Ala, semalam pasal kereta, arini nak mengeluh pasal muka aku dan penampilan aku ni ha. Rasa dah tak semenggah dah rase diri ni tak terurus. Macam mak lampir. Kalau laki I tengok I macam ni, ntahla, dia sayang ke tak diriku ini. Tapi selagi dia cakap I cantet n cute. Lega~ Fhew~
Muka hari ni. Sangat kusam.
T________________T
Hari-hari macamni lah mak Husna ye. Tak cantik pun.
That's why takde langsung keyakinan diri nak amik gambar sendiri sambil buat pipi kembung mulut itik. Hahaha.
Sedih betul nengok muka yang bermaharajalela dengan EYE BAG dan DARK CIRCLE. Ada petua macamana nak hilangkan all this jerk. Namun masih bersyukur cik jerawat tak sewenang-wenang nak menempel kat muka ni. Kalau tak lagi meroyan aku nih.
Kalau pergi kerja atau berjalan seboleh mungkin saya memang nak simple dan natural je. Cepat siap! Malas sungguh nak menempel segala mekap bagai. Lagipun tak pandai mane macam epah blossom tu. Cume letak moisturizer Cap Safi, sapu bedak J&J, celak dan Vaseline. That's all. Sejak Husna menjadikan bedak compact saya retak seribu, saya tak ganti-ganti lagi bedak compact yang pecah dulu. Maka, bedak tabur Husna yang masih banyak tu, jadi sasaran untuk muka ni. Asal letak bedak sudah.
Sejujurnya, saya bukan jenis perempuan yang jaga badan sangat. Hihi.. Asal boleh je. Orang kate low maintainance. Losyen kat tangan pun jarang sapu. Rambut pun, asal ade shampoo I balun je. Asal pegi gunting rambut, tukang gunting tu mesti complaint rambut saya sangat kering. Sekarang ni pun dah 3 hari kulit kepala terasa gatal-gatal. Bila cek, tak jumpe pun unsur-unsur kutu ke, kelumur ke. Comfius betullah. Saya dapat info dari si tukang gunting rambut, dia cakap, shampoo untuk dandruff tak boleh dipakai terlalu kerap, walaupun shampu tu bagus untuk kulit, tapi boleh keringkan rambut. Sebaik-baiknya guna sebulan sekali dah okay. Yang saya ni, main belasah je pakai Pantene Anti-Dandruff setiap 2hari sekali. Mana tak kering ye tak? Dan rajinlah sapu hair conditoner after dah shampu. Baru rambut berseri-seri, suami suka membelai. haha. Saya? Non-ado hair conditioner pun. Patutla suami tak suka belai rambut I. Sebab kering. T___T
Dulu-dulu masa belajar zama U sampai ade anak 1, saya guna St Ives Apricot Cleanser ni. Lama jugak pakai ni, sebelum tu, asik dok tukar pencuci muka pelbagai jenama. Nasib baik muka tak sensitif sangat.
Tapi sejak 3-4 bulan lepas, dah mencurangkan diri guna Safi. Murah pun murah. Buih pun banyak. Baru terasa basuh muka jika dibandingkan dengan St Ives tu less foam. Mungkin kene up sikit kot guna Safi Rania. Kan MamaElly. :)
Then, bila saya google 'Artis tanpa mekap', and found these pictures:
Hoh! Okaylah!
Pergi buat kerja sekarang tanpa perlu kesah pasal muka dan penampilan kau.
But anyway, suka sangat tengok Emma Watson dengan Selena Bieber Gomez ni kan?
Cute je.
Cute je.
SubhanAllah.
~tata~ sambung garu kepala.