Wednesday, July 20, 2011

Tolongla Faham.

Pagi-pagi Rabu ni meh wat cite panas sikit. Sebab pagi-pagi aku dah panas. Ofis takde aircond. Semendang takde aircond.

Kalau tengok dekat Fb tu, Epah Blossom tu adik aku. Hasrat dia nak mintak anak buah lagi satu yang macam budak busuk dalam gambo tu. (Husna le tu umur baru beberapa hari). Aku dgn hubby pun dok komen-komen. Biasalah laki aku ni, bukan semenggah sangat pun komen dengan adik ipar dia.

Tibe-tibe ade pulak yang mencelah kat situ cakap kitorang sombong dengan makcik sendiri. Ape kesla ni? Ape istilah sombong tu? Aritu cuti seminggu, aku datang Klang elok je aku datang rumah jengah makcik aku tu.

Meh sini nak bagitau. Saya ni duduk nya jauh dekat JB. Dia duduk Puncak Alam. Takkan nak datang every week kot, umah suami saya pun tak dapat nak datang..

Saya sedih sebenarnya, kenapa orang keliling/saudara mara tak paham keadaan aku. Kami suami isteri PJJ, suami kerja isnin sampai sabtu. Ahad sahaja hari dia cuti. Bayangkan lah, after work hari sabtu yang full day tu dia pergi jadik penunggu bas dekat Klang Sentral. Malam sabtu baru sampai jumpa saya dan Husna. Esok petang kene jadik penunggu bas lagi nak balik Klang. Kalau dikira jam. Tak sampai 24jam dia spend time dengan kami. Esoknya, dia dah nak pergi kerja. Saya kesian dengan suami. Dia seolah-olah tiada rehat.

Saya pulak, masih tiada keberanian nak bawak anak naik bas atau drive seorang diri untuk perjalanan jauh. Bila masa lah saya nak bawak anak pergi jengah saudara mara semua.

Saya akui, diorang banyak sangat tolong saya masa belajar dulu. Macam-macam dah diorang buat. Saya tak dapat balas jasa diorang. Terlalu banyak. Tapi sekarang ni apa yang saya mampu buat saya buat. Dulu, masa nak tunggu masa waktu bersalin, rumah diorang tu lah tempat saya bertandang. Ntah, saya pun tak paham ape definasi SOMBONG bagi dia. Orang yang komen tu memang pandang serong je dgn kitorang adik beradik. Semua nampak buruk. Saya tau dia sangat bagus.

Kalau nak ikutkan. Takde siapa pun amik berat pasal saya yang jaga anak sorang-sorang kat Jb ni. Saya tak kecik hati pun. Saya dah biasa.

16 comments:

  1. Sabar eh Sha. Orang tu pon tak patut sound macam gitu. Tak beralas langsung. Sabar eh?

    ReplyDelete
  2. mungkin dia nak bergurau kot...tapi klu sebaliknyer...dia kena faham kedudukan n ketika ini...

    ReplyDelete
  3. alahai sabarla fasyha,
    xsemua org fhm situasi yg derang xalami sndiri :)

    ReplyDelete
  4. Ooo..saya sgt faham. Abaikan org sekeliling. Mereka2 yang x berada di tempat kita takkan tau apa yang kita alami. Yang penting kita dah cuba buat yang terbaik.. :P

    ReplyDelete
  5. Sabarlah sha. Kite tau awak memang tabah. Pedulik lah ngan kata2 orang. Yang sememangnye takkan mengerti. Yang penting sha ngan family sentiase bahagia. Bawak bersabar ye?

    ReplyDelete
  6. erm sabar eh fashya..manusia memang macam tu.. semua kat diri kita lebih nampak buruk dari yang baik..ermm kuatkan hati kay..

    ReplyDelete
  7. sabar lah sha....mulut orang memang tak boleh nak ditutup..sabar yeee...

    ReplyDelete
  8. Aishah:

    Sedih dgn mulut orang yang tak beralas ni.

    zaidah:

    takde maknanya bergurau....

    na:

    tengah sabarla ni..T_T

    Myrule:

    Dah cube buat yang terbaik, ntahla ade yang tak paham keadaan kita.

    reen:

    thanks reen, orang je taknak paham keadaan kite cemane. InsyaAllah bahagia. amin.

    mamaelly:

    be strongkan elly. nak ikut sangat kate orang diri yang punah.

    mun:

    ye mun, sabar je ni.. malas nak fikir.

    ReplyDelete
  9. sabar fashya.. aku ade kawan mcm ko..pjj..dia pun duk sengsorang jugak kt perak..jaga anak seusia jugak dengan husna..pastu skrg da dpt anak num 2..tgh pantang.. nanti nk jaga 2-2 anak tu sorg2 plak..siannye..tp dia strong gile..mcm ko jugak..aku mmg respect lah ibu2 kuat mcm korang..chaiyok fashya.. ko x berseorangan..ramai lg menyokong ko k.

    ReplyDelete
  10. fashya buat xtau je ngan orang2 yg menyakitkan hati ni. kadang org bercakap tak fikir dulu. kadang kita dah cuba yg terbaik utk puaskan ati semua orang, tapi org tak penah fikir pun hati kita. so kita jaga je la hati sendiri, perkara2 yang menyakitkan hati, tolak tepi. be strong k!

    ReplyDelete
  11. takpe la ngah...orang budget mmg macam tu..sabar jela.kadang2 suka jugak tgk orang yang rasa hebat bila berkata2 nie..tapi habuk pun takde.mak dee ok je..kan?terlebih sudah...iye kan jelah apa katenye..hmmmmm.hes the perfect one and the apple of atok's eyes...

    ReplyDelete
  12. sabar la fashya..semua yang terjadi nie ada hikmahnya..mulut orang tak boleh nak tutup

    ReplyDelete
  13. Sabar Fasya, ikut orang keliling ni mmg boleh makan hati kan.

    ReplyDelete
  14. fashya, sedihlah bila baca mcm ni
    terkenang fashya berdua je ngan husna..
    as usual.. mmg sabar lah jalan terbaik fashya. tp yelah.. hati kita geram.. rasa macam nak marah tapi tak boleh. takpe.. mungkin buat tak tahu adalah jalan terbaik. yang penting niat kita tu

    ReplyDelete
  15. maybe dia mengharapkan korang selalu contact dia kot.kalo tak dpt dtg menjengah at least selalu call bertanya khabar ker.sembang2 ker.maybe lah

    ReplyDelete
  16. org tu tak faham..kite dahla jauh dari suami..sesekali jumpe, time tula nak spend mase dengan anak same2..kdg2 memang tak sempat pun nak gi mane2..rase macam dok rumah je dah cukup. dahla jarang dapat jumpe, bile dah jumpe tupun rase tak cukup..sabar,k..

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ