Arini aku agak senggang sikit, bukan sikit tapi banyak. Malas tu perkara normal ah. Haha... Maka, bolehla update blog sampai 2 entri harini ye. Agak rare jugak empunya blog ayhsaf-nur ni nak update sampai dua cerita dalam satu hari. Entri sempoi-sempoi bolehlakan.
Sila layankan keberanganan aku ni yerp.
Berangan nak tengok angka earning nuffnang macamni sampai sanggup edit pic ni. KAHKAHKAH.
Silly me! Tapi kalaulah betul, syoknya.....
Berangan jela Oi! Ade hati nak sampai ribuan ringgit. Kau ingat kau Hanis Zalikha, Ben Ashaari, tak pon Fatin Liyana, jauh sekali RedMummy tau. Ratusan ringgit pun payah nak jengah inikan ribuan ringgit, walaupun dah hampir 4 tahun berblogging.
Namun, sejak dua menjak ni aku macam ade semangat sikit nak update blog bila angka Nuffnang tu ade perubahan sedikit demi sedikit walaupun tak banyak mana. Bukan senang tau. Hahaha. Terima kasih Allah, terima kasihla Nuffnang. Semoga rezeki ni bertambah lagila ye. Hahaha, gila tamak. Patutlah, orang yang dapat BE tu semangat je nak update blog, semacam betul semangat dia. Heh! Lagi-lagi bila dah ada pengalaman cash out duit Nuffnang.
Dulu, masa mula-mula buat blog, langsung tak endah hal Nuffnang, apetah lagi nak kisah pasal earning ni bagai, buat blog sekadar suka-suka je. But at last, bila orang dok cerita pasal Nuffnang ni, nak cuba lah jugakkan. Tapi tu lah, tak reti sangat nak godek-godek bagai. Terima kasih jugakla kat Xeea atas tips yang diberi tempoh hari.
Sekarang mari kite rajin update blog n BW!
(Jangan sampai kerja hakiki terabai sudahlerrrrrr.....nanti bos marah)
Dada~ n selamat berhujung minggu!
jom2 layan nuffnang. sikit je lagi cash out ni..
ReplyDeletesama la kite. bila ntah nuffnang nak bertambah ni. eh ada tips ke fashya?
ReplyDeletex slh nak verangan kan..itu slh satu semangat untuk kite kan..
ReplyDeleteapa pun usaha yer kan.
selamat berjaya ;)