Okay. Lets say. Kalau kita kerja kat UK dengan gaji permulaan seorang fresh graduate adalah GBP1500/month. (Aku gamble je tanya orang UK, berapa gaji diorang. HAHA). Kalau pegi Asda, Asda tu macam Giant/Tesco/Carrefour la kalau kat Malaysia. Apa yang buat aku terkejut dengan harga kat sini adalah. Aku boleh dapat satu bungkus biskut Cadbury dengan harga 1 pound. Harga panadol 16 biji 20-45pence je! (Pence tu macam sen). Sayur-sayur, buah-buahan jangan cakap la. Sesikat pisang boleh dapat 1 pound jugak.
Ini contoh aku pegi shopping kat Asda sehari lepas aku sampai sana. All these items berharga hanya GBP5.50. Murahkan. Roti, biskut Cadbury yang aku cakap tadi, kiwi, timun, salad dan air kotak. Kat Malaysia, kalau kita pegi Giant tu, tak dapat kot RM5 dengan barang banyak macamni. Yeah, mungkin ada yang fikir kalau kita convert duit Malaysia, GBP5.50 tu dah jadi sekitar RM25 kan. Ini contoh kalau kita kerja dekat UK dan dapat gaji duit pound. Bukan gaji duit Malaysia dan pegi shopping kat UK sambil sibuk meng'convert' duit Malaysia. Kalau convert, nak rasa makan pisang pun tak lepas. Sebab fikir 1 pound pisang duit Malaysia dah RM4.83, terus cancel nak makan pisang sebab mahal. No..No..No.. Imagine jela kalau ko pegi Giant kat Malaysia, jumpe pisang sesikat seringgit, air kotak 1L tu seringgit, buah kiwi seringgit, biskut Cadbury seringgit, kentang Pringles tu seringgit setengah. Ko rasa heaven tak?
Dan contoh ke dua. Gaji kita sekarang let say RM1500 kat Malaysia. Pastu pegi Giant nak beli barang dapur. Sesikat pisang dah RM3. Air kotak 1L dah RM4. Biskut RM3. Timun sebiji RM1. Roti gardenia kecik tu RM2.40. Kiwi RM5. Salad-salad tu suma RM5 kalau dua bungkus RM10. Total up RM28.40 kan? Fikirla sendiri kan beza nilai duit kita. Gaji sama GBP1500 dan RM1500, tapi barang-barang kita mahal berbanding harga barang dekat UK! Tak cukup seribu lima ratus tu nak survive kat Malaysia. Betul tak?
Thats why aku datang sini tengok t-shirt budak perempuan 2pound dah macam orang gila meroyan nak borong semua. Seriusly, semalam pegi Asda aku dah habiskan duit untuk beli baju je. Dan tak sampai 100pound pun. Borong baju budak-budak, serius macam orang gila amik sesuka hati baju tshirt comel-comel lagi-lagi baju budak perempuan. Korang bleh imagine tak harga sebungkus salad sama dengan sehelai tshirt budak perempuan? Sebab tu aku gila! Hahaha.. Baju mak budak takde pulak yang berkenan. Semua tak lawa. Baju baby pun sama, cantik-cantik. Untuk adik baby pun ada. Maka, dengan ini, baju-baju raya dan kasut-kasut raya Husna dan adik baby tak payah fikir dah, Semua dah settle.
Aku rasa nak duduk sini jelah, Boleh jadik kaya.. Hahaha.. okay, aku acah. Cuma aku fikir kalau lah kat Malaysia kita boleh dapatkan harga barang semurah seringgit, alangkah bahagianya. Aku mungkin tak fikir dari segi lain yang aku sendiri tak tahu, cuma aku fikir dari akal logik aku sendiri. Nilai RM50 dengan GBP50 jauh berbeza. RM50 1 troli pun tak penuh. GBP50 penuh troli! Serius!
patut la org kata shopping kat sana murah. kalo tak convert la..
ReplyDeletekalau boleh nak like entry ni seratus kali... mmg perbandingan yg sgt relevan.
ReplyDeleteEven gaji pensyarah yg dah kerja 5 thn(tanpa phd) di Malaysia kalau convert kpd GBP belum sampai GBP1000 pun.. Lagi byk gaji fresh graduate yg bekerja kat UK...huhuhuhu, nasib baik belajar kat sini dibayar elaun dalam GBP.
Tu pun bila org UK tanya dapat elaun byk mana? dan akak jwb dgn jujur dalam GBP1200, dia org masih tanya, cukup ke? kita dah rasa bukan main mewah elaun yg kerajaan kasi sbb kalau jumlah tu diconvert ke RM mmg dah tersangat byk, kan? Harga barang kat sini pun tersgt murah, jgn lupa beli coklat kit kat yg 1pound jer utk 9x2bars :)
terima kasih kak nak like 100 kali tuh. Sesiapa yang duduk sana pasti rasa best je kan lagi2 bab shopping. Beli barang tak terasa duit keluar terlalu banyak.
Deletenegara maju memang mcm tu fashya. best kan? kite nie kunun je nk menuju maju. tp mahal2 semuanya T_T
ReplyDeleteHarga minyak naik, abisla semua effect, tak payah benda lain..kan.
Deleteaku dengar kalau shopping murah, public transport okay jadi tak payah naik kereta sangat, tapi satu je - tempat tinggal sangat mahal. ini untuk london lah.. kalau duduk pinggir bandar lagi best kot.
ReplyDeleteadek aku study prancis, kumpul duit, balik boleh terus kawen woh..! kayo!
public transport memang okay, cume kalo ade kereta lagi best. lagipun kereta sana murah! 4kali gaji dah boleh dapat sebijik kereta. Kat sini? 9 tahun kot. Yup, rumah memang mahal harga dia. tu lah, aku rasa nak keje sana plak...hahaha, kumpul harta, balik mesia jadik kaya...wuuuuu, syok
Deletemy friend sblm ni ada dpt offer dri oil&gas UK..Gaji basic 7500GBS..agak2 ckup x d sna?kos rumah?trnsport?
ReplyDeletesaya ada dpt offer kerja sana tp kt hugh town..npe gaji dia besar? 7500GBS?tu yg dok fikir taraf hidup tinggi ke?just nak pendapat pada yg dah pernah ke uk.terima kasih.
ReplyDelete