Wednesday, August 10, 2011
Rutin di Bulan Ramadhan.
Ramadhan 2011, tahun ke 2 saya berpuasa sendirian dengan Husna. Lagi. Until when, saya tak tau. 2 tahun yang sama tapi tak serupa.
Apa yang sama tapi tak serupanya tu?
Sebabnya tahun lepas Husna belum pandai bergerak, nak move sana-sini. Masih lagi mengharapkan ibu dia untuk bergerak. Baru 3bulan kan masa tu. Time saya berbuka, letak je tepi tempat saya bersila tu. Sambil makan, sambil agah dia jangan bagi dia bosan. Sudah la.
Saya dapat berbuka duduk bersila menikmati juadah senang hati. Lalala..Nak mintak makanan yang ibu makan tak reti. Nak merayap sana-sini pun lagi la tak reti.
Sekarang dah 1 tahun 3 bulan. Tahun ni dia dah pandai mintak makanan, dah pandai jalan, dah melasak. Agak mencabar jugakla nak makan especially waktu berbuka. Selalunya waktu berbuka, maghrib-maghrib tu lah dia dah gosok mata garu kepala nak tido. Kerap jugaklah poopoo time tu. Pelik betul, asal poopoo mesti time maghrib, asal maghrib mesti nak poopoo. Hari-hari tau camtu.
Bermula dari pukul 5 petang. Balik kerja. Saya mesti kene ontime balik, sebab dalam kepala macam-macam option the way saya kena pilih dan buat untuk masak, mandi, kemas etc..etc: (Saya lagi suka masak dar pegi Param sebab mahallah makanan kat param. Lagi kang membazir beli banyak-banyak sebab rambang mata, makannya sorang je)
Option 1:
Balik rumah dulu, siap masak (simple-simple dan sepantas kilat) atau ke PARAM je (so far baru sekali pegi sepanjang 9 hari berpuasa), then mandi. Dah segar-segar baru saya keluar rumah semula pegi rumah pengasuh amik Husna. Selalunya waktu paling cepat saya amik kalau pilih option ni, pukul 6 petang lah. Budak-budak lain suma dah balik, tinggal dia sorang je. Kesian, saya tak suka amik anak lambat-lambat dari rumah pengasuh. Kalau boleh biarlah saya jadik orang last yang hantar dia dan orang paling awal ambil dia. Suka tengok reaksi dia kalau nampak ibu kat luar pagar. Melonjak-lonjak suka nak keluar dari pintu grill nak dapat ibu. Advantagenya pilih option ni, bila dah sampai rumah, saya tak yah fikir nak buat apa dah, sebab dah settle semua. Main-main dengan dia je until dia tidur.
Option 2:
Balik dari kerja terus ke rumah pengasuh. Pukul 5.15 dah terpacak depan rumah pengasuh. Amik Husna. Sampai rumah bersilat kat dapur secepat yang mungkin. Lemah kalau dia dah start merengek mintak dukung. Seboleh mungkin saya tak nak dia menangis dan merengek. Lemah! Caranya, sambil masak sambil entertain dia. Buat kerja suma atas lantai, bagi dia join sekali. Barulah dia tak bosan. Lepas dah siap masak, lepak-lepak kejap. Kalau tengok dia sangat comot dengan food/kotor, walaupun dia dah mandi kat umah pengasuh. Saya heret jugak dia masuk dalam bilik air, mandi sama-sama. Kalau dia okay tak comot, just salin baju dan sedia untuk tidur.
Option3:
Balik dari kerja, amik Husna then sampai rumah tak payah buat apa-apa. Masak tak payah, mandi tak payah. Layankan dia je. Macam semalam. Dia dah tidur baru boleh buat semua.
Time berbuka, saya takde mengadap lauk/makanan yang dah masak @ beli. Lepak-lepak depan tv, dengar azan je, capai kurma dalam aisbox, minum air soya ke, air masak ke, apa yang adelah. Lepas tu terus solat maghrib dulu. Sementara mood dia baik kene solat dulu. Kang bila dah mengamuk sakan, 1 apa pun tak leh buat. Lepas tu barulah salin baju dia, bersih-bersihkan Husna sebab dia dah nak tidur. Lepas tidur barulah boleh mandi, makan, kemas-kemas dan buatlah ape yang saya nak buat. Husna jenis yang tidur awal. Syukurla jugak dia jenis cepat nak tidur, bg can ibu dia buat kerja lain. Yang tak bestnya tulah, tak dapat nak main-main dengan dia lama-lama. Tapi saya lagi suka dia tidur awal sebenarnya. Hahaha. Rase bebas nak ke sana sini.
Nak mengelakkan saya terbabas sekali masa nak tidurkan dia, lepas dah bagi nenen, masukkan aje dalam buai. Senang! Berlayar lah Husna dengan mimpi-mimpi indah. Saya pun ape lagi. Horray! I'm free :)
Heaven kan anak dah tidur?
Ibu-ibu sekelian, sila angguk 20x dengan statement saya ni. Haha..
Waktu bersahur selalunya okay takde masalah sebab Husna masih lagi diulit mimpi indah. & selalunya dia bangun masa azan Subuh. Heret dia masuk bilik air dan bersiap ke rumah pengasuh dan ofis. End.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alamak
ReplyDeleteentry kite lebey kurang same je, hahahaha
heheh...nk wat entri sama gak la bley? :P cam bes...tp part anak tdo tuh mmg heaven! hihi...bkn apa byk menda kena wat... kalu dia xtdo mmg penat.. T__T
ReplyDeletepilu plak rasenya bace entry fashya yang nie...susahnya sorang2 kan? =S
ReplyDeletetp anak tido mmg heaven. time tu bru leh buat hal2 kite tanpa masalah. aman. hihi
yerp setuju sgt dengan ena...bila anak tido mmg heaven..leh la nak buat keje kee..nak mengemas pape keee...
ReplyDeleteheheheheh adik husna same mcm kakak husna, maghrib je mula la mnggosok mata tergaru sana cini tanda nk tidur..kalau xblh pose ok la boleh layan tp kalau puasa mmg heret sekali depan makn..suap juga la kt dia kasik can jgn mengamuk..
ReplyDeletemasa masak pula letak dalam walker, die pun merayap dan capai le semua barang..lantak la asal boleh masak..kalau nangis amik n kasik neneng..lepas tu letak balik dlm walker smabung balik keje..hahaha mcm2 ragam kan
option 1 ok kot. xpelah amik husna lewat sket. asalkan semua keje setel bila dia dh ada kt umh.dpt bg full attention kt dia pastu.
ReplyDeletebtw perangai poopoo time maghrib tu sbijik mcm mya lah.pakat dorang ni ek