Okay macam ni lah. Husna kan kurus, berat badan dia dah mencecah line kuning dalam buku kesihatan kanak-kanak. Bukan tak nak makan terus, makan. Husna ni jenis yang suka makan receh-receh. Tak suka makan nasi, tapi suka makan mee, spagetti, bihun, senang cerita bukan nasi. Saya tak berapa kesah sangat dia tak suka makan nasi, sebab apa yang dia suka tu pun ada sumber karbohidrat. Kentang, telur pun dia suka sangat. Sayur, ulam, buah-buah Alhamdulillah, dia senang nak telan. Quaker oat? Lagi dia suka, makan kering-kering macam tu je.
Persoalannya sekarang.....Menurut cakap-cakap orang, Kenapa Husna kurus ye?
Penat oh, dengar orang asik komplen anak kurus. Sebenarnya tak amik kisah sangat pun tapi bila dah terlalu kerap jadik sesak nafas ni. Dan ayat klise yang selalu saya dok ingat untuk sedapkan hati. Biarlah anak kurus, janji sihat walafiat. Kan..kan...
Satu, mungkin jugak metabolisma dia sangat tinggi. Asal ade makanan yang masuk dalam perut mesti nak membuang. Kadang-kadang sehari dia boleh membuang sampai 3-4 kali. Aku tak pandang benda ni sesuatu yang merisaukan sebab eloklah dia membuang bahan toksik dalam badan dia daripada dia mengalami sembelit atau sakit perut. Cuma diapers tu sehari banyak la pakai. Najis dia pun takdela keras atau cair. Nice-nice je.(Okeh! Jadik mak-mak memang sangat pelik sebab najis anak pun nak tulis dalam blog.) Hihi. Sori ye geng. :p Tapi saya notis dia kerap kembung perut.
Dua, mungkin dia saja-saja nak kuruskan badan supaya senang mak dia nak dukung, nak jaga dia sorang-sorang, nak landing atas badan ibu dia kalau tengah tidur supaya mak dia tak sengsara sangat menampung berat badan dia. Haha... Dan yang paling haru, bila singki rumah dah boleh goyang-goyang sebab Husna selalu mandi dalam singki. Dah tak sesuai agaknya mandi dalam sinki. Sinki pun bukan jenis yang canggih-canggih macam ni
Macam ni je pun
kredit to gadiscomey
Dan yang ketiga, ke sebab Ibu masak tak sedap Husna! Waaaaaaaa, sedihla macam ni... T__T. Emm, tak mungkin! Tak mungkin!
Disebabkan agak khuatir dengan keadaan badan dia yang mengeding aje tu. Mak mula la risau tak tentu arah nak cari jalan penyelesaian, macam-macam dah ibu ni dok beli supplement dia tu. Scott emulsion dia reject, multivitamin appeton with Lysine dia reject jugak. Karihome milk goat tu pun dia dah pandai reject sebab bagi dia appeton tu masam, so sekarang ni bagi karihome tu pun dia dah reject jugak sebab dia ingat ibu bagi appeton masam tu. Padahal sebelum ni, itulah yang paling dia suka sampai kene sorok botol.
Dapat jugak petua dari orang-orang tua, kalau kita hilang selera makan, makanlah Lempoyang. Sapa tak tau lempoyang, ni ha rupa lempoyang. Adik beradik halia, temulawak jugak ni.
Cara dia, parut lempoyang, amik air dia dan disuap pada anak secara paksa rela.
Dengan izin Allah, selera makan akan menjadi membuak-buak. i tell u.
Bagi petua macam dah buat je kan. Belum lagi ah. lempoyang dah ade, tapi tak bagi lagi dekat Husna.
Sebenarnya ade part yang paling penting saya nak share kat sini sebenarnya. Mukadimmah punya lah panjang. Harap adelah yang setia membaca eh.
Alkisahnya, dari kes saya mintak lempoyang ni dari sorang ofismate. Dan another ofismte telah bercerita, kenapa anak ko kurus Fashya? Dia pun bercerita lah...Ada sorang makhluk Allah ni, dia ada anak yang super comel! Sampai orang nampak dia komfem orang akan cakap comelnya....comelnya.... Kiutnya....... Hinggalah, anak dia dijangkiti satu penyakit di mana air tak berhenti keluar dari telinga. (Saya tak berapa pasti telinga atau hidung, air tu pun air apa) Maka, parent pada anak yang comel tu pun telah minta nasihat pada seorang ustaz. Maka ustaz pun memberi buah fikirannya. Mungkin anak ini dijangkiti penyakit tu sebab orang terlalu banyak memberi pujian pada anak dia sebab comel sangat, walhal puji-pujian tu hanya untuk Allah swt. Sampai ke satu tahap, parent tu terpaksa menyorokkan anak dia dari orang. Sebab kalau orang nampak anak dia mesti orang akan puji cantik, comel semua.
Sebenarnya, kalau kita nak puji sesuatu, kita kena mulakan dengan kalimah Allah, contohnya: SubhanaAllah, comelnya anak kau ni. Ya Allah, mancungnya hidung anak dia ni. Sebab yang layak untuk mendapat pujian hanyalah kepada Allah, Allah menciptakan makhluk itu sesempurna ciptaanNya. Dan kita, kalau mendapat pujian, cepat-cepatla, bersyukur pada Allah. Contoh: Alhamdulillah sebab Allah jadikkan aku macam ni. Syukur.
Ini semua dapat mengelakkan kita dari sifat takbur dan riak.
Dan nak dikaitkan dengan cerita Husna kurus ni, my ofismate yang bercerita tu cakap Fashya kan suka upload gambar Husna dalam Fb, mane-mane orang yang puji Husna tu mungkin jadikan dia kurus. ??????
Owh, saya menerima ini sebagai suatu ingatan, dan berfikir positif jelah. Terima kasih kerana mengingatkan daku yang khilaf ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Auntie-auntie, nanti nak puji saya comel , cakap macamni eh. SubhaAllah, comelnya Husna ni"
P/s: Permata hati saya ni taklah comel mane, tapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan anak yang cukup sifat, sihat, penyejuk mata/hati ibu, racun dan penawar ibu ayah walaupun tak gemuk. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur ku kepadamu.
Any comment guys?
satu peringatan untuk kite semua....thanks for sharing
ReplyDeletealah fashya..ko kan kurus kecik jek mestilah anak ko pun kurus gak... lainlah aku yg gemuk ni..sbb tu anak akupun sikit tembam...hehe
ReplyDeleteiye betul kata ustaz tu bhw puji-pujian hanya utk Allah. Tapi sy rasa xde kaitan antara pujian org terhadap pic anak awak dlm fb leh sebabkan anak awk kurus. Maybe ada sbb saintifik yg lain. Baik awak rujuk doktor. Lagipun anak awak dh setahun lebih..kalo ikut ckp nurse, spatutnye dh xde mslh kembung perut yg kerap sbb sistem perut dia dh matang n stabil. harap fashya bersabar k. yg penting tnya yg pakar, tnya pendapat org awam boleh tp kene tapis2..hihi
ReplyDeleteThanks untuk peringatan.. kadang2 kita lalai and terbanggga diri.. :)
ReplyDeleteperingatan untuk kita semua..anyway, mungkin metabolism husna tinggi..kalau nak konfiden lagi, bawak husna pergi jumpa paed for full check up k..=)
ReplyDeletegood info =)
ReplyDeletehusna, nape kamu mcm naurah skrg nie? asek xnk makan...kite pon dah riso =p
*thanks for the gentle reminder.. semoga boleh dijadikan amalan
ReplyDeleteanyway, ye husna kelihatan kurus
tp kalau ikut gaya citer fashya ni, husna makan lebih byk dr cha gayanya. cha pun 2 minggu ni je lah kuat skit makan. susu pun byk
tp bab makan mmg kena paksa la
bersepah lantai jgn citer
dia tak nak kita suap, nak suap sendiri..
kena bagi dia pegang sudu sendiri
tp kita pun kena pegang sudu, nak pastikan nasi masuk gak dlm mulut bukan lebih ke lantai
cha pun ada amik multivitamin
maybe it's helping
takpe..fashya.. as anak sehat
itu yg penting
husna ikut baka kamu la fashya. kan kamu tu kurus kecit comel lote
ReplyDeleteOh macam tu. Lepas neh kene beringat jugak nak puji anak orang. Nak describe anak2 yang comel tapi kadang2 tak mulakan dengan kalimah Allah. Okay noted!
ReplyDeletethanks ye fashya untuk kisah tue..kena la selalu beringat gak ye...husna kurus2 pun janji dia nak makan, kalau tak makan lagi la susah hati
ReplyDeletethanks fasha, untuk peringatan kita bersama kan..
ReplyDeletepernah jadi dulu kat Dani, kurusnya dani, ikut baka papanya, tapi bila dah berisi sikit, gemuknya Dani, ikut baka mamanya, tak ke kata ngan mama dia sekali gemuk..huhu, susah nk puaskan hati semua org.
ye fasha, janji sihat, dani pun tak makan banyak, makan secara paksa rela pun taknak, cuma minum susu kuat.
pernah buat entry pasal cara nk puji anak ni..n yes mmg betul ade hadis sahih berkenaan itu. sebab tu sejak hubby bc hadis tu terus die xkasik upload pic anak tp bininya ni degil upload jugak..cuma kita mmg kene sebut subhanallah kalau lihat sesuatu sbb semuanya dtg dr Allah..
ReplyDeleteBetul juga tu. Tq Fasya. Subhanallah sgt comel Husna ni. Kurus tu maybe sbb Husna dah makin aktif. Dont worry.
ReplyDeleteThanks Fashya for the good info... Kdg2 kita pon xperasan perkara camni... ;)
ReplyDeleteTerima kasih atas cerita tu..
ReplyDeleteInsyaAllah kid akan beringat ketika memuji sesiapa pun..
tak kiralah baby atau orang dewasa mahupun binatang..
Husna..
kalau ibu tak puji Husna comel..
bagitau aunty ok..
nanti aunty babap ibu tu.. :P
kurus tak semestinya bagus,
ReplyDeletegemuk tak semestinya xbagus,
cantik belum tentu baik,
hodoh belum tentu masuk neraka,
Semua tu kan dunia je kan?
Fikir kembali fitrah kehidupan kita..
InsyaAllah kita akan tenang apabila ditanya perkara2 yang hanya Allah shj yang maha mengetahui.
Allah lebih tahu mana yangbaek untuk kita.
Bersyukur dengan apa yang ada.
ada orang dah kawen bertahun2 belum ada rezeki dapat anak.. )-;
fashya, nak komen from my view..orang mmg takkan berenti mengomen..look at me, org asik tanye bile nak beranak..tgk fasha plak..dah ade baby org bising nape kurus..so mmg kne bertabah jela
ReplyDeletego go mummy fasha sandha.. eh ;p
cerita dan peringatan yang baik
ReplyDeleteowh anak aku pun kurus jugak
tak suka makan nasi,suka makan vitamin je
terima kasih fashya
ReplyDeleteshifa mmg jarang dipuji-puji tapi mama dia 24 7 puji dia...
mun:
ReplyDeletewelcome mun, saya juga khilaf tentang hal ini..
anne:
aku pun slalu seloroh dengan orang yang cakap anak aku kurus, tengok mak lah. hahaha
aidanordin:
betul tu, kalau ikut cakap orang, ape pun tak boleh kan... thanks 4 the advise.
myrule:
me too, sumtimes kite pun lalai.
deena awanis:
InsyaAllah, tapi hari tu nurse nak bagi multivitamin, tapi kat rumah pun dah banyak mV tu.
ena:
sebenarnya tak risau sangat, tapi bila orang asik bercakap, sedikit sebanyak terase risau jugak..
dayu:
tu yang pelik, husna boleh dikatakan jenis yang pemakan, tapi nak buat cemanekan badan tak naik-naik. cha same je dgn husna, kalau makan nak sendiri, pastu abes bersepah-sepah.
yup, yang penting anak sihat. Alhamdulillah.
yun:
ReplyDeletealahai, kalo ikut mak bapak yela tu kot.
reen:
sama-sama kite kongsi ilmu, semoga dapat manfaat. InsyaAllah.
kayrul-shah:
betul, kalau tak makan tu yang susah hati....
analiyana:
nak ikut cakap orang, agaknya diri sendiri yang terseksa. adoi la kan...
yana:
mungkin lepas ni boleh slow down sikit upload pic anak. kadang2 kita tak perasan.
wardah:
hahaha, tak mintak puji pun. apa pun, syukur anak kite dilahirkan cukup sifat dan sempurna. Amin.
sue:
welcome sue. ye, fashya pun sama.
mak haqq:
auw, mak haqq nak pukul ibu..tatut!!!
zulfoto:
betul ko cakap tu. semua ni fitrah kehidupan. semoga kite tenang je bila diajukan dengan pelbagai soalan nanti. InsyaAllah...
Ada hikmah setiap yang berlaku. Sabar ye meor dan isteri.
nana:
thats rite nana, after this orang nak cakap, cakapla kan. yang penting kite tau kite macamana.
mrs adam:
oklah tu suka makan vitamin, anak aku langsung tak suka dah.
mama shifa:
Kite pun suke puji husna. hihi....
Insyaallah dengan pujian, anak kita akan jadik baik, tapi jangan lupa selitkan kalimah Allah. wallahualam.
Rasanya memang pernah dengar lah Fashya. Emak kita kan dulu anak anak perempuan pertama dia yang meninggal tu kan. Orang-orang kampung selalu puji cantik, comel, pandai, cerdik semua. Pastu bila kakak kita tu meninggal, nenek kita cakap, lain kali jangan puji-puji lagi. Kan Tuhan dah amik.
ReplyDeleteMasa Nashriq selalu demam haritu pon, Emak pesan jangan puji-puji comel atau cerdik pandai lagi. Diam-diam aje simpan dalam hati.
Rasanya, memang ada kaitan kot kan?
Aishah:
ReplyDeleteMungkin juga ada kaitan, tapi tulah, kita bukan boleh tahan orang nak puji anak kita. walhal husna tu pun takla comel mane, tgk gambo atas tu comot sangat. hihi. tapi mungkin nak puji kene sebut kalimah Allah sekali. wallahualam
mungkin ada kebenarannya jugak ek..lagipun bila kite sebut sekali dgn kalimah Allah lebih berkat + dapat pahala..
ReplyDeletekite semua ni ciptaan Allah..Subhanallah Maha suci Allah..
Moga Husna terus sihat!!
fashya dont wori ye..mungkin ada hikmah semua ni..tp apa yg ustaz tu cakap mmg ye..mMIL akak selalu cakap jangan puji2 sangat anak tu..yg penting anak sihat
ReplyDeleteYanti:
ReplyDeleteMudah-mudahan. Amin..
kak nani:
okay, lepas ni always take note about this!
ala jangan risau fasya. dani pun mcm tu x pemakan. berat pun nurse cakap dah atas pagar. asal anak kite sihat sudah la ok ?
ReplyDeletenurul agak terlambat membaca entri ni. satu info yg baik.
ReplyDeletetak pe lah fahsya ignore apa org nak ckp. raina dulu pun kurus selalu org ckp keciknya anak ko nurul. kadang2 bila kita tgk raina tak lah kecik mana tp org selalu nak banding2kan
skrg ni bila dah setahun lbh badan raina naik sikit ada pulak org ckp eh raina ni badan mcm dah umur 2,3 tahun je.
pulak dahhh. kecik salah. besar sikit salah. payah kan nak tutup mulut org.
so skrg nurul ignore je org nak ckp apa.
yg penting anak kita sihat.
husna, bila nak jumpa kawan nama raina? hehe