Morning blues. Sigh~
Saya takde mood pagi-pagi ni. Nak masuk tengahari dah pun. Ditambah lagi dengan bilik opis yang panas, takde air cond. Sambil-sambil layan lagu baru Dato' Siti, bolehla update belog kejap. Thank Kak Nani, bagi link. Best pulak lagu nih. Jomlah layan sekali.
Pagi-pagi dapat news baik lagi. Tahniah pada geng blogger Hannah Johary kerana disahkan pregnant buat kali kedua. Semakin ramai yang move forward untuk menambah Khalifah Allah, umat Rasulullah SAW. Syukur dengan rezeki yang diberikan.
Saya? Ehem, dah plan dah ni, tak boleh pregnant dalam masa 2-3 bulan ni sebab..... Sebab nya saya dah tempah flight pegi Kota Kinabalu bulan 4 tahun depan. Nak sambut birthday En. Mokh katenya kat sana. hihi.. Plan nak kene baik, buatnya TERpregnant bulan ni, maka, hasrat untuk pergi melancong terkubur jela, pregnant bulan ni, bersalin bulan 4 tahun depan. Betul kan? Kalau nak pregnant pun, pregnantlah bulan-bulan selepasnya. Redha. Melancong ke KK dengan adik Husna dalam perut. Bolehla. Malas dah nak sekat-sekat. :p
Dahla takde buat apa-apa planning langsung. Sejak kawan baikku dah datang 2bulan yang lepas, saya makin berjaga-jaga untuk 2-3bulan ni gara-gara Kota Kinabalu. Thehiii...
April 2012, KK...here I come!!!
Next cite, wiken kami. Saya dan Kak Nani telah mambawa anak-anak berlibur dan bersosial. Sementara tunggu ayah yang on da way ke JB kite enjoy dulu. Gembirakan hati anak, automatik hati saya pun gembira jugak. Kami cuma ke Jusco Bukit Indah. Walaupun hujung-hujung bulan ni tak brapa nak ade ongkosnya, berjaya jugak saya merembat baju Husna. Dasar perempuan, takde duit pun boleh rembat baju anak lagi. Baju sendiri mesti dah fikir empat-ratus-dua-puluh-lapan-kali nak beli ke tak yah. Kan?
Sekarang ni senang dah bawak budak kecik ni berjalan. Masuk je dalam troli macam ni.
No stroller-stroller tau. Elok pulak budak kecik dua orang ni dalam troli. Kalau masuk stroller Bukan nak duduk diam-diam pun, nak dibiarkan lepas, mau hilang anak jap lagi. 2-3 minit pantang lepa ade yang dengar announcement anak sapa yang hilang.
Lepas dah jalan-jalan dan shopping, we found this place. Kids Art n Fun Zone.
[pic credit to kak nani]
RM8/person. Unlimited Time. Mak ayah free. Biasalah kalau pegi tempat-tempat macam ni. Mak yang excited lebih, anak pun excited jugak. Husna kan minah taman. Suka beno tengok gelagat anak main-main. Saya skang ni, makin excited tengok gelagat Husna sebab dia dah pandai macam-macam dan dah rase keinginan nak buat macam-macam, untuk tahu lagi banyak. Kadang-kadang setiap apa yang dia buat tu tak terjangka dek akal. Suka imitate apa yang kite buat. Janganla cuba-cuba buat mende-mende yang tak senonoh okay. Takut ditiru pulak.
Kalau macam ni bagus.
Husna sayang adik. :)
Persahabatan ibu dan Mama Nani disambung oleh anak-anak. :)
Dah abes main-main, bila nampak jalan pun tak betul, ala-ala mabuk, datang dekat ibu merengek nak susu n tidur. Moh le kite balik dulu sebelum anak buat onar lagi dasyat. Dalam kereta 2-2 tidur macam kene bom. Penat sangat dah tu. Puas hati saya. Nak bawak kereta pun aman.
Petang tu amik ayah pulak dekat SriPutri. Ayah sampai awal dari biasa sebab dia amik half day, bagi menebus masa wiken lepas sebab tak datang jengah kami masa 2-2 tengah demam. Petang pun petang la, jangan sampai malam @ awal pagi macam selalu sudah. Kali ni hubby cakap dia nak test Husna. Test pengecaman. Cara-cara dia, hubby akan buat-buat lalu tepi kereta, nak tau anak dia kenal ayah ke tak?
Result adalah positif. Husna kenal ayah dia. Masa kereta berhenti. Dia landing baik je dalam car seat. Nampak je ayah dia. Terus macam nak terkam sambil pandang ibu. Lepas tu sambung tepuk tangan. Wah! Pandainya dia. Oh, ayah dia harusla gembira, masuk kereta terus terkam Husna peluk cium bagai. 10x kot dok ulang ayat " Yeay! Husna cam ayah! yeay!" "Pandai Husna, cam ayah dia. Yeay". Hahaha. Lawak seorang ayah yang excited dan kurang kasih sayang anak. Terharu ke ayahnya?
Minggu depan kite buat test pengecaman lagi.
p/s: start entri pagi, publish tghari. Sangat tak efisyen. dush!
alololoooo sebaknye T__T
ReplyDeletespeechless :)
hahaha....test pengecaman ek...gud2 mesti ayah happy sepanjang hari....
ReplyDeleteFashya
ReplyDeletekita pun dok jaga2 ni supaya tak tereksiden sampai bulan 5 tahun depan. kalau tak merasalah burn je 2 tiket tu. huhuhu.
hehe jeles nana bace orang yang bleh plan nak pregnant bile, nak beranak bulan bape ni..i sampai tak larat nak try da..rehda jugak..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki fashya..
pandainya husna..masih berjaya cam ayah dia walaupun 2 weeks tak jupe kan!!
ReplyDeleteem bile nak buat pengecaman suami pulak yer?
ReplyDeletemesti en mokh gembira sungguh bila husna cam ayah dia
ReplyDeletebijak kan anak-anak ni
skrg mmg tak bleh buat/sebut yang bukan2, derang semakin bijak
mudah sgt ikut apa kita buat/sebut