Showing posts with label UK. Show all posts
Showing posts with label UK. Show all posts

Friday, April 13, 2012

#5-UK; London Tour Part 3

Cerita memang dah basi gila. Aku busy dan tak sempat nak buat entri panjang-panjang dah lately. Takpela, kalau ade orang jelik dengan cerita basi ni, aku tak kisah. Hahaha. Mane la tau, kot-kot orang yang dok mencari panduan nak ke Uk @ London terjumpa blog tak semenggah aku ni, buat cerita tak siap-siap tergantung sampai Part2 je mesti bengang kan. (Perasan, kalau adelah). Macam aku nak pegi Sabah aritu, seronok bila dapat info penuh dari Dayu, Nurul dan Elly pasal Sabah. So, aku pun buat jugakla entri London part 3 yang akan habis sampai di sini saja. Okay.

Hari ke 2 di London, seawal 7 pagi kitorang dah turun breakfast dan bersiap-siap nak mulakan perjalanan. 2 hari sememangnya tak cukup nak jalan-jalan kat London, macam terlalu banyak tempat-tempat nak pegi. Itu pun dapat pergi kat tempat-tempat tarikan yang utama jelah. Taman-taman kat sana pun cantik-cantik dan besar-besar tapi tak dapat nak jejak. Tak cukup masa.


Good morning London @ 6.30am! 
Suasana London dari luar bilik hotel. 

Lepas breakfast, check out tapi barang-barang tinggal kat hotel, tak larat nak bawak semua, kitorang terus heading ke Buckingham Palace, yang terletak kira-kira 10minit berjalan kaki dari hotel. So, aku cadangkan sesiapa yang nak bermalam di London, Victoria adalah tempat yang strategik untuk senang ke mana-mana sekitar London.  Dekat dengan Buckingham Palace, dan yang paling penting dekat dengan Victoria Station ala-ala KL Sentral gitu.


Bersiap sedia.
Baju semalam dah harini sama je ye. Yang dalam je salin, tak perlu nak bawak baju banyak-banyak, sejuk tak sempat nak berpeluh... Hihi

 Pokok bunga cantik, harusla amik gambar. Ni belum spring lagi, kalau spring lagi cantik kot.

Sepanjang perjalanan ke Buckingham Palace, ada banyak kedai-kedai cenderahati kat sana. So, kami pun amik kesempatan singgah dari satu kedai ke satu kedai sambil survey-survey mana kedai yang murah. Recommended jugakla kedai-kedai sepanjang ke istana Buckingham ni untuk beli souvenier. Banyak dan perlu survey nak dapat harga yang paling murah.

Jalan punya jalan cari souvenier, sampaila ke istana Buchkingham.  Pagi lagi masa ni, dalm pukul 9.15 macam tu, orang pun dah kelihatan sana sini. Kebetulan setiap hari ahad pukul 11.30am ada guard changing ceremony. Macam menarik dan tak nak lepaskan peluang tengok upacara ni. So, kami pun melepak-lepakla di depan istana ni sambil tunggu 11.30 pagi.

 Di hadapan istana Buckingham, nampak balconi tu? Kat situ la Lady Diana & Prince Charles , Kate Middleton & Prince William melambai-lambai kat rakyat mereka pada wedding dulu.

Dari luar, orang dah semakin ramai untuk menyaksikan Upacara pertukaran pengawal.

Kebetulan pulak kat situ, kami jumpa orang Malaysia. Biasalah, orang Malaysia jumpa orang Malaysia dekat negara orang pastinya excited kan. But kami dah jumpa family ni dari dalam flight lagi, duduk sebelah-sebelah dalam flight dan jadi penyeri tukang bising dalam flight jugaklah kiranya. Tak sangka pulak boleh jumpa kat istana lagi. Kawan-kawan aku cakap, ni makcik-makcik yang dah-siap-pegi-umrah/haji-tapi-duit-banyak- lagi-tak-tau-nak-buat-apa-dengan-duit-maka-pegi-melancong-oversea. Bestnya jadi diorang kan?

 Panas tapi sejukkkkkk


Sementara nak tunggu pukul 11.30 kitorang pun jalan-jalanla sekitar istana, depan istana ada dataran, ramai lepak situ. Sebelah istana ada taman. Tapi tak pegi sebab macam luas dan jauh.




Akhirnya, pukul 11.30 pagi, makin ramailah orang nak tengok upacara ni, bagi aku lah kan, tak tengok pun takpe kot. Its a normal parade kot macam kawad-kawad kaki biasa je nak tukar guard ni. Macam menyesal pun ada tunggu lama-lama kat sini, almost 2 hours abiskan masa kat sini, padahal banyak tempat lagi nak pegi. Huh, menyesal sangat pun tak guna. Hahaha. Dapat tengok perarakan lebih kurang, aku terus blah pegi tempat lain. Tak tunggu sampai abis pun. Lainlah kalau dapat menatap muka Kate Middleton ke, Prince William ke, Queen Elizabeth ke, baru aku sanggup tunggu sampai abes.

Next destination ialah Oxford Street, sampai sana dah pukul 1 lebih. Shopping sakan kat sana sampai pukul 3.30 petang. Oxford Street adalah tempat shopping yang agak famouslah kat London ni. Banyak butik-butik berjenama dekat sini, ala-ala Bukit Bintang kot, ntah, aku pun tak penah sampai Bukit Bintang. Kehkehkeh. Aku banyak borong baju-baju Husna dekat Mark n Spencer sebab murah. Murah tu dalam poundlah, jeans blous budak-budak boleh dapat dalam 3-12 pound.



 Tengah syok-syok jalan, pastu jumpa pakcik bekas warga Malaysia yang menjual souvenier kat sana. Aku jalan sorang-sorang je, malas nak tunggu member, sorang pakcik chinese tegur aku tiba-tiba. 'Awak, orang Malaysia eh'. Omak! Terkejut aku!! 'Haah, ye'. Kenal je pakcik ni. Hidung pesek mane tak kenal I orang Malaysia. Aku pun singgahla kat kedai dia. Belila 2-3 tshirt, fridge magnet n keychain. Beli banyak sikitlah, sebab dia bagi special harga kat aku sebab orang Malaysia kan. Murah la jugak dia bagi harga kat aku. Banyak kali wooo, dia cakap U untung aaa jumpa uncle kat sini, uncle kasi murah sama U ni tau... Macam seronok pulak jumpa orang yang boleh berbahasa Melayu kat sana.


Lepas upacara borong memborong di Oxford Street. Ni kami on da way ke Trafalgar Square. Jalan kaki dol, jauh yang amat, dalam 20-30 minit ada kot. Kaki dah penat-sakit macam apa dah, dengan bawak barang-barang lagi. Saje jalan kaki nak tgk pemandangan konon, padahal tak jumpa bus station hop on hop off tu. Sampai Trafalqar Square dah lepak macam apa.



Shopping-jalan laju-laju sebab ada banyak lagi tempat belum pegi. Pukul 3.30 ptg dah berkumpul nak pegi Trafalgar Square. Dataran yang ada banyak burung-burung, tempat lepak-lepak dan tempat wajib kot singgah kalau sampai London. Berhadapan dengan National Gallery Museum.  Nak masuk Museum adalah free, tapi kami dah tak larat nak masuk dan jalan-jalan, memang flat gila dah.

Sementara kawan aku cari tempat makan, kami posing kejap sekitar dataran.


Namun masih mampu tersenyum. Kahkahkah. Penat gila kot time ni.
Nasib aku pregnant je, kalau tak dah join orang-orang kat sana panjat lion kat atas nu.


 
In front of National Museum. Ramai orang amik pic kat sini.


Sebenarnya kat dataran ni banyak sangat burung merpati. Tapi tak tahula, apa masalah, sekarang makin tak nampak burung merpatinya. Seronok jugak bagi burung-burung ni makan.
[Pic cilok Wikipedia.]

Tapi, hanya seekor merpati sahaja yang kami temui di sini.


Ini destinasi terakhir kami di London. Restoran Jom Makan. Bersebelahan National Museum. Excited gila kot jumpa restoran Malaysia kat sini. Lepas gian nak makan makanan Malaysia.




Menu: Ulam-ulaman dan sambal belacan, Kari ayam, TomYam Udang dan Sayur campur goreng. Yang paling excited bila nampak ada Cap Kipas Udang atas meja. Huyeh!! Total harga GBP33. Okay lah tu. Makan sampai kenyang!

Lepas dah bersantap, kami nak balik semula ke Rochester naik train. Tunggu bas hop on hop off macam dah takde, sebab time tu dah pukul 5.00 pm, dah gelap/maghrib. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai, akhirnya kami decide naik teksi je ke Victoria Station. Dari Victoria Station terus ke Rochester. Sebelum tu amik semula barang-barang yang kami simpan di Astors Hotel. Malam dalam pukul 8.00 pm dah sampai hotel. Rehat, penat sangat. Esoknya nak sambung training lagi.

The End.


Tips:
1. Tiket train rasanya tak perlu kot nak booking online sebab aku rasa harga dia sama je kalau beli online dan beli direct terus dari kaunter. Lagipun kalau beli online, kite tak tau pukul brapa kita nak naik train, terpaksa berkejar-kejar masa kalau dah beli tiket siap-siap.

2. Pakaian waktu winter macamni, make sure pakailah 2-3 lapis kat dalam, pakai stokin pun 2 lapis, seluar 2 lapis. Bagi orang yang tak biasa macam kita ni, memang tak tahan sejuk , pakailah berlapis-lapis, nampak gemuk pun takpe. Bagi diorang pakai suar nipis pun dah takde hal, pegi jogging pun selamba seluar pendek dan sweater. Kasut pun make sure selesa. Sport shoe paling selesa nak pakai jalan-jalan.

3. Bab makan, kalau nak travel, makan breakfast heavy-heavy sikit, bawak snack, biskut ke untuk lunch dan terus dinner kalau jumpa restoran halal, sebab waktu lunch tu kadang-kadang kita lupa sebab dah jalan-jalan sakan kan.

4. Bab solat, tak kisah nak solat kat mana pun. Dengan baju yang tebal, kita dah tutup aurat tak perlu telekung bagai. Carila tempat tersembunyi sikit, kang solat tengah-tengah alam kang pelik pulak orang tengok. Macam kat restoran Malaysia tu senang sikit, diorang ada provide surau. Make sure bawak kompas dan tau degree untuk kiblat.

5. Korang nampak aku bawak beg sling dan bag pack kan, dalam beg sling ada wet tissue, purse, handphone, sanitizer, tissue, moisturizer, lotion, lip balm. Dalam back pack, ada botol air (guna untuk basuh shi shi- penting! kat sana toilet takde paip), tuala kecik, makanan untuk kudap-kudap. Pasport dan lebihan duit letak dalam poket baju doraemon. Selalunya orang pakai untuk pegi mekah tukan, yang ada poket kat dada. Bahaya letak dalam sling bag, takut kena ragut, naya je duit hilang kat tempat orang. Dalam purse letak la dalam 100Pound saje.The rest simpan dalam badan. Orang tak tau kan.


Okay, tu jela tips yang boleh aku bagi kot. Semoga berguna disuatu hari. InsyaAllah.


Wednesday, March 21, 2012

#4-UK; London Tour Part 2

Marilah sambung semula cerita London ni sebelum dia betul-betul basi. Walaupun basi, tapi susah nak hilang dari ingatan aku kot. Hopefully. Memandangkan blog ni macam catatan peribadi, jom kita teruskan. 

--------------------
Dari House of Parliment yang ada Big Ben tu, tak jauh dari tu adalah London Eye, bersebelahan dengan Thames River. Sebelum naik London Eye, kita duduk dulu puas-puas depan Big Ben. Kat Big Ben ni memang ramai sangat umat pelancong yang excited nak amik gambar. Bila dah puas hati, dah amik pic bagai, kita pegi naik London Eye pulak.

I dont know who this guy@lady. I mean character ape ni. Queen of England kah? Maybe. Saja nak amik pic dengan dia, ingatkan free, sekali dia mintak syiling la pulak.
Dia tunggu kemain lagi masa aku nak amik duit, aku hulur 1 pound senyap dia. Pandai cari duit. Kadang-kdang main tarik je orang supaya amik pic dengan dia dan mintak duit. heh! Pandai ko ye.

Mamat ni muncul masa aku betul-betuk nak snap pic London Eye, takpela, aku post kat blog ye. Orang Malaysia tak kenal pun ko. Haha.

Itu dia London Eye. Terletak bersebelahan dengan Sungai Thames. Nampak river cruise itu? Free of charge je bila dah beli tiket bas hop on hop off. So, sila jangan lepaskan peluang untuk menaiki river cruise tersebut. Dia akan bawak kita sepanjang sungai dari London Eye ke London Brigde, kira-kira 20-30minit pelayaran. Eceh, pelayaran macam naik kapal je. Kami naik London Eye dulu before naik cruise sebab masa tu hujan, so kena cari tempat berlindunglah.

On da way ke London Eye.

Tiket kene redemp dulu kat kaunter before naik. Sebab kami beli tiket London Eye masa nak naik bas, nak dapatkan tiket ni, kena pegi kaunter dulu. Owh, satu lagi benda free setelah dapat tiket London Eye ialah petunjukan 4D di dalam panggung bersebelahan kaunter tiket. Pertunjukan dalam 5-7minit. Tak lama tapi quite interesting.

Orang ramai sangat, tapi tak perlu tunggu lama-lama. Dalam 5-10 minit dah ada dalam gondola. Limit untuk 1 gondola adalah 10-15 orang, so tak bersesak sangat. 

Inside the gondola. 


Dalam gondola ada galaxy Tab. Sangat informative. 

Pemandangan London sebelum hujan.


Selepas hujan. River Thames.
Pusingan 360 darjah adalah dalam 20-30minit jugak. Puas jugakla sampai ko bosan atas tu.. Haha. Sekurang-kurangnya dapat duduk-duduk rehat-rehat melepaskan penat berjalan.

Bila dah nak dekat-dekat habis 1 pusingan tu, diorang akan bagi arahan supaya duduk di area untuk ambil gambar, ada kamera besar akan ambik gambar dari dalam gondola. Nak pic tu kena bayar 10pound. Sorila aku tak beli. Mahal bebeno rasenya. Pic pun tak cantik sebab nampak titisan-titisan hujan je dari nampak muka aku plus aku sorang je tersengih-sengih depan kamera. Yang lain boolayan.

Dekat area London Eye ada kedai cenderahati tapi dinasihatkan supaya tidak membeli di sini kerana harga dia jauh lebih mahal dari kedai cenderahati di luar kawasan London Eye. Fridge magnet 3pound 1. Kalau kat kedai lain 5pound untuk 3 FM. Untuk souvenier London Eye, aku cuma mampu beli cawan London Eye berharga 4pound sahaja. 

Next destination, adalah river cruise dan menyaksikan pertunjukan 4D. Sebelah kaunter London Eye tu jugak ada muzium ala-ala Madame Tussauds. Adalah 2 ketul insan famous amous ni. Merasala jugak aku amik pic dengan diorang. Haha. Walaupun tak real dan lilin semata. Memang bau lilin kuat sangat bila duduk sebelah patung ni. Nak masuk yang betul-betul punya Madame Tussauds macam mahal pulak. GBP25 per entry. Baik aku guna duit tu beli baju. Kehkehkeh.

 Kate Winslet (Kalau tak silap lah-aku lupa sapa dia ni) dan David Beckham (handsome oh walaupun lilin saja)

Gara-gara jumpa patung lilin David Beckem, malam tu aku mimpi jumpa David Beckham betul-betul. Terpengaruh betul.


 Senyum sampai telinga dapat amik pic dengan minah ni. Sumpah aku lupa nama kau.

  
Owh, ini London Bridge is falling down.
 Bila kapal besar lalu, jambatan dia boleh terbelah dua. 

Eh, sebenarnya aku pun compius ini London Brigde atau Tower Bridge. Ada 2 bridge popular kat sini. So, aku pun dah kompius. Ok fine. Setelah aku google, pic di atas adalah Tower Bridge. London Bridge takde tower. Tengok pic pun ada tower, mestilah ini Tower Bridge. Apedaaaaaaa!


Ini baru London Brigde is falling down. 
Jangan pepandai nak tukar nama bridge negara orang ye Fashya. Kang orang marah pulak. See, mana tak compius, London Brigde n Tower Bridge duduk sebelah-sebelah je. Argh!! tension aku fikir pasal jambatan negara orang petang-petang macam ni. 
Sesiapa yang berminat nak tau jambatan-jambatan kat London yang merentasi Sungai Thames ni, pegila laman web ni. Click. Memang banyak jambatan kat sini. Pening aku!

Next destination adalah: Tower of London. Kat sini jalan-jalan je. Tak naik pun. Sebab dah penat dan dah nak malam, nak cari hotel lagi. So, just amik-amik pic je.

 Suka tengok seni bina castle lama-lama kat sini. Cantik sangat!
Nampak tak twin dua orang kat belakang aku tu. Yang pakai baju turqouise tu, diorang tu sumpah kiut. Joget-joget sambil nyanyi lagu london brigde is falling down sekuat hati macam takde orang lain tengok dia. Rasa nak pegi peluk kuat-kuat je budak 2 orang tu.

 Posing ape pun ntah. Layankan aje ada orang yang willing nak amik pic kami berempat. Haha.

Kaunter tiket ke Tower of London.




Hari pun dah petang hampir maghrib, so mari kita pulang. Nak jalan malam-malam pun tak mampu sebab sejuk sangat.

Tunggu bas ke Victori Station. Hotel kami berhampiran Victoria Station, so stop dekat sana dan sessi menjelajah mencari hotel pulak. Punya la susah nak cari Astors Hotel sebab signboard dia kecik yang amat, tak susah pun kalau signboard dia besar. dari Victoria Station ke Hotel cuma 5minit jalan kaki.
Hotel dia bukan satu bangunan besar, cuma kalau nak diimagine kan hotel kat Malaysia ni, macam hotel kat rumah kedai tu je. But mind you, rumah kedai kat sini cantik. 

 
See, decoration dalam bilik hotel pun cantik. Hotel kat tengah-tengah bandar London adalah mahal. GBP99/nite. Kami redah je, ada budget bukan duit sendiri bolehlah.. HAHA.
Tengah melayan cerita Willy Wonka. Charlie and Chocolate Factory. Katil ada dua untuk aku sorang, so aku lenjan habis-habisan. Syok Oh! Hihi





Malam, kami jalan-jalan sekitar Victoria Station dan Buckingham Palace Road cari makanan dan souvenier. Makanan halal kat sini mudah nak dapat, depan hotel saja dah ada 2 kedai kebab halal. So, dinner kami makan kebab saja. Okaylah tu, Alhamdulillah. Malam tu jugak, kawan sepejabat yang futher PhD kat Uk datang melawat kami. Kak Wani n family. Dia dari Nottingham. Saja bawak anak-anak jalan-jalan, kebetulan masa tu pun tengah cuti sekolah.

Dan aku pun berangan, nanti ibu sambung PhD, ibu sambung kat Uk ye Husna, boleh Husna sekolah n merasa duduk sini. Ayah pun merasalah jadi Mr. Mama. Haaaaa..yolah! Master nya pun ntah kemana. Ces! Berangan je lebih. Tapi mane tau angan-angan jadi kenyataan, doakan aje. InsyaAllah. Amin.,

Habis Part2, hari pertama. Sambung Part3 hari kedua yang lebih mencabar. Ceh!  Tata~


Wednesday, February 22, 2012

#3-UK; London Tour Part1

Bulan ni aku dok cerita pasal Uk jela eh. Dah takde cerita lain dah nak cerita. Pejam celik dah seminggu aku kat sini. Walaupun hati ni Ya Allah, meronta-ronta sangat nak balik tanahair jumpa anak dara yang dirindui tu. Rindu sangat-sangat kat dia. Dengar suara jela dari telefon. Itu pun jarang sangat. Balik-balik bukak folder video dan gambar dia masa kecik tu. Pastu meroyan sorang-sorang. Sian dia, mesti wonder manalah ibu dia pegi tak nampak batang hidung langsung. Takpe-takpe, minggu ni dah nak balik. Yahooo... Orang kata hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri tu lagi best dari hujan emas ye tak. Tak tahan hari-hari sejuk je memanjang. (Kang balik Malaysia, bising panas pulak..HAHA).  Baju tak sah kalau tak 3-4 lapis. Dalam building pun bersweater je memanjang.


Sebenarnya, badan ni still sakit-sakit lagi. Tak sedar diri mengandung, Berjalan 2 hari di Kota London tak ingat dunia. Tadi pegi course pun asik mengantuk je. Mata dah juling-juling pandang notes. Dah la dapat seat depan. Tahan jela mata ni. Kota London is a very great city. Patut orang kalau nak holiday, nak pegi London. London memang best! 2 hari memang tak cukup nak tour satu London.


Hari pertama sampai sana, hari sabtu pukul 9.30 pagi kitorang dah terpacak kat Victoria Station. Dari Gillingham, Kent ke Victoria Station, London naik train dalam 50 minit dah sampai. Tiket train kitorang gamble je beli kat kaunter station, tak beli online pun, sebab kalau beli online, kita dah siap-siap set masa, takut terlambat, tercepat kena pulak menunggu. Redah je. Harga online still sama dengan harga kaunter. GBP12.70 sehala.

Ni la rupa pintu depan Victoria Station 


Sampai-sampai, terus beli tiket bas hop on hop off.2hari tour London harga tiket GBP24.00, free dengan river cruise.  Aku recommend sangat-sangat sapa-sapa nak tour bandar London, just naik je bas ni, bas ni akan bawak kita tour 1 bandar London. Lagi-lagi kalau pregnant macam dan dan ada anak kecik macam member aku tu. Naik je bas ni, tak payah susah-susah nak sesat barat suma. Setiap bas akan berhenti ke tempat-tempat yang menarik dilawati. Kalau kita berhajat nak pegi tempat tu, turun jela, lepas dah abes melawat, naik balik bas ni semua. Setiap bas lalu 10-15minit rasanya, tapi kita takkan tunggu lama-lama. Ada 2 jenis bas hop on hop off ni. Satu yang macam ni (BigBusTours) dan satu lagi (TheOriginalTours). Aku pilih BigBusTours. Sebab dia?? Ntah, aku pun tak tahu, sama je servis dia.

Muka excited?? Yeah, really excited plus sejuk gila. Duduk atas takde bumbung, angin menampar-nampar pipi macam ____. Sejuk!!
Aku kan, suka macam fikir camni. Eh, betul ke kat London nih. Serius still tak percaya. Betul ke nih?????????? Arrgh!! Saja bagi diri sendiri stress.

 Suka sangat tengok building-building dekat London nih. Macam best dan klasik. Macam tak payah susah payah nak beli cat nak cat building, sebab building dia suma macam buat dengan batu bata je. 

Contoh:




Haa, tulah 3 contoh aku bagi, banyak lagi gambar building dia aku amik. Suka tengok senibina bangunan dia. Suma cantik-cantik!

Destinasi pertama kitorang ialah Harrods, Harrods adalah sebuah shopping complex yang sangat eksklusif milik Dodi Alfayed. 

Beg tangan yang pernah dimiliki oleh Lady Diana.


Senibina dalam Harrods. Cantik sangat. 

Barang-barang kat Harrods mahal-mahal, so kitorang cuci-cuci mata je tengok baju berjenama dengan harga yang mahal-mahal. Tak mampu!

Then, kitorang sambung naik bas ke Big Ben dan London Eye. Oh ! Excited gile kot dapat sampai sini, tengok dengan mata sendiri Big Ben n London Eye. London Eye tu mungkin takdela macam pelik sangat, sebab dulu pun penah naik Eye On Malaysia, tapi saje je nak merasa tengok pemandangan London dari atas. So, kitorang pun naik jela. Harga nak naik London Eye GBP18.00. Sistem dia bagus, walaupun ramai orang, tapi tak payah tunggu dan beratur lama-lama. Sayangnya, masa kami naik tu, hujan tengah turun, kejap lebat, kejap renyai-renyai. Sejuknya bukan main. 


Big Ben. 
Masa ni dah nak hujan.

London Eye. 
Mamat ni suka-suka je datang dekat aku dan peluk. Hahaha. Laki I jeles.

Sambung Part2 okey. Buat entri berhenti tiba-tiba. Nak pegi training da...








----------------


ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ