Thursday, September 15, 2011

Promote: Cepp To IBD

Selasa lepas, IBD telah melakar sejarah sekali lagi. I'm proud of you IBD. IBD stand for Institut Bioproduct Development formerly known as Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP). Tempat ni adalah tempat dimana saya mencari sesuap nasi. Sesuap nasi je okay. *Acah. Diam tak diam, this 1st Oct 2011 genap 4 tahun saya berkhidmat dekat IBD ni walaupun secara kontrak saja. Syukur khidmat saya masih diperlukan. Until when saya tak tahu. 

Sejarah apa yang dilakar oleh IBD kali ni?

 Pelancaran Bangunan Baru IBD dan Minyak Wangi Sultan Johor.

credit to bharian


Penghasilan minyak wangi sultan oleh IBD, UTM. Sebenarnya minyak wangi sultan ni di'request' oleh Sultan Ibrahim sendiri atas lawatan baginda ke IBD awal tahun lalu. Dan selasa lepas adalah pelancaran minyak wangi tersebut. Minyak wangi ni dihasilkan berasakan minyak gaharu, dan minyak-minyak pati yang lain. Bau dia? Sedap, sweet gila. S1-1 dan SI-2 nama yang diambil dari nama Sultan Ibrahim barangkali. 1 dan 2 sebab dia ada 2 wangian. 

Johorian sekalian, boleh beli minyak wangi ni okay. Sebab ni trademark wangian sultan lepas ni. Hihi. IBD ade jual dengan harga RM799, 15ml. Jangan pengsan tau tengok harga dan kuantiti minyak wangi tu sebab dihasilkan dari minyak pati gred A punya. Calit sikit je 1 dewan bau. Okay, acah lagi. Huhu. But the smell very sweet, sedap je. Harga minyak pati sangat mahal, that why harga dia pun mahal.

Ketibaan Sultan Ibrahim. Tak sure, ape jenis kereta baginda. 
Cantiknyaaaaaaaaaa......kan?


Kiri dan kanan saya adalah formulator Minyak wangi sultan.
Kak Zah n Kak Yati.

Selepas upacara perasmian segala, ada pulak Jamuan raya untuk staf UTM, kitorang pun gerak ke padang kawad untuk makan-makan pulak. Sekelip mata, makanan dekat gerai-gerai yang banyak tu abes. Dah ramai sangat kan. Makanan yang sempat dijamah; lontong kering, rojak asma, dadih dengan puding je. Okaylah tu, syukur dapat makan.

Depan IBD with colleagues.

Kat belakang tu khemah santapan Diraja. Konon-konon nak amik gambar ade Sultan, tapi haram tak nampak pun. Nampak khemah pun jadikla.. Hahaha

Colleagues. Masing-masing dah kenyang.

Okay guys, anybody yang nak tahu lebih banyak tentang IBD, silalah ke laman web kami ye. 

Servis kat IBD, kita ada;
1. Contract manufacturing, 
2. In House Training. (Nak jadik usahawan, boleh join training yang disediakan)
3. SPA; urutan refleksologi, Gim, urutan badan, manicure, pedicure
4. Produk berasaskan herba (Living Active): Virgin Coconut Oil, Herbal supplement; Tongkat Ali, Kacip
    Fatimah, Wangian dari Minyak Pati, Massage Oil from Essential Oil, Minyak rambut dari VCO,
    Baja BioOrganik, Facial Skin Care from VCO dan Kacip Fatimah
5. Life Long Learning: Master dan PhD

Silalah terjah. Terima kasih.

updated:
alamak! lupa bagi credit kat tuan gambo. All pic credit to Helmi n Jaja. Thanks korang. hahaha..
helmi, jangan marah ye.:p

6 comments:

  1. tahniah!
    bangga jugak sbb pernah berada di sana suatu ketika dulu.

    ReplyDelete
  2. Fashya
    baru nak tanya mana boleh dapatkan minyak wangi tu
    sekali tgk harga, pengsan mak
    terus tak jadi nk beli
    hahaha

    ReplyDelete
  3. style yuna doh pakai tudung lening,
    bijok ah :p

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Saya nak tanya dekat nana boleh saya dapatkan minyak wangi sultan ibrahim si-1 dan si-2 tersebut? Bantuan anda amat dihargai...

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ