Monday, December 5, 2011

Jalan-Jalan hujung Minggu

Jumaat lepas aku bercuti sebab pengasuh Husna mintak cuti. So, aku pun terpaksala cuti jugak walaupun cuti dah tinggal hujung-hujung nyawa je. Disebabkan adik bongsu saya ada dekat rumah, cuti sekolahkan. Dia pun plan lah macam-macam nak ajak aku yang tak berapa nak daya ni pegi jalan-jalan. Tak jalan ke mana pun. Setakat ke Jusco Bukit Indah jela. Niat si Syahid ni nak ajak aku pegi Tanjung Piai. Tak kuasanya aku nak bawak dia ke sana. Jauh lagi. Nak masuk hutan lagi dengan Husna. Dengan tak larat aku lagi. Kirim salam jela. Dulu masa bawak adik perempuan bolehla sebab still bujang lagi.

Bila dah rilex-rilex sikit, pukul 3 lebih baru lah gerak ke Bukit Indah. Sekarang ni kalau nak jalan mana-mana aku kena take time sikit, tunggu badan dan betul-betul stabil baru boleh nak jalan. Kang tak pasal-pasal boleh tumbang.

Sempena krismas ni, memang cantikla Jusco buat hiasan dalaman kan. Husna suka pulak dengan tempat tu, siap lepak lama gila kat sana.

Husna n Pak usu. 
Nak amik gambar macam pakusu tak sampai pulak.

Hurm...Geram!



Banyak betul pingu



 Ade pulak jongkang jongkit ni, lagi syok dia main taknak lepas. 
Pak usu tukang layan.

Hari esoknya, ayah aku datang ke Jb sebab nak pegi ke kenduri kawen anak kawan dia dekat Kulai. Ayah sampai-sampai je Jb, aku ajak dia makan kat luar. Sorilah, anakmu ni begitu terasa sangat menjengkelkan. Haha. Tak boleh bau masak-masak ni. Waima, jiran masak dan bau masakan menusuk ke lubang hidung pun rasa nak ketuk pintu jiran bagitau jangan masak boleh? Kalau bolehla, tapi tak boleh pun.

Husna and her 'Mak Adik'. Adik bongsu aku yang dengan mak tiri. 
Dia mekapkan Husna kemain lagi capuk muka anak aku tu. Muka dia pun capuk jugak.
Awat ketat sangat muka Husna ni. Memang sah ANAK AYAH. Muka ketat!Hahaha.

Dekat tangan Husna tu adalah sweet potato. Setiap minggu aku harus ke Jusco untuk beli sweet potato sebab Husna suka sangat makan keledek manis. Keledek ni memang manis sangat. Rebus je tak payah tambah garam ke apa. Pastu ratah je macam tu. Aku ni nasib baik le peknen. Tak lalu sangat nak makan. Kalau tak lagi kerap aku ke Jusco semata-mata nak beli sweet potato ni. Aku pun hantu sweet potato.



Nilah tujuan utama ayah aku sangat excited nak ke Kulai ni ha... Kemain awal bersiap ajak aku pegi sekali ke Kulai ikut dia. Ini semua kawan-kawan dia masa berkhidmat sebagai tentera dulu. Kira macam reunion la ni. My ayah tu yang no 2 dari kanan.

Dari pukul 11 sampai pukul 3 lepak kat situ je. Sampai-sampai je terus berborak tak ingat nak makan.  Aku serenderlah, pukul 1.30 dah nak beransur balik. Husna pulak meragam nak tidur, terpaksa lah pangku dia sambil drive sepanjang Kulai-Jb. Tak jauh, sejam lebih je. Bila letak je mula meragam. Dahla asik nak berdukung je. Dengan orang lain semua taknak. Perangai meragam Husna sekarang makin menjadi-jadi rasenya sejak 2 menjak ni. Agaknya tahu nak dapat adik kot. Tapi bila suruh sayang baby, kemain lovely lagi cium perut ibu dia.

Kawan-kawan ayah aku ni bila aku tengok balik suma dah tua-tua. Seusia je tengok semua. Kerut kat muka pun dah banyak. Pagar pun banyak yang dah roboh. Hihi.. :P Alahai, cepat je masa berlalu. Aku pun kadang-kadang menyelit jugak kat celah-celah diorang berborak tu. Diorang ni macam satu family. Rapat sangat. Aku pun dah biasa dengan diorang since kecik-kecik lagi especially Acik Mail, pakcik paling kiri skali tu. Masing-masing dok cerita pasal keluarga, pasal anak, pasal aktiviti harian, pasal cucu. Macam-macamlah. Aku saje sibuk-sibuk pasang telinga sekali. Seronok dengar diorang beborak. Life masa dulu-dulu. Sangat kenangan.

Agaknya kita nant geng blogger, bila jumpa masa dah tua-tua macam ni. Lagi excited kot kan.
^_^.


2 comments:

  1. husna dh besar ni xde dah muka sama mcm mya kan hehehe. elok la fashya tak mkn keledek.byk angin tu tak sesuaii

    ReplyDelete
  2. ish, tak caye je nengok syahid dah besar..dulu nengok time kecik2 je..huhu..sweet sangat muka syahid cam fashya

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ