Friday, December 31, 2010

Bye bye 2010....i'll Miss u...:(


Bye bye 2010


Hai Hai 2011



Saya dah mula dengar bunyi mercun kat sini. Semangat betul masing-masing nak sambut tahun 2011 ye. Saya sambut dekat rumah sajelah. Memang tiap-tiap tahun pun macamni. Tak pernah sambut-sambut pun. Setakat join orang tengok bunga api adelah. Itu pun dari jauh je.


Apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2010 ni?


Perubahan terbesar yang saya alami dalam tahun ini ialah of courselah, menjadi seorang ibu. Ditambah lagi dengan isteri yang PJJ dengan suami. Oklah, tak perlu cerita yang inikan. Sepanjang perjalanan tahun ni semenjak kelahiran Husna, dah banyak jugak saya bercerita hal ni.

Azam?

Tak taula, tapi yang pasti akan berlaku satu penghijrahan yang besar dalam hidup saya nanti. Nantikan ape perubahan itu...Hihi...SUPRISE!!!

Sebenarnya ku gigih jugak nak update blog untuk kali terakhir pada tahun ni, tak tau nak cerita ape sebenarnya. Ku harap, tahun baru 2011, akan menjadi tahun yang lebih bermakna buat saya dan semua. Amin......



Thursday, December 30, 2010

Apa Husna buat kat kampung??

On da way dalam kereta. Tidur tak sedar diri...Tapi ade masa jugak dia merengek nak kat ibu dia yang tengah drive. Makde dia tak pandai drive.Menci tau. Bila Husna meragam je, tadah telinga la dengar die menjerit-jerit sekuat hati sementara nak jumpe RnR @ tempat persinggahan. Suke tau jerit kuat-kuat.

Tak pun, korang tau tak saya penah n slalu jugak menyusukan Husna sambil drive.
Kereta manual..huuuuuuuu... Bawak cam siputla..

Ye, memang bahaya. Tapi tak tahan la dengar dia menjerit-jerit sekuat hati. Nak tak nak terpaksa la..Nak tunggu jumpe perhentian jauh bonar...

-----

Sape-sape pasan, tangan anak den tu calar balar kene garu dengan kuku pendek tapi tajam dia tu.


Ni stail die tidur skarang. Dalam buai mahu meniarap. Hai sayang, tak sakit ke tengkuk tu. Sampai terlelap-lelap dia dok camni. Klaka betul si Husna ni. Ade je akal dia skarang.

Oh! Patutla... ade 2 ekor kucing tengah mamam.
Yang hitam nama die Pacat, Yang kecit tu name die Oyin. 2-2 cumil.

Nak tau tak, buai yang Husna naik tu dah berusia 23tahun. My ayah yang buat sendiri masa die kerja Askar dulu. Sebaya dengan my sis.

Mempengerusikan Mesyuarat dgn omak-omak sedara.

Makan dalam bakul.
Hahaha...susah sangat nak bagi makan, sumbat aje dalam bakul..Hihi..



Tok ayah tengah tidurkan Husna..
Sedap sore tok ayah ni nyanyi-nyanyi...
Lalalalala..

Cucu/anak sulung ni untungkan. Sentiasa dalam layanan spesial


Sebenarnya ni entri lapuk yang terperam dalam draft, dah elok-elok karang ayat. skali tak save. Trus ilang sume ayat panjang berjela tu. Bila bukak balik, haku dah malas nak tulis. Taram jela labu.... Belog ni da berhabuk da... disebabkan banyak faktor kemalasan, pc lembap, tenet lembap. Aku ni cepat hangin/serabut..HAHaha

Friday, December 24, 2010

ღHai Anakღ

We Love You Sayang.....secara banyak!!





Hai anak, jadilah anak yang mengenang jasa ibu dan ayah mu...
Semoga anak yang ku lahirkan ke dunia menjadi anak yang baik, solehah dan mengingatiMU.
Amin.

Thursday, December 23, 2010

Jangan Click entri ni...

Aku benci dengan kau belog!

jangan bukak!

Berserabut. I dont like!

Geram..Grrrr....

Gatal pegi tukar-tukar lagi.

Aku dah sakit kepala dah ni..

Benci tau!!

Tunggu kau...Tunggu...

Template dulu, saya tak suka sangat. Lagi pun berdouble-double postingnya..

hahahaha...

Tataplah belog yang tak semenggah ni ye...hihihi..

Sori Guys!!!

T_T



Wednesday, December 22, 2010

Ape motif daaaaaaaa...

First time dalam hidup berblogging ni, 1 bulan sampai pun puluhan entri. Kalau tak belasan @ tak sampai belasan pun.jakun seh, orang lain berpuluh-puluh entri tak kecoh pun...hehehe.
Ape nak tulis nih eh...

Hemmm...

Minggu ni, jadual kerja saya kat opis n lab tak padat. Banyak masa dan sempat blogwalking. Memang rajin blogwalking ni. Dari satu blog ke satu blog saya terjah. Kebanyakan blog yang saya pergi of course la blog mak-mak. Nak ceduk ilmu kan.

Dua/tiga hari yang lepas, saya telah pegi blogwalking dekat blog-blog yang bukan mak-mak. Saya pegi blog Hanis Zalikha, Irine Nadia Marcello, Fatin Liyana. Ni semua blogger-blogger cun melecun. Still muda belia. Remaja. Ni sume gara-gara adik sayalah ni yang dok kenalkan. Terjebak aku sekejap.

Diorang ni sume sumpah cantik-cantik. Followers, readers sume fuh, ramai sangat. Rasanya ramai kot yang familiar dengan blogger-blogger nih. Saja tak bagi link, sebab korang pandai google sendirikan. Hihi...

Ape daaa motif aku buat entri ni.....Aku pun tak tau..Hahaha

Saya cume nak cakap, naluri saya macam tak sesuai nak baca blog-blog diorang. Diorang muda remaja, sayakan mak-mak. (Nampak macam 'ei..tua nya I'). Tapi sekali skala nak terjah best jugak. Agak-agak nak rase jadik muda belia. Bolehlah. Silalah...

Rasenya sesuai baca blog macam blog Kak Farah Farhan(Sara Kids), Mia Kiddiddles (Momma Mia), Kak Yati (pengepam tegar- kagum dengan akak ni jadik pengepam tegar selama 2 tahun sebab anak dia reject direct feeding). Antara senarai blog mak-mak yang saya terjah. Blog-blog korang yang ade dalam list ni pun hari-hari saya terjah. Blog Nurulism.com tu pun saya boleh baca sebab die jugak mak-mak like me....wahahahaha....

Dahla, ape da mengarut je.. Jadik tak reti pulak nak tulis bila terkeluar dari dunia parenting ni.
Huhu...Not multitalking punye orang.


Sayalah mak-mak... :D I dah tua la
Bagi besaaaarrrr punya...HUHU

Pekan ...Part 2







Saya takde keje. Jomla sambung cerita Pekan.

......

Tempat yang best tu ialah Kuala Pahang. Terletak 19km dari pekan Pekan.

Hobi ayah saya memancing. Tempat ni la selalu die pegi untuk isi masa lapang. Look nice. Kawasan kampung nelayan. Ayah cakap kuala pahang ni pertembungan antara Sungai Pahang dengan Laut China Selatan. Kat sebelah kiri Sungai Pahang, kat sebelah kanan Laut China Selatan.


Masa ni air tengah surut, so takde can nak tengok laut yang terbentang luas.


me n husna


We are ready to fishing... :)


Hubby pun excited. Dia minat memancing jugak.
Hubby dah salin baju nmpknya.

Bz gile budak kecik tu sibuk nak tengok ape orang buat.


Tengok tu, Bz betul tengok sana tengok sini.


Last-last surrender kepenatan. Adik saya cakap macam peserta Bersamamu.
Cait! Hampeh betul.


Set Up.

Ready nak campak umpan.


Eh! ni ilmu mane ni guna payung?? Time ni Husna belum tido lagi..
Duduk dengan ayah sementara ibu pegi surau ye.

Yeay! Dapat udang. My sis cakap, Kecoh gila masa dapat udang ni.
Saya takde masa kejadian ini berlaku, pegi solat kejap, so tak dapat sorak sekali.

Rezeki kitorang hari tu. REZEKI sebab memang susah yang amat nak dapat udang secara memancing, tambah-tambah lagi air tgh surut. Memang rezeki.


Ini hasil en suami saya.
Dia letak je pancing, terus dapat, letak je pancing dapat lagi.
Anak ikan duri. Kecik je. Kitorang lepaskan semula.
Tapi bile dah last-last kitorang amik tak lepaskan semula.
Cakap dengan ayah, kalau kite kumpul dari awal tadi dah dapat banyak. Lebih 10 ekor rasanya. Goreng pun sodap. Sebab tu dah hujung-hujung ayah amik. Dah terlambat daaaaaa...

Hari dah hampir maghrib baru kitorg bertolak balik.

Dan hasil tangkapan dan belian.

Ikan sungai dan Udang Galah.

Last but not least.

Fuh! terangkat beb!
Udang galah masak lemak cili api.
Ish, letak gambo lauk cenggini tengah-tengahari nirase lapo la plak.
Pagi-pagi sebelum kami gerak balik Jb dan Klang breakfast makan udang galah dulu.
Hahaha.. break fast okay.

Maka jadikla.

Udang galah dimakan dengan roti canai dan air kopi..
:D

Maka, kami pun bertolak balik ke Segamat dengan udang yang selamat dalam perut.. :))


Tuesday, December 21, 2010

Yada...yada...Pot pet pot pet minah tension arini.

Saya baru balik dari bank, bank dan bank. Tujuan nak bayar duit kereta, masuk duit dalam ASB, nak bukak ASDidik dan Tabung Haji untuk Husna. Taaapikan....semua urusan yang saya nak buat tu sume tak dapat buat. WAaaaaaaaaaaaaaa...nyesal keluar td tau.

# Pegi Cimb bank nak withdraw duit dan bayar duit kereta. (baru gajilah katekan). Sekali mamat secureforce ade kat situlah. Sah diorg tengah godek-godek mesin atm kat situ. Mane boleh masuk maaa.. malas ah nak tunggu. Masuk bank, tanya pakguard boleh tak nak masukkan duit dalam ASB. He said, tak boleh dah hujung tahun ni dah tutup. Hayooo..apsal gua boleh lupa maa... bukan lupa ah, tak tau pun akaun dah tutup. Time aku rajin nak masukkan duit dalam ASB time tulah die nak tutup ye.

# Baiklah, urusan pertama gagal, ku langkahkan kaki ke pejabat pos yang taklah jauh dari Cimb bank tu. 10-20 tapak je. Orang tak ramai. hureeyy..I suka . Terus ke kaunter, tanya akak kaunter tu. Saya nak bukak akaun ASD. Dia bagi borang. Baru je nak isi borang die bersuara.

"Dik, skarang ni kene tengok dana tau"
"Dana tu cemane kak"...
den mane tau dana ke hape ke...cube explain sket.

"Alah, cemane eh akak nak explain"...
aik akak ni tak tau plak dah.

Then dia sambung.." Contoh kalau ade orang keluarkan duit, baru adik boleh masukkan duit. Dana skang dah penuh. Ade orang tu nak masukkan duit pun tak boleh sebab dana dah penuh"

Saya angguk-angguk,
dia sambung "kalau dalam pembentangan budget tu, kalau PM cakap kita akan buka dana untuk ASD...haaa camtu baru boleh masuk".

Then dia godek-godek comp dia, pastu die cakap lagi. "Ni dik, urusan ini tidak dibenarkan."

Ooooooooooo...camtu eh. Apela akak ni, kalau tak boleh tu tak yahla bagi borang, cakapla siang-siang. Saya yang blur ni cakap," ooo. ni tak boleh nak buatla ni. Erm baiklah kak, terima kasih". I pun blah jela...Dalam hati pikir, baik masukkan semua duit Husna kat dalam Tabung Haji lah. Maka ku usungla keretaku ke Bank Rakyat (aik, boleh usung kereta ke?).

Info:Boleh bukak akaun tabung haji dekat Bank Rakyat dan Bank Islam. Kalau bank tabung haji jauh dari tempat koranglah ye. Kat Jb ni tabung haji kat Larkin. Malas la nak pegi sana.

# Urusan ke dua pun gagal jugaklah. Hmmmm...Teruskan ke urusan ketiga.
Sampai bank rakyat, terus isi borang dan tungguuuu. Nasib baik kejap je. Nombor ku dipanggil. Bagi segala kertas kat tangan, akak tu pun buat kerja*Ketang ketung ketang ketung* (Bunyi akak tu ketuk keyboard lah. Hihi). Saya tengok akak kat kaunter tu kerut-kerut kening. Knape pulakla akak ni.

"Cik, tak boleh nak bukakla guna Ic cik ni. Dia tulis guardian no found". What?!
"Cik penah bukak akaun tabung haji ke sebelum ni?"

Seingat saya, tak pernah ade lagi saya bukak akaun tabung haji.

Die try, try lagi...pastu die tunjukkan no ic yang dia key in kan kat saya. Erm ic betul, sume betul tapi ape masalahnya ni. Okay, malas nak cerita. End up akak tu soh saya pegi jugak ke Bank Tabung Haji tu sendiri. Dia pun tak pasti ape masalahnya. Oh! terpaksa jua ku pergi ke sana. Tapi tak pegi terusla.. Malas lah nak drive g sana. Tunggula lagi 1-2 bulan. Hihi..

Memang tau, time saya bersemangat nak urusan mende-mende remeh yang nak ke sana ke sini ni, time tulah ade je masalah, terus takde semangat tau.

Takpelah. MUNGKIN ADE HIKMAHNYA kan........

Kat sini saya nak share pasal Terkini Hukum ASB dan ASN dari Zaharuddin.net.(nama anak dia Husna jugak-saje je nak bgtau :P) Bolehla pegi link tu bace eh. ASD pun lebih kurang ASB kan. So, pilihla mane yang terbaik eh.

Monday, December 20, 2010

Pekan ...Part 1

Fuh! Tarik nafas dalam-dalam dulu before buat entri nih.
Fuh! Fuh! Fuh!
Okay start enjin. Saya tak taula, asal nak buat entri banyak gambo jek jadik macam malas. Asal malas je ade gambo banyak. So, dah taula kan, entri ni bakal ade banyak gambar. Korang tengok jelah eh, menarik ke tak menarik ke, saya nak cerita pasal ni amik masa 2minggu tau! Hihi...Ada yang sudi baca, bacalah ye....

Ini cerita 2 minggu lepas.
Saya, suami,anak dan adik-adik telah balik ke Pekan, Pahang..(rumah ayah, segamat rumah atok ye, kang ade yg tanya plak Pekan umah sape plak -->eh! ade ke yg nak bertanya..theehehee) kerana my sis Dhia Najiha telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang UPSR 2010 daerah Pekan. Ala, senang cite semua pelajar-pelajar daerah Pekan yang dapat 5A sume dapat anugerah ni lah.

This is the candidate. Dhia Najiha dengan kawan dia, tak tau nama.
Eh, ashikin kot nama dia.

Majlis start pukul 2 pm hari sabtu. Dapat berita pasal anugerah ni last minit, tengahari Jumaat. Saya dah plan memang nak balik Segamat hari sabtu tersebut, tapi sebab takut tak sempat terpaksala balik hari Jumaat lepas kerja. Ya Allah, penatnya nak driving, malam-malam pulak tu. Nak tak nak terpaksa la. Kebetulan en suami pulak cuti hari sabtu sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. So, bernasib baikla, ada driver bawak kereta balik ke Pekan. Kami berjumpa di Segamat.

Okay, pendekkan cerita.

Sampai dewan pukul 1.00 pm, gedebak gedebuk, majlis start pukul 3.00++. Peh, lama betul nak tunggu. Takde kuasanya kami semua-semua ni nak tunggu dalam dewan. Lagi-lagi dengan Husna dah menjerit-jerit-satu- dewan- dengar-Oh!-orang-pun-dah-mula-pandang-pandang-I-tak-suka-u-baik-kita-keluar-saja.

Oh, PM kita ye yang sampaikan anugerah ni. Dato' Seri Najib kan ahli parlimen Pekan. PM datang dalam pukul 3.00 pm. Sementara nak tunggu beliau itu, kami camwhore kejapla kat luar dewan. Untung-untung boleh tengok PM secara dekat.

Big boss, maintain..

sEPI n sIZATI

mak orang tu tak bleh lah ah! Nak join amik pic jugak.
GUMUkS!

Candid.
hai ayah.. hai b.. hai umi :)

Cari mende tersembunyi. Sapa jumpe die terer...hihi
Klu dia. (budak kecik tersepit!)
Tengok gambo ni saya tergelak-gelak. Hadoi!

me dengan mentibang laut. Dia yang cakap die mentibang laut.
..tpi mentibang laut tu ape?


Husna? Husna mane?
Taraa
....

Husna ditenangkan oleh ayah dia. Asik nak merengek aje.
Ayah ada, bestla ibu takyah nak kelek dia je.

Ayah kiss tu. Senyap ye. Jangan merengek ye Husna.

Muah

PM sampai, ayah sempat amik video, tapi malas ah nak tepek kat sini. Dapatla tengok beliau secara dekat-tak-dekat. Erm...bolehla......Masuk dalam dewan jap, tengok open ceremony, tapi Husna dah resah dengan orang ramai dalam dewan tu. Maka, kami semua tidak termasuk ayah dan umi berpakat untuk berjalan-jalan sekitar pekan PEKAN. Point utama, nak cari kek sempena birthday ayah yang ke 39 tahun. Haha....ayah, 39tahun ke??LOL

Dekat pekan, Husna dengan ayah, saya dengan adik-adik yang lain. Kami terpisah! Sebab saya bawak my adik, EPI pegi gunting rambut. Serabut beno aku tengok rambot kau EPI, sementara hubby dengan Husna g merayap-rayap ntah mane ntah. Dahla hp saya tertinggal, hp hubby bateri kong. Maka, terjadikla adegan macam dalam cite Hindustan, berlari-lari mencari-cari anak dan suami di pekan kecil. Berlari ke sana-ke sini, pandang sana sini mencari hubby n Husna, risau betul kalau-kalau Husna menangis nak susu ke kan..Masa ternampak hubby, die pun tercari-cari. Saya siap terjerit-jerit lagi panggil hubby*Nehi khabi nehi*. Nasib baik tak ramai orang. Rupa-rupanyakan hubby siap pegi ngeteh lagi dengan Husna. Ceh! Ayah minum teh, anak minum air masak. Orderla teh ke kopi jugak..

Hubby cerita, ade cina manentah borak-borak dengan dia sambil main-main dengan Husna. Siap tanya umur brape, nama ape...elok jela...Last-last nak tau minah cina tu cakap ape...Dia cakap"Ur face like monkey". Hangin la laki aku. Terus blah. Minah cina tu cam 'tak sihat' sikit. Okayla...............tp ade ke ckp anak aku macam monkey! Kurang hasammmm betul...Sentap!!


Lepas tu kami lepak-lepak dekat taman sebelah dewan:

Husna n makteh (baru pas SPM)........

........dengan Paklang,
sedap sikit mata memandang tengok rambut kemas camni.Haish!!

Redha.


Jongkang-jongkit. Bawah ayah.
Atas?

Ibu. Gemuk! Hihi.

Gelongsor.


Potpet..potpet..buat itu buat ini...last-last...kami semua memang lupa point utama nak cari kek bithday untuk ayah...Bila majlis berakhir, kami pun beredar ke satu tempat yang best......

Jiha, dapat RM200 dari Pak Najib..Yeay!!



Sunday, December 19, 2010

Kek batik dan Tulisan

Salam pagi ahad!

Awal saya bangun pagi ni, cuaca kat luar sujuk, baru pas hujan. Tapi mata tak mengantuik. Anak dalam buai tengah tidur sambil meniarap. Posisi terbaik untuk dia sekarang tidur dalam buai sambil meniarap.

Okeh, pagi-pagi ni best jugak kalau saya share resipi desert untuk sekeluarga kan. Wiken-wiken macamnila ade chance nak buat makanan untuk family. First time ni share resipi untuk korang. Isteri PJJ, jarang sangat nak masak kan. Nak masak untuk sendiri pun malas. Masak ala-ala je.

Semalam saya buat Kek Batik. Kalau google resipi ni ade macam-macam kaedah. Saya punya kek batik tak banyak sangat bahannya. 4 jenis je. Sukatan pun tak brape spesifik, takde timbang-timbang bagai ye. Main sesuka hati sesedap rase je.

Bahan-bahan:



1. 1 buku Butter (nak sedap saya suggest jenama Buttercup)
2. 3/4 Susu pekat cap giant. Hahaha..tak kisah pun cap ape sebenarnya.
3. 1 cawan milo. ikut suke korangla nak banyak mana.
4. Biskut marie. Dipatah-patahkan. Yang warna kuning tu tau, bukan yg ade perasa koko ke,coffee ke, tak pastila perasa-perasa tu sedap ke tak untuk buat kek batik.

Ada orang masuk telur lah, masuk susu freshla. Tapi saya taklah.simple saje n tak remeh.

Cara-cara pulak:

1. Cairkan butter. Biar betul-betul cair okay.

2.Bila butter dah cair, masukkan susu.Kacau sebati. Jangan ade layer tau. Mula-mula masuk susu, ade layer. Kacau sampai takde layer macam pic kat atas ni.


3. Orait, cun! Bila dah sebati, bolehla puan-puan masukkan milo pulak ye. Kacau sebati sampai meletup-letup. Macam pic kat atas.

4. Masuk biskut marie dah kacau-kacau. Time ni dah boleh tutup api eh. Takut hangit pulak milo tu nanti. Dah tak sedap.

5. Bila sume biskut dah kene salut dengan adunan milo tadi. Boleh masukkan dalam bekas @ loyang. Saya takde loyang, masuk dalam bekas aiskrim je. Tapi jangan masuk dalam bekas tupperware cantik-cantik tau. Nanti masa nak potong susah nak potong dengan lemah lembut pulak. Kang calar tupperware cantik-cantik korang akibat hirisan pisau, saya tak tau..hihi...
Mampat-mampatkan guna sudu @ senduk. Make sure mampat tau. Tekan je kuat-kuat. Biskut pecah takpe.Nanti masuk perut pecah jugak.LOL.

See this anak dara a.k.a si pusar dua, pun sibuk tau tolong ibu dia. Masa buat kek ni saya sibuk-sibuk amik gambar, my sis siepah blossom yang baru nak aktifkan blog dia semula tu perli-perli..''hai, jangan sibuk amik gambar je, kang hangus milo tu kang", then i said "excuse me! Nak jadik blogger, kamera kena sentiasa ade disisi okay!" betul tak? betul tak?

Lepas ni, kalau nmpk orang-orang kat luar asik nak amik gambar je, sikit-sikit pegang kamera even masa nak makan pun sibuk amik gambar makanan, kita boleh assume die " Oh, ni mesti blogger ni". Dah, takpayah nak ngumpat-ngumpatye. "ei...orang tu, makanan pun nak amik gambar. Ntah ape-ape. Padahal makanan bukan best pun...' Dah takyah ngumpat. Tambah dosa jep..huhu. EH! off topic pulak.


Nilah, hasilnya!!!
Walaupun rupa takde, tapi rasa superb! huhu...
eh bukan nak puji pulak. tapi memang best..hihi..cube korang try. confrim sedap..hehehe.
Eh, sebelum potong, masukkan dalam peti sejuk ye. Bagi die keras dulu k.
Sabar tau sabar. Agak-agak tak sabar, ko makan je terus lepas masak. takyah mampat-mampat dalam bekas, tapi cam tak best je...huhu... buat gini best.
Selamat mencuba ye.


----------------------------

For tutorial nak tukar tulisan tu, boleh pegi SINI eh.
Macam-macam tutorial untuk blog ade dalam website ni k.
Happy weekend everybody!

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ