Wednesday, June 30, 2010

dan waktu berputar................



.......meninggalkan kita.


Sejak mengenali dunia blog, saya makin ramai kawan blog yang sama-sama telah mengupdate status diri masing-masing, bila dibukak balik entri-entri yang lama, rase macam sangat cepat masa berlalu, dari anak dara, tunangan orang, isteri org dan sekarang dah jadik mak orang!!!

Fasa pertama, cerita bab kawen memang best gile...bunga dip, cupcake, pelamin, door gift, bakul , mak andam etc...etc...tak abes-abes menceritakan hal-hal kawen, risau-risau bagai nak tgu big day. Bila dah berlalu dengan jayanya hari tersebut, Syukur Alhamdulillah, semua dah selamat, selamat disatukan, maka bermulalah hidup sebagai seorg isteri.

Fasa kedua, bila dah jadik isteri orang, macam-macam cerita la pulak keluar ,hal rumahtangga (bukan sampai dalam okay), cerita masakan untuk suami, rindu-rinduan dengan suami bila berjauhan, sangat seronok bile org yang dipuja-puja, disanjung-sanjung dah jadi milik kite..Alhamdulillah.

Fasa ketiga, bila dah disahkan mengandung, nak jadik ibu...cerita persiapan nak menyambut si kecik, pengalaman mengandungkan anak sulung, pengalaman bersalin....Macam saya, si bunting pelamin, nak merasa alam berdua-duaan sangat-sangatla terhad, memandangkan saya berPJJ dengan suami, lagila susah nak spend time sama-sama. Masa pregnant, harungi hidup sorg-sorg..Mabuk sorg-sorg, sakit pening sorang-sorang.. Sangat independent masa pregnant. Penah kandungan dah masuk 8bulan masih lagi terkedek-kedek naik bas nak jumpe suami.. Masa tu kalo boleh, seboleh-bolehnya nak sorok perut yang makin membulat tu...tp bukan boleh sorok pun.

Fasa keempat DAH JADIK MAK ORANG!!! fasa ni paling best skali bila cerita pasal anak...ramai kawan2 blog saya yang saya kenal, kebanyakan dah jadi ibu @ on da way nak jadik ibu...seronok sangat bile tgk anak-anak sama-sama membesar...tak sangka dah sejauh ini kehidupan yang dah saya alami... kehidupan yang melengkapkan saya sebagai seorang wanita. Wah!! macam tak percaya saya sorg wanita, sudah punya keluarga, punya suami, punya anak...

Bila memandang sedalam-dalamnya muka Husna, rase sebak, sayu, gembira, terharu, bercampur aduk perasaan bila inilah penyambung zuriat aku dan suami. Inilah si kecik yang aku bawak kehulu kehilir selama 41minggu dalam rahim, Inilah anak yang berkongsi perasaan aku semasa dia dalam kandungan. Terima kasih Allah, atas semua ini... Alhamdulillah....





ps: sebenarnya perasaan aku sekarang sangat berkecamuk, walauapapun, aku perlu merasa besyukur dengan ape yang aku kecapi sekarang... Salam Jumaat


"...dan setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya", setiap kali rase frust, give up...aku pasti akan pujuk hati dengan ayat ni....

Tuesday, June 29, 2010

the glory

2 days of training....
Akhirnya, si kecik ni redha dengan puting MAM....Sukanya saya alang kepalang...
So, kite layan pic saje...(ibu die gile mngedit pic)....

termenung..so cutela anak ibu


redha..


the glory...


yum..yum...sambil mulut humming, merungut


mamai dalam pangkuan ibu


kekenyangan..ready to sleep


tidur akhirnya....


Sekian cerita bergambar saya.. Alhamdulillah...anak ibu pandai... :)







Friday, June 25, 2010

mY angel :)

Sayu hati bila kedengaran Husna tgh menangis ari luar rumah. Terus saja saya meluru untuk mendapatkan Husna. Suara dah serak sikit sebab asik menangis je...lepas dapat susu die terus senyap, borak-borak sambil sua-suakan botol kat mulut dia. Nampaknya macam nak, tak tolak puting tu, tp die tak hisap pun. Last-last dia juihkanjugak puting tu.

Siap je mandikan dia, die terus behave, bolehla berinteraksi dengan si kecik ni masa pakai kan baju. Urut-urut badan dia. Bersemangat sikit saya petang tu bile tgk dia behave je like angel. Nampak gayanya tak lama lagi mesti Husna pandai bersembang. Mesti best.

Lepas mandi mestila dia nak susu lagi, lepas dapat susu trus pengsan. Malam tadi pon dia tak meragam langsung. Saya terjaga pukul 5pagi macam tak percaya dia tak cranky langsung malam tu. Alhamdulillah, dapatla saya topup tido lepas 2malam tak dapat tido.

Husna ni ske tido kalo saya kepit die celah ketiak, best ke sayang bau ketiak ibu..HAHAHA..

pagi-pagi dia mesti tinggalkan sikit je space untuk saya...die g himpit saya walaupon sebelum tido dah divide 2 antara ibu ngan ayah, Husna tgh2. tp bila pagi...tinggal sikit tu jela space untuk saya, terpaksa la mengalah dan kecikkan badan supaya tak himpap dia..

Ni posisi feveret dia. masa dengan ayah dia, rajin gak ayah die tido kan macam ni, lena dia tido..ni atas bantal golek pun jadik...tapi kene monitor selalu. takut tertutup hidung dia. Kang tak berafas pulak si Husna ni... ni ayah dah tak de disisi, dah jarang tido camni, kalo tak sebelum tido mesti ayah dia baringkan husna kat dada ayah, then lena husna tido...

ayah: haaaaaaaaa..tgk buat ape tu?????
Husna: Of coursela tgh menikmati keenakan susu ibu syaye...Ngeeeeeeeeee....

Lepas tu PENGSAN!!!!!!!!! zzZZZZzzzzZZZ



Husna sayang, ibu harap sangat Husna cepat belajar ye minum susu dgn botol....banyak dah koleksi susu botol ibu beli.... :) Semalam dah tambah lagi 1 susu botol. Kali ni NUK plak..blum try lagi..hopefully dia nak...

Alahai ibu sayangnya anak ibu ni.....i Love u more..n more...n more....

Thursday, June 24, 2010

Masih Enggan

Saya angin tetiba bile baby sitter Husna suruh beli susu tin untuk Husna...ape kes??? Alhamdulillah, rezeki husna banyak, susu aku dah cukup untuk dia minum.sekali pump saya boleh dapat 5-6oz. Knape nak bagi dia susu tin...ni lah masalah bile berhadapan dengan baby sitter yang tak faham kebaikan susu ibu.. Malas ke ape nak panaskan susu tu...same jugakla nak buat susu tin, kene amik masa jugak...

Cuma masalah besar yang menimpa saya skrang bila Husna tak mau minum guna susu botol.. Runsing fikiran bile memikirkan masalah si Husna ni...saya risau betul kalau tetibe badan dia susut. Elok2 pipi labuh n double chin muncul, tibe2 hilang...risaunya saya..nti org kata saya tak pandai jaga anak...n kalo yang tak support langsung breastfeeding ni mesti ckp, "tak cukup susu ibu tu, anak tak kenyang"...Ish, memangla baby kalo minum susu ibu cepat lapar sebab penyerapan susu dalam usus tu sangat baik berbanding susu lembu.

Memang banyak dugaan bile kita nak buat baik ni kan..betul cakap dayu. Da macam-macam puting saya try. Semalam saya amik keputusan bercuti 1 hari..baru naik keje 2hari dah tak tahan bile dengar Husna menangis seharian tak nak minum susu botol. Pagi-pagi sebelum Husna bangun n get ready nak menyusu saya dah siap2 panaskan susu, saya susun 4 jenis puting atas meja dan sua-suakan kat mulut dia.

Mula-mula saya bagi 2 puting biasa jenama BEBE n puting yang sedia ade dalam botol susu baby kiko...puting baby kiko tu saya masuk dalam mulut dia dan hisap sikit, tp lepas tu dia luah semula. Saya try puting BEBE tu, sebab puting tu yang dia guna masa pantang dulu, dia nak jugak hisap masa tu, tp still tak nak. Saya alih ke botol MAM pulak..makin kuat pulak dia nangis sebab dah tak brapa nak mamai da time ni.. Botol ke4 guna puting Pigeon, still tak mau...HUHU...give upnya saya. Dia makin menangis macam ape. Saya sebagai ibu pastila tak sampai hati tgk dia lapar dan menangis trus sumbat B, bersungguh-sungguh dia hisap. Rase nak nangis tgk dia hisap dengan bersungguh-sungguh. Dah banyak air mata keluar disebabkan Husna ni since pregnant lagi. Huwa...Rapuhnya hati saya ni.



Bila sue suggest guna botol The First Year, hari tu jugak saya pegi carik kat Jusco Tebrau City. Seawal pagi dah siap-siap nak keluar, hujan pulak, si Husna syok tido lepas dah minum susu. Tunggu hujan berhenti dah nak tghari. Lagipun saya memang sangat mamai sebab semalaman saya tak tidur menjaga Husna yang meragam tak nak tido. Si Husna still syok tido, bile sampai je Jusco, die terbangun dan of course dia lapar. Bagila kejap bf sebelum masuk jusco, ingatkan dia dah kenyang. tp masuk je Jusco dia terus menangis nak susu lagi. 2 kali saya berhenti susukan die dihadapan public. Berserah jela. Org yang pandang pun tak de yang sok sek sok sek..Alhamdulillah..agak mencabar bawak si kecik ni berjalan-jalan. Terus ke Mum's Care, cari botol dan trus bayar. Xde dah nak merawang-rawang tak tentu hala dgn si kecik yang sibuk nak menangis tu.

Masuk Jusco kejap beli net buaian dia dan trus meluru ke kereta. Bg dia bf kejap, trus terdiam dalam dakapan makcik dia.. Takde dah masa nak menyinggah sana, menyinggah sini. tp dalam hati ni Ya Allah meronta-ronta nak belek-belek baju comel si kecik tu. Dah lama gak Husna takde baju baru..huhu..ni lah nasib bila suami takde nak tolong monitor si kecik..betul ckp-ckp org, baby menangis, si ibu pun menangis sekali kalo takde suami tolong jaga, tapi saya pasti semua yang berlaku pasti ada hikmah, saya perlu kuatkan semangat, cekalkan hati nak membesarkan anak saya. Ibu akan buat ape saja untuk Husna.

Time management skang saya kene susun betul-betul, bila masa nak mandi, bila masa nak bangun tido, bila masa nak beli barang-barang dapur, bila masa nak makan, tak boleh tangguh-tangguh dah.almaklumla saya ni agak kalut gak org nya, bawak kereta abes bumper tinggi pun saya langgar bila dah kalut.

Hari pertama adik saya jaga bile saya g keje, saya jadi org paling kalut skali, call adik, dgr Husna tgh nangis, saya pun nangis sekali. tak keruan tak tentu pasal. lunch hour saya balik bf dia... tp hari ni saya cekalkan hati taknak balik sebab kalau dimanjakan sangat, sampai bila si husna taknak minum guna susu botol. Terpaksala jadik kejam sikit dengan anak. Huaaaaa...padahal hati sangat tak sanggup. Husna sanggup berlapar..tidur dalam keadaan lapar. Cuba kita yang dah besar ni, macamanala keadaannya.

Ya Allah, permudahkan urusan kami, semoga Husna jadi anak yang mudah diajar. Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk Husna.

Billion thanks pada yang bagi nasihat kat saya, bagi pendapat, bagi kata-kata perangsang...sesungguhnya saya sangat appreciate sume pendapat korang. Saya sangat-sangat stress lately, kadang-kadang tahap kestressan dah tak boleh nak kawal. dgn semangat-semangat korg nila bagi semangat sket.

Tuesday, June 22, 2010

Hai Husna..Husna



teaser: Husna memandang susu ibu yang diperah arini....Alhamdulillah..dapat 6oz sekali perah dengan menggunakan tangan!!....

ni budak kecik arini tido tak hengat dunia lepas menangis sakan tak mau minum susu botol ...saya terpaksa balik sebab adik saya jaga for this week asik mesej husna tak mau susu botol..hati ibu risau mengambil keputusan balik umah untuk breastfeed dia. Bersungguh-sungguh dia hisap lepas dapat B ibu die..dan lena dipangkuan.bila letak atas tilam die trus pengsan...buai tu baru je beli mase rehat lunch hour td, tp tinggi gile...

Alahai anak ibu...anak ibu...

Monday, June 21, 2010

bile ntah nk datang

Masih takde mood nak update blog..I donno why..

Tgu mood dtg, padahal dalam kepala ligat dok pk macam-macam nak tulis...

*pasal Husna
*pasal berjauhan dengan suami dan anak disisi
*pasal breast feed
*pasal kerisauan yang macam-macam menerjah dalam minda ni
*pasal susu EBM, perah susu, stok EBM

...........................mood, sila ke mari.................................

Saturday, June 5, 2010

Anak...anak....anak

Hai., Assalamualaikum....My name is Khalisya Husna. Sekarang umur saya dah 1 bulan 1 hari dan esok bakal bertambah lagi umur saya.. Muka saya macam muka ayah saya. Ibu kate saya ade kening yang garang. Nak tengok??? See....


Kalau saya confius, saya suka sangat buat muka camni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lama dah dok fikir-fikir ape nak tulis, really takde idea nak mengayat....bye je lah.... Ngeeeee

Wajah suci

Suci je bila tengok orang tido..lagi-lagi kalau baby yang tidur....
Nah....Pic Husna tengak lena diulit mimpi.....









The Best part.....



ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ