Sesak dada. Sunyi.
Ah. Macamnila perasaan aku setiap kali balik dari hantar suami dan husna naik bas. Dulu kurang sikit, sebab ade budak dah pandai cakap riuhkan rumah ni. Sekarang, budak yang pandai cakap tu ikut ayah dia sekali naik bas. Tinggal ibu dengan adik yang hanya tau tidur je. Bangunla Anas, ceriakan hati ibu ni.
Ah. Aku bukan nak bercerita sangat tentang perkahwinan jarak jauh yang tak sudah-sudah ni. Takut orang naik boring dengan cerita yang tak abis-abis. Dah dua tahun kot dengar aku asik nak berhenti kerja tapi tak berhenti-henti. kehkehkeh. Takpe, masa akan mengubati perasaan sedih aku ni. InsyaAllah.
Nak cerita pasal Husna. OMG. Sekarang perangai dia lain macam sangatla. Adakah disebabkan terrible two ni? Boleh dikatakan satu hari sampai 5-6 kali buat perangai menangis meraung-raung sampai tak tahu nak apa. Semua benda tak kena. Sampai serak suara. Contohla eh, kalau dia nak susu, ok, pegila buat susu. Standard la buat susu. 4 scoop susu, 6 oz air. Siap tulis sukatan kau. Tak, ini standardized susu dia yang dia suka, tak cair tak pekat. 2 oz air panas, 4 oz air sejuk. Tak panas, tak sejuk. Tapi.... dia boleh mengamuk (especially kalau dia nak tidur) sampai setengah jam! Bila dia dah penat baru dia minum susu tu. Oh my~. Masa nak melayan dia nak minum susu tu Allah saja la tau betapa geramnya aku. Ayah dia cool aje. B, cane boleh se'cool' macamtu ha??? Kadang-kadang aku biarkan aje. Biarkan dia dengan ayah dia. Bila dah lama-lama dia carik aku, barula aku amik susu, baringkan dia atas pangkuan dan dia minum susu. Then, tidur. Ya Allah, trantum dia jenis susah nak pujuk.
Lagi satu contoh: Lepas mandi nak pakai baju, nak pakai pempes. Nak ikut 'kepala' dia saja. Tu yang selalu keluar fesyen ntahpape dari dia. Seluar jeans pakai dengan baju kurung, jeans pakai dengan dress. Takde canla ibu nak melawa-lawakan dia. Ni balik sini, seharian nak pakai pempes adik, nasib baik adik dah upgrade saiz M sekarang ni. Bolehla menumpang walaupun sendat. Pakai baju adik. Dah rupa sarung nangka je ibu tengok. HAHA. Nak balik tadi pun meragam nak pakai baju. Dah sarung baju yang sesaiz dengan dia, tapi meragam suruh bukak dan sarung baju lain yang lagi besar, suar besar. Mengelebeh. Ya Allah, kalau tengok dah macam kesian tengok anak aku ni. Macam dah takde baju je.
Anak korang ada ke macamtu eh? Thats why Mokhtar tak bagi aku jaga dia sekarang. Takut aku tak boleh nak handle trantum dia. Lagi pun aku ni bukan jenis sabar macam Mokhtar. Oleh itu, aku pun pasrah ajela dia dengan ayah dia kat Klang.
InsyaAllah. Tak lama lagi sebumbungla kami dan dapat jaga anak sama-sama. Aamiin.
Sunday, September 30, 2012
Wednesday, September 26, 2012
My Good Boy.
Haritukan, ibu kita bagi kita mainan ni. Mainan ni kawan ibu yang hadiahkan. Dia kasi kite main sebab dia suruh kita senyap dan leka main benda ni. Lepas tu dia bolehla buat keja semua kan. Kita ni sebenarnya memang good boy je. Takde hal lah main sorang-sorang. Kita okay je.
Tapi kita confise la, cemane nak main benda ni. Nak kena goncang-goncang ke? Sebab kalau kita tak buat apa-apa, dia dok diam je. Tapi camne nak goncang-goncang dia?
Erm, jap, nak pikir jap.
Eh, tengah-tengah fikir, tetiba kita tertidur pulak.
Malam tu kita cuba lagi main-main. Akhirnya kita berjaya goncang-goncang mainan tu.
Ade bunyi lah! Seronok betul kita tau.
Okay. Babai.
Labels:
Anas Hamza
Friday, September 21, 2012
Kisah Anas
Anas diusia 2 bulan ++ dah diuji dengan sakit. Bukan sakit yang ganjil, tapi sakit yang biasa dihidapi anak-anak kecil. Kahak dan batuk. Dah lama sebenarnya Anas tak lena tidur resah je di malam hari. Tapi dari hari ke hari asik bertangguh nak pegi klinik. Nak pegi klinik pakar kanak-kanak kat Klang tu tak tau ceruk mane nak pegi. Kalau nak pegi cari sorang-sorang dengan anak kecik dan sorang toddler jangan harap ler. Mau ibu kelam kabut dalam kereta. Sebab en suami kite tu full kerja tak boleh kacau dia. Weekend je ada masa dia cuti. Weekend ada klinik paed bukak meh?
Nak pegi klinik biasa aku confirm dia akan bagi ubat. Aku ni kalau boleh taknak bagi drug seawal 2 bulan kat Anas. Maka, jalan penyelesaiannya, aku cuba pergi farmasi cari ubat nasal drop atas nasihat Nad. Sebab dulu aku tau Iman pernah kena selsema, tapi tak dibagi ubat. Masa tu Husna pun tengah selsema, aku pun carila ubat untuk Husna sekali. Dalam masa seminggu, selsema Husna dah elok, adik dia yang tak kebah-kebah sampaila sekarang.
Dek kerana tak tahan tengok dia asik tak lena je bila tidur malam, lepas amik vaccine BCG dos pertama, aku pegila klinik. Doktor cek lebih kurang, then bagi ubat titis hidung jugak. Lebih kurang seminggu aku cuba ubat yang doktor bagi tu, masih macam tu jugak, malam-malam masih resah tidur dia. Siang okay, malam je resah. Kesian tau tengok, dia pulak jenis tak meragam. Ibu dia sedap la tidur.
Sebab masih tak puas hati dengan perkembangan sakit anak ni, aku pergi Klinik Siti Fatimah pulak. Satu yang aku suka klinik ni, doktor dia cek betul-betul. So far lah kan, sepanjang aku hidup ni, aku jarang jumpa doktor macam Dr. Siti ni. Aku suka cara dia check patient. Terang betul-betul, siap lukis bagai. Terangkan kenapa anak kita boleh sakit, apa sebab dia sakit, dia cek ape perubahan pada badan kalau kita sakit. Klinik ni, walaupun ramai, tapi orang setia menunggu, sebab servis doktor ni bagus. Pergi sini kalau tak menunggu 2 jam, memang tak sah. Tapi sebab servis dia bagus, orang OK je nak tunggu lama-lama. Kebanyakan parent memang suka bawak anak-anak pergi klinik Dr. Siti.
Dekat klinik Dr. Siti, aku diberitahu kahak Anas dah pekat sangat, tekanan kat dada dia pun dah kuat. Doktor suggest Anas di nebuliser. Aku ingatkan sekali tu je dia kena sedut gas. Rupa-rupanya kena neb 3 hari berturut, 2 kali sehari. Pagi dan petang. Keesokan harinya, aku pegi lagi. Doktor still tak puas hati dengan progress Anas, ditambah lagi kekerapan nebuliser ke 3kali sehari. Tapi aku boleh pergi klinik yang lebih dekat dengan rumah untuk sedut gas disebabkan klinik Dr. Siti agak jauh dengan rumah aku. Susahla kan nak ulang alik 3 kali sehari ke sana. Maka, doktor keluarkan memo untuk satu klinik X yang paling aku tak suka nak pegi. Nak tak nak terpaksalah. Dr. Siti suggest aku amik 2 kali nebb kat klinik ni. Pukul 5 petang dan 10 malam.
Petang semalam, lepas kerja aku teruskan nebuliser Anas kat klinik X tersebut. Just nebuliser sahaja. Masa nak bayar bil, aku terkejut dengan cas yang dikenakan. Biasanya kat klinik Dr. Siti amik gas cuma RM5 je, dekat klinik X kena RM25. Mane tak terkejut aku. Kenapa mahal sangat amik nebuliser kat klinik X ni? Sekali keluar bil, cas nebuliser RM10, cas medical consultation (MC) RM15. Bila masa pulak aku amik medical consultation? Padahal doktor sepatah haram pun takde consult kitorang. Cek dada Anas pun tidak! Aku tanya nurse yang jaga kaunter tu saya mana ade amik MC ni, dia cakap, Memang kena cas, Dr yang buat. Nanti Puan datang kali kedua, kita cas nebuliser je.
Memang kena bambula dengan aku, tapi dalam hati jela. HAHA. Aku dah malas nak pertahankan hak aku, badan dah penat, Anas dah ngantuk. Aku blah dengan muka masam. Aku datang kali ke2? Memang tak lah kan. Aku bukanAku memang tak berkenan giler kat Klinik X ni, Klinik ni 1 Malaysia ada kot, tapi tolonglah kasi servis baik sikit. Aku penah jugak ada history dengan klinik ni. Pernah satu malam aku sakit dada, pukul 12 malam, aku ajak housemate aku pegi klinik, masa tu bujang lagi. Pergi klinik tengok Dr tu terpisat-pisat macam baru bangun tidur. Klinik 24jam. Agaknyala kan, dia marah kot aku kacau dia tidur, aku cakap aku sakit dada, dia tulis-tulis pastu cakap ok, amik ubat kat luar. Aku tak puas hatila kan!! Macamane doktor treat patient tanpa sentuh atau cek aku pun. Dahla kena cas mahal, (lagi malam kau pergi klinik ni, lagi mahalla dia cas). Lepas ni aku memang nak banned klinik ni walau apa keadaan sekali pun. Buat sakit hati lagi ada. Bertambah sakit, bukan kurangkan. Baik tak payah.
Malam tu aku teruskan steaming juga rice cooker yang Syazz Zulkifle buat untuk Raisha tu. Okay jugak method ni, hingus Anas pun banyak keluar, nampakla kahak keluar dari mulut dia, tapi progress still slow jugak. Tidur malam still resah. Anas ni aku tak tau la terlalu cool ke hape, masa aku meniarapkan dia dan muka dia kena wap panas tu, dia rilex je tak nangis, tak mengelupur. Rilex aje. Macam tak sakit ke apa kena wap panas kat muka dia tu. Aku cuba peluk kuat-kuat kasi dia nangis, kalau dia nangis dia batuk, kalau tak kahak tak mau keluar. Dalam 15-20 minit gitu, bila dia dah start menangis, aku nampak kahak keluar dari mulut dia dan hingus pun keluar sekali.
Iklan kejap. Masa tengah set up rice cooker, boleh pulak air yang tengah panas tu tumpah atas kaki aku. Mengelupur kejap aku kat situ. Nasib baik tak melecur je. Harini, aku sambung lagi neb kat klinik Dr. Siti. Arini pakej kena neb dan sedut lendir. Sayu hati tengok anak menangis-nangis masa sedut kahak. Nak tak nak terpaksalah kan. Nak sihat.
Mane lah tau kan, kalau-kalau ada Dr yang terbaca entri aku ni, aku rasa macam nak merayu sangat-sangat, tolongla seikhlas hati treat patient kalau ada klinik sendiri nanti. Jangan cek lebih kurang, then bagi ubat. Aku banyakla jumpe klinik macamni. Tu yang kadang-kadang kalau sakit buat aku malas nak jengah klinik.
Esok, aku amik keputusan sendiri stop amik nebuliser. Aku nak cuba kaedah lain pulak. Kaedah steaming aku teruskan. Mungkin bagi madu atau VCO. Aku ada jugak beli ubat dari kedai ubat Cina, nak try jugak. Semoga dengan ikhtiar ni, Allah sembuhkan Anas. InsyaAllah. Sayu tengok anak sakit.
Dulu, masa Husna dia jarang sakit, tapi dia kuat meragam. Anas pulak, dia cool man, kurang meragam tapi sakit macamni pulak. Allah Maha Mengetahui.

Muka pasrah kena Neb.

Klinik X

anak sakit
Thursday, September 20, 2012
Kembali!!
Blog bersawang hampir sebulan. Banyak benda nak bercerita, tapi tahap kerajinan dalam diri takde. Bukak blog tapi tersadai macamtu jela. Hari saya cubalah gagahkan diri untuk menulis. Asik bace blog orang hebat menulis, aku pun macam down macam dah tak tau and tak reti nak mengarang ayat-ayat dalam blog ni. Nak berhenti jadi blogger macam tak sanggup pulak walaupun kadang-kadang terfikir nak kuburkan saje blog ni. Argh.. No No No. hampir 4 tahun kot menulis dalam ni, ada macam-macam cerita. Never! Biarla dia bersawang asalkan jangan dikuburkan.
Ada yang tahu, ada yang tak tahu, aku dah masuk bekerja sejak seminggu yang lepas. Anak-anak? Sorang sana sorang sini. Hmmm..Husna dengan ayah dia, Anas dengan aku. Bukan tak nak jaga dua-dua, tapi Husna sekarang dalam fasa terrible two. Serius, dia memang dalam fasa itu sekarang. Ada saje yang tak kena, kadang-kadang sampai tak tahu dia nak apa. Aku takut nanti aku tak dapat nak kawal dua-dua anak dalam satu masa. Aku jugak takut kalau aku terlebih mengganas. Biarla, dia dengan ayah dia yang lebih penyabar berbanding aku buat sementara waktu ni. InsyaAllah, kami dalam perangcangan untuk bersama sebumbung sekiranya Allah memakbulkan doa aku untuk dapat jawatan tetap di UTM nanti. InsyaAllah.
Dah lama tak update tentang perkembangan diri sendiri, anak-anak n so on. Husna sekarang, dah 2 tahun 4 bulan. Dah macam-macam dia pandai, cakap pun dah banyak vocab. Ada anak diusia 2 tahun ni, paham-paham jela kan. Kadang-kadang sangat mencabar kesabaran bila dia buat perangai, kadang-kadang dia macam angelic sangat bila buat baik.
Anas is a very good boy. Sudah masuk 2bulan 16hari. Belum pandai apa-apa selain tersenyum besar bila ibu agah dia. Peramah jugak bila kita borak dengan dia. Jarang sangat buat ibu susah hati dengan perangai dia. Cuma sekarang ni dia tak berapa sihat sebab kahak banyak dalam tekak dia, malam-malam dia resah nak tidur. Baik pulak tu tak meragam.
Aku macam blank tetiba. Terimala entri mengambil mood ye. Tak abis. Bye!
Ada yang tahu, ada yang tak tahu, aku dah masuk bekerja sejak seminggu yang lepas. Anak-anak? Sorang sana sorang sini. Hmmm..Husna dengan ayah dia, Anas dengan aku. Bukan tak nak jaga dua-dua, tapi Husna sekarang dalam fasa terrible two. Serius, dia memang dalam fasa itu sekarang. Ada saje yang tak kena, kadang-kadang sampai tak tahu dia nak apa. Aku takut nanti aku tak dapat nak kawal dua-dua anak dalam satu masa. Aku jugak takut kalau aku terlebih mengganas. Biarla, dia dengan ayah dia yang lebih penyabar berbanding aku buat sementara waktu ni. InsyaAllah, kami dalam perangcangan untuk bersama sebumbung sekiranya Allah memakbulkan doa aku untuk dapat jawatan tetap di UTM nanti. InsyaAllah.
Ini Husna.
Takut ramai yang dah tak ingat muka Husna. HAHA. Sebab mak lama tak update. :P
Ini Anas. Muka mengantuk nak tidur.
Kejadian berlaku masa cuti 16 September yang lepas. Aku balik ke Klang naik bas dengan Anas. Aku dalam bas dengan Anas, dia rilex je babai ibu siap senyum-senyum lagi. Aku? Dah bergenang-genang air mata tengok dia n ayah dari luar.
Tengok tu, siap senyum lagi!
Aku macam blank tetiba. Terimala entri mengambil mood ye. Tak abis. Bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)