Friday, November 25, 2011

Biras Baru

20.11.2011. Cantik tarikh ni kan, selain 11.11.11. Tarikh tu, den dapat biras baru. Biras perempuan pulak. Sebelum ni ada 2 orang biras lelaki je. Kali ni macam excited sikit le sebab biras perempuan pulak. Nanti raya ke ada kenduri umah MIL ke, kite tengok le sapa paling rajin kat umah MIL. Hahaha.. Acah je.

Minggu lepas, adik ipar aku telah selamat diijabkabulkan dekat Senawang, N9. Dokek je umah besan MIL den tu. Sonang kijo. Takdela susah-susah nak buat rombongan Cik Kiah naik bas pegi jauh-jauh. Lagi-lagi dengan den yang telah sibuk nak bermabuk-mabuk ni ha. Okaylah, malas betul nak mececeh dalam blog lately. Maka, blog pun memang susah nak ada entri baru. BE pun jangan harapla nak menari-nari dalam NufFNuff tu ye.

Jom layan gambar jela.

 Sword Barrel. 
Hmmm, syok nya kawen lalu bawah pedang. :p

 Adik Ipaq den yang bambam. :p Tgu pengantin pompuan datang.
Agaknya kalau kawen dengan orang Johor, memang takde can la nak kutip duit tol sebab kawen penuh istiadat pegawai askar. Ye tak? rugi..rugi mak andam.


  Pegang kuat-kuat jangan bagi lepas tu.

 Mohd Firdaus dan Shila Salim

Husna tutup muka tanda takut bunyi kompang. Nasib baik tak melalak.

 Itu dia Mak Mertua den tengah tepung tawar anak dan menantu baru.

 Adik beradik 


Ni lah cita-cita aku dulu semasa menjadi anak dara. Konon-kononnya nak kawen lalu bawah pedang. Kahkahkah. Angan-angan jela kan. Selamat kawen dah aku walaupun tak lalu bawah pedang pun. Ate, kalo nak lalu bawah pedang awat tak cari pegawai asko? Pegawai polis komfemla tak lepas sebab ayahanda beta tak bagi kawen dengan polis. Nape pun den tak taula.

Tengok adik ipar, kakak ipar dan kawan kawen lalu bawah pedang pun jadiklah ye. Huhu
Petang ni, nak ke Seremban lagi, majlis belah lelaki pulak. Adoi. merewang lagi kite ye. Harap-harap laratla badan ni nak buat keje ye. Sampai jumpa lagi. (ntah bila)... Selamat berhujung minggu.
Dada~~




2 comments:

  1. cantik pelamin nye. eh kalo yg kawen lalu bwh pedang ni pangkat tinggi jgk kan.bkn pegawai biasa kan

    ReplyDelete
  2. memang best je tengok org kawen dengan istiadat askar ni..nampak smart je depa.
    tahniah kerana telah mendapat biras baru..hehe..

    fasha gambar yang first tu patutnya caption sword barrel kot..bukan skuad barrel..;)

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ