Takde mood lagi nak update tentang hari raya. Sebabnya kamera lupa nak amik dekat hubby. Lupa nak amik masa balik Jb aritu. Tapi takpelah, minggu ni hubby datang Jb, minggu dean leh upload sampai muntah.(macam banyak sangat gambo aku amik, tak banyak pun).
Sementara tu, dari biar blog berhabuk tak update-update. Nak ceritala sikit pasal pengalaman pegi balik kampung bawak Husna naik kereta while me driving. Perkataan pertama is Challenging dan yang ke dua adalah Taubat!
Mencabar bawak kereta dengan budak usia 16 bulan tu. Dulu raya yang lepas, dia still baby 4bulan, masih tak boleh buat apa-apa. Masa balik kampung okay lagi. Sepanjang jalan dia agak behave ye. Bukan behave, tapi agak behave. Saya gerak dar Jb ke Segamat dalam pukul 9.30 pagi. Syukur jalan tak jam. Dari rumah ke Machap dalam 30 minit perjalanan dia masih behave duduk dalam car seat. Masuk R & R Machap, dia dah mula buat onar sebab mengantuk. Biasalah, dah bangun awal, pukul 10-11 am tu memang area dia nak tidur semula. Keluarkan dari car seat bawak ke belakang nak suruh adik tidurkan, elok pulak dia bangun main-main dalam kereta. But at last dia tidur sepanjang Yong Peng ke Segamat. Lega.
Yang buat saya Taubat tak nak drive bawak Husna adalah semasa perjalanan balik dari Segamat-Jb. Ya Allah, dia cranky bukan main punya. Bertolak pukul 2 pm, sampai Jb pukul 6.30 petang. Saya amik masa 4jam setengah untuk sampai Jb. Syukur jugak jalan tak jam. Yang buat lambat saya banyak kali berhenti tenangkan Husna. Mood dia memang out gila haritu. Silap saya jugak tak planning perjalanan. Keluar pukul 2 pm, adalah waktu Husna baru bangun tidur. Mestila die segar bugar nak main, nak lepas. Tak ingin dia kene tambat dalam car seat. Sepanjang jalan dia cranky. SubhanaAllah, tak mau ingat. Sampai Jb suara dia serak. Sampai saya tak tau nak buat apa. Last-last jalan jugak sambil dengar suara tangis dia. Sambil-sambil tu suap dia makanan. Bagi air, sampai melekit-lekit 1 badan, bersepah-sepah kereta dengan cebisan-cebisan biskut. Berhenti bagi susu, bila dia dah diam sikit, langsung tak mahu masuk carseat. Mungkin dia tak selesa dalam car seat tu. Dahla takde sapa nak tenteram kan dia....
Saya takkan buat yang ini lagi sehingga betul-betul keadaan mendesak. Seriusly, boleh buat kitorang eksiden sebab tiada fokus sepanjang perjalanan. Syukur kami selamat dan dipelihara oleh Allah sepanjang perjalanan.
Dah tu je nak cerita. Minggu depan cerita raya pulak. Daaaaaaa...
aiyooo ngerinya dgr... syukur alhamdulillah sume slmt... :) at least 1pengalaman... pasni leh prepare apa2 yg patut sbb da tau keadaan dia mcm mana...
ReplyDeletedulu Aqeef agak cranky gak..bg toys semua tanak...driving Sepang-KL di petang Jumaat mang agak mencabar...tp ada sekali tu bg die flyers ape tah..die layan je belek2 tgk flyers tu all way...skang ni kalau nak buh dlm car seat mang akan bg die pegang buku dulu...mang sgt behave ;)
ReplyDeleteFashya
ReplyDeletenak bawak anak seusia anak-anak kita tu mmg mencabar
lg2 jenis yg x nak duduk lam carseat
mcm kakak kaiyisah juga
panas je punggung dia bila masuk lam tu
15min pun x boleh tahan
sbb tu even kami balik bertiga
tetap cari timing yg betul nk start journey
sebaik2nya masa dia nak tidur/time penat
so masuk kereta terus zzz
tak apelah kan
pengalaman
semoga korang berdua selamat utk perjalanan lepas2 ni
:)
muah muah to Husna. :D
mcm baca novel thriller je..alhamdulillah semua selamat amin..
ReplyDelete