Thursday, June 23, 2011

Bukan Mesra Kamera Tapi Mesra Haiwan.


Manelah tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Husna bukan jenis mesra kamera sama macam ayah dia. Knapa kuah awak tak tumpah atas nasi ibu je Husna! Kalau tumpah kat atas nasi ibu kan senang. Ibu hala kamera je awak posing, awak sengih ke, senyum ke, lagi advance bagi peace ke. Haha. Ini ikut ayah. Susah bebeno nak pandang n bagi pose baik punya untuk simpanan ibu dan untuk awak jugak bila besar nanti. Apatah lagi nak senyum.

Macam boyfriend kawan awak ni, Adib. Dia tengah main bola sepak pun dia boleh berhenti sekejap bila ibu halakan kamera dekat dia, siap bagi senyuman menawan lagi sampai ibu pun cair tau Husna.


Minggu lepas saya pulang ke kampung halaman di Segamat, sempatla jumpa budak comel ni. Sebaya dengan Husna, beza waktu lahir cuma 5hari saja. Seronok pulak tengok diorang ni main sama-sama. Comel je.

Diorang main bola terapung.

Adib masih mahu pandang kamera, sementara Husna sibuk dengan hal dia.

Tapi dia sangat mesra haiwan. Macam ayah dia jugak. Lol. Kucing especially. Kalau diberi peluang nak hug anjing agaknya dia nak hug jugak. Tiap-tiap petang mesti nak melawat anjing jiran yang suka menyalak. Suka betul dia jengah, bila dia jengah, anjing tu menyalak sekuat hati lepas tu menggigil takut. Lepas tu nak tengok lagi. Macam tu lah tiap-tiap petang. Sampai lah dia puas hati dan nak masuk rumah.






OMG, She really loves Cat.
Tengok ajelah gelagat dia dengan cat tu.

Selama ni tengok dari jauh je, sekali dah dapat depan mata, macam-macam dia buat dengan cat tu. Tu belum lagi dia tepuk-tepuk badan cat tu, pastu nak baring atas badan cat macam nak baring atas bantal.

Ibu bagi awak gomol kucing tu sebab kucing tu bersih, tapi cik suami dah warning awal-awal plak takut bulu kucing masuk hidung. Alang-alang anak dah suka tu, aku hadap kan ajelah, tak elok sangat semua benda nak dilarang. Ate, bila masa dia nak explore alam keliling dia kan?

Nanti kita pegi zoo lagilah okay Husna. Kita pegi Zoo Taiping plak. Kat sana lagi banyak haiwan yang awak kene kenal. :)










Ibu: "Husna, pandang ibu!"
Husna: "Syhhh ibu, Husna tengah usha cat tu tgk buat apa..."

9 comments:

  1. anak akupon kalo nampk kucing macam nmpk ape..suke betul..kucing tu cakar pun die buat dek jek...

    ReplyDelete
  2. adib tu comel..besar nnt mesti hensem...husna nmpak sgt suka ngan kucing..selamba je baring atas badan kucing..hehe

    ReplyDelete
  3. mcm dh lame xtgk husna,
    dh pjg eh rmbut, lebat dh, hehe

    ReplyDelete
  4. alolo..tomeinyer husna posing with cat! :)

    ReplyDelete
  5. Husna... Syira pon suka kucing gak... dipenyek2nya kucing... tambah kalo kucing kaler putih gebu... ;))
    Mesti berebut ngan Husna ni kalo main kucing putih sama2... ;P

    ReplyDelete
  6. boleh nk bagi husna main kucing tapi jangan selalu sangat sebab takut bulu kucing tu bahaya utk budak kecik,boleh menyebabkan asma jugak.ape2 pun cayalah husna tak takut pegang kucing,aku takut gile(maybe anak2 akan mewarisi skit2.haha)

    ReplyDelete
  7. uish penyet kucen tu kena smackdown ngan husna

    ReplyDelete
  8. Ahhhh, yang aku dok usar dalam gambar yang kau letak adalah baju rimau anak kau. Aku nak beli la untuk anak rimau aku!

    ReplyDelete
  9. dah macam bantal husna kerjakan kucing tue...mujur la kucing tue tak mencakar ye bila husna buat macam tue...hehehhe

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ