Monday, October 31, 2011

Gathering Blogger Momma @ Critterland

Assalamualaikum semua!!

Seminggu tak update blog! Rindunya kat blog. Cerita-cerita dari hot mami semua pun saya tak sempat nak update jugak. Macam lama dah tak BW.

Cerita Critterland. Seronok betul dapat berkumpul kan? First time jumpa Na-Mika, Fiza-Eryna, Hany-Faqihah, Mar-Qaseh, Ainul-Areesa, Elly-Isya, Nurul-Sofiya, Fad-Imaan, Ainul-Areesa, Ana-Dani, Ann-Kaisyah. Yang lain, Sharena-Naurah, Eisya-Dayu, Jue-Alif dah penah jumpa sebelum ni. Seronok sangat. Dan yang paling seronok pastila anak den tu ha.Main je kejenya. Sampai nak share jongkang jongkit dengan kawan lain pun kedekut. Menjerit je kejenye. Adoi Husna, malu ibu taw!

Nasib baik jugakla gathering ni diadakan kebetulan saya ada kat Klang. So, sangat bernasib baik dapat join. Takdela menjeles-jeles macam selalu tu  :) Thanks to Mamaelly selaku penganjur. Lain kali boleh buat lagi dan Allah izinkan, saya pasti akan join lagi.

Perjalanan dari Klang ke Serdang, amik masa 1 jam lebih sebab kitorang tak tau jalan paling dekat. So, daripada tersesat, baik ikut je Highway Plus. Sampai pun ngam-ngam je pukul 11.10  pagi kot, masa tu pun, macam ramai dah ade tapi sessi bagi hadiah belum mula lagi seperti yang dirancang. Orang pertama yang saya jumpa Sharena yang tengah dukung Naurah yang sedang ketiduran. Then Fiza, lambai kat Fiza, dia buat muka blur plak. Alamak, tak kenal I ke? Lama-lama, baru dia cam kot, then, baru nampak puan penganjur, Mamaelly yang cun.  Makin lama, makin excited bila nampak wajah-wajah yang hanya dikenali dari alam maya saja.


 Geng Ayah. 
Untung bapak-bapak dapat kawan-kawan baru kan?



Geng Ibu aka Hot Blogger Mom. 

Ada kakak sorang kagum dengan group kita yang buat kecoh hari tu sebab tengok anak masing-masing sebaya je. Group apekah ini?

Masa sessi cabutan hadiah, saya dapat kotak hitam yang berisi sehelai baju dan sebuah buku Doa-doa dan Asma UlHusna.. Terima kasih ye pada yang memberi. Baju tu nasib muat dengan badan ni. hihi... Selesai sessi pemberian hadiah, ramai yang beransur pulang, tapi Saya, Jue, Ana Lyana n Dayu still stay layan anak-anak dan bapak-bapak main kat sana. Bila perut rase dah rasa minta diisi, Husna pun dah mengamuk nak tiudr kami pun terus ke Mines untuk mencari sesuap nasi. Masuk kereta je, Husna terbongkang tak sedar diri. Sampai rumah, ayah Husna dengan ibu Husna pulak sambung terbongkang sama. Hihihi.. Penat tau kejar anak dalam tu. Overall, kami sangat enjoy pada hari tersebut. 

Semoga kita jumpa lagi. InsyaAllah....

pic: credit to Mama elly. Cilok je sebab saya tak banyak snap pic....bateri kamera pun dah kong. Sedih. :(

Friday, October 21, 2011

Friday Rambling~

" Ya Allah, seandainya itu yang terbaik bagi diriku, aku redha dengan ketentuanMu."

Salam Jumaat semua.
Dah petang dah pun. Macam cepat je masa berlalu. Tup..tup esok dah nak masuk weekend. Yey, I'm happy! Because next week saya akan bercuti selama 4 hari dari hari Isnin sampai hari Khamis. Huray!
Maka, bila dah cuti lama-lama camni, saya  mestulah nak kembali ke sisi Encik Mokh. Sabtu after pegi birhday party Myiesha, anak Jaja, saya akan naik bas menuju ke Seremban bersama Husna. Harapan kali ni, semoga Husna behave lagi macam dulu. Dan jika suami izinkan kita jumpa di Critterland nanti okey geng. :)

Tapi yang sedihnya, hari Khamis tu saya akan pulang bersendirian. Sob...Sob...Sob...
Sebab saya nak pegi kursus di Desaru selama 3 hari 2 malam. Dah mentionkan aritu. Takpela....harap semuanya akan berjalan lancar. Amin. Biar ayah Husna rasa apa ibu Husna rasa, dan ibu Husna rasa apa yang ayah Husna rasa. (Putar belitkah ayat ni?)

Yelah, selama ni kan ayah Husna tak penah jaga sorang-sorang. Now, rasakan. Dan ibu Husna akan rase rindu dendam kepada anak seperti mana ayah Husna rase sebelum ni. But, rindu kat anak ni macam tak sanggup je nak hadapi. Bila dok fikir pasal ni, rasa macam nak bergenang air mata pun ade ni. I cant imagine, balik naik bas nanti akan melambai anak dan ayah dari atas bas seperti mana ayah Husna hadapi setiap minggu. OMG! Taknak imagine sekarang, nanti keluar airmata. T_____T.

Okayla... Selamat berhari minggu semua. (Seriusly, rase macam baru je wish selamat berhari minggu kat blog ni minggu lepas). Semoga ade berita gembira yang menanti kita semua. Amin.... HAPPY-HAPPY je korang. Jangan stress-stress. Nanti cepat kedut eh.

Thursday, October 20, 2011

Are you ready to be....

Alkisahnya, period saya ni dah delay lebih dari 2 minggu. Maka, bila dah delay ni, mainan psikologi asikla mengatakan aku pregnant kah? Bila ade rase pening-pening sikit, ada rase sebu-sebu perut sikit mula lah nak syak ini simptom-simptom pregnant. Teringat lagi masa mula-mula suspect mengandungkan Husna dulu. Asik mengatakan tidak, tapi sebenarnya memang dah terbentuk embrio dalam rahim. Masa tu period dah delay 10 hari.

Kalau nak cerita pasal family planning, kitorang memang tak buat apa-apa untuk merancang.
Baru 2hari lepas buat pregnancy test, resultnya negatif. So, saya buat tak tau jela.... Harini ade rase pening-pening, melayang-layang kepala ni. Semalam perut asik berangin je, malam tadi ade rase agak loya. Nak pegi klinik ke tak eh? Macam malas.... biarlah dulukan..Hmmm...


B, are you ready to be father of two?
 & Husna, are you ready to be Kak Long?
HAHAHA...

Kalau ada, Alhamdulillah, kalau takde pun takpa.:)

Wednesday, October 19, 2011

Ww - Tak Cukup Korum


Tuesday, October 18, 2011

Teaser: Kenapa saya suka bace MyAishah.blogspot.com

Adakah anda kenal kedua-dua lelaki dalam gambar dibawah? Adakah orang yang sama atau berlainan? Hahaha...Teka jangan tak teka. Siapa lelaki 1, siapa lelaki 2?

Lelaki 1



 Lelaki 2

 

p/s: Gedikkan nak buat teaser-teaser ni. Ingat nak buat arini, tapi tak sempat pulak. Tunggu ye MyAishah Darling. :) Contest close bila Aishah masuk 37 minggukan, sekarang baru 32 minggu. Tinggal 5 minggu je. Hoyeh! Jom meriahkan majlis :)

Monday, October 17, 2011

We should spend more times together



 Saya tahu dia sedang kesunyian. Mesej dia lately pun asik mengatakan perkara yang sama.
But what to do. T_T
p/s: Thanks Reen sebab sudi like.:)


Dari ayat-ayat dalam gambar ni pun, dah tau apa yang dia rasa.








Saja kasik gambar X-Large. But anyway, sabarla B, ada hikmah diatas apa yang sedang menduga kita sekarang. Mungkin dengan cara ni, kasih sayang kita lebih bertambah. Lately, aku nak tidur pun nak peluk baju uniform kerja masam hubby yg ditinggalkan kat Jb ni. Rindu! Rindu sangat. 2 minggu dah tak jumpa.

Hujung bulan ni pun aku kena attend kursus dekat Desaru selama 3 hari 2 malam, maka, Deepavali nanti aku kena pos Husna duduk dengan ayah dia. Sedih pulak bila mengenangkan nak tinggal anak. Tak pernah weh! Ni first time. Macamana lah nanti Husna nak cari nenen dia. Sekarang dah pandai kalau nak susu. Dia sebut T***k. HAHAHA! Time terjaga tidur pun, dia sebut tu jugak tandanya nak susu. *malu ibu Nak kalau kamu mintak depan orang nanti*. Hajatnya, nak suruh ayah dia cuti 2 hari supaya dapat ikut saya pegi Desaru. Boleh spend time together-gether. Tapi sayang katanya, nanti kena potong gaji pulak. Tulah susah keje dengan swasta, cuti kurang, terlebih cuti kena cut salary. Hmmm, apa pun tak boleh.

Tak apalah, orang lain pun boleh je tinggalkan anak berminggu-minggu atas tuntutan kerja. Kena be strong sikit lah. Dan mungkin malam-malam pasti aku akan rindukan bau rambut/tengkuk/leher budak masam tu. Masam-masam pun sedap jugak baunya kan? Aromaterapi tu....buat jiwa tenang.............

Malam-malam, ibu kena bawak 2 baju masam, ayah n Husna punya. Haha...
Ok, chow~

Friday, October 14, 2011

Berangan je dulu.

Arini aku agak senggang sikit, bukan sikit tapi banyak. Malas tu perkara normal ah. Haha... Maka, bolehla update blog sampai 2 entri harini ye. Agak rare jugak empunya blog ayhsaf-nur ni nak update sampai dua cerita dalam satu hari. Entri sempoi-sempoi bolehlakan. 


Sila layankan keberanganan aku ni yerp.
 Berangan nak tengok angka earning nuffnang macamni sampai sanggup edit pic ni. KAHKAHKAH. 
Silly me! Tapi kalaulah betul, syoknya.....

Berangan jela Oi! Ade hati nak sampai ribuan ringgit. Kau ingat kau Hanis Zalikha, Ben Ashaari, tak pon Fatin Liyana, jauh sekali RedMummy tau. Ratusan ringgit pun payah nak jengah inikan ribuan ringgit, walaupun dah hampir 4 tahun berblogging. 

Namun, sejak dua menjak ni aku macam ade semangat sikit nak update blog bila angka Nuffnang tu ade perubahan sedikit demi sedikit walaupun tak banyak mana. Bukan senang tau. Hahaha. Terima kasih Allah, terima kasihla Nuffnang. Semoga rezeki ni bertambah lagila ye. Hahaha, gila tamak. Patutlah, orang yang dapat BE tu semangat je nak update blog, semacam betul semangat dia. Heh! Lagi-lagi bila dah ada pengalaman cash out duit Nuffnang.

Dulu, masa mula-mula buat blog, langsung tak endah hal Nuffnang, apetah lagi nak kisah pasal earning ni bagai, buat blog sekadar suka-suka je. But at last, bila orang dok cerita pasal Nuffnang ni, nak cuba lah jugakkan. Tapi tu lah, tak reti sangat nak godek-godek bagai. Terima kasih jugakla kat Xeea atas tips yang diberi tempoh hari. 

Sekarang mari kite rajin update blog n BW!
(Jangan sampai kerja hakiki terabai sudahlerrrrrr.....nanti bos marah) 
Dada~ n selamat berhujung minggu!

Kek Velvet ke Kek Marble

My first ever Velvet Cake. Ini versi kukus berombak punya. 



Kasik zoom.


Heh! Teringin kot tengok kek-kek korang yang di post kat blog, buat tekak ni rasa teringin je. Nak buat yang bakar-bakar guna oven tak mampu sebab memang takde oven, so versi kukus jela mampu. 

Petang semalam after kerja usung Husna pegi 3-4 buah kedai cari bahan nak buat kek velvet ombak beralun kukus ni. Tapi dalam pada dok usung-usung Husna tu ade jugak bahan tercicir tak beli. Lupa beli esen vanila, padahal rase macam dah pegang, balik-balik nak buat takde pulak. Tapi takde hal lah, keluar rumah amik daun pandan, blend dengan susu cair, amik pati dia je untuk replece esen vanilla. 

Satu adunan dapat 3 bekas plastik putih tu. Kukusan pertama dah pukul 10 malam, setiap kukusan 45 minit. Maka, sampai pukul 1 baru siap nak kukus ke3-3 bekas tu. Tapi yang paling haru, kukusan yang terakhir, ada pulak hamba Allah yang mane pegi tutup api dapur, maka kek ke3 adalah batat. Cis, penat aku set jam nak bangun pukul 1++ pagi, bangun-bangun, api dapur dah takde. Aku pun biarkan jela. Pagi tu cek, kek dah lebam je, tapi still boleh makan. 

Bawak pegi ofis, jamu kawan-kawan macam seganla plak. Kek Velvet tapi macam kek marble. Tapi belasah jela, asalkan habis. Huhu... Aku nak makan sorang pun tak terlarat. Resipi aku cedok dari sini je.

Suami dah request. Suami datang wiken ni, buatkan dia pulak. 

Nak buat red velvet macamni macam tak mampu pulak.

Tuesday, October 11, 2011

Birthday Dani dan Wedding PakNgah Cha

Salam.

Ini cerita 2 minggu lepas. Perlu update pasal ni sebab ini aktiviti blogger. Huhu..Kami telah menghadiri majlis hari lahir Dani yang pertama atas jemputan Afni pada hari Sabtu. Terima kasih sebab sudi jemput walaupun tak pernah jumpa kan. Ini lah semangat blogger katanya. Seperti biasa, siapa lagi peneman saya kalau kat area Jb ni, tentulah Kak Nani. Lagi pun Kak Nani dah biasa dengan Afni dan pernah jumpa beberapa kali.

Hubby Kak Nani yang sangat pemalu itu pun ade join kami sekali. Best tak payah drive. Jaga anak-anak (Husna dan Kasih) je kat belakang. Huhu...Hubby Kak Nani tau jalan pintas, maka perjalanan ke Mount Austin jadi dekat dan mudah. Macam kejap je dah sampai. Kalau aku yang bawak konfem masuk Highway Pasir Gudang yang sah-sah pack dan jam itew.


2 orang budak kembar yang mula-mula agak behave, 
lepas tu buat aktiviti kat belakang. Kak Nani dengan hubby sibuk cari jalan. 



Presenting Birthday Boy. Dani. 
Alamak, apa nama penuh Dani eh? Jap cek blog mama dia ade tak nama penuh Dani. 
Okay, auntie tak jumpa. Mintak maaf Dani, auntie tak tau nama penuh kamu. Sob..Sob..Sob..


Walau apapun, masa sampai rumah Afni, suami Afni sambut kami. Dani sangat ceria ke sana ke sini. 
Seronok agaknya ade ramai orang kat rumah ye Dani.




Susah betul nak amik gambar dengan birthday boy ni. 
Gegar dah pic ni sebab Dani namo duduk diam-diam dengan auntie.


Seronok Dani abang-abang ramai layan dia. :)

Kek Birthday Dani yang shomel gitu. Comel kan?
 Ladybird moist choc cake. Betul ke? Aku main hentam je Afni. Haha.
Sedap kek Dani.

Dani and ladybird. Cepat potong kek tu Dani.
Afni kan suka cakap rumah dia kecik tapi aku suka cara Afni susun atur rumah dia walaupun kecik. 
Orang kate less is more. Apa yang penting-penting saje dekat rumah tu saja dah mencukupi. Tapi dapur tu memang kena sentiasa kemas la eh. Kalau tiba-tiba kena serang dengan tetamu, mau tak naya nanti tetamu tengok dapur macam kena ribut. 


The food. 
Sedap, buat aku tambah 2-3 kali. Antara food yang dihidang: tunggu Afni updatelah. Kang tak syok plak aku yang cerita. Haha. Saje je tau. Tengok gambar agak-agaklah eh juadah ape. Segan nak amik pic dekat-dekat. 

Dani, Husna and kids. 
Amoi kecik tu konker basikal Dani. Dia sorang je nak naik. Hahaha.


Masa ni dah sampai rumah. Budak 2 orang ni lepak tapi kejap je, lepas tu sambung main. So, dah nampak Husna seronok main dengan Kasih, maka aku pun dok melepak kat rumah Kak Nani sampai pukul 10 malam hingga Husna betul-betul mengantuk. 

Mungkin disebabkan Husna tak cukup rehat dan tidur semalamnya, masa nak ke rumah Dayu atas jemputan perkahwinan PakNgah Eisya kat Kampung Melayu Majidee, dia tak sihat, diserang selsema dan sedikit demam. Maka perjalanan ke rumah Dayu, Husna meragam. Nak melekap je dengan aku. Aku kan dah macam taubat tak nak bawak dia sambil memandu jauh-jauh. Tapi atas semangat blogger. Fuh! Semangat ni, bawak jugakla kereta sambil pangku Husna dan menyusu. Agak sesat barat jugakla nak sampai ke rumah Dayu. Call Achik tak diangkat-angkat. Busy Achik ni agaknya. Pusing punya pusing akhirnya jumpa rumah Dayu atas bantuan signboard yang disediakan. Nasib baik ingat nama pengantin perempuan. Kalau tak jenuh jugak tu. GPS Kak Nani pun  macam dah pening tunjuk salah jalan. Haha.

Sampai je rumah Dayu,  melilau mata cari Dayu takut salah rumah kan. So, rajinkan mulut sikit bertanya. Ni rumah En Abdullah ke? Nasib baiklah betul. Masuk je khemah, nampak kelibat Dayu n Cha menuju ke arah kami. 

Maka, 3 anak dara ni berjumpa. Nampak cat suka.

Baju Husna kena pin tuala sebab senang nak lap hingus. Eisya pelik eh?

Dayu, si kakak pengantin dah penat tapi masih peramah seperti biasa, berborak dengan Kak Nani sementara aku layan playground kat depan rumah Dayu. 
Kami sampai pun dah dekat pukul 3 petang. Macarron tower pun dah tak kelihatan. Hihi. 
(Sorila pic ni senget, tak tau upload je terus jadik senget)

 Kasik X-Large sikit pic ni. Kak Nani, Yanti, Aku dan Dayu

Cha yang letih, Husna yang selsema dan Kasih yang ceria

Seronok tengok anak-anak ni sama-sama membesar. 

Mak Dayu pun peramah tanya, mana kenal semua ni, anak-anak elok je dekat sebaya , perempuan semua. Dayu pun tak reti nak jawap. Hahaha, but I like jawapan dia, ala, kita kenal masa zaman-zaman tunang, dekat-dekat nak kawen. Betulah tu kan. Hihi... "Makcik, sebenarnya anak makcik ni blogger, kami kenal melalui blog la". Haha. Eh, mak Dayu tau tak Dayu ade blog ni? Kalau Afni, selamba dia jawap kat Mak dia bila Mak dia tanya. Ni kawan blog mak. Kelas kau Jah.

Aku pun kalau mak aku tanya, mesti malu nak ngaku ade blog. Macam malu lah, tak tau knape. Huhu..
Apa pun, jadik blogger ni memang seronok. Kan?


Monday, October 10, 2011

Kenapa Husna kurus ye?

Ada benda yang bersarang dalam fikiran aku sekarang. Macamana nak start cerita ni eh. Hmmm...

Okay macam ni lah. Husna kan kurus, berat badan dia dah mencecah line kuning dalam buku kesihatan kanak-kanak. Bukan tak nak makan terus, makan. Husna ni jenis yang suka makan receh-receh. Tak suka makan nasi, tapi suka makan mee, spagetti, bihun, senang cerita bukan nasi. Saya tak berapa kesah sangat dia tak suka makan nasi, sebab apa yang dia suka tu pun ada sumber karbohidrat. Kentang, telur pun dia suka sangat. Sayur, ulam, buah-buah Alhamdulillah, dia senang nak telan. Quaker oat? Lagi dia suka, makan kering-kering macam tu je.

Persoalannya sekarang.....Menurut cakap-cakap orang, Kenapa Husna kurus ye?
Penat oh, dengar orang asik komplen anak kurus. Sebenarnya tak amik kisah sangat pun tapi bila dah terlalu kerap jadik sesak nafas ni. Dan ayat klise yang selalu saya dok ingat untuk sedapkan hati. Biarlah anak kurus, janji sihat walafiat. Kan..kan...

Satu, mungkin jugak metabolisma dia sangat tinggi. Asal ade makanan yang masuk dalam perut mesti nak membuang. Kadang-kadang sehari dia boleh membuang sampai 3-4 kali. Aku tak pandang benda ni sesuatu yang merisaukan sebab eloklah dia membuang bahan toksik dalam badan dia daripada dia mengalami sembelit atau sakit perut. Cuma diapers tu sehari banyak la pakai. Najis dia pun takdela keras atau cair. Nice-nice je.(Okeh! Jadik mak-mak memang sangat pelik sebab najis anak pun nak tulis dalam blog.) Hihi. Sori ye geng. :p Tapi saya notis dia kerap kembung perut.

Dua, mungkin dia saja-saja nak kuruskan badan supaya senang mak dia nak dukung, nak jaga dia sorang-sorang, nak landing atas badan ibu dia kalau tengah tidur supaya mak dia tak sengsara sangat menampung berat badan dia. Haha... Dan yang paling haru, bila singki rumah dah boleh goyang-goyang sebab Husna selalu mandi dalam singki. Dah tak sesuai agaknya mandi dalam sinki. Sinki pun bukan jenis yang canggih-canggih macam ni


Macam ni je pun

kredit to gadiscomey

Dan yang ketiga, ke sebab Ibu masak tak sedap Husna! Waaaaaaaa, sedihla macam ni... T__T. Emm, tak mungkin! Tak mungkin!

Disebabkan agak khuatir dengan keadaan badan dia yang mengeding aje tu. Mak mula la risau tak tentu arah nak cari jalan penyelesaian, macam-macam dah ibu ni dok beli supplement dia tu. Scott emulsion dia reject,  multivitamin appeton with Lysine dia reject jugak. Karihome milk goat tu pun dia dah pandai reject sebab bagi dia appeton tu masam, so sekarang ni bagi karihome tu pun dia dah reject jugak sebab dia ingat ibu bagi appeton masam tu. Padahal sebelum ni, itulah yang paling dia suka sampai kene sorok botol. 

Dapat jugak petua dari orang-orang tua, kalau kita hilang selera makan, makanlah Lempoyang. Sapa tak tau lempoyang, ni ha rupa lempoyang. Adik beradik halia, temulawak jugak ni.


Cara dia, parut lempoyang, amik air dia dan disuap pada anak secara paksa rela. 
Dengan izin Allah, selera makan akan menjadi membuak-buak. i tell u.

Bagi petua macam dah buat je kan. Belum lagi ah. lempoyang dah ade, tapi tak bagi lagi dekat Husna.

Sebenarnya ade part yang paling penting saya nak share kat sini sebenarnya. Mukadimmah punya lah panjang. Harap adelah yang setia membaca eh.

Alkisahnya, dari kes saya mintak lempoyang ni dari sorang ofismate. Dan another ofismte telah bercerita, kenapa anak ko kurus Fashya? Dia pun bercerita lah...Ada sorang makhluk Allah ni, dia ada anak yang super comel! Sampai orang nampak dia komfem orang akan cakap comelnya....comelnya.... Kiutnya....... Hinggalah, anak dia dijangkiti satu  penyakit di mana air tak berhenti keluar dari telinga. (Saya tak berapa pasti telinga atau hidung, air tu pun air apa)  Maka, parent pada anak yang comel tu pun telah minta nasihat pada seorang ustaz. Maka ustaz pun memberi buah fikirannya. Mungkin anak ini dijangkiti penyakit tu sebab orang terlalu banyak memberi pujian pada anak dia sebab comel sangat, walhal puji-pujian tu hanya untuk Allah swt. Sampai ke satu tahap, parent tu terpaksa menyorokkan anak dia dari orang. Sebab kalau orang nampak anak dia mesti orang akan puji cantik, comel semua. 

Sebenarnya, kalau kita nak puji sesuatu, kita kena mulakan dengan kalimah Allah, contohnya: SubhanaAllah, comelnya anak kau ni. Ya Allah, mancungnya hidung anak dia ni. Sebab yang layak untuk mendapat pujian hanyalah kepada Allah, Allah menciptakan makhluk itu sesempurna ciptaanNya. Dan  kita, kalau mendapat pujian, cepat-cepatla, bersyukur pada Allah. Contoh: Alhamdulillah sebab Allah jadikkan aku macam ni. Syukur. 

Ini semua dapat mengelakkan kita dari sifat takbur dan riak. 

Dan nak dikaitkan dengan cerita Husna kurus ni, my ofismate yang bercerita tu cakap Fashya kan suka upload gambar Husna dalam Fb, mane-mane orang yang puji Husna tu mungkin jadikan dia kurus. ??????

Owh, saya menerima ini sebagai suatu ingatan, dan berfikir positif jelah. Terima kasih kerana mengingatkan daku yang khilaf ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Auntie-auntie, nanti nak puji saya comel , cakap macamni eh. SubhaAllah, comelnya Husna ni"





P/s: Permata hati saya ni taklah comel mane, tapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan anak yang cukup sifat, sihat, penyejuk mata/hati ibu, racun dan penawar ibu ayah walaupun tak gemuk. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur ku kepadamu.



Any comment guys?





Friday, October 7, 2011

NFM adalah Nur Fashya Musa

Assalamualaikum.
Salam Jumaat semua.

Alhamdulillah, masih hidup dimuka bumi ni. Hari ni saya rasa macam nak menulis sikitla tentang nama. Ada apa dengan nama aku ni?

Pinjam nama suami, 
sebab nama sendiri tak pernah jumpa dan selamanya tak akan jumpe melainkan ditempah.

Okay, ada apa dengan nama kita? Dalam senarai tanggungjawab ibu bapa terhadapnya anaknya sedari dari si lelaki memilih bakal ibu kepada anak-anaknya nanti, salah satu tanggungjawab ibu bapa adalah memberi nama yang baik dan penuh makna pada anaknya.

Itulah hak-hak anak-anak ke atas bapa-bapa. Bapa hendaklah memberi nama yang baik kerana Rasulullah ada bersabda : 
                              (إنكم يوم القيامة تدعون بأسمائكم،وأسماء آبائكم،فأحسنوا أسماءكم)[3]
Maksud: Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu. 
Nama yang buruk yang menjadi ejekkan pada orang lain perlu dielakkan. Nama sebenarnya memberi kesan pada jiwa anak-anak itu sendiri. Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya : Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik. Di dalam hadith disebut, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan menyucikan Allah . 

Arwah ibu pernah cerita dulu, dia nak bagi nama saya Nur Syuhada, yang bermaksud cahaya orang-orang yang shahid. Senang nak cari makna tu kan. Tapi ntah macamana, masa ayah nak daftarkan nama saya, dia mendaftarkan nama NUR FASHYA BINTI MUSA pada surat beranak. Ibu agak nama tu mesti gabungan nama ayah n ex-gf ayah. Hahaha. Ntahlah, wallualam, saya pun tak tahu menahu. Maka, ibu dengan redha menerimanya. Dah itu yang termaktub dalam Luth Mahfuz itulah nama yang akan saya bawak di dunia dan akhirat nanti.

Masa sekolah-sekolah dulu, ramai jugak cikgu n kawan-kawan yang mula-mula kenal terbelit lidah nak menyebut nama saya ni. Cemane sebutan bila dah ada hurup H, Y dalam satu nama ni. Ade yang sebut fasiha, fashua, fas-hia. Macam-macam sebutannya. Sebutan yang betul biasa je macam sebutan FASYA @ FASHA. But now, sejak ada Fasha Sandha ni, dah dikaitkan pulak nama saya dengan nama artis tu. Bila saya bagitau nama saya. Ade je yang cakap, "Oooooooooo, ni fasha sandha ni kan...' Erm, yelah-yelah!Whatever! : /

Apa maksud FASHYA ni?

Sejujurnya, saya tak berapa pasti apa maksud nama saya ni. Pernah terjumpa dalam buku maksudnya Tersiar, ade jugak jumpa maksudnya Hatiku. Wallaualam. Saya tak tahu.

Pernah jugak orang menegur, maksud nama saya ni tak elok dan tak baik. Lagi sedih! Andai dari bayi saya pandai bercakap dan boleh memilih nama sendiri, saya akan pilih nama yang elok-elok saja. Siapa tak mahu kan? Dan saya tahu maksud nama yang tak baik tu ada dalam ayat Al-Quran ini:



“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat  itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]


Fahsya' bermaksud keji.

Thats why, saya sangat-sangat-sangat amik berat tentang ejaan nama saya kalau orang lain yang tulis. Saya tak kesah orang nak eja nama saya Fasya @ Fasha.. Tapi bukan FAHSYA. Sebab dah bawak maksud yang lain. Dan setiap kali doa ini dibaca, saya jadik ntah! Tak tahu ape ntah perasaan ni. Nama yang hampir serupa disebut dalam doa, tapi membawa makna yang tak baik. Sedih T_T.

Bila dah ada pengalaman macam ni, bila dah jadik emak, saya nak pilih nama anak yang sedap, dan mudah untuk mendapat maknanya. Supaya takdela anak tu sedih-sedih nanti. Ops! Ini tak bermaksud saya menyalahkan ayah yang telah bagi nama Nur Fashya pada saya tau. I love this name actually. Sapa tak suka nama dia? Angkat keybod cepat!

Begitula alkisahnya.......

So, nama Khalisya Husna yang saya pilih tu sebenarnya nak bagi nama Ayatul Husna. Tapi at last tukar jadik Khalisya = Suci, Murni. Husna = Baik, Cantik. Wallahualam.

Wednesday, October 5, 2011

WW yang ade word sikit. Boleh?


Ini edisi mak (Zaman U)
Me and Kak Nani










Ini edisi anak.
Husna dan Kasih





Hidup ini seakan sama perjalanannya. Tapi tak serupa. :)

Tuesday, October 4, 2011

LifeLong Journey

Hi semua.
Assalamualaikum. Macam jarang jugak saya bagi salam kan kat setiap entri sebelum ni. Not good, not good. Mendoakan salam sejahtera pada orang lain adalah sunat kan? Korang pulak kena lah jawap sebab tak jawap dosa. Wajib tu jawap salam orang kan. Hurm... Arini sebenarnya saya tak berapa nak sihat sangat. Selsema dan sakit tekak. Time nilah nak mintak jasa korang mendoakan selamat sejahtera kan. Hihi.. Husna pun tak sihat sejak 2 hari lepas. Kesian betul tengok anak tak lena tidur semalam sebab tak selesa nak tidur akibat selsema/demam.

Balik dari rumah pengasuh semalam, dia mula melepak je. Masuk tidur pukul 6.30 petang, awal sangat dari biasa. Tapi disebabkan tak selesa,bangun jugakla meragam. Pukul 2-3 pagi baru dapat tidur lena. Ya Allah, sangat mencabar okay. Disebabkan aku taknak dikategorikan dikalangan 1.5 juta rakyat Malaysia yang sakit mental sebab stress tak dapat tidur dan kebuluran yang amat. Ingat Allah cepat-cepat bila rase macam dah hilang sabar tu. Kesian kat anak oi! Dia sakit tu. Sambil duduk, sambil peluk, sambil lumur air asam jawa atas kepala, sambil berzikir, sambil berdoa, tidur jugak akhirnya. Brapa banyak sambil dah kan? Tapi sepanjang-panjang malam dia tidur melintang atas badan saya ni ha. Sakit pinggang tak usah cakaplah. Sakit sangat-sangat tampung berat badan Husna yang kurus tu. Okay, kat sini saya nampak hikmahnya kenapa berat Husna 8++kg je. Kalau lebih dari tu, aku rasa terus cramp pinggang takleh bangun pagi tadi.

Plan pagi tadi memang nak MC jugaklah, dahla bangun lambat n buat subuh gajah pulak! Tapi Allah izinkan saya masuk ofis harini. Syukur. Ingatkan bangun pagi tadi Husna terus melepak akibat kurang tidur tapi sangkaan saya meleset-leset terus bila nampak dia bangun happy-happy dan main-main. terusla bawak dia mandi dan bersiap ke ofis walaupun lambat masuk setengah jam. Hujan kan pagi tadi. Alasan masuk lambatla tu......

Parenting is life long journey. Selagi hidup, selagi tu kite belajar. Dulu, masa saya anak dara, bila tengok mak sedara, pak sedara, ayah ibu didik anak masing-masing, Saya tapis satu-satu apa yang diorang buat kat anak. Dalam hati, nanti anak aku taknaklah buat camni, taknak la buat camtu. Nanti nak buat camni lah, nak ikut diorang buat camtu. Macam senang bukan? Bukan semudah dengan mulut nak buat itu ini. Selagi takde anak, selagi tu kita tak tau nak handle. Sekarang bila dah ade anak kenapa tak ikut apa yang dirancang masa anak dara dulu. Bukan mudah kan?

Anak yang gembira, mempunyai minda yang cerdas

Saya admit, saya garang kot dengan anak. Garang time dia buat onar dan garang time dah hilang sabar. Time lain saya tidak garang. Eh, garang ke tegas eh. Hihi. Suami? Erm, dia lebih cool dari saya. Tak pernah lagi dengar dia marah Husna. Mungkin dia jarang dengan Husna, that why dia tak naik angin bila Husna buat onar. Tapi tak tahu lah, kalau dia memang betul-betul cool. Sebab kami tak pernah hidup sebumbung dan dia langsung tak pernah menjaga Husna secara sepenuhnya. Sejak Husna baby lagi, ntah brapa puluh kali dia nyatakan hasrat nak jaga Husna pulak. Tapi mati-mati saya tak bagi. Sejak Husna dilahirkan, sejak saya bergelar ibu tak pernah 1 malam pun dia tiada disisi saya. Dahla mencari malam-malam, mencari ape? Mencari nan satu tu lah. Buah hati dia. Hahaha. Sekarang dah pandai, lepas dah siap breastfeed, dia cakap, 'dah-dah' sambil tutup buah hati dia dengan baju. Okay, tak payah cerita yang ini.

Ibu saya cool okay :p

Suami pun asik la dok tegur jangan garang sangat dengan anak.Yelah, yelah, bukan garang, tapi mengajar. Hihi... Tapi kadang-kadang tu terlepas jugak. Bukan nak marah sangat pun, sapa tak sayang anak. Haiwan pun sayang anak *ayat klise*.

Kalau anak buat macamni nak marah ke tak?
Okay, time ni memang saya tak marah. 
Biarkan dia dengan aktiviti membedak handbag ibu.

Doakan anak setiap hari. Ibu hari-hari doakan anak. Doakan yang baik-baik belaka. Terima kasih pada Yana, yang tak jemu-jemu bagi link hal keibubapaan untuk dikongsi bersama. Banyak benda yang kita kene belajar sebenarnya.  Meh nak quote sikit ayat dari entri tu, maybe geng UB dah bace kan artikel ni.

  • Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.

Kalau kita seboleh-bolehnya nak siapkan kerja rumah kan, lepas dah siap semua baru best nak beri perhatian sepenuh pada anak. Kalau tak siap, tak tenteram rase tengok dapur, rumah, bilik bersepah. Maybe lepas ni kene ubah sikit persepsi yang ini. Anak lebih utama dari segala kerja. Lagipun tinggalkan sebentar saja, pujuk kejap, bila dia dah okay, teruskan kerja tu. :) Mudah-mudahan.


  • Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak anda dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.


Yang ini memang saya buat, untung jugak kot tak payah nak tergesa-gesa masak sebab saya tak perlu nak masak untuk sorang. Beli saje mudah. Kalau tak, tak payah makan terus, lepas tu tengah-tengah malam merana kebuluran. Lepas amik Husna dari pengasuh, memang saya akan spend time dengan dia sampai dia tidur. Nak mandi pun saya angkut sekali masuk bilik air. Dalam bilik air, kita sambung main air pulak.


  • Ajarkan anak dengan perkataan ‘tunggu sebentar boleh’ sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.

Yang ini depend pada mood Husna, kalau dia boleh tunggu sebentar, dia akan stay saja, tak pun dia membontot tanpa keluarkan sebarang suara. Tapi kalau tak boleh tunggu sebentar, gerak sikit, melalaklah dia. Selalu jugak buat cara nak terbang ke dapur, tak pun buat lompat-lompat katak, supaya nampak dia terhibur sikitla kot dengan gelagat kita. Supaya dia ingat kita nak main dengan dia, bukan nak tinggalkan dia. Pandai je aku ajar orang. Ceh!



  • Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.

Point ini, saya menyesal bila baca sebab kadang tangan laju nak cubit, jentik manja-manja.  T_T
Taknak lah buat anak hati keras. T___________T. Nyesal. Nyesal.


The rest boleh bace dekat link atas tu ye ibu-ibu. Banyak jugak artikel berguna yang dikongsi oleh Ida Kamilia buat panduan kita semua.




I wish I can be her good friend.



ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ