Tuesday, June 21, 2011

Susu masuk pump S3

Jadik technician jap aku arini gara-gara pump Spectra 3 aku masuk susu semalam. Tak payah susah-susah hantar Histopoint. Sebab dah ade experience dari Jaja yang penah jugak jadik technician repair Spectra 3 dia yang masuk susu jugak. Ntah macamana tengah syok-syok pump susu, tetiba aku nampak ade susu dalam tiub putih tu. Mau tak mengelabah tutup suis pump. Bila on balik dah keluar bunyi yang tak best. Alamak! Aku pun cepat-cepat operate pump keluarkan susu yang masuk dalam tiub dalam pump tu.

Barai aku kerjakan. Abes sume spanar/screwdriver dalam lab aku bawak masuk dalam surau. hihi..
Orang yang keluar masuk surau pun asik tanya. Nasib baik rajin menjawap.

Semalam bersihkan tiub putih dalam pump, keluarkan semua susu yang masuk. Hari ni, aku try pump susu, hampeh macam takde suction. Operate silinder putih tu pulak. Bila bukak silinder putih tu, banyaknya susu yang dah masuk.


Tengok susu dah bergumpal dengan minyak yang ade dalam silinder tu.
Aku just bersihkan guna tisu je, atas nasihat Jaja. hihi...

Sekejap je buatnya, siap lap, pasang balik. Try bunyi. Wallah! bunyi pump dah jadik seperti biasa. Yeay! Selamat duit aku dari melayang ke Histopoint. Hihi... Kos penghantaran lagi. Silap-silap boleh habis beratus ntah. Aishah Rahim penah mengalami masalah yang sama kan?

Nanti sapa-sapa yang ade masalah yang sama, susu masuk dalam pump n suction not work very well, ikut je cara kitorg ni. Hahaha. Kejap je dah siap. Kesian ah Histopoint camni. :p

Lepas ni kene pasang filter pulak bagi mengelakkan kejadian ni terjadik lagi. Sebelum ni buat dek je. Padan muka kau Fashya. :))

Oh. Histopoint tu tempat servis Spectra 3 kat Shah Alam. [Okay, silap. histopoint kat Subang Jaya. terima kasih Myrule bagitau. Hahahaha]

Monday, June 20, 2011

Husna suka pegi taman.Tapi........

Bulan ni bulan paling tak produktif dalam menghasilkan entri baru. Sebab aku dah rase macam bosan nak mengarang ayat- ayat aku yang tak best ni. Taip-taip delete, taip-taip delete. Itulah keje hari-hari.

**

Ini kawasan perumahan yang aku didiami sejak Husna berada 7bulan dalam kandungan. Bermakna sudah setahun 3bulan aku diami rumah ni. Bagi aku, rumah ni okaylah. Double storey, besar, walaupun nampak buruk dari luar takpe, yang penting dalam dia ada 4 bilik, 3 bilik air tapi satu yang bawah dah tersumbat. Hall yang sangat luas, sesuai dengan Husna yang suka sangat nak berjalan je. Hall atas pun luas, tapi kosong dan panas. Dapur je kecik cinonet, 3 orang masuk dah penuh dah. Halaman pun boleh sumbat 2 bijik kereta. Dan ade sedikit tanah, cukuplah sekadar nak tanam lalang. Hahaha. Memang rumah aku ni dipenuhi lalang tahu. Baru-baru ni je dapat hidayah nak tebas lalang tu sebab dah mencacatkan pandangan aku nih. 'Orang lain' suka tengok lalang tu semua. Mampu mencangkul lalang dengan baju kurung berkasut tinggi balik dari kerja? Hahaha, nampak aneh je kan? Aku peduli ape, aku sebat je cangkul tu asal lalang tu mati semua. Bagi togel. Pastu aku tanam lah ulam sambung nyawa, [kalo tak tau ape ulam sambung nyawa tuh, sila la click link tu eh]. Aku memang suka sangat ulam tu, amik benih pun dari ofis. Harap-harap hidup segar bugarla dia. Amin.



Aku juga suka sangat kawasan perumahan aku ni. Dekat dengan kedai, taman permainan, . Jiran yang baik, ambil berat, anak-anak dia pun suka sangat dengan Husna. Pantang nampak Husna, mesti nak terkam dekat, nak dukung, nak cuit-cuit pipi, nak kiss-kiss. Haip! Nasib baik kicik lagi.




'Nahunna'.
Boys ni panggil Husna. Anak jiran sebelah.

Dulu, sebelum Husna dilahirkan, taman permainan depan rumah aku tu, memang aku buat donno je. Pandang pun tak mahu. eceeh! Aku tengok memang ramai yang guna taman depan rumah sebaik mungkin especially kaum Cina. Pagi-pagi apek-apek, ahso-ahso datang buat exercise dekat laman. Bila petang plak, budak-budak lelaki cina main bola keranjang dekat gelanggang yang dah disediakan. Yang melayu pun ade jugak, cuma banyak kaum Cina yang dominasi tempat ni. Bila Husna dah masuk umur 4-5 bulan barulah aku pandang betul-betul taman ni. Lagi-lagi bila balik kerja Husna asik usha aje taman ni.



Ini kawasan untuk exercise. Ade alat-alat senaman kat sini. Husna suka kalau aku bawak dia ke sini. Pegi sana, pegi sini. Tengok bird, kalau ade nasib dapatla tengok cat n dog.

Macam nih.


Anjing comel bulu teddy bear. Agaknya kalau diberi peluang sentuh ni. Dah lama anjing ni kena terkam dek Husna. Bila anjing ni bagi Bark je. Terus terkedu Husna. Peluk ibu sekuat hati. HAHAHA.


Muka girang dapat main kat taman.


Jalan-jalan.



Tapi........












Aku sakit hati sangat bila taman yang cantik/proper/ada banyak kemudahan macam ni di'vandalisme'kan oleh orang-orang bangang yang takde sivik langsung. Sori aku berkasar plak. Sakit hati.


Ini lukisan kuno mane aku tak tau. Melucah pulak tu. Sakit mata aku tahu!


Aku tuduh budak-budak sekolah pendek akal yang buat, tapi aku tak maulah main tuduh-tuduh. kang fitnah aku plak dapat dosa free. Hahaha. Emo aku pagi-pagi tu. Elok-elok mood baik bawak anak jalan-jalan, nampak lukisan macam ni, aku terus emo bawak Husna balik rumah. Benci dengan orang yang tak sedar diuntung. Kalau nak melukis pun lukisla baik-baik. Elok-elok atas kertas lukisan. Tak perlu tunjuk seni kau lukis kat atas tiang ni.


Aku fikir orang macam ni kurang kasih sayang.Fullstop.




Friday, June 10, 2011

Love You

I love when you look at me like this.
I love u every minutes.
I love you very much
Terima kasih Allah, kerana meminjamkan insan istimewa ini kepadaku.
Alhamdulillah.

Thursday, June 9, 2011

Musim sekolah, musim khawin.

Kiri

Kanan

Kiri dan Kanan

Gambar diambil sekitar majlis perkahwinan kawan seofis di Segamat, Johor. Selamat Pengantin baru buat Ina dan Arif. Mami Myiesha tengah makan, dia datang solo dengan Myiesha je. So, saya kene take over jap jaga Myiesha. Muka micha sedih je mami dia hilang.

Selamat Pengantin Baru!
Bercinta senyap-senyap je, tetiba kawen. huhu
Diorang ni satu ofis before this. Ina sambung master kat UTM, Arif, technician IBD. Tapi sekarang Ina dah kerja dekat Hospital Segamat. Bertambahlah jumlah pasangan PJJ dekat IBD.

Buat masa sekarang staff PJJ dekat ofis saya.
Me: Jb-Klang, Jb-Sabah, Jb-Kl, Jb-Segamat, Jb-Vietnam (Outstation lama-lama kat sana), Jb-Korea, Jb-Serawak (pasangan ni baru je dapat dok bersama setelah 5tahun berkahwin. Fuh! lama tu. Soon, Jb-Port Klang. Semua berlaku atas tuntutan kerja! Siapa lagi? Tak ingat.

Husna jeles ibu pegang Myiesha, tu yang kena dukung 2 sekali gus.
9.4kg + 8 kg = 17.4 kg.

Macam ade anak kembar jekan.

Loves !

Adik beradik.


p/s: tak reti nak bagi tajuk apa da....

Saya tau itu salah

Ya, saya tahu, memandu sambil memegang anak adalah sangat bahaya. Memang sangat tak digalakkan sama sekali. Memang dalam previous entri, dalam video nampak sangat happy kan bawak anak macam tu sambil nyanyi lagu negaraku. Patriotik lah sangat!

Saya sedar memang bahaya dan menjadi kesalahan.

Bukan selalu saya buat macam tu. Tak semudah itu saya biarkan anak memanjat ayah yang sedang memandu. Bila keadaan dah tak terkawal, kadang-kadang kita terpaksa buat apa saja untuk tenteram kan anak. Contoh macam breastfeed anak sewaktu memandu. Okaylah, my bad. Selagi tak jadi, mungkin saya tak sedar dan tak nampak akibat dia walaupun dah tahu.

Terima kasih kepada sesiapa yang menegur. Untuk kebaikan jugak kan. Cuma saya nak bagitau, bila keadaan dah tak terkawal, kite terpaksa buat sesuatu diluar jangkaan. Bukan sesuka hati nak biarkan anak macamtu. Kadang-kadang saya terpaksa. T___T

Tuesday, June 7, 2011

Anakku yang patriotik




Anakku yang patriotik!

Tapi jangan tiru ye sambil drive sambil pegang anak ye.
Ini gara-gara dia meragam nak capai bendera yang terpacak atas dashboard kereta ayah dia tu.
Kitorang nyanyi lagu Negaraku kuat-kuat, dia pun mula ikut.
Lawak pun ada. Huhu...

Friday, June 3, 2011

Si rambut kerinting

Entri permulaan bulan Jun, penutup minggu pertama di bulan Jun.
Kita tayang gambar anak kesayangan dan gelagat dia sajalah eh. Theehiii..


Bestnya ibu naik moto.


Ade cerminlah! Syok! Syok!


Do i look great?
Comel ke tak saya ni, ce try tengok sikit.



Oh! Memang comellah saya ni. Hahaha..
Jangan marah tau ibu.


Ce buat muka kerek sikit. Jadik tak?


Buwek!


Eh ayah. Syoh! Syoh! Jangan kacau Husna lah.
Tak comel pun muka ayah wat camtu..
huhu.


P/s1: Hai anak, anak. Penawar duka lara betullah!
P/s2: Minggu ni balik kampung lagi. Huyeh! Best! Best!

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ