Friday, July 9, 2010

#1 breastfeed

Banyak entri-entri yang terbengkalai. Siapkan satulah, berkenaan breastfeed.

Alhamdulillah, dah 2bulan si Kecik saya tu, dan 2 bulan jugakla saya dah bagi dia susu ibu. So far, susu saya sangat meriah, hari-hari Husna dapat rase susu fresh bukan dari stok yang sedia ada, stok pun ade, tak berusik pun, sebab susu fresh ade, saya tak usik stok dalam freezer. Takut expired plak. Sebelum ni dah banyak buang stok-stok sebab dah expired. Sedih aje mengenangkan susu-susu yang dibuang. Masa mengepam kemainla suka dapat 5-6oz sekali perah. At last, kene buang pulak. Husna pun tak banyak minum, kalo kat bbysitter, saya bagi 5botol susu, dalam setiap botol tu ade 2.5oz

Pujuk hati, pujuk hati " ada hikmah disebalik kejadian".

Ingat lagi masa mula-mula hantar Husna ke rumah pengasuh, pengasuh tu mintak susu tin, hati dah gundah gulana tak mau bagi susu tin, hubby pun macam risau, die suruh beli susu tin. Uwaaaaa....sampai hati hubby cakap camtu, then saya slow talk dengan ke2-2nya, saya tak mau campur dengan susu formula. Nasib baik ke2-2 nya faham, tapi hantar yang pengasuh ni tak lama, cuma sehari je sebab kedudukan rumah saya n pengasuh agak jauh, saya terpaksa berpatah balik kalo nak pegi keja.

Masa hantar stok EBM kat rumah pengasuh ni saya agak jahil dengan keadaan stok-stok EBM ni, banyak lagi ilmu tak tau lagi, sian dengan Husna minum susu masam... :(, susu-susu yang saya bagi tu, susu yang saya perah masa dalam pantang, saya simpan susu tu kat fridge umah MIL kat seremban. On da way nak balik ke Jb, saya singgah Segamat, banyak sangat tempat persinggahan, so stok-stok susu tu semua saya simpan dalam cooler bag yang ade ice pack. sampai segamat, saya terus transfer kat dalam fridge rumah atok kat segamat. Tau-tau jelahkan, kalo susu-susu dah masuk dalam cooler bag tu, mesti dah cair. Bila nak gerak ke Jb, saya masuk balik stok-stok tu dalam cooler bag, dah 2 kali cair susu tu. So, tempoh masa nak guna susu-susu tu dalam masa 24h, tapi bila smpi kat pengasuh Husna dah lebih 24H. Mestila susu tu masam kan... Sedihnye bila mengenangkan betapa ceteknya ilmu saya masa tu. I'm sorry darling Husna. Agaknya mungkin dengan faktor susu masam nilah, ada kemungkinan Husna tak mau minum susu botol masa tu. Masa training dia dulu, saya bagi susu yang fresh, direct pump terus bagi. Elok je dia minum.

Nasib baiklah stok susu masa dalam pantang tak banyak yang saya buat. Kalau tak lagi ralat dibuatnya.

Sekarang ni Medela Harmony yang saya beli dah tersadai tak guna, sebab macam tak serasi dengan saya lah, saya rasa macam leceh nak praktikkan, susu-susu yang melekat kat pump tu pun cam sayang je nak basuh. Malas sebenarnya..Hihi... Selama ni saya perah guna tangan je guna kaedah mermet tu. Alhamdulillah, saya suke guna kaedah ni sebab simple, tangan memang dah ade, cume sua botol aje kat B, hasil pun memberangsangkan, masa pun tak lama kalau perah guna tangan, cume masa mula-mula perah guna tangan, lenguh jugakla tgn ni dibuatnya. Kadang-kadang depan pc ni saya boleh perah sebab malas nak pegi surau. Hihihi.. Terpulangla pada individu kan. So far tak de berkeinginan lagi nak tukar breastpump, kalo en suami saya tau ni...mesti den kene bebel...ekekeke.... :P

Kaedah Mermet tu saya blaja masa kat Hospital Seremban masa Husna kene jaundis, nurse datang ajar ibu-ibu cara nk perah susu guna tangan. Mula-mula agak kekok n lenguh tangan, lama-lama dah okey, rasa mudah guna tangan je. Diorg pun galak kita guna tangan untuk pump susu, diorg ckp kalo guna pump, nanti nipple jadik panjang. Tak cantik.Hahaha..Entahla betul ke tidak. :p

Banyak lagi ilmu kene ceduk ni. Bila bukak susuibu.com, macam banyak mende yang tau lagi..banyak mende yang kene blaja lagi. Bila cerita bab breastfeed ni mestilah dah melarat-larat sampai sterilizer, warmer, peti sejuk, keadaan botol, tangan hygiene ke tak...Banyak yang kene amik tau. Sterilizer dengan warmer yang saya ade tu still tersimpan elok dalam kotak sebab tak reti nak guna @ dalam erti kata lainnya belum ade masa nak belek-belek. Warmer tu penah guna tapi macam tak berkesan je. Penat tunggu lama-lama tapi tak panas pun susu tu. Niat hati nak senangkan BS, tp sebab belum expert guna lagi, saya buat pekasam dl warmer n sterilizer tu. Sapa-sapa yang guna little bean warmer, bleh tak tolong terangkan kat saya cemane nak guna, sebab manual dia cam hampeh je. Tak paham, simple sangat.

12 comments:

  1. oh bestnye pandai perah pakai tangan je.nnt boleh la blaja ngan ko(3-4 tahun lagi)huhu.
    laki aku tu selalu suh bagi susu tin,ntah ape2.susah gak nak yakinkan dia susu ibu ni terbaik.nasib baik la hazeera mmg xsuka susu tin.haha

    ReplyDelete
  2. masa susu tengah banyak ni eok banyakkan stok sb kenkadang kita takleh agak masa kita bz, masa kita stress, kot kena gi course bagai :) insyaallah berjaya buat exclusive breastfeeding :) good luck!
    jom! jenguk katalog tupperware pra ramadhan murah2 sangat dan segala macam sale yg ada di blog saya :) comey2 belaka :)http://tupperwarefactory.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kalu breastfeed bkn ke kena nipple pnjg sket jadi bb sng nk isap?ehhe...xtaula kn, tp nurse kt sini ckp gtu...kalu ada prob bf mesti dia ckp nipple xcukup pnjg atau sng ckp pendek...eheh...sorry censored sket :P

    ReplyDelete
  4. yaaa..tak terfikir pun pasal tu
    agaknya mebi sbb tu gak kot kysha takmau minum susu dalam botol.
    hmmm..thanks fashya!

    ReplyDelete
  5. Fashya nak tumpang tanya.

    Saya nak tanya pasal 24H penggunaan susu ibu tu. Saya kurang faham sikit.

    1) Masa kat rumah ibu mertua awak kat Seremban tu, susu disimpan dalam fridge ke freezer eh?

    2) Pastu, awak transfer masuk cooler bag bawak pi Segamat kan? Itu dah berapa jam eh?

    3) Sampai Segamat, awak terus masukkan dalam fridge kan? Sepatutnya susu tahan berapa lama lagi eh?

    4) Pastu, awak nak balik JB, masuk lagi dalam cooler bag, itu berapa lama punya perjalanan dan should be tahan berapa lama lagi eh?

    Maaflah banyak tanya Fashya. Saya nak tambah-tambah ilmu. Hehehehe.

    ReplyDelete
  6. warmer tue kene letak air. bukan yg dlm bekas hijo tue jer. bawah dia pon kene letak (bekas putih). bile nk letak botol susu utk panaskan, x payah guna yg bekas hijo tue, teros je masok botol susu dlm tempat putih yg dh berisi air tue. kite sllu guna 70 darjah celcius utk panaskn susu sejuk tue. klu 40 darjah cam lambat sgt pastu kkdg masih sejuk lagi susu dlm botol tue. try la yerr. rugi da beli x gune..

    ReplyDelete
  7. mrs adam:ok, no problem, nti aku ajar ko.laki kite ni nak senang je kan...susu tin mahalla...huhu

    Tupperware Lover: Thanks!!

    Faizah: tak tau la, nurse tu ckp, kalo nipple panjang sangat nti suami lari...LOL!!

    zuris: tulah, sian bby, kite ni punya la pksa soh dia minum...susu masam kte tak tau..hhoho..

    aishah: (panjang nya soalan, nway..fashya try jawap the best, harap aishah berpuasa hati :))

    1. susu simpan dalam freezer umah MIL..xbanyak dalam 5-6botol je

    2. seremban-segamat-3jam perjalanan..so dalam masa 3 jam tu, susu dah sikit cair (xcair sepenuhnyala)

    3. Sepatutnya susu beku yang dah dicairkan kene guna 24jam, lepas tu kene buang. tp fashya dah cair bekukan semula, pastu nak guna dicairkan balik...tak boleh bekukan susu yang dah cair, kene guna 24h..

    4.segamat-jb-2jam setengah, mase tu susu tu dah xboleh guna da, sebab dah cair... :( tp fashya still guna...


    kesimpulannya aishah, susu beku yg dah dicairkan kene guna 24jam, lepas tu kene buang...HOpe membantu..:)

    ReplyDelete
  8. thanks fashya. sekarang baru faham. sebab dalam entry fashya tu, fashya tulis masuk fridge kat umah MIL. sebab tu aishah confius.

    maksudnya, selepas aje susu di turunkan dari freezer ke fridge, mesti kena guna dulu lah eh?

    contohnya kita hantar pergi BS, susu yang turun dari freezer ke fridge tu kita jadikan nombor 1 untuk hari berkenaan. kan?

    thanks eh fashya. :)

    ReplyDelete
  9. mrs teppei: thanks..fashya etak air dlam bekas hijau tu,,patutla xpanas2....

    ReplyDelete
  10. kadang2 guna gak tgn sebab ada masa bila outstation sgt leceh nk mengangkut spcectra3 tu
    perah guna tgn je lah..

    sterilizer, warmer semua takde
    smua gna manual
    rendam air panas jelah

    ReplyDelete
  11. thanks ibu naurah :)

    blum try lagi sebab kat umah direct breastfeed, xsempat nak panaskan susu..sayang plak kalo die xminum nti,,,maybe wiken ni baru nak praktis guna...thanks ye....

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ