Thursday, December 31, 2009

terajin pulak

Disebabkan arini ari terakhir 2009, terajin pulak nak buat 2-3 entri.....arini dah rase macam besday i pulak dapat adiah sume...

Pagi-pagi datang keje saya dapat souvenier dari egypt. Lecterur pelawat yang baru balik dari egypt ni, Dr.Hasan bermurah hati pula bagi souvenier dari negara dia...


I like, ada 3 saiz..jom zoom sikit....
Yang goodies bag tu dari andak, pengantin baru yang baru naik keje arini. Thanks andak, bahulu tu sedapla....ni tgh makan-makan bahulu ni, perut dah kenyang pon, makan jugak...huhu


cantikkan...suke sangat....

dan tengahari td dapat parcel dari cikgu meor, (photografer saya dulu) , dia bagi kurma, kismis, tasbih dan alas meja cantik. Actually parent dia baru balik dari mekah, dulu saya ada kirim kurma dan kismis aje, sekali saya bukak parcel ade 2 extra barang dri mekah. Thanks a lot cikgu zul. suka sangat!!



haaaaaaaaaaaaaa...ni lagi best, arini saya bawak bekal g keje, sebenarnya lauk pauk lebih masak semalam, tak reti nak masak budget untuk sorang, boleh terlebih banyak pulak, so saya bwak bekal g keje arini. Rasanya nak buat camni jela, save sikit duit saya. Tgh-tgh selera naik ni, sehari kalo tak cecah RM10 untuk makan mmg tak sah. Harini, duit saya tak luak pon, suka!!!

Lauk:
sup ayam, bayam goreng, kerang rebus ( nak tambah zat besi ni, hopefully minggu depan g check up, hemoglobin tak trun, tapi yang saya pasti berat badan komfem naik mendadak lagi...ekekeke), dan wajib ada ulam; kacang botol dgn kacang panjang, berselera sangat makan, sampai mengah dibuatnya. Sampai sekarang pun terasa mengah lagi..

Semalam kaki saya dah start cramp, rase nak nangis dibuatnya, tgh syok-syok mengeliat sekali kaki kejung sakit, saya pun mengerang sorg-sorgla..siannya saya....Sampai sekarang pun still rase sakit kat betis ni....uwaaaaaaaa...tulah, susu mmg saya tak minum, belakang badan ni pon dah lenguh-lenguh aje. Malam ni wajib kene minum.......

Ok dah abes merapu...esok saya nak cuti walaupon Johor tak amik cuti Awal tahun, nak rehat, rehat-rehat dengan suami kat seremban....hoyeh!!!!

hari terakhir dalam tahun 2009

Bye..bye 2009....this year sudah tentu banyak meninggalkan kenangan manis untuk saya kenang.

Antara yang manis sudah tentulah majlis perkahwinan saya yang diadakan pada 9 Ogos 2009 yang lalu, boleh dikatakan setiap tahun pasti ada perubahan status kepada diri saya.

2006- single (masih student lagi maa, tak leh cintun-cintun)
2007- dah abes blaja dah boleh ade bf...dah jadik double
2008- upgrade status jadik tunang orang.
2009- upgrade lagi jadik isteri orang.
2010- InsyaAllah, bakal jadik ibu pulak.
2011-????? too early nak predict ape-ape..huhu..

Saya rasa saya antara yang sangat bertuah dengan kehidupan yang saya kecapi sekarang, walaupun kadang-kadang kita terpaksa mengeluh, menyesal dgn takdir yang telah ditetapkan olehNya. Tak baik macam tu, kadang-kadang saya sering muhasabah diri, balik semula kepada Allah, pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hopefully, dalam tahun 2010 ni, saya dapat stay dengan suami, dapat kerja yang lebih terjamin. Saya nak upgrade kehidupan kami yang bakal bertambah tahun depan. InsyaAllah, doakan kami.

Apa yang penting, umur kita semakin lama bukan semakin meningkat, malah makin menurun dan semakin mendekati saat ITU. Saat nyawa dicabut dari jasad seperti yang dijanjikan oleh Allah. SubhanaAllah.

Hari ni jugak, sekiranya arwah ibu masih ada, umur arwah sudah mencecah setengah abad. Tapi Allah lebih menyayangi ibu. Ibu pergi dulu meninggalkan kami sekeluarga. Saya sudah lama redha dengan pemergian ibu sejak 6tahun yang lalu. Kadang-kadang terasa sangat rindu dengan arwah, saya sedekah kan Al-Fatihah. Semoga ibu dicucuri rahmat selalu. Lagi-lagi bila saya bakal menjadi ibu, ingatan pada arwah tu lagi kuat.

Esok dah masuk tahun 2010, rase cepat sangat masa berlalu. Semoga setiap perancangan yang dah dibuat diizinkan Allah untuk kita semua merealiasikannya. Aminn...



nota bawah lutut: Jangan ditanya apa azam tahun baru, kang saya jawap nak bagi nama anak AZAM je...hahahaha

Wednesday, December 30, 2009

setahun sudah

Bismillahirahmanirahim...

Sedar tak sedar dah setahun saya dalam dunia blog ni, macam mane ek mula-mula libatkan diri dalam penulisan blog ni, rasenya mula-mula menulis ni dalam blog kat friendster, tp ala-ala saje, tak sekerap lepas ade blogspot ni, lepas tu, mula sign up blogspot masa sibuk-sibuk carik hal-hal perkahwinan dulu kot...google-google hal-hal perkahwinan, masuk blog org, bace-bace, rase macam best ada blog sndri. Konon-konon macam diari, tp istilah diari tu macam privacy, org lain dilarang membaca, kalau bace dah dikira berdosa lah kan. Tp blog ni, sume org boleh bace, seronok sebenarnya ada blog ni, setiap idea, setiap pendapat, setiap pengalaman, setiap persoalan kita dapat kongsi sama-sama dengan readers lain.

Bermula dari cerita-cerita anak dara, lepas tu cerita-cerita hal pertunangan/perkahwinan, dah kawen, pregnant pulak dan tak lama lagi nak jadik ibu. Macam-macam dah saya lalui, semua tulis dalam blog, bila diimbas-imbas balik, seronok pulak baca. tp kadang-kadang macam kelakar pun ada.

Mula-mula tulis blog macam syok sendiri, takde networking, tulis sendri, bace sendri, agak-agak yang tersesat dalam blog saya ni, dah kira oklah kan...HIHI....lepas tu, mula bina networking dengan bride-to-be...dari situ mulalah bercambah sikit demi sikit networking saya. Berkenalan dengan blogger-blogger, boleh jadik kawan-kawan dah....skang ni ramai dah bride to be yang saya kenal dulu dah memegang status PUAN like me....dan yang cepat rezekinya tu, bakal menimang cahayamata like me jugak.

Lepas tu jumpe pulak blog kawan-kawan lama, dapat jugak saya update cerita diorg sume..Best sebenarnya ada blog ni, dah baru-baru ni pulak, saya dapat trace, sedara-mara, kawan-kawan opis dah tau kewujudan blog ni..HAHAHA, kadang-kadang rasa malu pulak dengan diorg. Tp xpelah, blog saya ni sekadar hiburan sahaja. Takde membincangkan hal-hal dan isu-isu yang berat-berat dan saya tak berminat pun.

InsyaAllah, selagi mempunyai masa, kudrat, kekuatan, memori, saya akan terus menulis blog ni...

Tuesday, December 29, 2009

Normal ke?

Normal ke ibu mengandung makan macam ni?

Pagi: Nasi lemak kerang + kuih 3keping (RM1) - (dimakan sebaik sampai je opis hingga dekat-dekat nak lunch area 11am)

Tengahari: Nasi satu senduk setengah + ikan + sayur 2-3jenis + ulam-ulam 2-3 jenis - (mmg nampak sebumbung dgn sayur-sayuran, and kalo makan WAJIB ada ulam)

Malam: Tak kesah, tp nak yang berat jugak. Kadang-kadang nasi dengan sup sayur@ bihun/kuewtiaw goreng @ nasi + sayur rebus + ikan. Kalau setakat roti 2-3keping tak kan jalan, malam tu gerenti perut masuk angin n muntah pagi-pagi.

Normal ke kuat makan cam ni?...ngeri pon ada, tp kalo tak makan kang masuk angin lagi payah. Tengah risau dengan kenaikan berat badan yang mendadak ni, kang g check up, nurse marah lagi sebab berat badan naik banyak sangat, abes tu dah selera makan tinggi menggunung...saya makan ajelah...HIHI, minggu depan ade check up lagi. Cek-cek berat badan dah naik 50.5kg, maknenye dah naik 2.5kg dari berat dulu..Phew!!!! fening kpala den....

Monday, December 28, 2009

Suami dan Neo

Kehadapan suamiku yang dicintai,

Ketahuilah b, bahawa kereta neo ini tidak sesuai bagi kita yang bakal mendapat cahayamata, jadik sya harap b xdelah memasang angan-angan yang terlalu tinggi untuk memilikinya, cukuplah adikmu yang brutal itu memilikinya. Jikalau b rasa nak bawak, pinjam ajelah kereta ini dari adikmu.


Walaupon dengan kereta b ni boleh bawak sampai 220km/jam, tp tak sesuaila kalau b nak bawak anak kite nti dengan kelajuan seperti itu kan.. Mau tak terbang isterimu dan anakmu nti. So sya harap b tak perlu tukar kereta yang sudah memiliki 4pintu kepada 2pintu ye...kalau b nak tukar sangat-sangat pun, tukarlah yang 4 pintu jugak. Sya bukan ape, takde lah anak kite tersepit nti kat blakang nu...huhu...

oklah, sekian saja coretan hari ni, esok kalo rajin sya akan tulis pasal perubahan yang dah berlaku dari tahun 2009 dan bakal berlaku pada 2010...
sekian.

Dari isterimu yang banyak songeh,

Fashya Musa m^o^m

Wednesday, December 23, 2009

Sayang, tengokla.............

Sayang, tengokla ibu dah temuk.......arini 1st time datang keje pakai dress mengandung.dress ni buat ibu tetemuk.....

i'm 21weeks in my ibu's womb....erk...malu!!!

Tuesday, December 22, 2009

Babymoon 2: Pulau Pangkor

Walaupun mood masih suam-suam kuku, menulis blog harus diteruskan. Lagipun dah lama biarkan blog ni bersawang.

Dah lama nak update pasal babymoon ni, jomla layankan aje..
Planning nak ke pangkor ni sumenya last minit punye rancangan. Suami lah yang bagi idea nak ke pangkor, lagipun dia bercuti pada hari Jumaat sempena hari keputeraan sultan Selangor. Dia jarang dapat cuti lama-lama camtu, so kami amik kesempatan lah cuti yang ada untuk pergi berjalan-jalan seperti yang dihajatkan mak yong ni. Hari selasa hubby cetuskan idea, hari jumaat nak pegi, bayangkan dalam masa 3hari je kami nak memikirkan segala hal dari penginapan, duit dan semua planning nak bercuti lah. Start survey-survey resort kat sana, call agen, tp diorg ckp resort banyak yang dah full, almaklumlah cuti sekolah. Resort yang kosong mahal pulak harganya. Akhirnya, kami fikir kita ke Cameron Highland sajalah. Lagipun kat sana ada makcik saya. tak payah nak fikir pasal tempat penginapan.

Tapi nak dijadikan cerita, hari khamis, hari yang saya nak pegi ke Klang, tengahari tu, hubby call bgtau dia dah dapat resort. Mmg ditakdirkanlah kami akan ke sana. So baju-baju sejuk yang saya dah packing siap-siap tu kene tukar dengan baju nak ke pantai.

11 Dis: Bertolak dari Klang ke Lumut pada pukul 5am, sampai jeti Lumut pukul 8 am.


Sampai aje kat pulau pangkor pada pukul 10.00am, kami terus sewa motor, supaya senanglah nak round-round satu pulau. lagipon saya dah ckp kat hubby awal-awal tak nak naik van sewa tu sebab van tu bawak macam ape je. laju gile. dah la jalan kat pangkor ni agak berbukit dan berliku. sebelum kawenkan penah g sini, so saya taula cemane pemandu van kat sini bawak van. SubhanaAllah, takut.

Terus check in kat Purnama Beach Resort. Resort so-so aje tp oklah, RM95 1malam. Tapi tak de sound proof, hentakan kaki dalam bilik pon dengar sampai kat sebelah. coz, sebelah bilik kami ada satu family sewa, so kami dengarla setiap perbualan, bapak marah anak, anak main lompat-lompat turn naik katil....huh!!xde privacy pulak. Hubby ckp, jangan ckp kuat-kuat, nti org sebelah dengar.ekekeke....

Tapi ade crite lucula pulak masa nak check kat resort ni, masa nak booking bilik ni, kami kene bagi deposit dululah, so saya bank in duit pendahuluan tu n simpan resit tu, agen tu ckp nti dah sampai resort tunjuk resit pembayaran tu kat kaunter. Oklah, kami ikut ape yang disuruh. Masa org kat kaunter tu mintak ic, en suami saya ni bagilah sekali resit n kad atm maybank dia. Saya perasan, receptionist tu macam blur-blur sambil belek kad atm dan resit tu, tp saya ingatkan dia carik no rujukan ke ape ke kat resit tu, pastu saya ckp kat suami,"kan sya yang bayar duit deposit tu, sambil hulurkan kat atm maybank saya kepada receptionist tu". Dia lagi blur, pastu agaknya en suami perasan dia ckp "eh, td mintak ic eh", sambil amik balik kad atm tu. Saya ape lagi, gelak- gelak sakanla kat situ sambil malu-malu sebab buat ape tunjuk kat atm tu kat receptionist tu. Dia pon senyap aje tak cakap ape-apa bila kami dah hulur kad atm tu. Nasib baik tak ramai org, kalo x malu kami berdua. Saya ty kat en suami; "berangan ke ape sampai org mintak ic b g bagi kad atm"...die sengih aje.


Rehat kejap, then kami jalan-jalan cari lunch n pusing-pusing keliling pulau dan bermandi-mandi. jom layan pic...



12 dis : Pagi-pagi lagi sudah bangun dan excited nak ke pulau naik boat, buat ape g pulau kalo setakat duduk dalam bilik aje kan..tak syioklah kan. seawal pagi lepas sarapan, (makanan kat sini mahal sikit, mungkin susah nak dapat bahan mentahkan) kami bertolak ke pulau kecik (tak pasti ape name pulau ni) untuk snorkeling dan menghitamkan kulit...kami sewa boat yang berharga RM15/person pegi balik. Hambik kau, laki den bantai berendam dari pukul 8 pagi sampai 3petang, mau tak terbakar kulit, sampaikan org yang hantar kami ke pulau tersebut pon dah mencarik-carik kami sebab lama sangat kat sini.

kat belakang tu kawasan snorkeling, 1st time snorkeling, best jugak dapat tgk ikan kaler-kaler dan terumbu karang, masa pegi dulu tak buat snorkeling sebab takut, air dalam. ni dah ada hubby, saya berpaut aje pada dia. takut lemas. dan ada life jaket pon takut gak.Hehe..nasib baik dia pandai berenang dan tinggi..ekeke..

ini nyonya nak g jual sayur..eh, bukan-bukan, ni saya, nak g snorkeling, tak sabar dah ni nak masuk air, silap pakai baju, pakai baju lengan 3quater..bukan setakat muka aje, lengan pon habis kene sunburn.

dah penat-penat snorkeling, si dia diatas carik port nak tido pulak. HAHA..pening kepala ye sayang. sian dia. kejap je tido tu, pastu kalo dah antu air tu (haha...ckp laki sendri antu air), xcukup kat situ aje, si dia ni sambung lagi mandi-mandi kat pantai. Ni lah aksi-aksi si dia bile dah jumpe air. dari pakai baju, tak pakai baju, then pakai baju balik.


saya pulak tak banyak aksi pon, setakat terkepak-kepak dalam air boleh la, lagipon matahari dah betul-betul atas kepala, muke dah perit kene air masin. perut pon dah macam krem aje, bile dalam air, perut den ilang, kempis aje.. mana ilang baby??? selebihnya saya banyak duduk aje kat atas batu sambil baring-baring sebab dah penat sangat sambil tunggu en hubby berendam lepas gian.


time ni Allah ajelah yang tahu betapa panasnya hari....Ish...takutnya.cemanalah akhirat nti yek, panas camni pun dah tak boleh tahan. Lepas si dia dah puas berendam, kami amik kata putus nak balik aje. saya dah tak tahan kepenatan dan kepanasan, kepala asik ingat katil dan bantal aje. Muka dah kepanasan rasa terbakar. Petang tu dah tak turun pantai sebab dah rase nak muntah pulak tengok air laut..sebab dah terlalu penat, kami lepak dalam bilik, petang tu kami jalan-jalan aje pusing pulau tengok kehidupan org pulau dan shopping makanan-makanan ringan n hasil laut yang banyak dijual kat sana. Malam, just round-round teluk nipah n makan-makan.


13dis: Pagi-pagi en hubby dah menyatakan hasrat nak mandi laut lagi. What?? mmg antu air lah kan, I dah kate...hehe..mintak ampun b. Lepas bfast, saya pon dari tak nak sentuh air laut pon terjebak sekali. Air pulak jernih sangat-sangat, kami boleh tangkap ikan guna tangan, saya boleh jumpe duit RM1 dalam air. Mmg jernih gile...

Dah puas sehati berdansa kat dalam air, kami naik sebab dah kene check out pukul 12. Sampai kat Lumut, kami amik kesempatan jalan-jalan lagi area Dataran Lumut. Yang bestnya, kami dapat tunggang dolphin. Best giler, new experience!!! Free lagi. Ada 3-4 ekor dolphin yang kiut-kuit kami boleh naik. Apa lagi, amik kesempatan lah. Free. Bukan senang nak dapat pengalaman tunggang dolphin ni. En suami lagilah happy, macam-macam aksi dia buat.HAHA..let me introduce the cute dolphin.


hehe...ampun-ampun, kalian sudah tertipu dengan den. Dolphin batu aje... :p

and this ikan todak...

kesimpulannya disini, we had great time together, thanks to hubby sebab sudi bawak isteri dia yang banyak songeh ni berjalan-jalan. Walaupun sangat-sangat penat, tp bestla sangat. Nanti kite pegi bercuti lagi k, tp nti bawak baby la pulak, dalam masa terdekat ni tak de plan lagi nak pegi mana.



sori if this entri sangat banyak pic, ada lagi pic, tp tak kan nak letak semua kan...ni pon dah naik muak upload pic banyak-banyak ni.nasib baik internet ok.....

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ