Thursday, November 17, 2011

Contest: Kenapa saya suka baca http://myaishah.blogspot.com

Ape punya hormon malas nak update blog sejak disahkan mempunyai paras hormon progestron yang tinggi dalam badan ni la... Walaupun hari-hari dok belek blog yang ala-ala hidup segan mati tak mau ni. Sunyi dan makin sepi ni. Ade orang kesah? Huahuahua..

Baiklah, inilah yang dikatakan pembawakan ye. <Alasan>

------end------

Tujuan entri ini dicipta adalah sebagai dedikasi kepada salah seorang hot mummy kita yang bakal menerima cahaya mata sekali lagi pada bulan depan. InsyaAllah, iaitu Puan Aishah Rahim. Terlalu lama teaser untuk contest yang dianjurkan Aishah, dan ini respon yang sebenar-benarnya. Sebagai rakan maya pada mulanya, sehinggalah tercetusnya BGWS pada bulan Januari 2011 oleh beliau yang telah menemukan kami blogger-blogger wilayah selatan untuk bersua muka. Dengan pertemuan pertama tersebut telah bawa kami ke pertemuan kedua ketiga dan seterusnya. Alhamdulillah.

Kenapa saya suka baca http://myaishah.blogspot.com?

Sebenarnya, memang sangat tak disangka pun boleh teruskan persahabatan sampai setakat ini. Saya mula mengenali blog beliau sekitar tahun 2009 masa dia sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinan pada 14Mac2009. Ini dia blog tersebut. Dari situlah saya mula skodeng setiap aktiviti Aishah untuk buat persiapan perkahwinan dia. Sebab dalam tahun tu jugak saya pun mau kawen, mane tau boleh cilok-cilok idea hari perkahwinan dia untuk majlis saya nanti. Hihi.. Sori ye Aishah, kita dah lama jadik silent reader blog Aishah masa tu. Tapi waktu tu tak tau yang blog MyAishah pun wujud jugak masa tu.

Mula-mula jengah blog Aishah 14Mac2011 tu, the first thing yang saya perasan ialah wajah suami kesayangan Puan Aishah ni iaitu En Wahid memang sebijik sejibun dengan adik saya. Seriusly sama sangat. Wahaha. Inilah yang dikatakan pelanduk dua serupa. Dengan hitam manisnya, dengan senyum dia. Memang samalah! Tak caya tengok teaser yang lepas. Wahid pun mengiyakan kan?

But eh, eh, bukan ini sebab utama kenapa saya suka baca blog Aishah. Gilo ke ape adore laki orang lain yang sama dengan muka adik sendiri. Hahaha... Sebab utama dia of course la, cara penyampaian dan penceritaan Aishah untuk setiap entri yang dia tulis. Kalau cerita kelakar, very funny bila baca. Boleh gelak sorang-sorang depan laptop ni ha. Kalau sedih, serius menusuk jantung hati merendam air mata bila baca entri sedih. Senang cerita, setiap entri adalah berkualiti gitu. Walaupun Aishah ni lebih muda dari saya sebenarnya, tapi cara dia bercerita adalah matang and very down to earth. Setiap ayat dia tersusun tak macam haku ni ha, suka ati je nak tulis apa-apa tanpa rasa bersalah.

Dan mungkin jugak, saya belajar menulis blog errr...maknanya menyusun ayat yang tak carca merba macam entri seawal-awal pembabitan diri  dalam dunia blog ni dari membaca blog-blog macam Aishah. Kemas, tersusun, putih bersih, tak serabut, clean n clear. So sedikit sebanyak jugakla mempengaruhi blog saya sekarang. Tiru yang baik tak salahkan?

Contoh: semalamkan aku pegi kenduri kawen...............lepas tu jumpela kawan-kawan lama dulu......Syok giler! macam-macam cerita aku tau dari diorang nih. 

Ntah dari mana pucuk pangkal cerita. Takde noktah, tetiba nak buat titik banyak-banyak. Perenggan pun takde. Nampak tak tersusun langsung. Tak serabut ke camtu. Walaupun sekarang ni pun banyak jugak entri carca merba saya. Tapi betterla sikit dari dulukan. Hihihi....


Lepas tu, bila dia dah kawen, dia terus proceed penulisan dekat MyAishah.blogspot.com dan blog kawen ditinggalkan. Hihi. Maka, saya terus follow blog yang satu ni pulak. Masih silent reader. Bace senyap-senyap. Baca then blah tanpa tinggalkan jejak. Segan kot masa tu. Baru-baru jadik blogger, nak tinggalkan jejak pun macam segan-segan. Sebab tengok komen dalam setiap entri dia boleh tahan jugak dong, dari komen kat entri aku yang takde langsung tu. Lepas tu, dia disahkan mengandung, saya masih lagi menjadi silent reader. Seronok sangat masa tu sebab rezeki yang Allah kurniakan pada Aishah sangat cepat.

Tapi yang membuatkan saya tergerak hati nak tegur dia bila Aishah kehilangan anaknya, Anis Nashrah pada 25 minggu kehamilan.Ya Allah, entri Aishah pada masa tu sangat-sangat meruntun kan jiwa saya ni sebab masa tu pun saya baru saje hamilkan Husna 2-3 bulan. Ya Allah, sejak dari itu, saya pun terus menerus baca entri-entri dari Aishah sampai ke hari ni. Sekarang, setelah kehadiran Nashriq dan coming soon Adik N____ . Syukur. Allah itu Maha Hebat. Perjalanan hidup kita telah dirancang sebaik mungkin. Kini Allah mengurniakan 2 permata hati buat pasangan ini.

Harapan saya buat MyAishah.blogspot. Teruskan menulis okeh. I love ur entri so much. Do Keep In Touch, selagi Fashya ada kat bumi Jb ni, kita boleh jumpa lagi kan.


She's really nice person.

 Berborak tak hengat gitu.

2 comments:

  1. :))

    Tersenyum kita baca. Thanks sebab join Fashya. Kita ingat 1st time tegur Fashya sebab gambar kat FB ke ape entah. gambar scan Nashriq kat Perdana kalau tak salah. Fashya kata yang Fashya pon check up kat situ. Kan?

    Lagi 2 hari tarikh tutup. Nanti kita umumkan pemenang eh? :))

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ