Entri ini dicipta bukan untuk mengeluh dengan ketentuan hidup yang telah ditakdirkan, jauh sekali nak menagih simpati sesiapa. Sekadar ingin meluahkan apa yang bersarang dalam hati sekarang. Saya tahu Allah dah tentukan yang terbaik buat saya tapi sebagai manusia yang tak sempurna ciptaannya pasti merasa perasaan sebegini.
Dari semalam lagi saya asik berfikir. Ikutkan memang saya malas sangat nak amik tau. Tapi macam ada benda yang terlalu mendesak untuk saya berfikir.
Sebenarnya hidup PJJ sangat-sangat-sangat perit lebih-lebih lagi bila ada si kecik datang dalam hidup. Saya rasa saya taklah terdesak sangat kalau saya sorang je. Tapi bila fikirkan anak, serius jiwa saya terus kacau bilau.
Boleh tak imagine seorang anak berusia 9bulan yang tak mengerti apa-apa yang inginkan perhatian dari seseorang, terutama ayah atau ibu tapi si ibu tak dapat layan kehendak anak, sebab perlu usaikan sesuatu perkara yang lebih mustahak contohnya solat. Takkan nak tinggal solat sewenang-wenangnya. Selalu jadik waktu maghrib @ subuh. Sanggup ke dengar anak yang meraung-raung mintak didukung, dibelai, ditatang, sementara si ibu solat dalam keadaan yang sangat tertekan. Mana datang khusyuknya. Mungkin ada cara tapi saya tak jumpa jalannya. Sekurang-kurangnya bila ada ayah, boleh jugak ayah take over jaga kan.
Saya tau ramai yang lalui pengalaman macam ni, saya bukan mintak simpati. Cuma macam kesian dekat anak yang baru nak kenal hidup kena marah dengan ibu yang dah tak boleh tahan untuk tinggikan suara. Saya boleh cakap, Husna banyak kali kena marah sebab saya rasa sangat tertekan dengan kehendak dia yang entah hendak apa saya tak tahu. Kadang-kadang bila dah tak makan pujuk, saya letak dia atas tilam, biarkan dia menangis sorang-sorang, saya teruskan buat apa yang saya nak buat. Bila dah terasa macam Ah! Kejamnya aku dengan anak sendiri, barulah saya datang pujuk dan peluk sambil mintak maaf dekat Husna. Ya, saya mintak maaf sebab buat macam tu dekat anak kecil ni. Apalah yang dia tau kan?
Yang paling teruk sekali bila saya tension dengan orang yang ada disekeliling saya, saya lepaskan dekat anak kecil yang tak mengerti apa-apa ni. Kadang-kadang balik kerja tengok rumah, bilik, dapur dalam keadaan yang semak biji mata nak pandang terpaksalah rabunkan kejap sementara nak tgu anak tidur baru boleh settlekan. Kadang-kadang terpaksa bangun 1-2pagi nak siapkan semua sebab dah ikut anak tido sekali, badan letih weh balik keje. Serius, macam bibik pulak rasa. Tolongla faham saya ada anak, apalah salahnya kite bekerjasama. Lain orang lain kepalanya. Ke saya yang terlalu cerewet sangat dlm kebersihan. Entahlah. Tapi sanggup ke duduk dalam sampah? Anak aku kuat mengutip lah!
Masih terngiang-ngiang lagi dalam kepala ni mengingati perihal yang kami suami isteri bincang masa saya mula-mula jaga Husna sorang-sorang dulu. 3bulan usia Husna. Masa tu masih tak dapat terima lagi keadaan ni.
Isteri: B, sya tak bolehla hidup macamni. Jaga anak sorang-sorang. Hidup dengan orang bujang. Macam tak masuk akal.
Suami: Sabarla, boleh tak bagi b 6bulan dari sekarang?
Isteri: 6bulan? Kalau 6bulan masa tu Husna dah 9bulan. Ntah2 dah pandai jalan. (masa tu 6bulan terasa macam laaama sangat- dan sekarang its already 7month!)
Memang masa berlalu sangat pantas, saya sendiri tak percaya saya ada seorang anak perempuan yang comel berusia 10bulan bernama Khalisya Husna dan saya berjaya jaga dia seorang diri! Bagaimana saya ingat saya harungi waktu-waktu sukar dulu. Oh! Memang tak terjangkau dek akal. Kadang-kadang rasa kagum dengan diri sendiri sebab mampu lakukan semua ni walaupun ada masa saya rasa sangat down. Very down macam sekarang. Mungkin ada yang sinis cakap Eleh! Apalah sangat dengan apa yang kau dah lalui fashya, ada orang lagi dashyat dugaannya. Tak kecoh pun. Takpela, sekiranya ada yang berkata sedemikian, mungkin kalau kena kat batang hidung sendiri baru tau kecoh ke tak kecoh kan.
Ye, Allah itu Maha Mengetahui, Dia menguji saya sebegini sebab dia tahu saya mampu buat. Saya sentiasa berharap saya sentiasa dibekalkan dengan kesabaran setinggi Everest, seluas lautan. InsyaAllah. Semoga saya terus dapat bersabar nak menghadap kerenah Husna yang makin lama makin cerdik akalnya. Semoga saya mampu mendidik Husna menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Amin. Di hujung solat ibu panjatkan rasa syukur sebab ada Husna dalam hidup ibu. Semoga ayah dapat jalani hidup dengan kita.
P/s: Entri ni saya buat dari hp sambil Husna atas dada ketiduran lepas disusukan. Huh, bila dah abes mengarang baru terasa aduh! senaknya dada. Erk! Syahdu je tgk muka anak tido.