Thursday, December 1, 2011

Si dia yang lasak: Boy agaknya.

Hurmmmm... Disember sudah menjengah. Bulan terakhir tahun 2011. Alhamdulillah masih bernafas walaupun blog makin kurang bernafas.

Tadi baru balik dari klinik, pergi jumpa anak di dalam kandungan ni. Mengikut scan, saya baru 9 minggu mengandung. Saya rasa dah lama saya mengandung dan mabuk tapi kenapa baru 9 minggu? Hahaha... Lambatnyaaaaaaaaa rasa masa berjalan. Tulah, kalau kita dok menghitung hari je, memang lambatla masa berjalan kan.

So far, tadi saya dah nampak baby saya macam dah cukup sifat. Nampak dia golek-golek dalam perut ni. Bukan golek-golek sebenarnya, cuma dia gerak kaki tangan dia bila perut ni dikuis-kuis Dr tu. Kiut sangat. Walaupun anak ke-2. Rasa excited tu tetap ada macam tengok scan Husna dulu. Pegi check up tadi bukan dengan Dr Fatimah yang best tu, tapi dengan Dr gantian. Dr Fatimah bercuti agaknya. So, macam tak best dengar Dr tu explain sebab muka dia macam tak komfiden je bagi explaination kat aku. Tapi takpelah. Asalkan dapat jumpa baby tadi pun dah okay.

Saya kira, kandungan kali ni agak tahan lasak jugak. Kalau masa Husna dulu, bila dah disahkan mengandung, automatik saya stop semua kerja-kerja berat dan lasak. Turun naik bas ke Klang pun saya terpaksa stop buat sementara waktu sehingga kandungan betul-betul stabil. But now, jangan harap. Dalam masa 3 bulan ni je macam-macam kerja saya buat. Dengan menguruskan Husna lagi. Pergi balik Klang/Seremban ntah brapa kali saya buat. Angkut beg, dukung Husna, jalan kaki, naik jejantas. Kalau dalam bas Husna selamba ya-ya pijak perut, henyak perut sesuka hati dia je. Apa dia tau kan. Huhu.

Kronologi saya mengandung kali kedua ni:


  • 1st of coursela tak datang period sampai 2 minggu. Saya buat UPT, result adalah Negatif. Takpelah, saya biarkan dulu, mungkin period saya delay lama sangat kali ni. Period pun tak penahnya teratur sejak anak dara dulu. 

  • Seminggu lepas tu, saya pergi klinik Dr Fatimah untuk sahkan sebab period still tak menjengah pun. Hasil scan; rahim kembang tapi masih kosong. Takde apa-apa dalam rahim dan result UPT adalah positif tapi garisan double line adalah samar. Dr Fatimah explain, persenyawaan dah ada cuma belum menempel lagi dekat rahim, sebab rahim kembang dah sedia untuk proses penempelan. Dr tanya saya, samaada nak pregnant atau tak. Saya jawapla tak kisah. So, Dr kasi asid folik. Kalau saya cakap tak nak Dr nak bagi ubat gugurkan darah. Lepas diskus dengan suami, macam-macam keputusan yang dia amik, kejap nak...kejap taknak. But at last, kami terima anak ini. Rezeki dari Allah. Orang pertama saya nak bercerita dengan Aishah Rahim tapi Aishah takde masa tu. Reen pulak tegur kat Fb chatting. Apalagi terus jela cerita kat Reen. Rupanya Reen pun tgh pregnant jugak masa tu but belum reveal lagi. Huhu..

  • Seminggu saya cuti balik Klang sebab nak hantar Husna duduk dengan ayah dia sebab saya nak pergi berkursus kat Desaru tempuh hari. Saya buat lagi UPT, resultnya masih positif tapi line still samar. Macam ntah ya ntah tak. Maka, masa kat Desaru, saya selamba ya-ya buat macam-macam aktiviti. Saya naik gelongsor air kat theme park. Kuat kot air kat sana. Naik banana boat. Gilo tak? Main sukaneka; lari dalam guni, tarik tali, lari sana, lari sini. Cukup pakej aktiviti yang agak lasakla jugak.

  • Balik dari Desaru, saya terus pegi Klinik UTM buat comfirmation lagi sekali. Brapa kali da buat test untuk 2nd pregnancy ni. Husna dulu buat sekali terus SAH aku pregnant. Huhu. Ujian dekat klinik UTM, terus SAH! Aku pregnant. Puas hati. Elok je tau pregnant, dan-dan datang penyakit mabuk, mual, loya cukup pakej. Nyampah tau. Bila tak konfirm elok je. Bila dah sah, mulala datang morning sickness ni. Tu yang saya cakap semua ni mainan psikologi. Rasa menyesal jugak pegi cek kat klinik UTM aritu. Haha. Kalau tau buat tak reti je kan. Sebab dekat Desaru langsung takde rasa macam mengandung. Selera besar gajah. Makanan sedap pulak tu. Blasah semua sekali. 

  • Mabuk mengandung kali ni tak sehebat mabuk mengandungkan Husna dulu. Alhamdulillah, cuma kadang-kadang ada jugak tersasar muntah bila lepas makan especially waktu pagi. Tapi yang wajibnya, bangun pagi mesti muntah angin/kosong. Maybe pagi-pagi perut kosong. Tu yang senang nak muntah. Allah tahu, aku nak uruskan Husna lagi, so mabuk kali ni tak teruk sangat sampai tak boleh bangun. Syukur. 


Lari dalam guni

Yang ni baru lepas naik banana boat


Saya rasa macam logik jugak ikut scan sebab masa 3 minggu delay period tapi masih tiada janin dalm rahim. Mungkin ovalution lambat. Ntahla, kite tgu jela next scan. 

Okay, dada..Saya sudah lapar daaa..~~

7 comments:

  1. Bestnye... pengalaman mengandung yang pahit nak telan tp indah untuk dikenang... ;))
    Husna da pandai pe? Lama gle xjumpa dia..

    ReplyDelete
  2. Hahaha kalau boy, seronoknye sepasang!

    Insyaallah boy tu. Lasak bukan main ha ibu neh :D

    ReplyDelete
  3. sama la kita fashya..ni perut dah nampak ni pun buat kerja lasak-lasak, dukung anak..

    kalau boboy best kan..sepasang dah..tapi apa jantina pun tak kisah janji sihat dan sempurna jadi anak yang baik..;)

    semoga selamat sepanjang perjalanan pregnancy kali ini..;P

    ReplyDelete
  4. jage diri baik2 tau! bestnye husna nak dapat adik.. hehe..:)

    ReplyDelete
  5. besnye...hope lepas ni ada rezeki lg utk dpt adik myiesha pulak...hihii...syoknye husna nk dpt adik. moga ibu husna kuat ye....n tabah lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Oh, ini yang dok cari kat FB dengan Twitter tu ye? Sorry Fashya, masa tu kenderaan abang kita rosak. So tak dapat nak online.

    Tapi kan, kita rasa memang bila mengandung dalam masa yang sama dah ada anak, automatik kita macam ada tenaga tambahan kot? Entah eh. Tapi kita pon macam gini jugak. Semua kerja rumah masih boleh buat. Masa Nashrah dan Nashriq dulu, asyik melepek aje. Sekarang ni fikir tanggungjawab kot, kan?

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ