Thursday, July 15, 2010

31 Dis 1959~~15 July 2003-semoga tenang dan amanmu disana

7 tahun yang lalu......

Waktu ni 7 tahun yang lalu, kami sekeluarga dibasahi dengan airmata. Bila insan yang kami paling sayang pergi selama-lamanya mengadap Ilahi. Siapa sangka, sakit yang dialami akan membawa dia hujung nyawa. Insan yang saya maksudkan ialah Ibu.

Ibu mengalami sakit TIBI yang dah diperingkat yang akhir, simptom sakit TIBI = simptom santau. Arwah ibu mmg percaya dengan sakit-sakit buatan orang ni. Dia jugak enggan menerima rawatan dari hospital. Ingat lagi, bulan Mac tahun 2003, masa tu saya masih lagi berada tahun akhir matrix, tengah sibuk-sibuk study untuk final exam di matrikulasi. Masa tu dia just demam yang berpanjangan, tidak lah begitu risau, ingatkan demam biasa je. Tapi demam dia berlarutan sampai ke hujung nyawa. Keluar masuk hospital jangan ceritalah, dah berkali-kali.

Antara simptom-simptom sakit TIBI, demam yang berlarutan terutama tengahari, muntah darah, berat badan turun mendadak. Semua ni dialami oleh arwah ibu, sakit yang dijangkakan terkena santau. Tapi yang saya peliknya, kenapa masa mula-mula arwah sakit, sakit tibi ni tak dapat dikenalpasti, bila dah hujung-hujung nyawa baru dapat dikenalpasti.

Cuti antara habis matrikulasi nak masuk ke universiti, saya habiskan masa dirumah menjaga adik-adik disebabkan keadaan kesihatan ibu yang tidak menentu. Tapi apelah fikiran saya mase umur 18tahun, asik nak fikir keseronokan, asik membantah untuk cari kerja. 3 bulan cuti, kalau duduk rumah mestilah bosankan. Tak fikir pun ibu sihat ke tak masa tu, lagipun arwah tak tunjukkan sangat sakit dia. Bila dia dah tak sihat sangat barulah dia baring saja tak larat nak buat ape-ape.

Habis cuti 3bulan, bulan Jun 2003 saya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UPM, masa nak hantar saya ke U tu, arwah nak sangat ikut, tapi ayah tak bagi atas sebab kesihatan ibu yang tak baik. Tapi saya pujuk arwah, ckp bila ibu dah sihat nti, ibu ikutlah ayah gi melawat aca kat UPM. Dia hanya senyap aje...... T__T. Itulah kali terakhir saya melihat arwah, sewaktu saya nak bertolak ke UPM.

Memang dia tak sempat pun nak melawat saya kat sana. Saya teringat lagi panggilan telefon dia yang terakhir, dia cube sembunyikan sakit dia, cube bergelak ketawa dengan saya. Saya cume doakan dia cepat sembuh. Tapi agaknya dia tau nak pergi, dia cume ckp "ntah bila la nak sembuh, ibu pun tak tau boleh sembuh ke tak, ibu tak larat sangat dah ni".... Risau dibuatnya.

Kebetulan masa tu, saya sedang bergelut dengan exam sem pertama. Saya tak dapat nak buat ape-ape. Kalau diingat-ingat kembali waktu tu, meleleh jugak air mata ni. tapi saya dah redha dengan ketentuan Ilahi, saya masih teringat panggilan telefon yang menyatakan ibu saya telah kembali mengadap Allah sewaktu didalam dewan kuliah. Saya dah tak kisah dengan org sekeliling, saya menangis teresak-esak. Saya penah bercerita disini.

Cepat sungguh masa berlalu, 7 tahun sudah pemergian ibu, kalau ibu ada mesti dia gembira dengan kehadiran cucu sulung dia. Argh...saya tak dapat bayangkan dia sedang memegang Husna. Indahnya kalau ibu ada....

Ibu, anakmu kini telah bergelar ibu, kini aku dah tau betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Kini aku tau betapa susahnya menjaga seorang anak. Lagikan ibu mampu menjaga 9 orang anak. Terlalu banyak dah ibu lalui. Terlalu banyak yang pahit dari yang manis. Anakmu ini terlalu banyak dosa, andai dapat diputarkan waktu, aku ingin sekali mencium kakimu Ibu...Semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat. Hanya doa mampuku kirimkan...

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Badariah binti Abdollah. Amin~~~~

4 comments:

  1. salam takziah utk ibu fashya.kita dah bace dulu ader bgtau kat blog kan...erm mmg pengorbaan ibu terlalu banyak..tapi kesian jugakan terkena santau siapalah yang tak berperikemanusiaan tue kan..tuhan sajalah yg membalasnya....al-fatihah sma juga utk arwah ayah angkat yg menjaga dan telah mebesarkan saya selamanie... mmg seronok kan tak dapat dbayangkan kalau dia pgg cucu anak kpd kita...

    ReplyDelete
  2. terkesan membaca kisah ini. semoga roh arwah di cucuri rahmat.amin

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ