Tuesday, March 16, 2010

Stretch Mark

1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan.

2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.

3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.

4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya. Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.

5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan

6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang

7. Cara terbaik untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan.

Dan yang paling penting… elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk. Dan satu fakta penting yang perlu anda ingat juga, sekali ia muncul di kulit anda bermakna ia kekal selamanya kecuali jika anda sanggup laburkan duit untuk mendapatkan rawatan dengan menggunakan laser bagi menghilangkan kesan stretchmark.


"Ngerinye ayat last skali tu..betul ke tak ilang....saya baru sedar semalm ttg kewujudan stretch mark kat bawah bahagian perut....Oh NEHI!!!!....tak sanggup nak tengok....faktor genetik jugak memperngaruhi..erm, seingat saya arwah ibu dulu ade gak strechmark....tp takpe..still sikit dan baru...boleh diatasi lagi kot...

walaupon dah sapu minyak zaitun sehari 2-3 kali, kenape masih wujud engkau wahai stretch mark!!!!!! T_____T"

All mom to be; leh bace-bace kat sini, banyak good info..



4 comments:

  1. hahaha.mmg stretch mark tetap akan ade.sampai tua kot,coz mak aku yg dah beranak 7 kali tu still ade stretch mark kt bdn die skrg.tp xnmpk sgtla.so kesimpulannye sapu je lotion khas tuk stretch mark contohnye pureen or bio-oil sampaila anda puas hati

    ReplyDelete
  2. 2 kira cam thunder cat la..hik2..x mo ilang eh..dan ikut keturunan jugak yer..mmg ngeri la..huhu..

    ReplyDelete
  3. jiha pon ngeri...cos mak and akak2 ada....so far blum ada kuar lg tanda2 tu tp rasanye mcm ade aje...ni baru 26weeks

    ReplyDelete
  4. urm..strecth mark tue mmg akan ada..cuma bnyk n skit jer...yg penting hgn di garu...mun apply krim pureen tue since peknen 4 bulan tau..du hujung2 kehamilan nie baruule nmpk timbul skit...huhuuh

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ