas tu ye ibu-ibu. Banyak jugak artikel berguna yang dikongsi oleh Ida Kamilia buat panduan kita semua.
I wish I can be her good friend.
itulah, same like me,
ReplyDeletehope dia bley manje ngn kite as ibu
dan bley mesra n share2 citer like friend gtu kan???
Awak neh macam anak dara la sha :p
ReplyDeleteTu la kite pon bace jugak tadi, memang balik umah lunch tadi taknak berkasar dengan anak. Tapi tadi dia berak tembus seluar, duduk kat merata tempat. Ya Allah tak tau nak marah ke ape. T_T
Sehabes boleh la cuba jugak tak naik suara. Hehehe
na:
ReplyDeletebest betul kalo tengok mak n anak mesra2 macam kengkawan gitu.
reen:
adoi payin, auntie gelak2 umi cakap camni tau. Tak sonoh okay payin. T_T
Tu lah mak ni, nak naik suara payah, tak naik suara pun payah kan?
semua org tahu kot xbaik naik suara dgn anak tp kdg tu tak boleh sabar kan.
ReplyDeletemarilah bersama kite cuba menjadi parent yg lebih baik. amin.
sharing is caring..bila kita minat sesuatu tu yg miant juga nk share :)
ReplyDeletebetul la shya, slu masa bujang masa xkawen lg tgk sepupu2 mak sedara yg ade anak mmg akan cakap dlm hati xkan le mcm ni, aku xnk anak aku gini la gitu la..tp hakikatnya easy said than done..huhuhu kena sndiri baru la tahu..ternyata kadang2 xmampu pun nk buat terbaik..
fashya..nak mendidik anak zaman sekarang mmg byk dugaan..ape2 pun husna pasti bertuah dpt ibu mcm kamu...
ReplyDeletememang kan nak besarkan anak ni memang kadang2 menuntut kesabaran yg sgt tinggi... kita ni mak2 memanglah syg sgt ngan anak tuh, tapi kadang2 terlepas jer termarah, terbabap anak tu kan..hehe saya pun sama gak..pas baca ni taknak gunakan kekerasan kat anak... supaya hatinya pun tak menjadi keras kan..
ReplyDeletecantik cardigan husna
ReplyDeletebetul tu, kadang2 afni biar kan je dani explore sesuatu benda..dia nk teraburkan mainan ke, main tin kosong ke..biar dia blaja
ReplyDelete