Tuesday, September 20, 2011

Weekend Husna

Hai kawan-kawan ibu,
Assalamualaikum wbt.

Harini ibu kita kata dia malas nak update blog. Biar kita jela yang update kan. Lagi pun dah lama kita tak menconteng kat sini. Kita nak cerita ni pasal cuti 3 hari pada minggu lepas, tak banyak pun aktiviti bagi kita sekeluarga. Balik Seremban umah tok mak pegi open house jiran kat sana, lepas tu pegi Ulu Bendul. Biasala ayah kite ni, asal balik hometown dia mesti nak pegi ulu bendul. Ibu kata, nyampas tau. Lepas solat Jumaat beriya-iya ajak ibu pegi mandi Ulu Bendul, tapi ibu ajak ayah pegi Port Dickson. Sambil beraya kat umah family angkat dia, boleh mandi manda di laut sekali. Tapi ayah tak mau pulak. Ulu Bendul lagi best katenya. As isteri solehah, (ececeh, nyampah tau ibu kite ni, asal nak ikut cakap ayah je claim diri isteri solehah terus) maka, ibu ikut je dengan permintaan ayah tu, walaupun baru lepas hujan, ibu dah bilang sama ayah air mesti keruh dan deras. Mesti takleh nak mandi. Kalau ikut kite, kite tak kesah pun, ibu ayah g jalan, kite ikut je. Kita mane tau apa-apa, asal nampak ibu dah pakai tudung je kite suka je.

Sampai je Ulu Bendul, orang tak ramai. Ayah happy je sebab tak ramai orang. Erm, orangkan pegi beraya. Takde nya nak pegi mandi kat sini.

Nak tau sebab ape tak ramai? Sebab ni:

Sangkaan ibu tu tepat dan benar belaka. 
Air keruh macam air teh tarik. Ei, Takde selerala nak mandi. 

Hanya mampu memandang lesu. KahKahKah kat ayah.
Kita pun share feeling dengan ayah.

 
Tapi sebab dah sampai kan, kita cecah-cecah jela kaki tu buat syarat.

Sebenarnya kan, sangat bahaya pergi kawasan air terjun waktu lepas hujan. Boleh jadi kepala air. Waktu ni kite tak tau lagi, apa tu kepala air. Dan tak tahu boleh jadik kepala air. Nasib baik kitorang pergi kat kawasan bawah-bawah je. Ei, kalaulah kite tau dan pandai cakap, nak je kite ajak ibu ngan ayah balik rumah. Kita main air paip kat luar halaman umah tok ayah tu pun best jugak. 

Ni kite bagi info sikit pasal kepala air ni. Cari je kat internet:

Bahaya Kepala Air - Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Langkah keselamatan :Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

Peristiwa kematian 3 kanak-kanak 4 Mei dulu dekat sinilah. Nauzubillah minzalik. Takutnya kite.
Nasib baik tak jadik apa-apa. Patutla ayah kite tak nak mandi walaupun ibu dah paksa, padahal ayah jugak yang beriya-iya nak pergi.

Anyway, sempat jugak buat ala-ala photoshoot kat sini. Seperti biasa layan kan gambar jela. Tak menarik mane pun.

Ni lah kite yang makin kelinting. 
Sejak 2 menjak ni kite dah kuat makan. 
Kiri kanan tangan tu ade pisang goreng. 

Sian ayah, tak nampak kepala.
Tu lah, ayah tinggi sangat.

Ibu saya peknen 4 bulan (haha, acah je). Perut ibu tu muncit plak. 
Kite ni macam tak nak adik lagi. 
Tak puas lagi nak manja-manja dengan ibu, tapi kalau ade adik, kite terima je,
 best jugak boleh buli adik nanti.

Oh, kena lambung. Best nyaaaa...

Aktiviti lain kat umah tok ayah tok mak;

Kite suka ride motosikal polis ni. 
Bangun pagi nampak basi je ni kan kita ni. 
Takpela, natural beauty gitu. Haha. 
Terus nak main. Bfast pun tak lagi masa ni.

Petik rambutan depan rumah dan MAKAN!!
Yum Yum. Kita suka sangat rambutan. Manis.

Sekali sekala je kite dapat macam ni. 
So ibu dont jeles okay!

Mengerjakan truck tok ayah. Main panjat-panjat dan terjun-terjun.
Kalau tok ayah nampak ni.. Hahahahabisla kita tau. Tapi tok ayah tak marah pun.

Jumpa anak kawan ibu. Nurin. Tapi masa ni kita dah ngantuk, takde mood nak main dengan Nurin. 
Nurin je main gelak-gelak dengan kita. 

Pagi-pagi sabtu tu dah gerak balik Klang sebab ayah kite kene pegi work. Kalau ayah tak work, boleh kita luangkan masa pegi open house Norah Jones tau. Rugi..Rugi.. Dulu jumpe kejap je masa kat Angsana. Dahla kita tengah badan tak sihat. Tak dapat kita nak berkenalan sangat dengan anak kawan ibu tu.

Esoknya tu kite pegi umah cousin kita kat Rawang. Diorang ajak main pool, oh, kite suka je. Kalau bab-bab main air ni kite susah nak tolak. Masa ni ibu kite tak bagi  tidur dan nak bagi kite penat-penat sebenarnya. Sebab petang tu dah nak balik Jb dah naik bas. 




Huuu...Seronok betul kita jumpa cousin-cousin kita ni.

Tu jelah cerita wiken kite. Petang tu kita naik bas balik Jb. Walaupun kita tak tidur sangat siang, tapi kita sangat energetic dalam bas sampai ibu paksa soh tidur. Baru lah kite tidur. Babai ayah. Sian kat ayah kena tinggal. 

4 comments:

  1. jeles tao acik..
    anak2 member acik semua dah reti berblog, anak acik si mika tu je xreti lg
    T__T

    ReplyDelete
  2. ishh seriau bila dengar ayah husna nk pegi mandi manda kt ulu bendul lepas ujan.ni mesti ayah husna dh lupa kes bdk 3org kena kepala air dulu tu kan.geram je rasa nk bebel kt ayah kamu tu husna tau.geramm

    ReplyDelete
  3. ayoyo takutnye kena bebel...

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ