Saya tidak pasti samaada saya pernah buat entri tentang bagaimana saya kenal dengan suami, tapi rasenya ada yang tahu saya dan En. Mokh kenal melalui friendster.
En Mokh cakap, gambar ni lah yang buat die suka kat saya. HAHAHA, si hidung jambu.
Pic ni yang jadik profile pic dalam friendster dulu.
Masa tu saya tengah mengganggur, baru lepas habis belajar. Maka, kat rumah memang takde buat ape. Mengadap internet semata. Sambil-sambil cari kerja, sambil berfriendster. Masa tu kan friendster glemer sebelum kewujudan Facebook. Dia add saya melalui kakak dia, Kak Suzi. Lepas tu pandai-pandai reka cerita kakak dia kenal saya sebab kami sama-sama belajar dekat UPM. Cis, menipu tau.
Perjumpaan kali ke 2. Belum couple. Malu-malu kucing lagi masa ni. Reunion sekolah menengah dia, dia heret saya join sekali. Kebetulan, Gf kawan dia kawan saya masa matrix. Takdelah saya malu sangat nak join. Girl yang sebelah saya tu kawan matrix saya. Ambik gambar pun jauh-jauh lagi masa ni.
Saya teringat perjumpaan kali ni, saya bagi dia cekodok ikan bilis (atas request). Gedikkan nak suruh orang masakkan cekodok. HAHAHA, lawak aje bila ingat balik. Dah la saya masak cekodok tu masa gas dah hujung-hujung nyawa. Nasib baik sempat kuning cekodoknya, tak masak ntah tidak. Lantak ler.... :p
En. Mokh cakap, masa ni dia dah jatuh cintan sama saya. Saya? Biasa-biasa jela kot. Masa ni saya tengah takde perasaan kat lelaki. Main kawan je sebab tension dengan lelaki-lelaki yang hadir sebelum dia. Boleh kate lepas saya habis belajar, siapa nak kawan dengan saya, I just say OK, boleh je, tanpa tapisan. Desperate sangat ke? Taklah, cume GERAM!
Apapun, dia pandai ambik hati saya, walaupun masa perjumpaan pertama di Bulan Ramadhan, dia lambat 1 jam. Tapi sebab lambat dia tu, dia beriya suruh saya tunggu nak jumpa jugak. Ikutkan hati nak je balik. 1 jam tunggu dalam Suria KLCC. Dahla bulan puasa. Gila ke tak , pegi jumpa stranger dalam bulan puasa. HAHA.
Kami start declare pun tak lama, itu pun paham-paham sendiri je. Oct 2006 kami kenal. Declare tak lama pastu. Jun 2008 bertunang. Ogos 2009 kawen.
Dia buat suprise masa sambut birthday yang ke 24 . Terharu!
Bercinta.
Bertunang
Berkahwin. (Eh tak, berangan kawen je tu)
Sesungguhnya, saya memang tak reti nak buat entri sesuwit-suwit untuk suami. Tapi saya nak dia tahu. Saya sayang kat dia banyak sangat.. Kadang-kadang bila rasa sangat hilang pertimbangan, dialah yang jadik penyejuk hati saya.
Seperti semalam, saya hilang pertimbangan, bila dia send mesej macamni:
I love you Sya,
Sorry 4 all of that,
B tak tau nak cakap apa. B tau Sya susah kat sana.
Nanti B ajar Husna, biar dia balas jasa ibu dia.
Hilang semua rasa....... ~melayang~
Air mata berderai
I LOVE U B
I know, U always miss your daughter.
p/s: Hari jumaat yang terjiwang pulak. :p