Monday, January 30, 2012

Nervous

Another 2 weeks to go. Seriusly, aku semakin nervous.
Aku bakal ke sini;

Laserchrom HPLC laboratories.

Rochester, Kent, England.

untuk berkursus selama 2 minggu bersama seorang lagi rakan .

Ya Allah, permudahkan urusan untuk menuntut ilmu ini. Husna pulak bakal dihantar dan dijaga oleh ayahnya di Klang. Ibu bakal membawa adik di dalam perut bersama untuk menuntut ilmu. Permudahkan Ya Allah. Serius aku nervous. Will be update about this later.


Any tips berguna boleh aku guna bila nak ke sana?

Wednesday, January 25, 2012

Udang galah Kuala Pahang & Tasik Chini

Setelah lama mengidam udang galah, CNY saya balik umah family kat Chini, Pekan, Pahang. Ayah cakap sekarang tengah musim udang galah. Boleh kata setiap minggu dia pegi memancing udang galah dekat Kuala Pahang, dan ini adalah hasilnya. Alhamdulillah, saya mengidam pun memang tengah musim udang galah, so no big worries la kan. Hihi....

Udang galah Kuala Pahang. Boleh tahan besar-besar.


Hasil tangkapan ayah di Kuala Pahang.
  
Masak lemak sodap tuh! Banyak okay aku makan. Lepas mengidam aku.

Yum..yum...


Before menghentam udang galah, kita pegi naik bot di Tasik Chini dulu okeh. For me, Tasik Chini tak best sangat kot. Naik bot 30 minit RM60 untuk 9orang penumpang, pemandangan biasa je yang kite boleh tengok, takde apa yang menarik. Just jalan menyusur pokok-pokok Rasau kalau tak silap saya. Macam pokok Mengkuang. Tak jumpa naga tasik Chini pun. Haha..

Before naik bot, Husna with Pak Lang.


Panas. Matahari terik depan mata.


Matahari terik. Tgk ajela  muka En. Mokh..


 Husna agak takut naik bot pada mulanya sebab bunyi enjin kuat sangat, lepas tu dia yang paling excited.

Thursday, January 19, 2012

#Walk Around the Block



Video Barney-Walk Around the Block yang dah merasuk diri anak aku sejak 3-4 hari ni.  Aku pun pelik, sebelum ni bila pasang video ni dia sangat tak ambil kisah langsung nak tengok dengan bersungguh-sungguh sehinggalah suatu hari Sabtu yang boring indah. Eceh!. Aku cuba pasang wiken lepas masa tengah baring-baring depan tv sebab bosan tak tau nak buat apa. Tengok anak pun bosan, aku pun pasangla video Barney ni. Nak tau ape jadik? Dari pagi bawak ke malam DVD player aku berkerja keras memainkan Cd Barney tu. 40x pasang pun takpe, dia tak bosan langsung! Sampai aku pun naik hafal semua lagu dalam video tu.

Satu pagi @ 2 am, tiba-tiba dia bangun dari tidur, tak nangis macam selalu, terus bangun dari tilam dan ajak aku pegi hall depan rumah. Aku pun pelik jugak, apa dia nak kat depan tu. Sekarang ni, apa-apa dia nak dia ajak aku sekali pegi dapatkan barang yang dia nak. Kalau nak susu/ air masak, dia ajak pegi dapur. Senang keje aku, tau apa dia nak. Sebab tak reti nak cakap lagi sangatkan.

Pegi depan tv, dia tekan-tekan tv. Aku tau dah ape dia nak tu, mesti nak tengok Barney. Aku pun pasangla... sambil tidur depan tv. Dia tak kesah pun aku tidur. Dia tengok je Barney sambil joget-joget bila Barney n friends nyanyi. Dah abes Cd, dia kejutkan aku bagitau 'da abesh...da abesh'. Dah abes, aku ajakla dia masuk tidur balik, bagi susu terus lena tak sedar sampai pagi. Pelik betul aku. Tak penah-penah dia buat perangai macamtu. Haha... Kartun-kartun kat tv sume dia tak amik kisah pun sebelum ni. Nampaknya kali ni Barney berjaya pikat hati dia nih. Heh!

Macam malam semalam pun sama jugakla dia buat perangai pelik dia tu. Tak pernah-pernah tidur lambat. Pukul 10 lebih tu dah kira lambatla tu. 4 kali Cd diulang tanpa jemu. Aku biasalah mata dah setting pukul 8 lebih dah ngantuk, tidur la dulu sambil dia layan Cd. Ajak tidur pun tak mau. Text hubby bagitau Husna taknak tidur sebab Barney. Round ke4 dah abes, dia pun dah gosok mata (agaknya dah ngantuk tahap maksimum takleh tahan dah tu) sebab dalam pukul 8 tu sebenarnya Husna dah ngantuk da tapi tahan--tahan demi Barney kesayangan tuh.

  
Ni malam tadi, sambil tgk sambil baring.
Pic gelap sikitla kan, dah malam lampu dah malap.Huhu.

Aku rasa malam ni pun aku takde can jugak kot nak tengok cerita lain kat tv. Nasib baik jugak housemate aku sume jenis tak melepak depan tv bila malam-malam. Sorang dah ade tv dalam bilik, sorang duduk bilik bace jurnal (student PhD kan-kena study smart sikit), Sorang lagi, asal matahari terbenam je, dia tak duduk rumah, bila dah pagi sikit baru dia balik. Gitu le gamaknya kami nih.

"Anney...Anney" kata Husna.

Ni pun tengah giat download cerita Barney dekat Youtube, tambah koleksi cerita. Bosan jugak asik tengok Cd yang sama je. Kadang-kadang aku pun naik ralit tgk Barney ni. He always positve n lovely too. :)


p/s: Bila aku tengok maskot Barney, Bj n Baby Bob ni ada orang ke kat dalam tu? Tengok maskot dia macam tak kaku, tak kekok n macam perfect specially kalau dia melompat, berlari n menari, tak macam maskot-maskot kartun kat Malaysia ni. Mata 3B ni nampak ke? Just wonderla kan.


Wednesday, January 18, 2012

Si Pemandu Keretapi


Bz gile aku skang, nak update blog pun tak sempat. Ermm...
Nah,  aku bagi ni jela. Jalan-jalan kat Jusco last week. Husna sempat jugakla jadi pemandu keretapi. Dari Jb ke Klang.





Babai.

Monday, January 9, 2012

Entri cincai: Starhill dan JPO

Cerita wiken lepas: Basi dah! Sabtu ke Starhill Golf and Country Club bawak anak-anak (Husna dan baby dalam perut) mandi-manda. Ahad ke Johor Premium Outlet. Berjalan je ye weekend lepas. Sampai Husna lepak setiap kali balik berjalan kepenatan layan maknya ni.

Antara yang terlibat : Kasih anak Kak Nani, Myiesha anak Jaja, Husna anak akulah

Gambar dalam pool takde, sebab takde sapa yang nak amik pic. Masing-masing dah syok dalam pool. Ni sume pic lepas mandi.

Teringin nak mandi lagi ke? 
Husna suka sangat dalam pool. Nak jalan sendiri tak mahu pegang. 
Mula-mula je takut-takut. Lepas tu naik syok

Anak baik. Baik sangat dak Micha ni. Geram nengok nya.

Budak ni pulaks, baik jugak. Aktif kemain lepas dah salin baju suma. 
Bukan reti penat. Ditawaf 1 tempat. Ibu yang letih ngejor dia.

Next day: Johor Premium Outlet.

Sampai-sampai je hujan renyai-renyai.
  
Ini gambar sekeluarga. (Tak tau nak tulis caption ape.HAHA)

Saya nak yang ni boleh ayah?

Saya penat. Minum teh sebotol!
Husna sepanjang berada kat JPO dia excited. Nak dukung, pegang tangan tak mau. Buat hal pulak tak mau pakai kasut, maka berjalan tak pakai kasut. Orang tengok, ada aku kesah? Haha...

Okay, siap dah draft entri ni. Seminggu peram. Minggu ni nak pegi mane pulak ye? hmmm..
Selamat berhujung minggu. :)


Thursday, January 5, 2012

Entri tak berkhasiat : Itu adalah Aku.

Canelah nak start entri yang bakal tidak berilmiah ni. Sapa nak baca, baca lah ye.

 Boleh ke aku nak claim diri sendiri bukan wanita materialistik? Aku pun tak pasti la kot. Aku sememangnya tak berani nak melabel diri sendiri sebagai apa. Tapi kalau dari pemerhatian aku sendirilah kan.....

*Aku naik kereta Kancil je, walaupun hati ni teringin sangat nak bawak kereta yang best-best sikit. Myvi, Viva @ BLM pun dah kira okay dan selesa. Kalau nak bawak mak ayah mertua naik kereta sendiri pun tak malu. Itupun kereta aku tu dah kemek sana sini, calar balar bagai. Cover rim pun dah tanggal. Orang pandang-pandang kereta aku yang tak semenggah tu pun aku buat donno je. Peduli apa aku, kereta tu dah terlalu banyak jasa dengan aku.

* Kalau dalam bab baju bajan ni pulak.

  • Aku ada sehelai je seluar jean. Jangan tak percaya, sehelai je, sepatutnya ada 2 helai, tapi sehelai tu tertinggal kat kampung, bila cari balik dah takde. Ntah sape rembat aku tak pasti. So, dengan sehelai jeans tula aku pakai kesana sini, kalau seluar tu basuh, aku pakaila seluar slack ke, skirt jeans lusuh aku tu ke. Dan yang lagi sadis tu, seluar jeans tu pun makcik aku yang bagi. Kahkahkah. Sememangnya aku susah gila nak cari seluar jeans, selagi yang satu tu selesa selagi itulah aku lenjan sampai ke hujung nyawa jeans tersebut.

  • Kalau nak keluar berjalan, aku pasti runsing. Termenung depan almari adalah satu kebiasaan. Baju apa nak pakai ni?????? Argh!! Benci aku perasaan macamni. Tapi bila dah ade dalam shopping mall, tengok baju cantik gantung-gantung takde pulak nafsu nak beli. Pujuk hati, baju aku banyak lagi dalam almari, buat apa nak bazir lagi. Tapi bila nak pakai. ____________ ??????  (Sila isi tempat kosong).

  • Tudung? Kalau boleh biar bawah RM20 je. Tengok koleksi Fareeda orang? Aku telan air liur jela. Tak mampu!

  • Baju kurung? Semeter paling mahal aku beli adalah baju batik tu. Itupun sepasang je. Teringin tengok orang cantik pakai batik ori, aku pakai kain baju corak batik je.

*Kalau bab gadget ni, aku memang mundur gila la senang cakap .Aku pakai hp Sony Ericsson paling cikai sekalilah. Walaupun orang sekarang dah up sampai Iphone 4s sekali pun, aku tetap disitu. Hp aku tu nak kate canggih? Hahaha. MMS pun takde oi! Setakat call, mesej, amik gambo, dengar lagu bolehlaaaa.. Dari takda.

*Handbag. Ada 1. Jenama Valentino Creations. Bukan Coach. Aku beli kira-kira 4 tahun yang lepas masa sale 70% dekat Sogo. Aku lenjan jugak sampai hancur.  Handbag hantaran aku baru je hancur aku pakai, so patah balik beg yang sebelum ni.

*Kasut pulak. Adalah beberapa pasang. Itu pun banyak yang dah hancur. Aku ni jenis pakai sampai hancur kot. Semua benda aku pakai sampai hancur. Samala denga bab kasut ni. Setahun sekali beli kasut.

*Barang mekap aku kirim salam la aku nak spend duit aku kat bab-bab camni. Saya tak ada eye shadow, tiada blusher, tiada gincu. tiada mascara dalam simpanan. Yang ada lip gloss, moisturizer, celak dan bedak compact. Itu pun jarang sangat pakai. Lagi-lagi tengah pregnant ni. Memang apply natural beauty gitu secara 100%. Ahaks!! Jangan muntah. :p



Kesimpulannya, aku nak beli benda aku ukur kat badan sendiri. Banyak benda aku tak mampu wei. Perempuan mana yang takde nafsu tengok benda-benda cantik. Semua perempuan suka kan. Kalau takde nafsu tu memang tak normal kot. Haha. Tapi aku sekat, aku cuba sekat nafsu aku ni. Tapi bila aku tulis entri ni janganla pulak ada yang fikir aku selekeh nak mampus. Semua benda takde. Kesian betul kat kau Fashya. Kehkehkeh.

Saya cuma ukur baju di badan sendiri. Sumpah aku cakap, aku teringin pakai kereta yang besar sikit dari Kancil, aku teringin ada wardrobe yang penuh dengan baju yang berwarna warni, supaya aku tak perlu termenung lagi depan almari, aku teringin pakai Hp canggih, boleh update Fb n Twitter on da dot, teringin pakai kasut ikut kesesuaian tempat aku nak pegi, teringin sarung Fareeda kat atas kepala ni, supaya kelihatan anggun bergaya. Bab mekap je aku tak berapa nak teringin. Tapi aku masih sedar diri...Cuba bersederhana. Aku bersyukur sebenarnya, ada lagi yang susah dari aku ni. Cuma kita jarang sangat jumpa orang yang susah.

Dan aku masih tak faham andai ada yang cakap aku suka pakai barang branded, suka berlagak, suka makan sedap-sedap dan sebagainya. Etc etc.....

Ini adalah aku. Dan aku pun tak faham kenapa terhasilnya entri tak berkhasiat ni. Entahlah~~








Wednesday, January 4, 2012

Pertama Dan Kedua @12 weeks

Pertama:
Ini Husna dalam kandungan pada usia 12 minggu. Elok je terlentang nampak semua anggota.



Kedua: 
Ini adik baby dalam kandungan usia 12 minggu jugak.
Setiap kali pergi scan mesti dia duduk dalam keadaan sujud.

 3D
4D: Auw, malu nak tunjuk muka..

Tuesday, January 3, 2012

Hello 2012!!

Assalamualaikum 2012~~

How time flies kan? Azam tahun baru saya takde. Boleh? Sebab tahun lepas pun takde azam. Sangat teruk sebab macam langsung takde usaha untuk bangunkan diri sendiri. Hmmm... Actually adalah jugak, tapi biar I simpan sorang-sorang. Aku takut sebenarnya nak ada apa-apa azam ni, takut tak dapat aku frust. Aku tak suka frust, kalau tak suka frust tak payah buat apa-apa azam. Ceh. boleh gitu?

Dahla, aku malas dah nak mengarut lagi. Yang penting bila masuk tahun baru, maka, berkurang lagi umur untuk Mati. Oh, aku takut bila fikir perkara ni. Aku tak cukup amal lagi.

Aku sebenarnya nak tepek gambar anak dara den ni ha sempena entri di awal tahun... Macam-macam keletah dah dia sekarang ni. Manalah ibu ni tak berat hati je nak bagi dekat ayah tu ha... Ish, tak jadikla kot. Tunggula dah betul-betul sarat nanti, sekarang ni masih boleh sebab perut aku ni pun macam segan-segan je nak menunjukkan diri. 14weeks tapi macam takde pape. 

Anak dara den:

Makan susu. 
Kalau aku buatkan susu dia, kalau boleh, dari masukkan air panas, masukkan susu, goncang botol semua dia nak buat sendiri.

Una nak g skola nantii, kena belajar rajin-rajin, nanti boleh jadik budak bijak. :)

 Kami (Saya, Yanti, Kak Nani n Afni) warga BGWS melawat Najah jumaat lepas. Baby Najah baby yang tak banyak ragam, tidur je. Alahai, tengok Najah rindu sangat newborn Husna dulu. I like bau baby.

See, Najah tidur je. Comel! Kitorang duk henyak-henyak atas tilmn pun, dia selamba tidur. Sian Najah hari tu tau. Husna sayang betul dekat baby. Nampakla ciri-ciri bakal kakak yang penyayang gitu nanti. InsyaAllah.

Her current posing. 
Tak taulah dari mana dia belajar posing-posing tersebut bila dihulurkan kamera untuk amik gambar dia. Macam nak menari hiphop pun ada.

Makan sendiri. Tak mau kena suap dah.
(Ewah, makan dalam pinggan corelle nampak. Kihkihkih)




ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ