Ini cerita 2 minggu lepas. Perlu update pasal ni sebab ini aktiviti blogger. Huhu..Kami telah menghadiri majlis hari lahir Dani yang pertama atas jemputan Afni pada hari Sabtu. Terima kasih sebab sudi jemput walaupun tak pernah jumpa kan. Ini lah semangat blogger katanya. Seperti biasa, siapa lagi peneman saya kalau kat area Jb ni, tentulah Kak Nani. Lagi pun Kak Nani dah biasa dengan Afni dan pernah jumpa beberapa kali.
Hubby Kak Nani yang sangat pemalu itu pun ade join kami sekali. Best tak payah drive. Jaga anak-anak (Husna dan Kasih) je kat belakang. Huhu...Hubby Kak Nani tau jalan pintas, maka perjalanan ke Mount Austin jadi dekat dan mudah. Macam kejap je dah sampai. Kalau aku yang bawak konfem masuk Highway Pasir Gudang yang sah-sah pack dan jam itew.
2 orang budak kembar yang mula-mula agak behave,
lepas tu buat aktiviti kat belakang. Kak Nani dengan hubby sibuk cari jalan.
Presenting Birthday Boy. Dani.
Alamak, apa nama penuh Dani eh? Jap cek blog mama dia ade tak nama penuh Dani.
Okay, auntie tak jumpa. Mintak maaf Dani, auntie tak tau nama penuh kamu. Sob..Sob..Sob..
Walau apapun, masa sampai rumah Afni, suami Afni sambut kami. Dani sangat ceria ke sana ke sini.
Seronok agaknya ade ramai orang kat rumah ye Dani.
Susah betul nak amik gambar dengan birthday boy ni.
Gegar dah pic ni sebab Dani namo duduk diam-diam dengan auntie.
Seronok Dani abang-abang ramai layan dia. :)
Kek Birthday Dani yang shomel gitu. Comel kan?
Ladybird moist choc cake. Betul ke? Aku main hentam je Afni. Haha.
Sedap kek Dani.
Dani and ladybird. Cepat potong kek tu Dani.
Afni kan suka cakap rumah dia kecik tapi aku suka cara Afni susun atur rumah dia walaupun kecik.
Orang kate less is more. Apa yang penting-penting saje dekat rumah tu saja dah mencukupi. Tapi dapur tu memang kena sentiasa kemas la eh. Kalau tiba-tiba kena serang dengan tetamu, mau tak naya nanti tetamu tengok dapur macam kena ribut.
The food.
Sedap, buat aku tambah 2-3 kali. Antara food yang dihidang: tunggu Afni updatelah. Kang tak syok plak aku yang cerita. Haha. Saje je tau. Tengok gambar agak-agaklah eh juadah ape. Segan nak amik pic dekat-dekat.
Dani, Husna and kids.
Amoi kecik tu konker basikal Dani. Dia sorang je nak naik. Hahaha.
Masa ni dah sampai rumah. Budak 2 orang ni lepak tapi kejap je, lepas tu sambung main. So, dah nampak Husna seronok main dengan Kasih, maka aku pun dok melepak kat rumah Kak Nani sampai pukul 10 malam hingga Husna betul-betul mengantuk.
Mungkin disebabkan Husna tak cukup rehat dan tidur semalamnya, masa nak ke rumah Dayu atas jemputan perkahwinan PakNgah Eisya kat Kampung Melayu Majidee, dia tak sihat, diserang selsema dan sedikit demam. Maka perjalanan ke rumah Dayu, Husna meragam. Nak melekap je dengan aku. Aku kan dah macam taubat tak nak bawak dia sambil memandu jauh-jauh. Tapi atas semangat blogger. Fuh! Semangat ni, bawak jugakla kereta sambil pangku Husna dan menyusu. Agak sesat barat jugakla nak sampai ke rumah Dayu. Call Achik tak diangkat-angkat. Busy Achik ni agaknya. Pusing punya pusing akhirnya jumpa rumah Dayu atas bantuan signboard yang disediakan. Nasib baik ingat nama pengantin perempuan. Kalau tak jenuh jugak tu. GPS Kak Nani pun macam dah pening tunjuk salah jalan. Haha.
Sampai je rumah Dayu, melilau mata cari Dayu takut salah rumah kan. So, rajinkan mulut sikit bertanya. Ni rumah En Abdullah ke? Nasib baiklah betul. Masuk je khemah, nampak kelibat Dayu n Cha menuju ke arah kami.
Maka, 3 anak dara ni berjumpa. Nampak cat suka.
Baju Husna kena pin tuala sebab senang nak lap hingus. Eisya pelik eh?
Dayu, si kakak pengantin dah penat tapi masih peramah seperti biasa, berborak dengan Kak Nani sementara aku layan playground kat depan rumah Dayu.
Kami sampai pun dah dekat pukul 3 petang. Macarron tower pun dah tak kelihatan. Hihi.
(Sorila pic ni senget, tak tau upload je terus jadik senget)
Kasik X-Large sikit pic ni. Kak Nani, Yanti, Aku dan Dayu
Cha yang letih, Husna yang selsema dan Kasih yang ceria
Seronok tengok anak-anak ni sama-sama membesar.
Mak Dayu pun peramah tanya, mana kenal semua ni, anak-anak elok je dekat sebaya , perempuan semua. Dayu pun tak reti nak jawap. Hahaha, but I like jawapan dia, ala, kita kenal masa zaman-zaman tunang, dekat-dekat nak kawen. Betulah tu kan. Hihi... "Makcik, sebenarnya anak makcik ni blogger, kami kenal melalui blog la". Haha. Eh, mak Dayu tau tak Dayu ade blog ni? Kalau Afni, selamba dia jawap kat Mak dia bila Mak dia tanya. Ni kawan blog mak. Kelas kau Jah.
Aku pun kalau mak aku tanya, mesti malu nak ngaku ade blog. Macam malu lah, tak tau knape. Huhu..
Apa pun, jadik blogger ni memang seronok. Kan?
kek besday dani tu mcm SR punya jer.kalo SR cake mmg konpem sedap lah.
ReplyDeleteemmm kalo sy, mak tanya kwn2 blogger sure akan jwb camni "kwn2 internet mak"
alahai tgk gmbr budak2 ni berkumpul comel je entah bila nak jumpa blogger yg ada di johor ni kan
ReplyDeleteauww best nye jln2 jumpe blogger..
ReplyDeletemak yna dh bnyk kli tnyer blog tu aper..nk2 masa die tgk dok taip kt blog msa dlm pntng kt kg dlu..jnuh juge le nk explain
Kan..senang pin terus tuala tu. Nak buh tempat lain asyiklah cicir. ahaha.
ReplyDeletebole eh fasya ko yang update dlu cite pasal party tu?haha..aku punya gamba duk terperap lagi nun dlm laptop..nnt2 aku kasi update..hehe
ReplyDeletebtw, tengs sbb dtg umah =))