Bulan ni bulan paling tak produktif dalam menghasilkan entri baru. Sebab aku dah rase macam bosan nak mengarang ayat- ayat aku yang tak best ni. Taip-taip delete, taip-taip delete. Itulah keje hari-hari.
**
Ini kawasan perumahan yang aku didiami sejak Husna berada 7bulan dalam kandungan. Bermakna sudah setahun 3bulan aku diami rumah ni. Bagi aku, rumah ni okaylah. Double storey, besar, walaupun nampak buruk dari luar takpe, yang penting dalam dia ada 4 bilik, 3 bilik air tapi satu yang bawah dah tersumbat. Hall yang sangat luas, sesuai dengan Husna yang suka sangat nak berjalan je. Hall atas pun luas, tapi kosong dan panas. Dapur je kecik cinonet, 3 orang masuk dah penuh dah. Halaman pun boleh sumbat 2 bijik kereta. Dan ade sedikit tanah, cukuplah sekadar nak tanam lalang. Hahaha. Memang rumah aku ni dipenuhi lalang tahu. Baru-baru ni je dapat hidayah nak tebas lalang tu sebab dah mencacatkan pandangan aku nih. 'Orang lain' suka tengok lalang tu semua. Mampu mencangkul lalang dengan baju kurung berkasut tinggi balik dari kerja? Hahaha, nampak aneh je kan? Aku peduli ape, aku sebat je cangkul tu asal lalang tu mati semua. Bagi togel. Pastu aku tanam lah ulam sambung nyawa, [kalo tak tau ape ulam sambung nyawa tuh, sila la click link tu eh]. Aku memang suka sangat ulam tu, amik benih pun dari ofis. Harap-harap hidup segar bugarla dia. Amin.
Aku juga suka sangat kawasan perumahan aku ni. Dekat dengan kedai, taman permainan, . Jiran yang baik, ambil berat, anak-anak dia pun suka sangat dengan Husna. Pantang nampak Husna, mesti nak terkam dekat, nak dukung, nak cuit-cuit pipi, nak kiss-kiss. Haip! Nasib baik kicik lagi.
'Nahunna'.
Boys ni panggil Husna. Anak jiran sebelah.
Dulu, sebelum Husna dilahirkan, taman permainan depan rumah aku tu, memang aku buat donno je. Pandang pun tak mahu. eceeh! Aku tengok memang ramai yang guna taman depan rumah sebaik mungkin especially kaum Cina. Pagi-pagi apek-apek, ahso-ahso datang buat exercise dekat laman. Bila petang plak, budak-budak lelaki cina main bola keranjang dekat gelanggang yang dah disediakan. Yang melayu pun ade jugak, cuma banyak kaum Cina yang dominasi tempat ni. Bila Husna dah masuk umur 4-5 bulan barulah aku pandang betul-betul taman ni. Lagi-lagi bila balik kerja Husna asik usha aje taman ni.
Ini kawasan untuk exercise. Ade alat-alat senaman kat sini. Husna suka kalau aku bawak dia ke sini. Pegi sana, pegi sini. Tengok bird, kalau ade nasib dapatla tengok cat n dog.
Macam nih.
Anjing comel bulu teddy bear. Agaknya kalau diberi peluang sentuh ni. Dah lama anjing ni kena terkam dek Husna. Bila anjing ni bagi Bark je. Terus terkedu Husna. Peluk ibu sekuat hati. HAHAHA.
Muka girang dapat main kat taman.
Jalan-jalan.
Tapi........
Aku sakit hati sangat bila taman yang cantik/proper/ada banyak kemudahan macam ni di'vandalisme'kan oleh orang-orang bangang yang takde sivik langsung. Sori aku berkasar plak. Sakit hati.
Ini lukisan kuno mane aku tak tau. Melucah pulak tu. Sakit mata aku tahu!
Aku tuduh budak-budak sekolah pendek akal yang buat, tapi aku tak maulah main tuduh-tuduh. kang fitnah aku plak dapat dosa free. Hahaha. Emo aku pagi-pagi tu. Elok-elok mood baik bawak anak jalan-jalan, nampak lukisan macam ni, aku terus emo bawak Husna balik rumah. Benci dengan orang yang tak sedar diuntung. Kalau nak melukis pun lukisla baik-baik. Elok-elok atas kertas lukisan. Tak perlu tunjuk seni kau lukis kat atas tiang ni.
Aku fikir orang macam ni kurang kasih sayang.Fullstop.
ermm.. dah elok2 ada kemudahan, di salah guna plak..
ReplyDeletenahunna- mcm nama anak jepun...hehe..rumahku syurga ku..yang penting rumah selesa..kan kak..=)
ReplyDeleteseronok ye husna main kat taman
ReplyDeletetapi..memang sakit hati tengok camtu.dah elok2...ada je yang menyakitkan mata.
memang kurang kasih sayang.huhuu..
bdk2 kalo bwk main kt taman mmg hapy giler. mcm lepas bebas gitu kot huhu
ReplyDeleteanak hepi, kite pon hepi =)
hudug sungguh lukisan2 tu semua. xleh padam ke ek?
bestnye....tak penah bawak aqeef gi taman lg..terukkan huhuhu
ReplyDeleteluas taman tue...mesti husna puas jenjalan..
ReplyDeletehihi wah bestnye rumah fashya ada taman cenggitu...tak yah p jauh2 kan..hiih husna pun happy...
ReplyDeletehihi tak menarik langsung lukisan tu..sabar je la
syoknya husna. tmn pon cantik. mya tak merasa nk jejalan tmn ptg2 mcm tu.tkat jalan2 kat bwh flat jer
ReplyDelete