Thursday, June 28, 2012

Make iT and love iT

Dah hampir 2 minggu aku jadi suri rumah. Aku suka jadi suri rumah. Jaga anak, jaga suami je. Tak payah fikir pasal beban kerja. Tapi kan, aku nak tetiap bulan gaji jalan macam biasa. Hahaha. Memang takla kan. Dalam mimpi la, lainla kalau suami kite gaji 20K. Seronok ah jadi surirumah yang berjaya. Seronok tengok anak happy. Husna aku perasan dia tak banyak sangat ragam dia sekarang. Seronok gaknya duduk rumah aku ada, ayah dia ada.

Sepanjang nak menunggu adik keluar ni, aku tak duduk diam jugak kat rumah ni, ada je aktiviti aku, lagi-lagi bab-bab menjahit. Minggu pertama aku memang bz gile menjahit. Macam semua benda nak buat. Lagi-lagi bila Mokhtar je duduk rumah ni, macam rumah bujang dah dibuatnya. Paham-paham jela kan kalau dah lelaki duduk rumah. Kehkehkeh. Malas aku nak cakap. 2-3 hariaku tak rehat kemas rumah. Hantar Husna rumah pengasuh, aku buat kerja kat rumah. Kemas sana kemas sini, ubah sana ubah sini. Letih jangan cakap, aku buat kerja-kerja tu semua dalam keadaan sarat. Ingatkan bolehla bersalin awal bila dah merenyah macam tu, tapi sampai sekarang adik baby masih bertahan dalam perut ni. Nak ikut jejak langkah kakak letewww.... Takpela, kite tak tau ape Allah dah plan untuk kami.

Antara projek menjahit aku:


Bagi rumah semenggah sikit, jahit langsir cantik-cantik sikit. (Cantik ke? :p). Rumah banyak sangat tingkap, aku lemah sikit. Banyak tingkap, maka banyak langsir.


3D Wallframe. Dah siap yang warna biru merah tu, siapkan yang warna coklat tu pulak.




Bantal burung hantu. Buat sendiri, modal RM0. Kalau pegi Setia Alam Mall pastu masuk kedai Miss T. Bantal burung hantu ni RM40 kot. Ntah, aku tak tau, tapi memang mahal. Make it and love it. Aku suke!!!! :))

Kain-kain perca banyak lagi, tapi aku dah macam tak tau nak buat ape. Aku tak kreatif nak cipta sendiri. Semua ni aku tiru je. Thanks to Reen lah, kenalkan aku dengan web MAKE IT AND LOVE IT. Aku suka gile pegi web tu, semua tutorial adalah sangat clear dan senang nak ikut. Aku buat takdela sekemas Ashley ni, tapi bolehla...HAHA...

Sapa yang berminat bolehla pegi kat link-link aku bagi tu eh. Okay dada~



10 comments:

  1. Hahaha awak suke betul masuk blog yang kite bagi tu kan. Bagus bagus. Ade hasil yang awak buat =D

    ReplyDelete
  2. saspen je nk menunggu adik baby tu kuar..org lain yg nk beranak org lain yg over excited

    ReplyDelete
  3. Fashya.... masa Hany preggy dulukan.. org tua2 tak bagi menjahit. bila tanya kenapa.. jawapan nya takut pintu rahim lambat buka atau susah buka.. hahahha tak tahu la takat mana kebenarannya kan. yg pasti Hany tetap menjahit gak dulu.. last2 c-zer gak.. ohoo.. adakah benar dakwaan itu tak berap pasti lak

    ReplyDelete
  4. wah..cayalah fashya..memang berbaloi jd housewife kalau mcm ni..

    ReplyDelete
  5. kretif la sya ni....sarat2 pun rajin lg...lehla tempah bantal owl tu nnti..hehehe

    ReplyDelete
  6. perghhhh memang rajin dan kreatif ler sya nie...bagus2....

    ReplyDelete
  7. rajinnya menjahit...fasya jd je full housewife, pastu buat jualan on9 ke...hehe...

    ReplyDelete
  8. Haritu nampak Fashya pos kat mana entah yang Fashya jahit tempat isi pampers tu. Nanti dah habis pantang, boleh buat bisnes ye? Jual kat Aishah. Hehehe.

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ