Wednesday, December 28, 2011

Kak Long Una


Selain pandai breastfeedkan baby, Husna jugak pandai salinkan diapers baby. Jom tengok. Hihi. Ada ciri-cirila seorang bakal kakak. Practice make perfect bebeh!


Yang kelakar, siap cium tu 'tut' bear-bear tu. Haha

Friday, December 23, 2011

First day @CH

Keseronokan dan keterujaan nak menulis entri basi mengenai percutian kami di Cameron Highland 2 minggu lepas macam dah tak ada. Tapi disebabkan macam rugilah pulak kalau tak abadikan dalam blog ni macam tak best pulakkan. Orang kate better late than never. So, aku cubalah klik kat new post dan start menulis entri ni.

----

Status aku dalam Fb seminggu sebelum kami ke sana yang mengatakan aku nak sangat makan strawberi dari Cameron Highland mendapat respon positif eh dari suami. (apasal ayat aku macam skema beno. Lantaklah!). Bila dia mesej, "Nak pegi Cameron hujung minggu ni jomlah. B cuti 2 hari."Aku, "Ntah, jomla" Acuh tak acuh je aku jawap, padahal dalam hati macam dah berbunga-bunga gitu. Bukan senang oi laki aku ni nak ajak pegi bercuti. Kalau dia dah ajak tu baik ko On je. Sebab tu lah Cameron Highland is our first vacation in 2011. Dah hujung tahun baru nak 1st vacation. Jadikla dari takde langsungkan. Syukur.


Inilah kuasa ibu mengandung. Muahahaha! Request je apa-apa, mesti dapat punya.:p. Kita tengok result mengidam udang galah Kuala Pahang pulak, dapat ke tak? :p Meh nak bagitau perkara sebenarnya. Aku ni takdela mengidam sangat nak makan strawberi tu pun, kalau setakat nak makan strawberi, beli kat Jusco pun dah dapat. Aku nak pegi bercuti jalan-jalan je sebenarnya. Hahaha. Tembelang sudah pecah!


Maka, disebabkan nak sangat pegi bercuti kan, aku pun gagahkan lah diri naik bas dari Jb ke Klang bersama anak kesayangan. Kami gerak dari Klang ke CH pukul 6.30 pagi after subuh. Plannya nak gerak pukul 4 pagi. Takde maknenya la kan, kalau cakap pukul 4 mesti delay 2-3jam punya. Lain kali kalau nak gerak pukul 4 pagi cakap je nak gerak pukul 2 pagi. Tapi sampai sana pun dah dan-dan cun pukul 10.00 pagi. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Sebelum sampai ke destinasi sepatutnya, kami singgahla dulu kedai-kedai di Brinchang.

Disana, kami menetap di rumah makcik saya je, tak payah nak sewa hotel/chalet. Save budget disitu. Duit makan pun. Kami tak JJCM pun kat CH. Setiap kali suami nak pegi kedai makan, aku cakap. Takde selera la nak makan. Memang takde selera pun sebab tekak pahit. Tak syokla kan, makan sedap-sedap, tapi tekak sendiri rasa payau je. Hem.. APTB!


 
Destinasi pertama, Strawberi Farm Al-Masshoof. Ntah macamana la ejanya ni.
Kami singgah sini dulu memandangkan Husna dah mula merengek dalam kereta sebab bosan. 

Destinasi ke dua, Muzium Lebah. 
Muzium yang mempamerkan macam-macam jenis lebah yang korang tak penah jumpa. 
Dari kecik sampai besar. Masuk percuma saja.

Destinasi ke 3. Warung tepi jalan having breakfast. 
Sedapnya hirup minuman panas dikala hujan. Hujan tau time ni. Sejuk gila!


 Memang payah nak suruh dia posing sorang-sorang sampai ibu kena sorok-sorok pergi dari dia.


Ambil kenangan: Family potret 2011
Destinasi ke 4. Tak pastila apa nama tempat ni. 
Tapi ada banyak bunga-bunga n pokok yang cantik-cantik. Lanskap pun cantik.

Abes berjalan part1. Kami terus check in ke rumah makcik. Masa sampai Husna sedang syok tidur, letak je atas tilam dia bangan terus tak jadi sambung tidur. Kitorang berehat-rehat sambil jalan-jalan sekitar rumah makcik. Sekitar rumah makcik pun dah cantik dengan pokok-pokok yang pelik-pelik dan segar bugar. Geram betul tengok semua pokok bunga yang ditanam elok je tumbuh segar.

Depan rumah makcik dan anaknya. Dieja.
 
Pokok buah Susu. Tak pernah jumpa buah ni sebelum ni. Rasa dia taklah sedap sangat. 
Masam-masam lemak. Bunga dia cantik, nampak 'wild' je.

Jangan kate tumbuh-tumbuhan je yang segar bugar, ulat bulu pun segar bugar tau.

Dah abes hilang penat, lepak-lepak, makan tengahari, kami sambung berjalan semula ke Kea Farm, Brinchang. 


Boleh self pick kat sini. Untuk cendawan jelah. Strawberi park dia tutup sebab strawberi tak banyak yang masak. Sedih jugakkan. Mungkin ramai orang, strawberi pun banyak yang dah abes.


Seterusnya ke Ladang Teh BOH. Jalan menuju ke ladang adalah seram gila. Selekoh yang tajam dan berbelok-belok. Kena lebih berhati-hati. But worth it dalam tengok pemandangan yang hijau macam ni. Gigih tak gigih jugakla aku turun kat ladang yang curam menjunam ni. Just wonder cemane orang yang kutip daun teh melalui curam-curam bukit bukau ni dengan tanah yang licin. Kami nak ke kilang tak boleh sebab kilang dah tutup seawal 4.30 petang. Kami sampai pun dah pukul 5. 

Alang-alang dah naik sampai atas, kami ke kebun sayur/ladang strawberi puncak bukit. Jauh jugak perjalanan yang berliku-liku. Seram!


Gambar ni macam kelakar. Sebab yang tukang amik pekerja Bangla kat sana yang beriya nak amik gambar keluarga kami. Mula-mula dia suruh aku tadah tangan n suruh hubby tunjuk dekat tangan aku tu. Ingatkan dia nak buat apa, rupanya dia nak buat seperti gambar kat atas ni la. Tapi tak nampak reallah, tomato nampak terapung, kepala hubby pun sekerat je. Kantoi lagi nampak jari dia pegang tomato. kehkehkeh. Aku gelak je tgk gelagat dia. 



Hari dah malam kita pulang ke saranglah. Sampai rumah pun dah lepas Maghrib. Sambung lagi...........


Thursday, December 22, 2011

HambaMu Allah

Entri pendek je arini. Entri basi Cameron Highland entah bila nak sambung. Hoho.
Arini aku asikla dengar lagu Hamba OST ImamMuda. Best betul lah lagu ni. First dengar dalam kereta housemate yang rajin sangat bukak Ikim.Fm n cd-cd nasyid dalam kereta. Rumah takde Astrok kan, so agak jakunla kan tak pernah dengar. Dalam kereta, aku dengan Husna memang syok abesla dengar lagu ni. Rasa semangat dengar lagu ni. Husna siap angkat-angkat bahu layan lagu. Tengah Bf dia gerak-gerak badan dia sikit-sikit. Oh I fall in love. #Over.


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Dah abes entri....babai

Wednesday, December 21, 2011

Ibu pasti akan rindukan Husna.

Huh! Satu keluhan yang terpaksa saya lepaskan. Nak buat luahan perasaan ni.
Tak tau kenapa saya tetiba nangis bila teringatkan Husna. Saya sedihla. Sedih sangat. Tahun depan mungkin dia dah start duduk dengan ayah dia kat Klang. Dan saya berseorangan dekat Jb ni. Yelah, bukan berseorangan sebab ada baby yang teman saya dalam perut ni. Tapi.......... Ini satu perasaan yang mungkin saya tak boleh terima bila dia tak duduk dengan saya nanti.

She is very adorable girl. Saya tak bolehla hidup kalau takde dia nanti. Setahun 7 bulan jaga dia sendirian, tiba-tiba ayah dia nak amik! Uwaaaaa....Ntah-ntah ari-ari boleh nangis kot, macam sekarang ni. Menitik-nitik dah air mata ni. Macam mana eh nanti, saya bangun pagi, selalunya saya pasti akan dengar merengek nak 'titek' dulu. Dah dapat dia mulalah happy-happy, main dalam gelap sementara nak tunggu mood nak bangun saya datang dan bawak dia mandi. Dalam bilik air, sejuk-sejuk pun dia suka mandi. Gosok gigi sama-sama. Walaupun dia takdela gosok mane pun gigi dia tu. Main je lebih. Bila ibu nak gosokkan, tak bagi pulak. Dah siap mandi, main kejar-kejar dengan ibu dulu nak pakaikan diaper, nak pakaikan baju. Sementara ibu siap-siap nak g kerja, dia main-main dulu. Ibu buat susu, dia pegi sendiri ke atas tilam dan minum susu. Senyap seketika. Kalau minum susu pulak, mesti nak tinggalkan sikit dalam setengah oz. Mesti macam tu. Kalau buat 5oz, tinggalkan sikit, buat 4oz tinggalkan sikit jugak. Buat 6oz, tinggalkan sikit jugak. Macam tau-tau je bila dah tinggal sikit berhenti terus. Dah siap susu, pandai letak botol susu atas meja. Dia tak campak merata-rata.

Ibu dah siap kemas-kemas nak pergi kerja, keluar rumah sama-sama, sarung kasut, pastu mesti dia yang keluar dulu meluru ke arah kereta sambil-sambil dengar bunyi doggie. Doggie jiran pagi-pagi dah menyalak. Dia pun sukalah nak tiru-tiru bunyi doggie tu. Pastu cakap "ei..tatut". haha, comel gila reaksi tatut dia tu. Bila ibu bukak pintu pandai meluru ke arah kereta nak masuk kereta. Duduk dekat co pilot seat. Dah jarang sangat Husna duduk dalam car seat dia. Duduk sebelah dan pasangkan seatbelt.

Sebelum sampai rumah Maktok, mesti belikan dia sarapan dia dulu. Sejak pregnant, saya tak pernah masak untuk dia lagi. Mula-mula atas alasan mabuk tak boleh masak, bila dah lama-lama jadik malas pulak nak masak pagi-pagi. Lagipun pengasuh okay je. Takdehallah kan. Sekarang Husna jenis pemakan, apa aje nak, dah tak memilih macam dulu susah nak makan. Semalam pegi kedai RM2 dia jumpa plastisin kaler cantik-cantik. Saya tak expect dia ingat benda tu makanan. Sampai je rumah, saya gentel-gentel plastisin tu n tekap dengan bentuk rama-rama, sepantas kilat dia amik dan masukkan dalam mulut. Mau tak terkejut aku tengok dia masuk dalam mulut. Terus menjerit. Sambil cakap, this is not food Husna, ini mainan. Dia dengar saya menjerit, terus dia cebik dan menangis. Terus tak diusik plastisin tu sampai ke sudah. Hahaha. Lawak pulak tengoknya.

Dah sampai umah maktok. Bacakan selawat dan hembus dekat ubun-ubun dia. Terus hantar ke dalam rumah. Oh, ubun-ubun Husna dah tutup sepenuhnya. Masa rasa kepala dia dah keras sepenuhnya pun, saya boleh sedih-sedih. Ntahpape kan? Well, feeling seorang ibu memang susah disangkal. Sekarang ni bila hantar ke rumah pengasuh Husna dah tak nangis-nangis dah. Elok je, masuk rumah sendiri. Salam ibu, babai ibu, sayang ibu, peluk ibu. Saya pasti akan rindu saat ni. Seriusly. Kalau tengok dia senang hati masuk rumah pengasuh, saya jadik lega, lapang dada. Tak susah hati, rasa kembang je hati ni. When i said "Husna, hug me". Dengan adorablenya dia merangkul leher saya. So sweet je rase. Sejak 2 menjak ni, dia jarang sangat menangis dan meragam. Bila dia tak meragam, saya pun dah jaranglah jadik tarzan dalam rumah tu.

Balik dari rumah pengasuh, petang tu mesti dia dah standby depan pintu grill. Kalau nampak je kelibat ibu dia ni ha, melompat-lompat nak keluar dari rumah. Dapat je keluar, terus berlari-lari nak pakai kasut. Suka tengok dia berlari sebab bila dia berlari, rambut kerinting dia macam spring goyang-goyang toing-toing. Hahaha. Saya pesan dengan pengasuh jangan pakaikan dia minyak baby tu. Nanti melekit rambut Husna.

Balik rumah, dia sambung main dengan ibu, lepak-lepak tak payah buat apa sampai dia tidur pukul 8 lebih, bila ibu ajak tidur suruh baring, lampu dah tutup bukan main suka dia golek-golek atas tilam. Bagi titek, sekejap je, dia dengan ibu-ibu sekali hanyut.....


Pic ni saya amik masa dia tak perasan saya snap. 
Senyap-senyap dia letak bear-bear tu dekat tek dia. Haha. 
Siap ade bunyi tu "cuk..cuk..cuk" Macam bunyi dia menyusu. Hahaha.
Siapa yang ajar ni Husna? 
Ibu lah tu.:p


Kantoi!!!
Dia perasan saya pegang kamera. Tangan nak tunjuk peace tu.


Terus gelak besar-besar. HAHAHA! 
Husna buat ape tu haaaaaaaaa??? 
HAHAHA!!


When i count 1 2 3, dia terus jump. 
Padahal count sebab nak amik pic je.


Budak yang makan tak memilih sampai plastisin pun nak makan. Pasta safari yang saya beli dekat Cosway tempohari pun dia makan mentah-mentah je. Kalau direbus lagi laju dia makan sambil cakap "dap..dap..dap".


Saya amik pic cangkung dia pun nak cangkung. 



Ibu gonna miss u darling. Ibu sayang sangat dengan Husna. Sayang gila!
T____T Menangis lagi.

Friday, December 16, 2011

Jungle Tracking @CH Part1

Suami saya pergi Cameron pun cari sungai. Sepanjang jalan dalam masa 2hari kat sana asik dok sebut "Sungai-sungai-dan-sungai". Pantang dengar air, haaa...ada sungai. Kebetulan masa sampai Tanah Rata, ada signboard simpang ke Parit Fall. Wah, kemain excitedla dia. Siap cakap nak pegi memancing. Padahal mata kail nya takde. 

Itulah, kalau dah 'hantu air' memang tak boleh nak kata ape dah. Mana-mana pegi mesti cari tempat mandi. Kalau ajak pergi bercuti pun mesti ke tempat-tempat dia boleh mandi. 

Hari ke2 di Cameron Highland (tetiba skip cerita hari kedua, hari pertama mana? Hahaha...Nanti-nantila saya cerita. Buat lain sikit), pagi-pagi lagi suami dah suruh mandi dan bersiap. Ke mane kita? Haa. ni dia tujuannya. Nak pegi jungle tracking. Kebetulan belakang rumah makcik saya ada hutan simpan, kami pun pergi jungle tracking. Takdela mencabar mana. Ada jalan laluan dalam 10 minit dah sampai ke tapak perkhemahan Sungai Pauh. Sebenarnya saya tak tahu pun ada camp site kat sini. Dan ada anak sungai. Berbaloi kitorang pegi jungle tracking dan akhirnya jumpa jugak tempat mandi.



Kita mulakan dengan mengambil gambar secara jemaah ahli jungle tracking. That girl adalah adik sepupu saya. Dia penunjuk jalan sebenarnya. Suka sangat tengok pic ni. Husna pandai pulak berposing macam tu. Kahkahkah. Sebab kamera atas jambatan dia pun meniarap atas jambatan.


Just begin the journey


Bila dah dekat tengah-tengah tu banyak jugak jalan-jalan yang mencabar but masih under control


Pagi-pagi ambil udara segar @CH. Sangat nyaman.


Husna really enjoy with the flora. Fauna tak jumpa pun.



Husna yang sangat happy pergi jungle tracking.


Bila dah sampai hujungnya kita jumpa playground pulak, tapi playground tak semenggahla. Tengok buaian pun dah tau banyak vandalisme telah berlaku. Nasib baik ada satu buaian yang masih elok dan makcik Dieja buai Husna. 


 Depan sikit playground jumpa parit ke anak sungai pun tak tahulah. Tapi air sangat jernih. Suami dah suka siap cakap nak mandi dekat situ. Tapi macam tak logik pulak nak mandi kat situ. Macam parit je. Kami teruskan perjalanan mengikut aliran air ke atas. That pic: Like father like daughter kan. Mulut kening suma nak sama. Husna pun suka buat mulut macam ayah dia buat tu.

 Dan akhirnya kami jumpa camp site dan parit la kot. Macam parit tapi macam anak sungai. Air jernih + sejuk sangat. Kami excited gila.

 Test cecah kami, memang sejuk. Bagi saya memang tak sanggup la nak mandi kan. Lagipun mane bawak baju spare. Sebab unexpected pun boleh jumpa anak sungai ni.


Tapi kalau dah hantu air, apa pun sanggup. Air sejuk, berseluar jeans pun sanggup diredah asal dapat merasa kesejukan air anak sungai di Cameron Highland. Anak dara orang Cameron yang sorang tu lagi lah tak heran dengan kesejukan air sungai tu. Dah hari-hari rasa sejuk. Hari-hari pun pakai baju seksi (tak bersweater). Hahaha.


Dan anak ini sangat bosan muka dia menunggu ayah dia berendam. Sikit punya lama berendam tak reti sejuk. Bila saya ajak balik asik cakap kejap-kejap je. Husna pun tak sanggup nak cecah tangan dalam air tu sebab memang sejuk Oh!

Okay, sambung Part2 di hari ke2 di CH....


p/s: Entri corelle-corning ware-visions terpaksa dibuang sebab aku guna pic orang lain dalam entri tu. Aku baca discalimer dia tak halalkan orang yang amik pic dia. Takut aku perkara halal haram ni. But saya dah email personal dengan owner akojaya tu dan mintak maaf. Lagipun saya cukup pelanggan untuk beli pinggan tersebut. Terima kasih banyak-banyak pada yang membeli ye.

Wednesday, December 7, 2011

WW- My Sunshine


Tuesday, December 6, 2011

Alahai PTPTN.


Hari-hari aku bukak laman web PTPTN. Tujuan aku bukak sebab nak tau status Surat Pengesahan Baki Pinjaman yang masih tertunggak. Aku nak sangat surat tu sebab nak keluarkan duit KWSP supaya aku taknak lagi berurusan atau ada sangkut paut lagi dengan PTPTN. Aku nak bayar lumpsump. Aku dah malas nak fikir tentang hutang PTPTN aku yang ciput tu tapi nama aku jadi mangsa senarai hitam ke luar negara. 

Aku peminjam PTPTN selama 2 sem je masa belajar dekat UPM dulu. Dahla dapat separuh je. Selebihnya, aku bersyukur sebab ditawarkan biasiswa JPA. Syukur sangat-sangat. Maka, hutang aku dengan PTPTN adalah RM 3500. Bila dapat duit JPA je, aku keluarkan satu ribu untuk bayar duit PTPTN. Yang selebihnya aku tak bayar. Sebab aku masih belajar. Bila dah abes belajar, aku menganggur 8 bulan. Lama jugak. Bila dah kerja gaji aku bukan banyak pun. Cukup-cukup makan je. 

Okay, bolehla nak salahkan aku sebab tak bayar hutang sendiri. Dah pandai pinjam tapi tak reti nak bayar. Tapi masalahnya, bila masa aku nak settlekan hutang PTPTN tu, Ya Allah, punyalah banyak prosedur nak kene  buat. Isi borang sana, isi borang sini. Aku selalunya berinteksi dengan pihak PTPTN melalui e-forum yang ada dalam web PTPTN. Kat sana aku selalu follow up status aku. Surat pengesahan baki yang dijanjikan akan dipos dalam masa 7 hari dah  nak masuk 2bulan aku tunggu tak kunjung tiba. Letih oi tunggu. Bila makan bulan duit kos pentadbiran pun naik jugak. Sampai sekarang, dari RM2500 dah naik lagi RM500. Itu belum lagi dengan duit guaman lagi tu. Bayaran tersembunyi ntahpape lagi. 





Ni ha pertanyaan aku dekat eforum tersebut. Janji nak bagi surat pengesahan baki pada 17/11/2011 tapi sampai sekarang dah 6 dis surat masih tak sampai-sampai. Pos pakai kura-kura ke apa? Saja nak buat ibu mengandung ni naik angin tau. Itulah, bila orang dah nak bayar, dia pulak lambat, bila kita tak bayar mula nak claim kami peminjam INGKAR!

Bila aku tanya lagi, dia cakap masih dalam semakan. Kalau masih dalam semakan kenapa janjikan surat ni akan dipos pada tarikh-tarikh sekian-sekian. Buat aku ni tertunggu-tunggu. Kalau boleh aku memang dah taknak ada apa-apa ikatan lagi dengan PTPTN ni. 

Anak, kalau kamu belajar nanti, tak payahlah berurusan dengan diorang lagi. Hmmm.... Jom menabung dari sekarang ye nak. Mari menabung anakku. Semoga cerah masa depanmu. Cewah!
Bunyi macam pasrah habis je.





p/s: Aku bakal meninggalkan Husna n ayah Husna selama 2 minggu ke luar negara atas urusan kerja. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang. 

Monday, December 5, 2011

Jalan-Jalan hujung Minggu

Jumaat lepas aku bercuti sebab pengasuh Husna mintak cuti. So, aku pun terpaksala cuti jugak walaupun cuti dah tinggal hujung-hujung nyawa je. Disebabkan adik bongsu saya ada dekat rumah, cuti sekolahkan. Dia pun plan lah macam-macam nak ajak aku yang tak berapa nak daya ni pegi jalan-jalan. Tak jalan ke mana pun. Setakat ke Jusco Bukit Indah jela. Niat si Syahid ni nak ajak aku pegi Tanjung Piai. Tak kuasanya aku nak bawak dia ke sana. Jauh lagi. Nak masuk hutan lagi dengan Husna. Dengan tak larat aku lagi. Kirim salam jela. Dulu masa bawak adik perempuan bolehla sebab still bujang lagi.

Bila dah rilex-rilex sikit, pukul 3 lebih baru lah gerak ke Bukit Indah. Sekarang ni kalau nak jalan mana-mana aku kena take time sikit, tunggu badan dan betul-betul stabil baru boleh nak jalan. Kang tak pasal-pasal boleh tumbang.

Sempena krismas ni, memang cantikla Jusco buat hiasan dalaman kan. Husna suka pulak dengan tempat tu, siap lepak lama gila kat sana.

Husna n Pak usu. 
Nak amik gambar macam pakusu tak sampai pulak.

Hurm...Geram!



Banyak betul pingu



 Ade pulak jongkang jongkit ni, lagi syok dia main taknak lepas. 
Pak usu tukang layan.

Hari esoknya, ayah aku datang ke Jb sebab nak pegi ke kenduri kawen anak kawan dia dekat Kulai. Ayah sampai-sampai je Jb, aku ajak dia makan kat luar. Sorilah, anakmu ni begitu terasa sangat menjengkelkan. Haha. Tak boleh bau masak-masak ni. Waima, jiran masak dan bau masakan menusuk ke lubang hidung pun rasa nak ketuk pintu jiran bagitau jangan masak boleh? Kalau bolehla, tapi tak boleh pun.

Husna and her 'Mak Adik'. Adik bongsu aku yang dengan mak tiri. 
Dia mekapkan Husna kemain lagi capuk muka anak aku tu. Muka dia pun capuk jugak.
Awat ketat sangat muka Husna ni. Memang sah ANAK AYAH. Muka ketat!Hahaha.

Dekat tangan Husna tu adalah sweet potato. Setiap minggu aku harus ke Jusco untuk beli sweet potato sebab Husna suka sangat makan keledek manis. Keledek ni memang manis sangat. Rebus je tak payah tambah garam ke apa. Pastu ratah je macam tu. Aku ni nasib baik le peknen. Tak lalu sangat nak makan. Kalau tak lagi kerap aku ke Jusco semata-mata nak beli sweet potato ni. Aku pun hantu sweet potato.



Nilah tujuan utama ayah aku sangat excited nak ke Kulai ni ha... Kemain awal bersiap ajak aku pegi sekali ke Kulai ikut dia. Ini semua kawan-kawan dia masa berkhidmat sebagai tentera dulu. Kira macam reunion la ni. My ayah tu yang no 2 dari kanan.

Dari pukul 11 sampai pukul 3 lepak kat situ je. Sampai-sampai je terus berborak tak ingat nak makan.  Aku serenderlah, pukul 1.30 dah nak beransur balik. Husna pulak meragam nak tidur, terpaksa lah pangku dia sambil drive sepanjang Kulai-Jb. Tak jauh, sejam lebih je. Bila letak je mula meragam. Dahla asik nak berdukung je. Dengan orang lain semua taknak. Perangai meragam Husna sekarang makin menjadi-jadi rasenya sejak 2 menjak ni. Agaknya tahu nak dapat adik kot. Tapi bila suruh sayang baby, kemain lovely lagi cium perut ibu dia.

Kawan-kawan ayah aku ni bila aku tengok balik suma dah tua-tua. Seusia je tengok semua. Kerut kat muka pun dah banyak. Pagar pun banyak yang dah roboh. Hihi.. :P Alahai, cepat je masa berlalu. Aku pun kadang-kadang menyelit jugak kat celah-celah diorang berborak tu. Diorang ni macam satu family. Rapat sangat. Aku pun dah biasa dengan diorang since kecik-kecik lagi especially Acik Mail, pakcik paling kiri skali tu. Masing-masing dok cerita pasal keluarga, pasal anak, pasal aktiviti harian, pasal cucu. Macam-macamlah. Aku saje sibuk-sibuk pasang telinga sekali. Seronok dengar diorang beborak. Life masa dulu-dulu. Sangat kenangan.

Agaknya kita nant geng blogger, bila jumpa masa dah tua-tua macam ni. Lagi excited kot kan.
^_^.


Thursday, December 1, 2011

Si dia yang lasak: Boy agaknya.

Hurmmmm... Disember sudah menjengah. Bulan terakhir tahun 2011. Alhamdulillah masih bernafas walaupun blog makin kurang bernafas.

Tadi baru balik dari klinik, pergi jumpa anak di dalam kandungan ni. Mengikut scan, saya baru 9 minggu mengandung. Saya rasa dah lama saya mengandung dan mabuk tapi kenapa baru 9 minggu? Hahaha... Lambatnyaaaaaaaaa rasa masa berjalan. Tulah, kalau kita dok menghitung hari je, memang lambatla masa berjalan kan.

So far, tadi saya dah nampak baby saya macam dah cukup sifat. Nampak dia golek-golek dalam perut ni. Bukan golek-golek sebenarnya, cuma dia gerak kaki tangan dia bila perut ni dikuis-kuis Dr tu. Kiut sangat. Walaupun anak ke-2. Rasa excited tu tetap ada macam tengok scan Husna dulu. Pegi check up tadi bukan dengan Dr Fatimah yang best tu, tapi dengan Dr gantian. Dr Fatimah bercuti agaknya. So, macam tak best dengar Dr tu explain sebab muka dia macam tak komfiden je bagi explaination kat aku. Tapi takpelah. Asalkan dapat jumpa baby tadi pun dah okay.

Saya kira, kandungan kali ni agak tahan lasak jugak. Kalau masa Husna dulu, bila dah disahkan mengandung, automatik saya stop semua kerja-kerja berat dan lasak. Turun naik bas ke Klang pun saya terpaksa stop buat sementara waktu sehingga kandungan betul-betul stabil. But now, jangan harap. Dalam masa 3 bulan ni je macam-macam kerja saya buat. Dengan menguruskan Husna lagi. Pergi balik Klang/Seremban ntah brapa kali saya buat. Angkut beg, dukung Husna, jalan kaki, naik jejantas. Kalau dalam bas Husna selamba ya-ya pijak perut, henyak perut sesuka hati dia je. Apa dia tau kan. Huhu.

Kronologi saya mengandung kali kedua ni:


  • 1st of coursela tak datang period sampai 2 minggu. Saya buat UPT, result adalah Negatif. Takpelah, saya biarkan dulu, mungkin period saya delay lama sangat kali ni. Period pun tak penahnya teratur sejak anak dara dulu. 

  • Seminggu lepas tu, saya pergi klinik Dr Fatimah untuk sahkan sebab period still tak menjengah pun. Hasil scan; rahim kembang tapi masih kosong. Takde apa-apa dalam rahim dan result UPT adalah positif tapi garisan double line adalah samar. Dr Fatimah explain, persenyawaan dah ada cuma belum menempel lagi dekat rahim, sebab rahim kembang dah sedia untuk proses penempelan. Dr tanya saya, samaada nak pregnant atau tak. Saya jawapla tak kisah. So, Dr kasi asid folik. Kalau saya cakap tak nak Dr nak bagi ubat gugurkan darah. Lepas diskus dengan suami, macam-macam keputusan yang dia amik, kejap nak...kejap taknak. But at last, kami terima anak ini. Rezeki dari Allah. Orang pertama saya nak bercerita dengan Aishah Rahim tapi Aishah takde masa tu. Reen pulak tegur kat Fb chatting. Apalagi terus jela cerita kat Reen. Rupanya Reen pun tgh pregnant jugak masa tu but belum reveal lagi. Huhu..

  • Seminggu saya cuti balik Klang sebab nak hantar Husna duduk dengan ayah dia sebab saya nak pergi berkursus kat Desaru tempuh hari. Saya buat lagi UPT, resultnya masih positif tapi line still samar. Macam ntah ya ntah tak. Maka, masa kat Desaru, saya selamba ya-ya buat macam-macam aktiviti. Saya naik gelongsor air kat theme park. Kuat kot air kat sana. Naik banana boat. Gilo tak? Main sukaneka; lari dalam guni, tarik tali, lari sana, lari sini. Cukup pakej aktiviti yang agak lasakla jugak.

  • Balik dari Desaru, saya terus pegi Klinik UTM buat comfirmation lagi sekali. Brapa kali da buat test untuk 2nd pregnancy ni. Husna dulu buat sekali terus SAH aku pregnant. Huhu. Ujian dekat klinik UTM, terus SAH! Aku pregnant. Puas hati. Elok je tau pregnant, dan-dan datang penyakit mabuk, mual, loya cukup pakej. Nyampah tau. Bila tak konfirm elok je. Bila dah sah, mulala datang morning sickness ni. Tu yang saya cakap semua ni mainan psikologi. Rasa menyesal jugak pegi cek kat klinik UTM aritu. Haha. Kalau tau buat tak reti je kan. Sebab dekat Desaru langsung takde rasa macam mengandung. Selera besar gajah. Makanan sedap pulak tu. Blasah semua sekali. 

  • Mabuk mengandung kali ni tak sehebat mabuk mengandungkan Husna dulu. Alhamdulillah, cuma kadang-kadang ada jugak tersasar muntah bila lepas makan especially waktu pagi. Tapi yang wajibnya, bangun pagi mesti muntah angin/kosong. Maybe pagi-pagi perut kosong. Tu yang senang nak muntah. Allah tahu, aku nak uruskan Husna lagi, so mabuk kali ni tak teruk sangat sampai tak boleh bangun. Syukur. 


Lari dalam guni

Yang ni baru lepas naik banana boat


Saya rasa macam logik jugak ikut scan sebab masa 3 minggu delay period tapi masih tiada janin dalm rahim. Mungkin ovalution lambat. Ntahla, kite tgu jela next scan. 

Okay, dada..Saya sudah lapar daaa..~~

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ