Thursday, August 11, 2011

Tips Pakai Inai


Entri ni untuk Bride to be. Mane lah tau kot-kot ade B2B yang tersesat kat blog ni kan. Untuk bukan B2B, yang ala-ala mak pun bolehla amik tips ni kalau teringin nak pakai inai macam mak Husna ni.

Saya memang suka sangat pakai inai. Dulu zaman sekolah, saya antara student yang slalu gak merah memancau je jari dengan inai. Asal cuti sekolah je, adelah inai dekat jari. Asal ade orang kawen, sedara mara kawen, saya pun sibuk jugak nak berinai. Tak taulah kenapa suka sangat berinai ni. Bau dia pun saya suka walaupun ade orang tak suka bau inai. Masa sekolah-sekolah dulu, inai daun la yang selalu saya pakai. Gigih ko pegi giling inai semata-mata nak pakai. Masa giling tu macam-macam ingredient masuk nak bagi merah. Antaranya: Arang, gambir, air asam jawa, nasi, kunyit pun ade, pewarna merah pun hado tau? Macam-macam, ape orang cakap sume kasik try. Kalau bangun pagi tengok inai merah kemain la sukanya...Alahai!

Saya mengidam nak pakai inai since mengandungkan Husna lagi. Baru-baru ni je dapat pakai. Thanks Suriati, sebab sudi donate inai kat saya. Dulu ade gak pakai inai, tapi ngak jadik merah inainya. Saya tak suka pakai inai tiub sebab cepat abes n warna dia cepat pudar. Cerewet kemain. Naik inai Mekah je. Ngade. Masa kawin dulu pun nasib baik ade yang bermurah hati sedekahkan inai Mekah.

Inai mekah serbuk ni tahan lama sikit. Tahan jugaklah 2-3bulan. Barulah ade feeling-feeling pengantin baru tu lama sikit. Merah dia pun cantik.

Okeh, kate nak bagi tips, menceceh pulak dah...



Of course la inai Mekah.
Bancuh dengan air limau kasturi dan plain water.
Selotep.
Plastic wrapper.
Gunting.

Selalunya kalau nak pakai inai ni memang sangat leceh kan? Lagi-lagi masa nak tepek inai dekat jari tu. Naik juling mata kalau pakai sorang-sorang. Masa saya kawen dulu, kena pakai sorang-sorang. Terkial-kial kerja kan inai. Suma tak nak pakaikan sebab tak mau jari comot. Sedih sangat kerjakan inai sorang-sorang. T__T. Sampailah datang makcik saya dari Singapore tu, dia tengok saya terkial-kial nak pakai inai kat jari, dia pun tolong. Dia mintak plastic wrapper. Saya pun pelik, napa nak pakai plastic wrapper tu. Rupanya lagi senang nak pakai guna plastic wrapper tanpa perlu kotorkan jari yang lain. Hasil pun kemas, especially yang dekat jari kaki. YA Allah, mencabar betul kalau nak pakai inai kat jari kaki. Betul tak?

Potong cantik-cantik plastic wrap tu 4 segi then masukkan inai atas plastic then wrap jari, sambil tu adjust-adjust la kasik suma kawasan jari terkena inai. Jangan capuk sudah. Inai takka kene kat jari sebelah lagi tu sebab ade plastik tu kan? Masa my makcik buat ni saya dok fikir, knape la tak tau cara ni lagi mudah. Sekejap je kerjakan 20jari tu. Setengah jam, siap! Boleh tido dengan aman. Hasil pun sangat kemas.

Eh! sebelum tu keliling jari lilit dengan selotip dulu. Bagi kemas keliling jari sebelum nak berinai. Takdela nampak comot sangat kan. Rasenya ramai yang tahu kan pasal ni. Jangan dililit kuat-kuat, takut darah tak jalan plak ye adik-adik. Lilit bagi lite-lite je..



Inilah hasilnya, jari dompot sape ntah ni dah kene balut dengan inai. Maka, tgu la sampai esok pagi baru lah boleh bukak. Kalau tangan dah macam ni, ko nak bersilat atas katil pun takpe. InsyaAllah tak jadik ape-apa.


Dan tara, esok pagi tengok jari dah macam pengantin baru, pastu senyum-senyum macam kerang busuk tengok jari dah merah. Huhu.. Kiri hasil 2minggu yang lepas. Pakai 4 jam je. Gigih bangun 2 pagi semata-mata nak pakai inai. Kanan, hasil 2 hari yang lepas, pakai sejam lebih je. Tak merah sangat warna dia. Nanti nak touch up balik tu.

Maka, terlepas lah dari pengidaman.Alhamdulillah.

Kebetulan masa anniversary yang ke 2 tahun kan? So bolehla feeling-feeling pengantin baru. :)
So B2B yang tersesat di blog mak ni. Selamat Pengantin Baru.:)

13 comments:

  1. na mmg slama ni pkai inai buat camni
    dr kecik lg,
    hehehe klu x,
    abes la..
    dah bungkus jari2 tu dlm plastik
    amek lak plastik yg kite beli brg2 kt kedai tu
    bungkus 1 tgn trus,
    2-2belah
    so klu trcicir yg jari tu still jatuh dlm plastik besar tuh, ekekek
    tp ade anak ni xsanggup lg nk pkai :p

    ReplyDelete
  2. Aishah ingat lagi, kononya dulu nak kasi merah, titis pulak minyak cap kapak kat inai-inai tu. Kekekeke.

    ReplyDelete
  3. ciare:
    ehem..ehem? takdelah. xdela saje gedix nak pakai inaila noks..huhu

    na:
    tulah, dulu bungkus jugak tapi tepek dulu inai kat tangan, lepas tu baru wrap. Yang ni pakai dan wrap. 1 keje terus. senang je kan.
    Ada anak ni pun gigihkan jugak nak pakai punye pasal..huhu

    aishah:
    hah? minyak cap kapak pun ade ke? huhu..xpenah dengar lagi tuh

    ReplyDelete
  4. aik...xphm la cara2 nk pakai wrapper tuh...hhuhuhu...pakaikan inai dulu baru wrap ke atau cam ne?

    ReplyDelete
  5. faizah;

    letak inai dekat atas wrapper tu, then tepek dekat jari. sambil pakai inai, die wrap terus jari tu..paham tak eh? huhu

    ReplyDelete
  6. ouh...gituh... phm2..hehhe :P nk try la... ada lg inai mekah org kasi... :P

    ReplyDelete
  7. dulu suka pakai inai..tp la ni camno nk pakai..tunggu husna besar boleh pkai same2

    ReplyDelete
  8. anda di tagged..sila ke http://mylifeonlymyworld.blogspot.com/2011/08/1st-giveaway-by-wan-myzura-collections.html

    ReplyDelete
  9. saya tersesat. :P

    memang tengah cari kaedah menginai pun. hehe.

    ReplyDelete
  10. kalau di sarawak pakai inai serbuk ni guna air teh tanpa gula.. air teh panas.... bahcuh dengan inai.. selalu sampai berbulan masih merah... hihihi

    ReplyDelete
  11. thanks ats petua akk...saye pun b2b juge..insyaallah lagi 8 hari...;)

    ReplyDelete
  12. Amboiii suka benor dia berinai2.. Sama la kita dulu2..time kecik2 dulu gigih menumbuk2 inai..nk amik inai amik daun yg tua ada bintik2 hitam..katanya tu lg power tp x tau la betul ke tk..tp mmg segala petua humban dlm lesung tu.. Asam jawa..arang..beras..nasi..limau nipis semua ada.. Mujur milo je x masuk..klu tk tmbh gula.dh siap milo perasa daun inai.hehe..

    Tp skrg dh mlas tumbuk..amik je inai mekah yg serbuk tu tmbh air, bubuh kt jari sure merah menyala hasilnya..bau pun best.. Korang2 yg merasa nk jd pengantin balik boleh la sms saya 0194344930.. Sy ada la 5 kilo hangkut dari mekah tu.. Sape2 nk terutama B2B tu sila2kan sms ye.. Sementara stok masih ada...

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ