Friday, December 23, 2011

First day @CH

Keseronokan dan keterujaan nak menulis entri basi mengenai percutian kami di Cameron Highland 2 minggu lepas macam dah tak ada. Tapi disebabkan macam rugilah pulak kalau tak abadikan dalam blog ni macam tak best pulakkan. Orang kate better late than never. So, aku cubalah klik kat new post dan start menulis entri ni.

----

Status aku dalam Fb seminggu sebelum kami ke sana yang mengatakan aku nak sangat makan strawberi dari Cameron Highland mendapat respon positif eh dari suami. (apasal ayat aku macam skema beno. Lantaklah!). Bila dia mesej, "Nak pegi Cameron hujung minggu ni jomlah. B cuti 2 hari."Aku, "Ntah, jomla" Acuh tak acuh je aku jawap, padahal dalam hati macam dah berbunga-bunga gitu. Bukan senang oi laki aku ni nak ajak pegi bercuti. Kalau dia dah ajak tu baik ko On je. Sebab tu lah Cameron Highland is our first vacation in 2011. Dah hujung tahun baru nak 1st vacation. Jadikla dari takde langsungkan. Syukur.


Inilah kuasa ibu mengandung. Muahahaha! Request je apa-apa, mesti dapat punya.:p. Kita tengok result mengidam udang galah Kuala Pahang pulak, dapat ke tak? :p Meh nak bagitau perkara sebenarnya. Aku ni takdela mengidam sangat nak makan strawberi tu pun, kalau setakat nak makan strawberi, beli kat Jusco pun dah dapat. Aku nak pegi bercuti jalan-jalan je sebenarnya. Hahaha. Tembelang sudah pecah!


Maka, disebabkan nak sangat pegi bercuti kan, aku pun gagahkan lah diri naik bas dari Jb ke Klang bersama anak kesayangan. Kami gerak dari Klang ke CH pukul 6.30 pagi after subuh. Plannya nak gerak pukul 4 pagi. Takde maknenya la kan, kalau cakap pukul 4 mesti delay 2-3jam punya. Lain kali kalau nak gerak pukul 4 pagi cakap je nak gerak pukul 2 pagi. Tapi sampai sana pun dah dan-dan cun pukul 10.00 pagi. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Sebelum sampai ke destinasi sepatutnya, kami singgahla dulu kedai-kedai di Brinchang.

Disana, kami menetap di rumah makcik saya je, tak payah nak sewa hotel/chalet. Save budget disitu. Duit makan pun. Kami tak JJCM pun kat CH. Setiap kali suami nak pegi kedai makan, aku cakap. Takde selera la nak makan. Memang takde selera pun sebab tekak pahit. Tak syokla kan, makan sedap-sedap, tapi tekak sendiri rasa payau je. Hem.. APTB!


 
Destinasi pertama, Strawberi Farm Al-Masshoof. Ntah macamana la ejanya ni.
Kami singgah sini dulu memandangkan Husna dah mula merengek dalam kereta sebab bosan. 

Destinasi ke dua, Muzium Lebah. 
Muzium yang mempamerkan macam-macam jenis lebah yang korang tak penah jumpa. 
Dari kecik sampai besar. Masuk percuma saja.

Destinasi ke 3. Warung tepi jalan having breakfast. 
Sedapnya hirup minuman panas dikala hujan. Hujan tau time ni. Sejuk gila!


 Memang payah nak suruh dia posing sorang-sorang sampai ibu kena sorok-sorok pergi dari dia.


Ambil kenangan: Family potret 2011
Destinasi ke 4. Tak pastila apa nama tempat ni. 
Tapi ada banyak bunga-bunga n pokok yang cantik-cantik. Lanskap pun cantik.

Abes berjalan part1. Kami terus check in ke rumah makcik. Masa sampai Husna sedang syok tidur, letak je atas tilam dia bangan terus tak jadi sambung tidur. Kitorang berehat-rehat sambil jalan-jalan sekitar rumah makcik. Sekitar rumah makcik pun dah cantik dengan pokok-pokok yang pelik-pelik dan segar bugar. Geram betul tengok semua pokok bunga yang ditanam elok je tumbuh segar.

Depan rumah makcik dan anaknya. Dieja.
 
Pokok buah Susu. Tak pernah jumpa buah ni sebelum ni. Rasa dia taklah sedap sangat. 
Masam-masam lemak. Bunga dia cantik, nampak 'wild' je.

Jangan kate tumbuh-tumbuhan je yang segar bugar, ulat bulu pun segar bugar tau.

Dah abes hilang penat, lepak-lepak, makan tengahari, kami sambung berjalan semula ke Kea Farm, Brinchang. 


Boleh self pick kat sini. Untuk cendawan jelah. Strawberi park dia tutup sebab strawberi tak banyak yang masak. Sedih jugakkan. Mungkin ramai orang, strawberi pun banyak yang dah abes.


Seterusnya ke Ladang Teh BOH. Jalan menuju ke ladang adalah seram gila. Selekoh yang tajam dan berbelok-belok. Kena lebih berhati-hati. But worth it dalam tengok pemandangan yang hijau macam ni. Gigih tak gigih jugakla aku turun kat ladang yang curam menjunam ni. Just wonder cemane orang yang kutip daun teh melalui curam-curam bukit bukau ni dengan tanah yang licin. Kami nak ke kilang tak boleh sebab kilang dah tutup seawal 4.30 petang. Kami sampai pun dah pukul 5. 

Alang-alang dah naik sampai atas, kami ke kebun sayur/ladang strawberi puncak bukit. Jauh jugak perjalanan yang berliku-liku. Seram!


Gambar ni macam kelakar. Sebab yang tukang amik pekerja Bangla kat sana yang beriya nak amik gambar keluarga kami. Mula-mula dia suruh aku tadah tangan n suruh hubby tunjuk dekat tangan aku tu. Ingatkan dia nak buat apa, rupanya dia nak buat seperti gambar kat atas ni la. Tapi tak nampak reallah, tomato nampak terapung, kepala hubby pun sekerat je. Kantoi lagi nampak jari dia pegang tomato. kehkehkeh. Aku gelak je tgk gelagat dia. 



Hari dah malam kita pulang ke saranglah. Sampai rumah pun dah lepas Maghrib. Sambung lagi...........


2 comments:

  1. nak pergi ladang teh boh tu memang seram gile! tapi betul worth it bila sampai atas tu.. one thing about cameron highland ni, semua tempat kena pergi awal..sebab tempat melawat tutup cepat...

    ReplyDelete
  2. Best! Kecik2 je kita pernah pi sana. Nak ajak suami dia takut ah nak drive ke sana. Kena paksa ayah la cenggini. Haha

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ