Saya suka bila Husna nak menginjak usia setahun, sebab dah banyak makanan yang dia boleh makan. Tak perlu nak sekat- sekat lagi selagi dia tak alergi. So far, syukur, Husna tak banyak alah dengan makanan-makanan yang 'gatal'. Rutin harian saya sebelum pergi kerja, mesti masak untuk anak dara yang sorang tu untuk bekalan di rumah pengasuh. Selalunya, lauk yang saya masak berasaskan sup. Tak kisahlah sup kentang ke, lobak ke, telur ke, ikan ke. Apa-apa makan yang boleh dimasak sup. Kadang-kadang, bila dah takde idea, saya bantai je hari-hari lauk yang sama.
Baru semalam saya dapat idea nak masak makaroni goreng untuk santapan Husna hari ni. :)
Terima kasih Mama Elly bagi idea ye. Walaupun ramai lagi yang dah terrer masak makaroni goreng ni. Tak pela ek, saya buat entri masak-masak simple-simple kat sini. *Malu*.
Ini cara saya masak makaroni goreng:
Bawang putih, bawang merah hiris halus je.
Yang dalam lesung tu daging yang dah rebus. Saya tumbuk sebab nak bagi halus.
Walaupun dah direbus lembut tapi gigi anak dara saya tu baru ade 4batang. Takut dia tercekik ke apa, saya tumbuklah kasik halus. Nak blend pun boleh, nak guna daging kisar pun on je.
Telur yang dah siap digoreng. Saya pun buat macam mama elly, kalau masak nasi goreng ke, saya suka gorang telur tu dulu siap-siap. Sebab dia, ntah. tak tau kenapa.
Sayur lobak, kentang, lobak putih dan jagung muda tu (apa org sebut ye?)
Sayur-sayur sangat wajib yang perlu saya letak dalam diet harian Husna, sebab saya hantu sayur. Hihi... Husna pun saya dah ajar makan ulam-ulam. Tomato, timun, kacang botol saya dah suruh dia ratah macam tu je. So far, dia suka especially tomato. Kalau saya pegi beli sayur, dia mesti nak capai tomato n masuk mulut. Selamba ya ya makan macam tu je.
Campak je dalam kuali sampai sayur-sayur tu lembut sikit. Letak kicap sikit, nak bagi rasa.
Memang ku tiru Mama elly ni. Hihi
Air stok rebusan daging jangan disia-siakan ye. Curah je dalam kuali tu.
Masuk makaroni. Siap la wei.
Tak lah susah sangat kan.
Korang yang dah terrer ampun mak, siap buat toturial.
Hahaha... :p Silly me!
For Breakfast:
Cekodok kentang dan lobak! + bawang sikit.
Lepas Husna diserang cirit-birit bulan lepas, selera makan dia semakin baik. Punca dia diserang cirit birit mungkin disebabkan pertukaran susu dia. Dari susu badan, saya ada campur jugak dengan susu Anmum bila stok takde. Nak dijadikan cerita, saya pegi beli susu Dutch Lady 123. Terus kene cirit birit seminggu. Nasib baik dia tak meragam sangat. Cuma kesian asik membuang ajelah. Bila dah okay, saya teruskan dengan susu badan dan kadang-kadang bagi susu Anmum. So far, susu Anmum dia okay.
Agak-agak kalau decorate makanan anak macamni, pukul berapa nak bangun pagi ye?
Hihi...
haha, kalau kena decorate lunch box anak macam tu mau pukul 4 dah jiran dah dengar periuk belanga berlaga dengan sudip!
ReplyDeleteadik husna pun suka sayur..dan tomato tu mmg die suka makan gtu je..suke btul kalau suka sayur ni
ReplyDeleteade macaroni and spiral yang memang khas utk baby..cute ajek.. :)
ReplyDeleteaik...sudah buat kah...husna makan tak..hihihi
ReplyDeletefashya...makanan yg last tu..kalau bg kat elly elly pun tak nak makan..sayang la..cantik sangat
wardah:
ReplyDeletetak sanggup nak bangun pukul 4 pagi...Nagntuk..ihihi
aziyana:
sukakan tgk die makan sayur.
myrule:
mane nak dapat tu ek? jusco mcm xde..
elly:
husna makan, pagi tadi dah try suapkan dia. Sayangkan ? kite pun takmau makan.
kite pon x rajen lagi nk deco makanan utk naurah. hehe...
ReplyDeletenampak cam simple. tp blm dtg seru lagi =p
bila nk ajar husna mkn sambal belacan pulak.ekekeke
ReplyDeleteFasha...ader jek jual kat tesco..giant..jusco pun ader. Cari kat bahagian baby food.
ReplyDeletebestnye husna leh makan apa saja.. zara allergy, telur tu xleh makan, tp sup2 bole laa.. goreng3 aku blum try da..huhuhuhu..
ReplyDelete