Terlalu banyak perkara yang diajar, sampai otak aku pun macam dah tak boleh cope dengan semua yang dia ajar. Bila dah petang tu, dok fikir nak balik hotel n rehat je. Kadang-kadang fikiran aku melayang sampai Malaysia. Hahaha. Bagi specifik sikit, fikiran melayang kat Klang. Hahaha. Pastu tengok jam, tukar waktu Malaysia, lepas tu fikir, apa anak dara aku yang sorang tu tengah buat. Serius rindu gile dah ni. Cepatla seminggu ni abes. Hari-hari dok bukak folder video dan gambar dia dalam laptop, kamera n Hp. Pastu sengih senyum sorang-sorang. Haila.... Kuat betul penangan rindu ibu kat Husna.
Ini group
kami. Participant dari Pakistan, India, Nigeria dan Spain. 4 dari kami
adalah muslim, so bab solat n makan tak jadi masalah. Nasib baik aku ni
hantu sayur, so tak jadi masalah bab makan. Makan sayur je sepanjang
masa, tetiba jadik vegetarian. Nak buat cemana, daging kat sini bukannya
halal kan. Tak tau la jenis yang tak makan sayur, cemane tuh? Hihi...
:P
Academy
ni takdela besar mane, tapi hebat! Hebat sebab ada staf yang hebat. Dr.
Stuart Jones, managing director sendiri yang ajar kami, sangat friendly
dengan staf n very nice person. Staf dia yang lain suma ada 4 orang
tapi multitasking. Semua kerja boleh buat.
Dan
sepanjang aku kat sini, aku perasan, orang-orang kat Uk ni, macam
berbudi bahasa sangat. Apa-apa je yang kita bagi, kita buat, always say
thank you, selalu great kita every time, kalau nampak kita macam lost,
diorang willing nak tolong dan suka dengan baby! Member aku tukan bawak
family, ada anak. Tengok lelaki Uk pun minat nak agah-agah baby member
aku.
Dan,
yang tak boleh terima kat sini, adalah toilet diorang yang takde paip.
Susah jugakla setiap kali nak tunaikan hajat. Yang kecik takpe,Hihi.
Kalau yang besar??? Selalu sangat berdoa kalau nak buang yang besar tu,
buang kat hotel je. Kalau membuang kat academy, macam masalah jugak.
Ish! Dalam toilet penuh dengan carpet. T____T. Erm, bab solat kat sini
pun, solat je kat mana-mana, bukan ade surau pun. Aku solat pun tak
pakai telekung. Pakai baju tebal , pakai stokin then solat. Fleksible!
Cuma tadi je ade kesempatan sikit pegi outlet yang sekangkang kera dengan hotel ni. 5 minit jalan kaki je. Quite interesting. Outlet kat sini melambak, barang yang dijual agak murahla berbanding dengan shopping mall.
Kalau tak, takdela aku borong kasut, baju Cik Husna dengan adik dia
dalam perut ni. Over tau siap tunjuk-tunjuk gambo. Kat sini harga kasut
Clark ni bolehla murah sikit dari kat Malaysia. Murah dalam RM70-80 la kot. Aku beli besar sikit,
nanti raya boleh pakai. Over lagi! Satu kasut tu 17.99 pound. Aku dok
imagine harga kasut ni macam RM17.99. Mane tak gila aku memborong kasut
anak dara tu. Jangan le convert, kalau convert juling gak mata ni.
Hahaha. Untuk ibu, beli handbag je, harga 13.99 pound.
Murahkan...murahkan... Sume harga barang-barang ni tak sampai 100 pound.
Jangan convert, jangan convert. Nanti juling. :P Ko dok imagine 100
pound tu cam RM100 je dah ler... Kalau sibuk nak convert, nak makan
pisang pun tak lepas. Pisang sesikat kat sini 1 pound je. Suar jeans
laki ko yang branded 7 pound. Ko imagine RM7 je dah le yeah... :p. Mane
tak gila camtu shopping kat sini. Baju tu pulak 5pound n 3pound. Dah,
dah...cukup-cukupla tuh. Kang takut gak ade yang annoying dengan cerita aku. T___T. Sori tau, akukan jakun.
Last nite, kitorang ade dinner. Sebelum dinner, kitorang dibawak berjalan-jalan sekitar Rochester. Cantik bandar Rochester ni. Kalau dah jakun kan, semua bangunan kat sini aku nak bergambar, sampai diorang cakap aku dah macam buat modelling pulak asik dok posing je. Ah lantak! Bukan nya selalu datang sini. Aku tak peduli!
Rochester Cathederal. Macam rumah haunted kan.
Aku pun tak sure bangunan apekah ini. Nanti befora balik Malaysia pegi lagi waktu siang. Baru jelas.
Simona from Spain, Shan from India, me, Jawad from Pakistan n Ismail (orang Malaysialah).
Rochester Cathederal dari kejauhan. Cantik!
Dr. Stuart Jones. Very nice person. Selalu gelar kami, nice person. Okay, nice person, lets proceed to next topic.
Bangunan ni sengit. Bila aku dok pelik-pelik dengan bangunan ni. Sorang mat salleh tegur aku. Haaa.. its because you drink too much. Hahaha. Memandai je cakap aku mabuk sampai nampak bangunan sengit. Cis!
Okaylah, kaki dah sejuk gila ni, dok pakai selipar je turun lobi ni. Nanti sambung cerita lagi yeh. Jangan ada yang annoying tau. Aku kan jakun...
as.salam fashya, more story and pic too. teruja nye tgk tmpat org kn. same lh kite. sronok kn dpt pegi sane. rezeki =)
ReplyDeletebila lh fida dpt g tgk salji real.
Aaaaaa x annoying lansung beb, pjg mana ko citer, pjg tu jugak aku ternganga jakun, xpuas, slalu la updet lagi psl kt sana okeh, tumpang xcited sama, :)
ReplyDeleteBestnye...jeles aku...ntah bile dpt jejak kaki kat sana..
ReplyDeleteOit..satu gambar ko ada background salib daaaaa
bestnyeeee..... nnti post entry lg yeee... hihihi
ReplyDeleteAik ada kasut boy tuh... adik husna boy ek??? hehe :)
ReplyDeletesya tolong kirim salam kan kat Simona from Spain tu,, B nak ajak dia keluar makan heheheh...nanti ade rezeki b nak gi spain jumpe dia... hahahahaha
ReplyDeletebestnya shopping! btol2, jgn convert. kalo convert, pengsannn. hehe. tapi still murah lagi kat sana, compare dengan sini kan. hehe
ReplyDeletefasya rajin2 update kt sana...klau tak ko juga yg susah bile masuk opis sume nk ty...kang penat nk jawab aku da siap2 baca kt sini...hihiii
ReplyDeletepssss;-kasut budak2 tu cun la...klau ada yg murah belikan ek....
HAHA gile kau tak jakun?? Sya, update pic banyak2 lagi pleaseeeeeee
ReplyDeleteTakpe sya, yang annoying tu jeles letewww hihi take care sya! Jangan lupe obimin adek baby :D
bESTnye... utk future baby pon da bli ek??? hehhehe.. alang2 da jumpa kan? best..best... take care!! ;)
ReplyDeletehehe..tak annoying pun. syok gile baca entry kau.
ReplyDeletemcm husband maria je..kalau 5dolar..dia dok imagine rm5..haha..bila lah maria nak menjejak kaki ke sana yek..mcm xmungkin je...heheh..
ReplyDeletecathedral tu church fashya..hihi..
ReplyDeletejangan convert, jangan convert!!hahaha..comelll
waaa.... baru terbaca cerita pasal ni. seronoknya wakkkk.... :)
ReplyDelete