Thursday, July 14, 2011

Random Story



Momentum untuk mengupdate blog adalah zero. Dah dua minggu, asal hari Rabu je aku buat Wordless wednesday. Konon-konon ade lah jugak update blog dari takde kan. Padahal tepek sekeping dua gambar je. Pastu dah. Tutup blog. Nampak benar malas nak menaip dan menyusun ayat.

Sebetulnya sejak naik kerja dari cuti seminggu yang lepas, aku agak sibuk sikit (sikit je tau) dengan kerja-kerja hakiki 8am-5pm. Berkejar ke sana, ke sini, sampai agak slim jugakla betis ngan paha aku ni. Okay aku tipu. Kejap orang tu cari, kejap orang sana carik. Semua kerja nak cepatttttttttt. Tension aku. Agak-agak aku malas nak layan, aku lepak kat depan pc on Fb je. Blog pun aku rajin blogwalking je. Update malas.

Tapi harini aku cubalah... Cubaaaaaaa nak update blog walaupun agak malas. Hmm..
Apa ye nak cerita?

Cuti seminggu aku yang dulu aku saja amik untuk habiskan cuti kontrak yang lepas berbaki 4 hari. Now bulan 7 dah start kontrak baru selama setahun. Kat sini kontraknya setahun-setahun. Dari tahun 2007 aku masuk tempat ni, sampai sekarang dah 2011, masuk 4 tahun dah aku berkhidmat kat sini. Alhamdulillah, aku malas nak mengeluh kenapa masih belum diserap jawatan tetap dalam kerajaan, tapi aku nak bersyukur sebab aku masih ada kerja dan masih mampu punya duit setiap bulan untuk menampung hidup walaupun gaji taklah sebesar dan semewah mana. Syukur.

Aktiviti cuti seminggu sebagai suri rumah. Hmmm, pada aku ade pro n cons. Ada part seronok, ada part yang kureng seronok. Yang seronok sebab dapat mengadap anak 24jam, walaupun sumtimes aku rasa kurang sabar bila anak buat perangai. Dalam masa seminggu duduk rumah, aku dah rasa setiap hari aku lalui perkara yang sama je. Time anak tidur aku berdesup buat kerja rumah, masak, basuh baju, kemas sana sini. Blaa-bla-bla..tak kan abes. Anak bangun pergi plak entertain dia. Jangan bagi dia cranky, suap makan dengan tangan sendiri, tengok tv sama-sama, macam takde 'me time' dah. Bila dah petang, Husna dah start resah tak tentu pasal duduk rumah. Adalah tu yang tak kena tu. Sebab selalunya petang-petang dia keluar jalan-jalan luar rumah. Nasib baik dekat perumahan rumah Klang ade taman. Bawakla dia jalan-jalan sementara tunggu ayah dia balik. Ayah balik, kita sambung jalan-jalan lagi. Sian ayah, penat balik kerja kene entertain anak bini pulak. Takpela, bukan selalu kan?

Lagi, aku suka masak untuk suami. Suka bila tengok dia makan banyak. Aku patut bersyukur kot, suami aku jenis yang tak memilih bab makan. Apa ade dia hentam, sedap tak sedap blakang kira. Time suami rehat lunch hour aku g hantar lunch box kat dia. fewiit... Rase seronok pulak bila dia keluarkan status camni. Kembang kempis hidung kawan weh! HAHAHA..



Kesimpulannya, aku suka jadik wanita bekerja kot. Tapi nak duduk dengan suami.

Dah abes....

Cita pasal anak pulak. Harap takde yang meluat sudah.
Husna dah masuk 14bulan. So far, perkembangan dia sangat bagus lah, dari pemerhatian aku. Dah banyak words dia pandai sebut. Kalau diajar, terus dia sebut. Tak lama lagi kena layan dia bercakap pulaklah kot. Husna jugak dah boleh diharap, kalau suruh dia amik barang/ diapers dia, cepat je pegi amik, terus bagi kat ibu. Mengemas pun makin rajin. Pantang nampak kain dalam bakul, nak ditaburkan aje.

Aku macam dah makin malas nak menulis, kerja pun ade tengah tunggu. Okaylah. Aku bagi video je. Kalau rajin tengok ler......



@ Critterland. Suka beno naik trampolin ni....Kat Auntie Mas... :)

Dan



Minah Taman.

5 comments:

  1. suka bekerja daripada duduk kat rumah jadik surirumah...penat...tapi sekali sekala tak apelah...

    ReplyDelete
  2. 1. betul tu fshya, semuanya kene syukur..walaupun apa yg kita nk xdpt tp ttp kna bersyukur moga dgn kesyukuran kita suatu hati nnt ditambah nikmat..

    2. hehehe mesti mokhtar lg sayang kt fashya..lelaki bukan senang nk memuji

    3. harap adik husna pun pandai mcm kakak husna..hehehehe

    ReplyDelete
  3. kite plak suka jadi surirumah. hihi.

    pandainye husna boleh ikut balik ape yg fashya sebut. imaan xpandai lagi. kalau ajar dia xikut langsung. huhuhu.

    ReplyDelete
  4. zaidah: agree. jadik SRT kerja tak penah abes. Kalau kerja pun stress jugak...

    yana:
    1. Bersyukurla dgn ape yang ade. dari orang yang tak keje. takde gaji, kita lagi much more better.
    2. InsyaAllah, semoga dia sayang sampai bila2.
    3. Adik Husna pun pandai jugakla!

    Fad:
    Mulut die ringan je nak ngikut ape yang kite cakap, tapi dgn bahasa dia lah.

    ReplyDelete
  5. haahah..kelakar la husna tiru ayah dia workout...

    suke tgk hahaha

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ