Wednesday, June 24, 2009

Talasemia

Talasemia

Penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.

Bagaimana Talasemia terjadi?

a. Jika seorang pesakit Talasemia Minor berkahwin dengan seorang yang normal, ada 50%
kemungkinan
bahawa anak yang dilahirkan menjadi seorang pembawa Talasemia Minor
dan 50% normal.

b. Jika sepasang suami isteri merupakan pembawa talasemia minor, ada 50% kemungkinan
bahawa anak yang dilahirkan menjadi pembawa talasemia minor juga.

c. Jika sepasang suami isteri merupakan pembawa talasemia minor, ada 50% kemungkinan
bahawa anak mereka menjadi pembawa, 25% kemungkinan anak mereka akan menghidap
penyakit talasemia major dan 25% lagi kemungkinan anak meraka akan dilahirkan dengan
darah normal.


Cara mencegah Talasemia

Penyakit talasemia adalah penyakit keturunan. Oleh itu, perkahwinan di antara saudara mara dan pembawa-pembawa penyakit talasemia perlu dielakkan. Bagi pasangan yang ingin berkahwin, ujian darah sebelum berkahwin amat digalakkan untuk memastikan samada mereka menghidap talasemia atau tidak. Jika didapati positif seseorang itu pembawa talasemia, adalah penting untuk mereka tidak mengahwini pasangan yang membawa talasemia juga. Sekiranya pasangan pembawa talasemia berkahwin dan hamil, doktor boleh mengesan samada anak yang dikandung menghidap talasemia atau tidak.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas.
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

credit to :talasemia dan wikipedia
------------------------------------------------------------------------------------------------

baru dapat mesej dari member lame, mase sekolah menengah dulu, agak terkejut bile die xjadik kawen dgn tunang die disebabkan kedua2nya pembawa gen talasemia...mmg penting pemeriksaan talasemia ni, sama penting dgn pemeriksaan HIV...

agak2 korang, kalo dikhabarkan kedua2nya pembawa gen talasemia, kuat x semangat untuk lepaskan dia...@ kawen saja demi cinta kita...lautan api sanggup ku renangi....agak susah untuk terima kenyataan, tp yang pasti ade hikmah disebalik ape yang terjadi...Allah lebih mengetahui dari hambaNya yang lemah ini...

kalau teruskan perkahwinan, nti anak2 yang jadik mangsa...
erm...kalau saya, xtau nak buat ape...mesti sedih..... :(

to my friend, Ruzaini..tabahlah menghadapi ujian ini, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...Dia sedang mengatur sesuatu kehidupan yang lebih baik untuk ko...kita xtau....

Updated:
Semalam cite kat en tunang pasal ni, trus die ckp :

Mr B:"xnakla buat ujian ni, nti kalo ade xleh kawen dgn sya"
Saya: tercengang...erk...

6 comments:

  1. takutnye..
    kalau sy pun tak tahulah nak lepaskan ke tak..

    ReplyDelete
  2. ko dah cek lom talasemia..?
    moga dijauhkan perkara yg x elok..
    amin..

    ReplyDelete
  3. belum cek lagi...2la....semoga dijauhkan....amin...

    ReplyDelete
  4. takut nya saya....pahshya, aku pun tak cek lagi ni...huhuuhuhuh

    ReplyDelete
  5. takutnya saya...pahsya, aku juga belom check..huhu

    ReplyDelete
  6. huhuhu..mohon dijauhkan..
    Allah tahu yg tbaik utk kita..(al-baqarah: 216)

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ