Wednesday, July 27, 2011

NegatiVE to PositiVE

3 perkara pantang bagi saya yang alami/nampak pagi ni:

1. Sebuah kereta dihadapan kereta saya sedang laju tiba-tiba memberhentikan kereta. Tanpa bagi signal, terus belok ke kanan. Saya memang hangin kalau ade kereta yang nak membelok tak bagi signal. Lagi-lagi kalau kereta yang besar/mewah. Ape kereta yang kau beli takde pakej signal ke? Kalau kita nak keluar simpang, pastu ade kereta yang nak membelok dan tak reti bagi signal pun haku angin.

Cuba berfikiran positif: Mungkin pemandu tu terpaksa membelok di saat akhir. Tak sempat nak bagi signal. Okaylah.T_T .

2. Ibu atau ayah yang pentingkan diri sendiri bila membonceng anak-anak menaiki motor, dia sorang je pakai helmet. Anak-anak lain togel tak payah pakai helmet. Kalau tak silap saya, ade je kan helmet untuk kanak-kanak. Boleh kata hari-hari saya nampak situasi ni. Pagi tadi, seorang ibu, bawak 3 orang anak naik satu motor, anak yang kecik berdiri dihadapan, usia macam sebaya Husna, 2 orang dibelakang. Alahai, 4 orang naik satu motor.

Cuba berfikiran positif: Kesian mak dia, tak mampu nak beli kereta. Nak hantar anak lagi pegi rumah pengasuh dan sekolah. Terpaksalah angkut anak macam ni tanpa memikirkan hal keselamatan anak. Orang lain tak tau kesusahan hidup dia, dia je tahu. Mungkinlah~

3. Saya mengalami period pain pagi ni... T__T

Cuba berfikiran positif: Saya tak pregnant. ^o^


4 comments:

  1. issue no 3 tu bile bace macam..alamak..dah lame tak fikir pasal period. hehe. fashya start period mase husna dah berape bulan? ade effect tak kalau period time kite masih breastfeed anak?

    ReplyDelete
  2. CIANNYER MAK N BAPAK TU....TENTU HUJAN ANAK2 TU BERHUJAN....

    ReplyDelete
  3. ada satu hr tu nk pi keje, tgk si ibu bwk moto skuter.ank umo dlm 3thn dok blkg.tertido sambil peluk pinggang ibunya.kesian.bila sy melintasi mrk terus rasa tersentuh hati.kt dpn si ibu ada lg sorang ank sedang berdiri kt situ.bdk tu baya2 mya.terus sy menangis melihatkan situasi tu.kesian kt dorang

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ