Friday, August 27, 2010

Diari Harian di Bulan Ramadhan

Saya tahu, hidup sebagai ibu tunggul ni banyak cabaran. Lagi-lagi kalau anak tengah sakit, uh..uh..Allah saje yang tahu cemana susahnya nak jaga anak time dia sakit sorang-sorang. Tak caya tanya Mama qaish..Kan??

Saya saje lah nak buat entri ni, sebab takde modal nak buat entri ape. KAHKAHKAH...
Hutang entri nak buat tutorial kaedah mermet tak dapat post lagi sebab saya ingat nak buat video je, senang sume orang paham nti, tapi takdela tunjuk cik B betul-betul.HEHE. Minggu lepas dah buat dah, tapi kamera saya tu macam dah hampeh sikit, bateri cepat kong. Tgh-tgh syok wat explanation, die tutup sendri. Sabor ajelah...

Okay, back to our topic. Ceh, macam cikgu nak ngajo plak. Cam saya ckp tadi saje je nak buat entri catatan harian seorang ibu tunggul ni.

ok, mula.
Sebab sekarang ni bulan puasa, so saya cite time bulan puasa la cemane hidup saya dengan Husna.

Seawal pagi 5.15am, saya bangun nak sahur, time tu Husna memang tak sedo diri tido, saya bangun dia tak sedar, so bolehla saya sahur dengan sukacita macam bentukkan rambut anda dengan suka cita!! Sumpah annoying iklan tu. Bila dah jadi ibu ni, tidur bukan perkara utama lagi dah. Kalau mata macam nak terbalik macam mana skali pun, kalau dia dah nak ajak main-main atau meragam terpaksalah tongkat mata dengan putik kapas, tak pun guna lidi mancis, itu pun kalau ada.

Lepas dah siap sahur dalam pukul 5.45am, cepat-cepat saya capai towel pegi mandi. Pastu terus solat Subuh. Erm..bila dah lepas 2 perkara ni, saya dah lega kalau si kecik tu nak bangun saya dah tak kesah dah, sebab 2 mende ni paling penting nak buat. Tapi kalau dia still sedap tido lagi best, saya lehla kemas bilik sikit-sikit. Buat apa-apa lah yang tak buat lagi, set susu dia untuk g umah BS ke, bersolek-solek sikit ke, yelah, dah mandi solat awal, nak tunggu pukul 7.30am nak keluar rumah lambat lagi.

sedapnya dia tidur.

Selalunya kalau saya salin pampers dia, mesti celik punya mata tu. Incase kalau Husna terjaga time saya belum siap-siap lagi, dia mesti nak nenen, lepas bagi die susu kenyang sekenyangnya dia okay je, borak-borak dengan ibu sambil-sambil saya bersiap-siap. Angkut beg spectra, beg baju dia, beg susu dgn handbag masuk kereta dulu. Dah pukul 7.30 am saya keluar rumah, kalau dia meragam terpaksala saya angkat barang-barang sambil dukung Husna. Tak menang tangan dibuatnya. Huhu.. Masukkan dia dalam carseat, komfirm diam, dia suka dok dalam carseat tu, tapi tak boleh dalam jangka masa yg lama, kalau lama sikit merengekla dia.

Maka, dudukla Husna kat rumah BS selama 8jam setengah. Bagi saya sangat lama 8jam setengah dia kat umah BS, macam menjeles pulak dekat BS. Sebelum serah tugas jaga dia kat BS, saya mesti cakap-cakap dengan dia dulu, bagi nasihat, timang-timang sikit, suruh dia peluk saya, walaupun dia tak paham. Peluk ibu cepat, peluk.

Pukul 5, cecepat keluar opis, pegi pasar ramadhan secepat mungkin, takde dah nak melenggang kangkung tgk makanan, ape yang terasa nak makan trus zaaaaasss ke gerai yang nak beli. Pastu cepat-cepat g rumah BS, tak sabar dah rase nak tgk muka anak. RINDUUUU......

Sampai rumah, kalau saya rajin, saya bawak dia jalan-jalan pegi kat taman depan rumah, kalau malas saya bawak je dia masuk rumah. Selalunya saya angkut suma barang masuk rumah dulu before amik dia, bahaya eh..tinggalkan anak sorg-sorg dalam kereta, tapi what to do...

Saya cepat-cepat mandi, sebab petang-petang camni dia slalu behave sangat, letak playmate pastu mainla dia dgn playmate tu sambil borak-borak sorang-sorang. COMELLL...

Malam, time saya gunakan masa untuk main-main dengan Husna, dia tido dalam pukul 10-11pm camtu, time saya buka puasa, dia pun mesti nak join. Lepas makan cepat-cepat, saya cepat-cepat nak g solat maghrib sementara dia still behave, sebab masa ni dia akan merengek mengantuk. Bergayut dalam 30-4-minit sambil tidur sampai ibu nak patah pinggang, dia bangun nak main-main lagi sampai la dia rase-rase nak tidur. Bila dia lambat tido, saya tak boleh nak buat ape-ape. Kadang-kadang saya solat isyak, basuh botol susu dia, siap-siapkan baju dia tgh malam @ pagi-pagi buta, bila dia dah nyenyak tidur. Perkara yang mengubah 100% dalam hidup saya bila dah ada anak ni ialah time management, sangat penting, sebab time anak tidur adalah masa keemasan bagi ibu-ibu untuk dirinya betul kan???

always LOVE u, Husna

Thursday, August 26, 2010

Sha, pecah laaa...

Sha,

Sedihnya..Hadiah saguhati contest Mrs Teppei dah pecah berderai masa delivery. Dahla mug tu cam comei. Kene campak-campak agaknya parcel ni.

Masa amik kat kerani tadi macam terkejut ade parcel, sebab dah lama rasenya tak shopping online, pastu buat muka pelik, sape plak bagi parcel, pastu tgk alamat, wa....adih saguhati ku dah dapat, tapi malangnya dah pecah...


pecah berderai-derai


dapat pegang camni jadiklah.
:(

kite sue poslaju nak??hahaha..tibe-tibe


apepun terima kasih kat Mrs Teppei, sebab sudi bagi hadiah saguhati ni..
toche..toche

Monday, August 23, 2010

Tandaku Menyokong


1. Lencana di Beg StyloMama ku


2. Keychain di kunci keretaku


3. Pelekat di keretaku


Nak? Sila dapatkan di kedai duniasusuibu.

Tengah promosi penghantaran sekarang, silah grab okay.. :)
Memandangkan Kak Mardziah stay kat UTM, saya amik byhand saje.
Thanks Kak Mardziah..:)

Semuanya untuk anak tersayang
Khalisya Husna




p/s: arini agak malas menulis, bagi entri ringkas+ promosi sikit-sikitla..hihi


Wednesday, August 18, 2010

Let Down Reflex(LDR)

Tau tak ape tu let down reflex, masa mula-mula journey saya sebagai ibu yang bercita-cita nak breastfeed baby, tak tau pun cara-cara nak simpan susu, cara-cara nak guna stock susu yang dibuat, ape itu let down reflex, ape stimulation phase, tak tau pape pun walaupun dah ceduk ilmu sikit-sikit dari SUSUIBU.COM mase pregnant. Masa tu tak dapat imagine lagi cemane nak praktik kan kan??

Time by time, saya belajar sikit dari orang-orang yang berpengalaman breastfeeding baby. Dan ape pentingnya let down reflex.

WHAT IS LET-DOWN-REFLEKS?

There are a few definitions that i found would give us clearer & better understanding of what is actually LDR :-

1) Release of milk into the nipple area of breast often felt as tingling sensation.

2) A conditioned reflex of ejecting milk from the alveoli to the ducts to the sinuses of the breast and the nipple.

source:sini
Saya paling suka LDR bila time pumping dan tak gemar sangat bila LDR masa menyusukan Husna sebab bila susu keluar dengan banyak, confirm Husna akan menangis sebab susu banyak keluar dia tak sempat nak hisap. Bila dia lepas, memancut-mancut susu keluar, kalau tak sempat nak capai botol, nmpak gayanya perah dulula susu tu kat kain lap sebelum bagi dia semula. Selalu macam tu.

Saya pengguna Spectra 3, slalunya bila guna pump ni memang payahla nak dapatkan LDR, kalau perah guna tangan, senang je nak dapat LDR, ye lah, skin to skin kan. So cara saya, stimulatekan dulu breast kita untuk dapatkan LDR dengan main-mainkan nipple breast tu sambil selawat/zikir. Sambil-sambil tu bolehla bayangkan muka comel anak kitakan. Bila dah rase tingling sensation tu dan dah nampak susu keluar, baru suakan breast sheild kat breast n pump, baru nikmat mengepam tu datang. :)

Tak tau lah knape saya rasa kaedah mermet still terbaik walaupun dah ade spectra ni, lepas dah pump, agak-agak susu dah tak keluar dari pump tu, saya try picit lagi breast untuk keluarkan susu. Banyak lagi susu dalam tu, tapi bila pump tak keluar pulak. Perah-perah bolehla topup dalam 1-2 oz.

Okay, time for pumping...Jom pumping, pumping...Yeay..


p/s:

1. Sayalah orang paling rajin masuk surau dibulan-bulan puasa ni. Bukan g beribadah, tapi pegi pumping.HAHAHA...

2. Ade ke readers lelaki lalu lalang dalam ni eh, takdekan...sume mummy-mummy kan. syok je dok cerita pasal breast ape ke bagai...kalau ade, ni ilmu tau! Huhu..

3. Nak ke saya buat tutorial kaedah mermet kat sini eh..kalo nak bgtaula eh, saya tak terror, tapi setakat nak berkongsi ilmu tu bolehla :)

Tuesday, August 17, 2010

#2 breastfeed

Jarangkan....jarangkan fashya cerita pasal EBM dia, walaupun orang dok cerita pasal risau susu takde mase bulan puasa, pasal stok , pasal ape-ape aje tentang breastfeed, saya rilex je bace.. :)

Actually, saya pun ade gak mengalami masalah pasal breastfeed ni. Mane boleh takde cabaran nak merealisasikan impian yang satu dan murni ni.

Ni ha stok EBM saya yang tak seberapa ni

tara
...
.

ntah brape Oz, tak tau...sikit je..pastu bersepah-sepah.


Yang ni kawan baik sejak sebulan yang lalu...Spectra3



Yang ni susu-susu untuk Husna dari 8am-5pm (2.5oz x 6@5botol)



Yang ni ibu poyo bergambo dgn hasil tenusu dia. Pic sebelum puasa ni, dapat 7 oz.


ok, jom kite cerita pulak, Alhamdulillah, bulan puasa yang mulia ni, hasil tenusu masih seperti biasa. Kat opis ikut mood nak pump, tapi selalu pump 2kali pukul 11am dengan 4pm. Hasil 10 oz, kadang-kadang lebih, lebih pun 1-2 oz je. Pagi before g keje pump dapatla 3 oz...lepas tu takde dah...so hasil sehari dalam 13-15 oz jelah.. Sikit jekan. Erm, cara saya buat stock, 5oz dari hasil perahan harini saya simpan jadik beku, the rest guna untuk hari esoknya. Yang lagi 5 oz untuk topup kegunaan hari esok, saya amik dari stock beku. Setiap stock beku tu saya simpan 5 oz setiap plastik. Senang nak divide dua.

Saya pun tak pasti cukup ke 2.5 oz setiap botol yang saya bekalkan untuk Husna setiap kali dia menyusu. BS tak komplen ape-ape, saya anggap cukup ajelah. Saya penah tanya, dia kate ok. Alhamdulillah.

Bak kata dayu, tak kisahla hasil perahan tak melimpah ruah, mungkin ade hikmah kenapa hasil kita tak sama dengan orang lain. Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang. Mungkin dengan ape yang kita dapat tu cukup untuk kegunaan anak kita, dan bagi saya, kalau hasil saya melimpah ruah pun, masalah nak simpan stok tu pasti akan timbul, daripada rosak baik takde pun takpe, asalkan cukup untuk anak dan dapat teruskan niat suci kita nak breastfeed baby selagi yang mampu. Amin...

So, ibu-ibu yang mengalami masalah-masalah dalam perjalanan breastfeed ni harap tabah okay. Walaupun kadang-kadang rase dah down gila. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, tak perlu nak keluh kesah....Yang sentiasa UDT = Usaha, Doa dan Tawakal. Semoga segala urusan kita sentiasa dipermudahkan olehNya. Amin...





What she's trying to do??

Dia buat countdown

TIGA


DUA


SATU


Mencarut?? No lah, she's know nothing.
Kebetulan je semua. HAHAHA

Kalau menyusu, tangan tu asik garu kepala je




nak..nak..


I really need this


OR this





for my EBM..
hmm

Monday, August 16, 2010

Sunat dan Fungus

Husna dah sunat. yeay.... Husna dah jadik anak dara. yeay...
(ni muka budak dah kene sunat..hih)


Sabtu lepas, saya dah bawak Husna pegi bersunat lepas beberapa kali asik bertangguh je. Konon-konon nak tunggu ayah dia, tapi alamatnya memang lambatla. Saya pegi dengan Kak Nani, mama Kasih. (Oh, Kak Nani dah update kat blog dia dah)...

Plan nak pegi pagi pukul 10-11am, tapi budak kecik ni macam tau-tau je dia nak kene sunat, dia dok balasah tido sampai kol 10 lebih..lepas mandikan dia pun dia sambung tido. Tido-tido pun ib angkat jugak bawak masuk kereta. Dalam pukul 12 baru sampai klinik, nasib baik klinik bukak lagi.

Dan saya saksikan sekali Husna kene sunat, berdebar-debar gila, tapi in da same time nak sangat tengok tang mane yang kene sunat tu. Doktor sempoi gile, selamba je dia potong. Hahaha.. Saya asik tanya je, cemane dia nak kencing nti, berdarah tak, dia nangis tak.Doktor cakap, dia kencing salur lain, kalau sunat baby girl memang kene darahkan tempat sunat tu. and nangis tu standard la. Lepas doktor dah bersih-bersihkan cik bunga Husna, doktor suruh saya pegang sebelah kaki dan tangan Husna. Muka budak kecik ni rilex je. Baca Bismillah, Zasss....terus potong dan berdarah. Husna merengek sikit je. Pastu okay...tak menangis dah...Huh lega.......Takut gak kalo-kalo dia nangis tak henti-henti. Keluar dari bilik doktor, tgk Kak nani dgn husband dia buat muke terkejut n nervous. Hahaha...kejap je, dalam 5minit dalam bilik doktor.

Dalam bilik doktor ade gak saya bincang-bincang tentang kebersihan yang perlu dititikberatkan untuk penjagaan baby ni, terutama bila dia dah pandai masukkan sumthing dalam mulut. Kebetulan masa pegi jumpa doktor tu, Husna tengah syok menghisap jari, terus doktor sound jangan biasakan dia dengan hisap jari ni, sebab boleh bawak penyakit fungus. Fungus mulut dan kuku. Kebetulan pulak, dalam mulut dan lidah Husna ade banyak putih-putih susu tu. Doktor cakap tu sebenarnya fungus yang selama ini saya ingatkan lebih-lebih susu. Patutla dah 2-3 hari ni saya sibuk-sibuk bersihkan lidah Husna makin menjadi-jadi pulak putih-putih tu naik ke bibir dia. Merebak ke seluruh mulut!. Doktor bagi ubat sapu untuk hilangkan fungus-fungus tu, dalam 2hari macam magik pulak, hilang sume putih-putih tu dalam mulut Husna termasuk kat lidah dia.

Lepas sunat, hari pertama dia okay, semalam dia meragam. Baru rase sakit agaknya. Hopefully kat rumah BS dia okay hari ni. I love u Husna...so much!!!

Dua-dua muka basi, pagi-pagi keluar rumah bawak Husna jalan-jalan.

UpDAted:

ni lah cream yang doktor bagi...tak pernah pun bersihkan mulut husna, baru haritu bersihkan guna towel tapi makin banyak plak putih2 tu dalam mulut dia.jumpe doktor aritu, doktor bagi ubat ni..sapu 1-2 trus hilang fungus tu dalam mulut dia...

Friday, August 13, 2010

Cendawan sambal-sup ayam



Sebelum puasa:
"b, malam ni makan ape?"
"cendawan sambal dengan sup ayam"

Ramadhan pertama:
"b, berbuka makan ape nanti?"
"cendawan sambal dengan sup ayam"

~~sama~~

Ramadhan kedua:
"malam ni berbuka ape plak?
"nasi ayam je"
~~oklah lain sikit~~

saya rasa esok confirm dia masak cendawan sambal dengan sup ayam lagi. Sebelum puasa kalau tanya dia makan ape, mesti 2 lauk tu. Hai la suamiku, feveret food b ke tu? Ke tau masak tu je? hehehe...nasibla isteri jauh. Suami saya ni walaupun duk berdua dengan kawan dia kat rumah company tu, pun dia suka sangat memasak, jimat katanya. Bagus. tapi tulah, sian pulak dengan dia bila tanya lauk je mesti lauk tu, balik-balik lauk tu....


barang kali beginilah rupe cendawan sambal tu eh [credit]



Walaupun dia tak kisah sangat bab-bab makan ni, at least bulan puasa ni merasalah sikit makanan yang best-best sikit sayang. Pastu dia kata dia nak masakkan 2 lauk tu untuk saya, tapi ntah bila la saya nak merasa masakan dia. Hihi...

Saya kat sini pulak tak macam isteri-isteri yang lain, balik kerja je dah kene sinsing lengan baju bersilat kat dapur nak siapkan masakan untuk berbuka n bersahur walaupun dalam hati ni teringinnya nak masak untuk family. pastu makan sama-sama. Bestnya.... Kalau housemate tak masak, memang bazar ramadhan la tempat saya cari makanan untuk berbuka, saya nak masak sorilah, bila dah pegang si kecik tu macam tak mau lepas dah. Kang masak separuh jalan je tak siap. Nak improve skill memasak pun tak dapek. Teringin sangat okay nak duduk sebumbung, se family. Kalau ada apa-apa masalah pun tak libatkan orang lain.

Walau ape pun, saya masih bersyukur dengan keadaan saya sekarang, diberi kekuatan untuk hadapi semua ini. Setiap yang berlaku pasti ade hikmah. Semoga saya terus tabah. Amin






B, malam ni berbuka ape pulak??? Hihi.....makan makanan yang berkhasiat tau..:)

Thursday, August 12, 2010

Lagi Cerita Si kecik

tak kira..tak kira, saya nak gak update blog. Bukan takde masa nak rajin-rajin update blog, tapi waktu keje buat saya serba salah nak update walhal saya memang kurang keje. Lantaklah, nak update jugak.

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-2 kita dibulan Ramadhan, ramai betul yang list ape yang berbeza antara tahun ni dengan tahun lepas punya puasa.

Bagi saya, tahun lepas dan tahun ni sama saja, seorang isteri yang PJJ, berbuka dan bersahur seorang diri, tak payah sibuk-sibuk nak pikir juadah ape yang disantap cuma yang bezanya ade si budak kecik Husna je yang sibuk-sibuk nak join ibu dia sahur dan berbuka. Memang agak mencabar nak bangun bersahur sebab Husna tidur berpelukan dengan ibu dia, bila nak letak kepala dia kat bantal tu takutnya kalau-kalau dia bangun, pastu nak turun katil kene gerak slow n steady, kalau tercuit sikit kang dia bangun la plak. Kalau dia bangun alamatnya kenela bagi dia nenen dulu.

Semalam Johor cuti awal ramadhan, bolehla saya ngan Una berjimba-jimba kat rumah. Alhamdulilah, semalam susu sangat melimpah ruah, Husna ni kalau susu menyembur-nyembur, marah betul dia, nanges-nanges bagai, sampai saya kene buang sikit dl baru bagi dia. Kadang-kadang dia merajuk tak mau susu dah. Hari ni try pump baru dapat 5.5oz. Harap-harap petang karang pump dapat lagi 5oz. Macam biasa.

Ape lagi nak cerita ek...Erm
Sekarang ni saya dah tak dpt nak ke masjid untuk solat aunat Terawikh, nak buat sendri cemane ek?? tak retila.. HIHI..

Malam after berbuka je, lepas dah siap-siap solat, confirm terperap dalam bilik nak tidurkan Husna, sekali dengan ibu dia babai.. Tapi dalam pukul12-1 pagi saya mesti kene bangun nak siap-siapkan susu untuk bekal dia esok, baju dia, baju ibu dia, kemas-kemas bilik, solat isyak, pump susu...and etc..etc... sebab time tu jelah saya boleh buat sebab dia dah tidur lena. Time lain, sori..Its time only for her, boleh tinggal sekejap-sekejap je. Kalau mood dia tengah baik.Kalau tak, nak tidur pun atas dada. Camno den nak buat kijo?? Nak letak, komfirm terbuntang bijik mata dia nti. Nak tak nak, postpond la semua keje pada malam hari...bila dia betul-betul nyenyak.


To Ayah Husna:
Betapa ruginya b tak dapat melihat dan menyaksikan detik-detik anak kita membesar. Indahnya melihat si dia membesar dan meng'eksplore' dunia.. :)





Tengok dia tersenyum. Gelak ketawa Husna buat ibu gembira bila hati tengah kusut.:)
I love my Husna very Much!! Sayang Banyak sangat!!

Tuesday, August 10, 2010

We Celebrate Together

We celebrate together, walaupun takde candle light dinner, takde bunga ros..etc..etc...tapi bile dapat sekali sekala macam ni, best sangat.... Almaklumlah bila dah dok jauh-jauh ni, susah nak bersama, ape yang penting..bukan kerjasama, tapi...spend quality time together, tu yang penting. Company husband sekarang dah tukar time bekerja, dari hari isnin-jumaat dah tukar dari isnin-sabtu...Tension haku!!... So, skarang masa hujung minggu pun dah kene curi sikit.

So, wiken lepas sempena Birthday saya yang ke-26 pada 7 Ogos 2010 dan Ulang tahun Perkahwinan kami yang pertama pada 9 Ogos 2010, dapatlah kami makan-makan dekat KFC...Itu je yang ade kat Segamat...Hihihi...So, enjoy the pic jela.....(banyak nih)..


Husna baru pas merengek-rengek sebab tidur dia kene kacau...dalam kereta dia menyusu,
pastu dah sampai nenen kene lepas...marah la dia...

melekap je kat ayah dia..

tak nampakla ayah, susahla nak makan macam ni...


ayah, boringla


ayah nak jugak, boring la macm ni tengok orang makan je..
takde baby boy ke kat sini ayah


ayah banyaknye ayah makan, nanti jangan lupe posa tau ayah


Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa kekal abadi
diserikan dengan anak-anak yang soleh dan solehah
Amin....

I

♥♥

My Family Very Much!!!


Last but not least, Bibik Makde



Monday, August 9, 2010

09-08-09 -- Happy 1st Anniversary



" Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita yang pertama. Semoga perhubugan kita bertambah lebih baik di samping Khalisya Husna"- text from hubby

Setahun yang lepas, hari yang bersejarah dalam hidup ni bila selamat menjadi seorang isteri.
Genap setahun dah usia perkahwinan kami.

Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa diberkati oleh Allah selalu.
Sayang B sangat-sangat.

Kami dah celebrate anniversary kami sekadar ala kadar saje. Wiken lepas jumpa dekat Segamat. Hubby blanja makan KFC. Pastu beli kek, tak sempat nak buat acara potong-potong kek pun. Trus ngap je..



Dan hadiah ulang tahun perkahwinan kami..
............
........
.....
..
.


Khalisya Husna disamping kek..yeay!!!




Friday, August 6, 2010

Reunion Ibu-Ibu Blogger....Sila-sila Bagi cadangan

Lanjutan dari idea mamaelly yang nak buat reunion beramai-ramai ahli-ahli blogger yang dah ade anak...MACAM BEST SANGAT!!!

Kalau sebelum ni, hanya alam maya yang menghubungkan kami, rasa molek sangatlah kita face to face pulak.... Sebenarnya idea ni dah lama muncul dalam benak fikiran ni, tapi cam segan nak bgtau takut takde sambutan. Mamaelly memang bestla...dapat bace fikiranku...HIHI...

So, saya sebagai wakil kepada mamaelly(lantik diri sendri jd wakil..haha) nak jemput pada mama-mama, ibu-ibu yang nak join reunion ni sila ke blog elly untuk vote @ bagi cadangan macamana kita nak realisasikan rancangan BEST ni....


and to all ibu-ibu yang tak disebut disini pun bleh join jugak....Tak yah sogan-sogan...:)

Sila lah bagi cadangan anda, kat mane nak buat, bila, ape aktiviti yang sesuai..
Maybe kite akan buat after rayalah, of course... Saya dah bayang-bayang ni kite jumpa kat taman, buat potluck, makan ramai-ramai, pastu hire photografer amil pic anak-anak dengan ibu -ibu.. Bapak2 boleh join tak?hihi

Bestnya kalo dapat jumpe :DD...


fidah, ko nak join..Jom...bawak hero dan heroin ko tuh...:)

Thursday, August 5, 2010

Second time

Dahla jiwa tengah kacau...
Ape perasaan korang bila amik anak, tgk anak jadik camni...
...
..
.

Baru nak tenang-tenangkan hati tgk si kecik ni, bila tengok dia macam ni makin berjujai-jujai lah airmata ni mengalir, bukan senang nak tgk ibu ni menangis. Ya Allah, ini bukan kali pertama, mase 1st time tu saya boleh buat tak tau lagi, sebab sikit aje, tapi kali ni makin banyak n bibir Husna bengkak.

Allah sajalah yang tau perasaan saya mase tu. Call hubby bagitau. Then, dah tak boleh biarkan dah ni, call BS tanya kenapa bibir Husna jadik macamni. Dia kata, dia meniarapkan Husna, Husna menangis masa tu, kepala dia macam terhantuk2 then tersembam atas lantai....WHat???? baringkan Husna atas lantai???? Patutkah??? melampaukan?

Dia kate dia tak perasan, pagi tadi bila saya cek kat rumah BS tu, dia just alaskan dengan comforter yang nipis gile..sah-sah kalo terhantuk mmg terasa kat simen tu....

Harini saya dah bekalkan comferter yang tebal dan tilam. Kalau jadik lagi macam ni, mmg alamatnya tukar BS ye Husna.....

dan juga...saya pesan, mulai harini petang tak payah mandikan, biar saya yang mandikan Husna...

Nak cerita pasal BS Husna, sebenarnya dia tak penah kawen, senang cite Andartu lah...sori bahasa kasar sikit.umur dalam lingkungan 40++, sekarang ni dia just jaga Husna dan 2 org kanak-kanak, dah besar, dah sekolah....Saya kesian kat dia, saya faham mata pencarian dia dengan menjaga anak orang. Skarang anak yang dia jaga dah berkurang dari 7org jadik 3org, hari-hari dia pesan kat saya suruh tanya-tanya kan orang kalau-kalau nak carik pengasuh, rekemen kat dia. Saya ni cuba lah tolong dia, tp bila fikir-fikirkan, cemane nak jaga anak org ramai-ramai, alangkan baby sorg tu sampai jadik macamtu???Kang makin ramai, makin terbiar pulak si Husna tu. Serba salah saya dibuatnya.

Ntahla....

Nasib baik bila saya suakan cik B dia nak minum, tak sakitlah tu....takpelah...tapi tak sanggupla nak tgk anak jadik macam tu...kite jaga okay je...dapat kat org lain, macam tu plak jadiknya.

Siannya Husna, semalam dia genap 3bulan.

so far progress dia dah pandai senyum n gelak-gelak bila diagah...mitten die pun asik basah je sebab suka hisap jari.....tak sabar nak tgu dia pandai meniarap....

Wednesday, August 4, 2010

tiada tajuk


Aku malas nak update blog

sebab

lately

Jiwaku KACAU

daaaa

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ