Sunday, September 30, 2012

Trantum si dia

Sesak dada. Sunyi.

Ah. Macamnila perasaan aku setiap kali balik dari hantar suami dan husna naik bas. Dulu kurang sikit, sebab ade budak dah pandai cakap riuhkan rumah ni. Sekarang, budak yang pandai cakap tu ikut ayah dia sekali naik bas. Tinggal ibu dengan adik yang hanya tau tidur je. Bangunla Anas, ceriakan hati ibu ni.

Ah. Aku bukan nak bercerita sangat tentang perkahwinan jarak jauh yang tak sudah-sudah ni. Takut orang naik boring dengan cerita yang tak abis-abis. Dah dua tahun kot dengar aku asik nak berhenti kerja tapi tak berhenti-henti. kehkehkeh. Takpe, masa akan mengubati perasaan sedih aku ni. InsyaAllah.

Nak cerita pasal Husna. OMG. Sekarang perangai dia lain macam sangatla. Adakah disebabkan terrible two ni? Boleh dikatakan satu hari sampai 5-6 kali buat perangai menangis meraung-raung sampai tak tahu nak apa. Semua benda tak kena. Sampai serak suara. Contohla eh, kalau dia nak susu, ok, pegila buat susu. Standard la buat susu. 4 scoop susu, 6 oz air. Siap tulis sukatan kau. Tak, ini standardized susu dia yang dia suka, tak cair tak pekat. 2 oz air panas, 4 oz air sejuk. Tak panas, tak sejuk. Tapi.... dia boleh mengamuk (especially kalau dia nak tidur) sampai setengah jam! Bila dia dah penat baru dia minum susu tu. Oh my~. Masa nak melayan dia nak minum susu tu Allah saja la tau betapa geramnya aku. Ayah dia cool aje. B, cane boleh se'cool' macamtu ha??? Kadang-kadang aku biarkan aje. Biarkan dia dengan ayah dia. Bila dah lama-lama dia carik aku, barula aku amik susu, baringkan dia atas pangkuan dan dia minum susu. Then, tidur. Ya Allah, trantum dia jenis susah nak pujuk.

Lagi satu contoh: Lepas mandi nak pakai baju, nak pakai pempes. Nak ikut 'kepala' dia saja. Tu yang selalu keluar fesyen ntahpape dari dia. Seluar jeans pakai dengan baju kurung, jeans pakai dengan dress. Takde canla ibu nak melawa-lawakan dia. Ni balik sini, seharian nak pakai pempes adik, nasib baik adik dah upgrade saiz M sekarang ni. Bolehla menumpang walaupun sendat. Pakai baju adik. Dah rupa sarung nangka je ibu tengok. HAHA. Nak balik tadi pun meragam nak pakai baju. Dah sarung baju yang sesaiz dengan dia, tapi meragam suruh bukak dan sarung baju lain yang lagi besar, suar besar. Mengelebeh. Ya Allah, kalau tengok dah macam kesian tengok anak aku ni. Macam dah takde baju je.

Anak korang ada ke macamtu eh? Thats why Mokhtar tak bagi aku jaga dia sekarang. Takut aku tak boleh nak handle trantum dia. Lagi pun aku ni bukan jenis sabar macam Mokhtar. Oleh itu, aku pun pasrah ajela dia dengan ayah dia kat Klang.

InsyaAllah. Tak lama lagi sebumbungla kami dan dapat jaga anak sama-sama. Aamiin.

21 comments:

  1. Alahai, bertuah husna ade ayah yg cool cmtu, sekurang2nya mu xde la stress sgt hr2, hehe

    mmg cmtu kot budak2 baya ni, mika sejak2 dh pndai pkai baju sdiri,mmg lps mandi dia la pilih baju sdiri,klu amek trus pkai xpe, ni ambik,letak2 kt bdn, errmm xbest, amik baju lain lak, suar pun cmtu, aku stress sbb hr2 asik nk melipat baju2 yg dia cabut buang test pkai tu je, gerammmm, tp saborkan aje, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Na, baju dia dalam almari tu memang aku tak sentuh tak kemas pun. Pastu aku transfer dalam laci plastik yang banyak2 tu, tak nampak sangat kalau bersepah. KAlau kemas pun same je rupanya. hahaha. gitula gamaknya budak2 ni kan.

      Delete
  2. kasih pun sama gak fashya...ada je dia wat mama dgn ayah jadi tarzan..tapai selalunya akak yg lg bersabar dari ayah dia..lepas dia wat perangai datang peluk cium tanda minta maaf..ish, mmg kena banyak bersabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang camtula ek budak2 baya2 diorang ni. mungkin saja cari perhatian.

      Delete
  3. tu lah dia bila dh ade adik..mula wat perangai..
    mcm ank akak..sorg setahun 2 bulan n yg 2nd lebih kurang anas..3 bulan..si abg dulu ok je tp bila dh dpt adik asik menangis je..meraung2..cma dia kecik lg so xdelah pndi pilih bj sendiri

    tp tabik spring kat fasya coz dpt duduk jauh2 ni..semoga awak terus tabah..kdg2 tuk mendapat kekuatan dlm diri, cite2 mcm fasya ni lah yg perlu diambil iktibar..so im really enjoy wit ur blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak, terima kasih sebab sudi singgah blog saya yang tak seberapa ni.:)
      simptom dapat adik ni pun agaknya satu punca kenapa dia suka meragam. Cari perhatian.

      Delete
  4. tantrum seorang kakak yg jeles kt adek.tantrum seorang ank yg mau kan perhatian.itulah dia.MYA PON SAMA SBIJIK. part cerewet pasal susu.panas sket komplen.tiap kali bancuh susu si adek, dia pon gatal nk jgk.dh buat xnak minum pulak.hangen momy nih.susu isomil dia dh la mahal.membazir!! mandi,pakai pampes pkai baju semua nk wat sendiri.if adek ada baju baru, dia yg sebok nk pkai baju adek.pastu mengamok nk baju baru jgk.mainan utk adek dia yg konker. bila momy marah, melalak2 nanges sambil ngadu kt papa kata momy xsygkan dia.eiiiii kusss semangat mmg menguji kesabaran tau (eh terpanjang plak komen ni)

    ReplyDelete
  5. sama je Fashya..isya pun ada masa2 dia mmg mencabar kesabaran.kadang2 mmg nak marah je..sbb tu isya lebih rapat ngan papa dia sbb papa dia penyabar.. hihi

    elly doakan fashya cepat dapat duk sebumbung ye

    ReplyDelete
  6. Kysha yg baby belum keluar pun teruk cam tu gak. Tak taulah bila baby dah keluar ti camne.adehhh..

    ReplyDelete
  7. kite xtau la kot die tantrum pasal dh ade adik ni. tp bab baju tu, dulu eryna mmg camtu. fesyen sendiri. tp skang, ape yg kite wat is kite alihkan sume baju2 die ke dresser lain, kat tempat lain n out of her reach. so die xleh pilih or capai sendiri dh. xlarat woooo nk kemas balik! same mcm pampers. dulu stack je kat tepi katil. skang ni, mmg simpan sorok dlm almari. kalau tak... haru la tgk die gi racik sekeping sekeping pampers tu :(

    ReplyDelete
  8. Yup..sama sebijik ngan ammar. Kekadang tanya dia, naper dia asyik buat perangai. Nasib baik u x jaga dua2. Sbb kalau x sabar memang bahaya la

    ReplyDelete
  9. mybe jugak dia nak perhatian sbb perhatian fayhsa dah terbahagi dua dekat anas..tp haziq yg takde adik ni pun, kdg2 mmg takleh nak predict perangai dia..kdg mengamuk taktau nak apa..kena jugak sedas dua cubit dari ummi dia ni..tp betul la, si ayah ni mmg jenis penyabar..layan je anak buat hal..
    setakat ni haziq tak pndai lagi nak memilih baju..pakai je apa yg ummi dia bg..hehe..tp kalau malam, lmbt sikit buatkan susu, abih satu apartment tu boleh dgr dia nangis kot..huhu..sadis sungguh..tp sabo je la..

    eh..dah nak duduk sebumbung ek lps ni?alhamdulillah.. :D iza yg takde kena mengena ni pun rasa cam happy dgr berita tu..

    ReplyDelete
  10. mybe jugak dia nak perhatian sbb perhatian fayhsa dah terbahagi dua dekat anas..tp haziq yg takde adik ni pun, kdg2 mmg takleh nak predict perangai dia..kdg mengamuk taktau nak apa..kena jugak sedas dua cubit dari ummi dia ni..tp betul la, si ayah ni mmg jenis penyabar..layan je anak buat hal..
    setakat ni haziq tak pndai lagi nak memilih baju..pakai je apa yg ummi dia bg..hehe..tp kalau malam, lmbt sikit buatkan susu, abih satu apartment tu boleh dgr dia nangis kot..huhu..sadis sungguh..tp sabo je la..

    eh..dah nak duduk sebumbung ek lps ni?alhamdulillah.. :D iza yg takde kena mengena ni pun rasa cam happy dgr berita tu..

    ReplyDelete
  11. husna pun tantrum gak skrg..xtau nak ape asik la nk mengamuk je..kalo die nk smating bila bg die campak cakap xnk..pastu nk benda lain pulak [astu bila bg buang..ee ya Allah sngt menguji kesbaaran..pastu nangis xingt dunia

    ReplyDelete
  12. Sama je fashya si aisya nehs...1je petua SABAR.... Huhu...agaknya sbb tuh kot budak2 baya ni slalu terlibat kes dera...nauzubillah...mg kita jd ibu bapa terbaek utk anak2...

    ReplyDelete
  13. mmg kena tingkatkan kesabaran. kena dpt kan kesabaran tahap tertinggi. kalau tak memang keja nak melepuk anak je lah. tapi orang laki mmg boleh cool kot. yelah, budak tu buat sepah bapak2 ni rileks je tgk. kita mesti dah rimas dah.

    bab pakai baju lepas mandi mmg penuh drama lah. tu yg selalu ber'pampers je. baju mmg takde lah

    ReplyDelete
  14. So, kesimpulan yang aku boleh buat kat sini, memang anak-anak di fasa setahun dua ni memang suka expresskan perasaan trantum dia la kan. memang kena banyak sangat bersabar dengan diorang ni.... Hui mak ai, sampai bila kah?

    ReplyDelete
  15. lebih kurang je dgn Naurah. baju pon pilih2 ulang yg sama aje yg dia suka. geram gile. tp tuelah...layankan ajelah...

    ReplyDelete
  16. Biasa la fashya, klu ada org baru dalam rumah, macam tue la peel anak sulung...dia rasa kita kurang beri perhatian..itu yg macam2 perangai dia buat untuk tarikh perhatian kita..sabar la..lama2 akan ok la tue

    ReplyDelete
  17. dok mengkhatamkan entry fashya..hehe. lame tak bkkak blog ni..comelnye hsna and anas (sori, nad type kdg2 tanpe hrf u sebab delisha dah kopakkan keyboard laptop ni tang hrf u. hehe)..hsna dok ngan ayah ye..kalau nad kat tempat fashya mesti sedihnyee..dapat dibayangkan..sabar ye..semoga cepat2 dimurahkan rezeki dapat dok same2..

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ